Ahad, 14 Disember 2014
Pendekatan TG Nik Aziz ini boleh dijadikan tauladan kepada pemimpin yang lain..
Khamis, 11 Disember 2014
Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.
Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki olehRobert Kwok ;
MSR milik Robert Kwok sepenuhnya
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor
Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan
Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group
Kereta kena ada insurans coverage.
Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance
Uni Asia Insurance milik siapa?= Tan Sri Vincent Tan
Nak ambil road tax, kena pergiPUSPAKOM.
Puspakom milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang
Landasan keretapi siapa buat?= MMC
MMC milik siapa? = Mayland Group
Sekarang, Mayland Group pun nak ambil alih KTMB
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la… nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Tee Pek Kin
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la.
Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Keeple Port Pvt ltd.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas,pergi Johor Port.
Johor Port milik siapa? = MMC.
MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong.
Ok la… I orang KL, naik MRT sahaja la… (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC.
MMC milik siapa? = Dato Beh Heng Siong
Macam ni la… tak nak keluar rumah langsung!
Duduk rumah, hantar surat sahaja!
Apabila nak hantar surat, kenalekat setem!
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tony Fernandez, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tony Fernandez.
Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.
Khamis, 4 Disember 2014
Baik sungguh PM & TPM kita nie dengan warga asing?
Alhamdulillah memang sehati sejiwa PM & TPM kita... seorang pie China bawa balik warga asing 30K manakala seorang yang duduk dalam negara setuju pulak terima 12K warga asing untuk masuk Malaysia tahun hadapan.
Selasa, 2 Disember 2014
Bila MUKHRIZ mahu tutup Pusat Hiburan yang diluluskan oleh Kerajaan Kedah yang lalu?
Khamis, 27 November 2014
[PANAS] LEMAN RAJA LAWAK cabar MASHITAH duduk sepentas berforom..!!!
Amboiii!!! sedapnya hang Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim mengata orang...
Sultan Pahang mengeluh samseng lebih berkuasa dari Ketua Polis Negara..!!!
Samseng2 neh takan hidup kalau PDRM buat kerja.
Kalau SPRM bertindak.
Kalau majlis perbandaran pantau.
Takan samseng lagi power dari arahan KPN kot?
Takan samseng lagi power dari sultan kot?
Takan samseng lagi power dari MB Pahang kot?
Takan samseng lagi power dari PM Malaysia kot?
Sudah pasti ada orang yang lagi power dok bela samseng-samseng nie..!!
Rabu, 26 November 2014
BULI BOLA : FAM penakut dengan Persatuan Bolasepak Singapura
Selasa, 25 November 2014
Ini baru nama kerajaan, Peruntukan DUN diberikan kepada semua ADUN
Sikap memandang sama rata dan tanpa mengambil kira sentimen politik demi kemajuan Selangor inilah merupakan sikap yang patut dipuji dan menunjukkan Azmin Ali seorang pemimpin rakyat untuk semua golongan tanpa mempedulikan fahaman politik. Dengan pendekatan yang diambil itu tidak ada sebab untuk parti pembangkang di Selangor tidak menyokong Azmin Ali. Ketua pembangkang di DUN Selangor juga mendapat layanan istimewa apabila diberikan kereta dan elaun RM3,000.
Perbelanjaan bertema, Perbelanjaan Berkualiti, Rakyat Dipeduli, inysa-Allah akan menjadi sebutan dan sekaligus melonjakkan nama Minali sebagai MB Selangor yang disenangi semua rakyat dari semua golongan seterusnya meletakkan beliau sebagai MB yang berdaya maju di negara ini.
Ketua pembangkang S'gor dapat kereta rasmi
Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.
Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN. (more)
S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN
Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.
Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.
Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.
"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.
"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.
"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin. (more)
Jumaat, 21 November 2014
Memang Ale Uto aihh si Khalid Ibrahim nie, RM2.6juta lebur kerana 8 orang..!!
Khamis, 20 November 2014
Bila EXCO KEDAH BODOH sebab tu dia kata bina KUIN satu kesilapan..!!
PIE BUAT PEKAN RABU BOLEH, LAPANGAN TERBANG BOLEH, BANDAR GETAH BOLEH, TAPI NAK BUAT UNTUK ANAK BANGSA MENGAJI TAK BOLEH PULAK....
Untuk makluman lagi utk puak bengong nie.... KUIN dibina utk tujuan pendidikan bukan untuk tujuan pelaburan. Hang pa memang otak lanun..... Yang hang pa tau duit untung duit untung.....asyik pikiaq nak buat bisnes dgn rakyat aja yg hang pa tau...
depa nie takut sbb pakatan nk bg rakyat cerdik tp BN nk rakyat bodph supaya senang diperbodohkan.. itu aja.....
