inilah Kebodohan sesetengah pemimpin puak Pakatan Rakyat.. berebut kerusi macam dah menang dah tuuu...tak payah laa dok nampak kata hangpa tu kebuloq sangat nak jadi calon....bawak berbincang elok2 dan kalau tak dapat biaq pimpinan atasan buat keputusan..nie dak dok buat kelaku bengong macam UMNO/BN nuuuu...guna media utk perjatuh kawan2..kalau kelaku pelaq macam nie baik hangpa bagi kat BN jaa laa perintah negara nie sampai kiamat....
 
PKR-DAP bercakaran rebut kerusi di Johor
Percakaran PKR-DAP berebutkan peruntukan kerusi di Johor semakin buruk,  apabila sebuah bahagian PKR berkata Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau  akan dipersalahkan sekiranya  Pakatan Rakyat gagal menawan Johor pada  pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan membidas Boo (
kanan) kerana mengingkari kata-katanya dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan. 
"Bukan  sahaja tindakannya itu tidak membantu Pakatan Rakyat untuk menawan  Johor, ia juga menjadikannya (Boo) dalang utama," kata Ng.
Menurutnya,  Boo telah berulang-kali melanggar perintah tutup mulut semasa sidang  akhbar dan ucapan-ucapan politik di majlis makan malam.
"Dia  juga bermegah kononnya DAP boleh memerintah Johor dengan sendirinya,  tanpa mengambil kira perasaan parti-parti gabungan yang lain."
Boo  yang merupakan ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, minggu  lalu mengkritik PKR kerana enggan menyerahkan beberapa kerusi kepada DAP  dalam usaha parti itu mendapatkan agihan yang adil bagi kerusi parlimen  di Johor.
Pada pilihan raya umum lalu, daripada 26  kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR  masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di  satu lagi kerusi.
PKR ingatkan arahan tutup mulut PakatanSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan pemimpin  Pakatan Rakyat supaya patuh kepada ketetapan dan arahan majlis presiden  gabungan itu supaya rundingan kerusi tidak dibincang dan dihebah secara  terbuka.
Peringatan itu dibuat ekoran beberapa  pemimpin Pakatan di Johor, termasuk daripada PKR, mengutarakan pelbagai  pandangan yang mengundang spekulasi dan pelbagai persepsi. 

"Saya  dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP  Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan  yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati  dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa  hormat-menghormati sesama kita dalam erti kata yang sebenarnya," kata  Saifuddin (
kiri).
Percakaran PKR-DAP di Johor 
makin buruk  semalam apabila Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan dilapor  berkata, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya  Pakatan gagal menawan Johor pada pilihan raya umum ke-13.
Ng membidas Boo (
bawah)  kerana didakwa berkali-kali melanggar perintah tutup mulut dan  mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan  Pakatan tanpa mengambil kira perasaan parti gabungan lain.
Dalam  kenyataannnya hari ini, Saifuddin berkata, rundingan kerusi antara  parti sekutu Pakatan merupakan proses berterusan yang menjadi  tanggungjawab bersama menumbangkan BN.
"Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang ber

unding," kata anggota parlimen Machang itu. 
Beliau  juga menyeru ahli dan pimpinan ketiga-tiga parti pembangkang memberi  tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihan raya  masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang membentuk kerajaan dalam  pilihan raya umum ke-13. 
Saufudin turut menyatakan  keyakinan dan sokongan PKR kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor  Datuk Chua Jui Meng dalam meneruskan rundingan bagi mencapai  "persetujuan hakiki" dalam rundingan itu.
Dalam  pilihan tiga tahun lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP  bertanding di  enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan  dan 11  kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu kerusi.