 
 
  PULAU BUNTING ada JAMBATAN : Apa penyelesaiannya.!!
oleh AnakKedah 
  
Akhirnya   selepas perasmian JAMBATAN PULAU PINANG ke 2 maka saya ingin juga   menyuarakan ilham apa akan dilakukan dengan Pulau Bunting & Jambatan   ini.
Apa   yang boleh dilakukan antaranya ialah meratakan pulau tersebut dan akan   membina satu tempat rekreasi dan riadah untuk dijadikan sebagai salah   satu pusat perlancongan di Kedah.
Di   Pulau itu boleh dibina seperti Homestay & Motel untuk sesiapa yang   ingin tidur disana dan menikmati pemandangan Laut Selat Melaka disamping   menjalankan aktiviti memancing sepertimana sekarang ini itulah aktiviti   utama yang dilakukan di jambatan tersebut.
 

  Jika   kerajaan negeri ingin menjadikan Pulau Bunting ini sebagai Marina   tempat mendaratnya kapal-kapal mewah dari Selat Melaka pun boleh juga..
 Bukan   apa.. sudah sekian lama dilihat akan terbiarnya JAMBATAN tersebut   sedangkan jika di laksanakan sesuatu projek boleh juga rakyat   menggunakannya...
 Kepada   Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini, sesuailah sekiranya difikirkan   sesuatu kepada projek yang jadi GAJAH PUTIH   ini.............................
 
   
   
   