Rabu, 19 November 2014
Bujet Jalanraya di Kedah : Zaman PAS dulu hangpa hingaq macam barua, mai depa buat pulak tak apa..!!
Bayangkan BUJET RM150juta tapi guna sekitar RM24juta sahaja sedangkan ARWAH dahulu BUJET RM150juta guna RM50juta... kira 33% tapi mai BN lagi banyak digunakannya sampai tahap 25% sahaja dan selebihnya bawa pie mana?
Am 18 Februari, 2012 13:52 PM
Kerajaan Kedah Diminta Guna Peruntukkan Selenggara Jalan
ALOR SETAR, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan Kedah diminta menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan bagi tujuan penyelenggaraan jalan-jalan yang rosak dan bukan menyimpannya untuk tujuan lain.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah berkata rakyat tidak seharusnya dibiarkan menanggung kesusahan akibat sikap tidak prihatin kerajaan yang memerintah.
Beliau berkata rayuan dan permohonan penduduk Jalan Kilang Tebu di sini sejak empat tahun lepas supaya jalan sepanjang satu kilometer itu diturap baru atau diselenggara tidak dipedulikan adalah contoh sikap tidak peka kerajaan Kedah.
"Kegagalan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan penyelenggaraan bertentangan dengan slogan 'Kedah Sejahtera' yang dilaungkan kerajaan PAS Kedah," kata Latt Shariman kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau yang ditemui meninjau kerja-kerja membaiki dan menampung lubang Jalan Kilang Tebu kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang gagal menangani masalah rakyat dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada kerajaan pusat dan Barisan Nasional (BN) menyelesaikannya.
Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid membangkitkan isu peruntukan itu pada sidang belanjawan DUN November tahun lepas berikutan kerajaan negeri hanya membelanjakan RM53 juta daripada peruntukan sebanyak RM146.7 juta yang diberikan kerajaan pusat untuk tahun 2010.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu Dewan bagi 2011, peruntukan diterima sebanyak RM73.8 juta dan sehingga Mei 2011 hanya RM21.4 juta digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini.
Pada sidang belanjawan itu, Azizan mengumumkan peruntukan sebanyak RM78.5 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri bagi tahun 2012.
Latt Shariman, yang juga ketua Umno bahagian Kuala Kedah, menyelar kerajaan negeri yang 'berkira' membelanjakan peruntukan tersebut walaupun rakyat menuntut untuk menikmati infrastruktur asas seperti jalan yang lebih selesa.
Beliau yang prihatin dengan masalah penduduk Jalan Kilang Tebu mengambil inisiatif mengumpul wang untuk membaiki dan menampung lubang jalan tersebut.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Ampang, Tan Eng Chuan, 57, yang hadir melihat kerja-kerja itu bersama jawatankuasanya, berterima kasih dan memuji sikap Latt Shariman kerana cepat mengambil tindakan selepas masalah itu diadukan kepadanya.
"Kami telah meminta bantuan wakil rakyat Kubang Rotan (Nasir Mustafa-PAS) dan anggota Parlimen Kuala Kedah (Ahmad Kassim-PKR) tetapi setelah empat tahun tiada jawapan kami tidak tahan.
"Jalan ini digunakan hampir 10,000 orang setiap hari selain jadi jalan utama ke dua sekolah menengah dan dua sekolah rendah. Jalan berlubang dan berlopak serta tiada lampu jalan menjadi punca kemalangan kerap berlaku di jalan ini," katanya.
Seorang lagi penduduk Kampung Kilang Tebu, Rozali Zainal Abidin, 39, berkata kerosakan jalan tersebut tidak pernah dibaiki selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan kerosakannya bertambah besar.
"Jalan ini sangat sibuk tidak pernah putus dengan kenderaan. Kami amat berterimakasih kepada Datuk Latt walaupun beliau bukan wakil rakyat tetapi masih mengambil berat aduan penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Jumaat, 14 November 2014
UMNO memang pelaq, mereka yang gadai AGAMA & BANGSA lepas tu tuduh orang lain pulak..!!
Khamis, 13 November 2014
JPJ amat dahagakan sokongan sekarang ini....sampai nama Tun M pun dijualnya..!!
Isnin, 10 November 2014
Menteri Jepun yang kapiaq letak jawatan bila salah beli alat solek, mai menteri Malaysia..!!!
Cadangan agihan subsidi minyak cetus salah guna MyKad
Walaupun cetusan idea pemberian subsidi melalui MyKad ini baru diperdebatkan, saya begitu sangsi dengan perlaksanaan idea ini yang menjurus kepada perlaksanaan yang kucar-kacir terutama pengunaan MyKad orang lain.
