Aduhai salah pegawai la pulak... dah 4 tahun perintah takan hangpa tak dapat kenal pasti pegawai yang jadi Musang Bulu Ayam nie... dok simpan buat apa pegawai macam HARAM JADAH nie... Lanie hangpa senarai mai Pegawai mana yang dok buat kelaku hebiaq nie...
  
Satu lagi hangpa pon kena la AKTIF sikit sembang bab nie... Mana pie PEMUDA PAS KEDAH, PEMUDA PKR, PEMUDA DAP.. takan hangpa pon sokong kot benda lagho macam nie tumbuh di negeri Kedah nie.... Yang mana dok ada tu pun dah semak kepala dah...
  
    awat hangpa boleh diam diri tak bantah benda nie.... MASA Najib LULUS LESEN JUDI dulu hangpa bukan main DEMONTRASINYA.... benda nie KALAU hangpa pun main PERANANNYA ia iabarat sebagai peringatan KEPADA KERAJAAN NEGERI dan juga PEGAWAI yang duk jadi MUSANG tadi... tentu depa pikaiq 2,3 kali nak sabotaq Kjaan negeri Kedah....
  
Nie dak semua dah kamcing gigi tak boleh buka mulut aat takut apanya...dah benda tak betoi... BISING laaa....
Isu pusat hiburan: Pegawai khianati Kerajaan Negeri?
                                                 ROSLINDA HASHIM
  				    				    22 Jun 2012                                                                                  
                                   
                                
  Sebuah KTV Cafe turut menggunakan iklan minuman keras untuk tarikan pengunjung.                                                                                                        
                                
  Iklan minuman keras yang terpampang pada papan iklan sebuah restoran di Jalan Putra.
                                                                       	ALOR SETAR - Apa sudah jadi? Itu soalan yang pasti ditanya oleh sesiapa   sahaja yang sensitif dengan kehadiran pusat hiburan baru di negeri ini,   termasuk pusat hiburan terbesar di Mergong yang dikatakan akan dibuka   hujung bulan ini.
  	Tambah menarik, pembukaan pusat hiburan itu juga diuar-uarkan akan   diserikan dengan peluang kepada pengunjung untuk menari bersama deejay   wanita terkenal dari Perancis dikenali DJ Liz Candy.
  	Itulah perkembangan yang semakin membimbangkan sedang berlaku di Kedah, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) diketuai Pas.
  	Apakah kerajaan diketuai parti Islam itu yang memberikan lesen untuk   pusat hiburan berkenaan beroperasi, terutama yang baru dibuka?
  	Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Alor Setar, Zulkifli Yahya berkata,   pertumbuhan pusat hiburan baru di negeri berpunca daripada sikap   segelintir pegawai kerajaan yang tidak menguatkuasakan Enakmen Hiburan   dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
  	"Inilah punca yang sebenar, yang menyebabkan imej Kerajaan Kedah   keseluruhannya tercalar," katanya ketika ditemui semalam. Zulkifli   berkata, sikap pegawai yang berkenaan seolaholah mengkhianati Kerajaan   Negeri yang telah  memperjuangkan isu itu sejak sekian lama.
  	"Dasar Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan pusat hiburan sangat jelas   tetapi tidak dihormati. Polisi itu sepatutnya diguna pakai semua Pihak   Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi malangnya, tidak.
  	Daripada tinjauan kita, beberapa pusat hiburan baru di daerah Kota   Setar diberi lesen tanpa alasan kukuh," katanya. Menurutnya, Menteri   Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pernah mengingatkan bahawa Kerajaan   Negeri tidak membenarkan pembukaan premis baru untuk pusat judi, arak   dan pusat hiburan, namun tiada arahan tutup dikeluarkan kepada premis   yang sudah diberi lesen.
  	Zulkifli berkata, Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan pendirian tegas   berhubung kebenaran membuka premis pusat hiburan sejak mengambil alih   pimpinan namun sebahagian besar premis masih gagal mematuhinya.
  	"Isu pusat hiburan ini isu lama tetapi masih menimbulkan kemarahan   rakyat. Kita kesal kerana pihak berkuasa tidak tegas menanganinya,"   katanya.
  	Berkaitan isu kehadiran deejay wanita dari Perancis itu, beliau   berkata, ia memang amat dikesali lebih-lebih lagi kerana poster iklan   wanita seksi dipamer di merata tempat sekitar bandar raya ini seolaholah   Kedah bukan ditadbir oleh  Pas.
  	"Saya hairan bagaimana iklan seperti itu boleh lulus di Kedah. Sudahlah   isu pusat hiburan bertambah gagal diselesaikan, selain isu   penguatkuasaan lemah dibangkitkan, kini iklan yang menjolok mata pula   wujud," katanya.
  	Zulkifli berkata, kegagalan penguatkuasaan menyebabkan ada premis   hiburan yang beroperasi pada malam Jumaat dan melewati jam 1 pagi.
  	"Turut dikesan iklan arak terpampang di beberapa premis, malah ada   dakwaan wujud pusat hiburan yang menyediakan tarian mengghairahkan   dengan penampilan wanita seksi.
  	Saya bimbang anak muda Melayu terpengaruh dengan iklan sebegitu,"   katanya. Sehubungan itu, Zulkifli meminta semua pihak terutama anggota   Exco yang bertanggungjawab supaya bertindak tegas menangani "Saya   dedahkan  perkara ini untuk kebaikan semua pihak dan tidak berniat mahu   mengehadkan aktiviti bukan Islam.
  	Sebelum perkara ini menjadi lebih serius dan menjadi mainan politik,   adalah lebih baik saya bangkitkan isu ini untuk membuka mata semua pihak   terlibat," katanya.