Rata-rata masyarakat Malaysia belum begitu matang malah agak sensitif penarikan subsidi yang mengakibatkan mereka menampung kesemua kos bahan api. MyKad individu berpendapatan rendah akan disalahgunakan oleh rakyat golongan pendapatan tinggi.
Contoh yang mudah untuk menerangkan fenomena ini ialah antara ayah atau anak yang berpendapatan yang tinggi mengunakan MyKad ibu atau ayahnya dalam golongan pendapatan rendah.
Bagaimana mekanisma ini menunjukkan keadilan dan kredibiliti kerajaan?
Barangkali ada hujah mengatakan kita perlu beretika.
Persoalannya apakah pencapaian nilai etika masyarakat Malaysia sudah ditahap matang?
Jadi, saya berpendapat kerajaan perlu membuat kajian yang lebih praktikal dan adil dengan melantik pihak yang neutral dan berwibawa secara ilmiah sebelum membuat keputusan yang boleh merendahkan imej kerajaan.
Melantik beberapa universiti atau kolej di Malaysia untuk membuat penyelidikan secara neutral boleh memberi input yang baik kepada kerajaan.
Kerajaan tidak boleh bergantung dengan hasil penyelidikan dari agensi-gensi kerajaan kerana sejak kebelakangan ini kajian tersebut terlalu bias yang rata-rata tidak mewakili inspirasi matlamat Kerajaan Persekutuan.
Diharap kementerian serta agensi kerajaan yang lain lebih peka dengan mencari mekanisme terbaik untuk mencari keadilan yang tidak banyak mengunakan penguatkuasaan dari segi bilangan anggota, masa dan tindakan.
TENGKU MAN
Pandan Indah
Ahad, 9 November 2014
Inilah kelaku HODOH & BUSUK UMNO didedahkan oleh orang UMNO sendiri
SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor.
Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh.
"Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak.
"Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan.
"Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua.
"Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana," katanya.
Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi.
"Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat.
"Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan," katanya.
Sabtu, 8 November 2014
Pesanan untuk pekerja yang berhadapan orang ramai, mulut mau manis hati mau keras telinga mau tebal
Selasa, 4 November 2014
Kenapa rakyat "meluat" sangat dengan JPJ..???
Sedih dan sayu kami lihatnya... kekadang bila baca komen rakyat di page JPJ tu terasa macam kesian pun ada... sedih pun ada... dan nak geleng kepala pun ada....
Khamis, 30 Oktober 2014
MP PR untuk sessi PRU13 kebanyakkannya 'mandom-mandom' belaka..!!!
Aku tengok ramai update pasai isu Kg. Chubadak dan akan berlaku di kampung2 berdekatan. Ada yang pertahan sungguh2.. ada yg jd pelawat politik... mcm2 ada... Aku turut bersimpati dan bersolidariti dgn mangsa kezaliman di Kg Chubadak walaupun aku tak turun bersama. Kita ada cara masing2.
Cuma aku nak kata gini. Isu Kg. Chubadak tu satu kezaliman yang nyata tapi masih ada lg isu lain yg lebih zalim tetapi tak ada atau tak ramai orang bangkitkan atau perjuangkan. Apa isunya?? Isunya ialah isu tahan SOSMA atau tahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. SOSMA ini ialah akta yang mengantikan ISA.
SOSMA ini sebenarnya sama dan/atau lebih zalim dari ISA malah bagi aku lebih zalim dr Kg. Chubadak. Mangsa SOSMA setakat ini yang aku tau amat teruk dizalimi ialah Abang Yazid Sufaat suami kepada Kak Chomel Mohamad.
Abang Yazid ditangkap dan didakwa melalui SOSMA di Mahkamah Tinggi. Semasa perbicaraan, telah diputuskan bahawa beliau tidak bersalah. Sepatutnya beliau dilepaskan dan dibebaskan, tetapi SOSMA yang zalim terus membolehkan beliau dipenjarakan sehingga rayuannya selesai. Sehingga hari ini rayuan beliau belum bermula. Selagi tidak bermula, selagi itu beliau dipenjarakan sedangkan beliau telah terbukti tidak bersalah.
Ini lagi zalim. Ada siapa ambik tahu??Zulhazmi Shariff
Rabu, 29 Oktober 2014
MUFTI PERAK pening dah kot nak guna duit zakat untuk tebus tanah rizab melayu..!!
Menurutnya, selain membantu golongan asnaf, hasil kutipan zakat berkenaan boleh sewajarnya digunakan bagi menebus kembali tanah-tanah rizab Melayu yang tergadai selama ini.
Katanya, tanah-tanah tersebut kemudiannya boleh dimajukan dan diserahkan kepada golongan fakir miskin.
“Tanah rizab Melayu semakin terhakis. Maklumat terbaharu yang kita terima hanya tinggal 12.5 peratus tanah ini kerana ia tidak pernah diganti semula.
“Dalam Perlembagaan kita sudah dinyatakan setiap inci tanah dirizabkan kepada bangsa Melayu, kalau sekiranya diambil atau terjual hendaklah digantikan dengan tanah yang serupa agar bilangannya dan kadarnya tidak berkurangan.
“Oleh itu kita harap lebih ramai orang Melayu Islam tampil bagi melaksanakan tanggungjawab membayar zakat, sekali gus membantu lebih ramai golongan miskin di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media setelah merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah, di sini, semalam.
Harussani turut menyempurnakan pelancaran dua buku bertajuk Daulah Toyyibah dan Soal Jawab Hudud,
Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapin), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Difahamkan, pada seminar yang berlangsung selama dua hari itu, lapan kertas kerja akan dibincangkan oleh tokoh ulama dan ahli akademik.
Harussani berkata, beliau berharap semua pihak termasuk ulama dan umarah dapat berperanan dalam usaha membentuk sebuah negara toyyibah.
Justeru katanya, semua pihak perlu berpegang teguh kepada Perlembagaan demi merealisasikan hasrat penubuhan negara toyyibah dan sekali gus mendapat keredaan daripada ALLAH SWT.
“Sebagai ahli politik, agama itu kita jadikan asas pegangan kita, ia akan jadi baik, tapi kalau agama itu kita politikkan, inilah yang jadi sekarang ni; sesama ulama tuduh menuduh, memaki hamun dan sebagainya sedangkan perbuatan itu perbuatan fasik.
“Kalau ulama juga masuk politik dan sebagainya, kita tak tahu. Saya tidak kata ulama tak boleh berpolitik tapi jangan agama itu dipolitikkan, jika agama dipolitikkan, rosak,” katanya.
INI KOMEN-KOMEN SAHABAT DI FB : link SINI
- Kemah Keming · Top commenterxsetuju duit zakat di guna utk tebus Tanah rizab melayu..knp nak gunakan duit zakat?sepattnye pihak yang "menggadaikan" Tanah rezab melayu yang patut tebus kembali Tanah rezab melayu dengan cara ganti atau beli semula..duit zakat jgn di buat main2..banyak lagi golangan 8 asnaf utk di bantu..Reply · Like · 5 · Follow Post · 19 hours ago
- Jamaludin Ismail · Follow · Top commenterIni ikut mazhab mana pula ni nak guna duit zakat utk tebus tanah rezab MelayuReply · Like · 2 · Follow Post · 15 hours ago
- Hanafi Hanafi · Universiti Teknologi MalaysiaSiapa yg menjual, dia sepatutnya dipertangungjawab....bukan
ambil duit zakat sebagai galang ganti....aku x setuju cadangan utk mengguna duit zakat sebagai menebus tanahrizab melayu....harusasini jika perguna duit zakat..... Reply · Like · 1 · Follow Post · 11 hours ago - Myazi B Azi · Top commenter · GESS bagan serai perakOrang lain yang gadai mengapa nak guns wang zakat untuk tebus...no nak masuk asnaf mana atau nak tambah asnaf ikut suka hati keReply · Like · 1 · Follow Post · 11 hours ago
- Noriny Hamzah · ITM Jalan OthmanCadangan yang bercanggah dengan hukumReply · Like · 1 · Follow Post · 11 hours ago
- Zindarud Dariush · Follow · Top commenter · Detailer at Maddinggon autodetail · 170 followersIdea yang baik sebab di Palestin setelah banyak tanah kaum Arab Palestin tergadai dijual oleh mereka kepada pendatang Yahudi, hanya tanah wakaf yang dibeli dari hasil Zakatlah yang banyak kekal higga hari ini, termasuklah tanah al-Aqsa..
*mahu kerja ladang di Australia ? Kerja Perladangan AustraliaReply · Like · Follow Post · 12 hours ago - Awe Vtec · Works at Air Asia XRamai lagi rakyat miskin yg xdpt bantuan secukupnya...Reply · Like · Follow Post · 10 hours ago
- Abu Pejam Celik · Top commenter · Kemaman, Terengganu, Malaysiabanyak cantik pemimpimumno yg kaya raya menjual tanah rizab melayu duit zakat pula yg nak dijadikan mangsa ini tidak adilll