Kononnya Naturally Magical Langkawi akan jadi satu tarikan untuk menarik sampai 500 juta pengunjung.
    Maka jutaan ringgit dibelanjakan untuk mengandakan program yang hanya syok sendiri. Kenapa aku kata syok sendiri?
    Sebabnya, takda pencong luar nak mai jauh-jauh ke Kedah untuk menyaksikan persembahan teknologi yang bercambah kat negara depa.
    Tarikan Langkawi bukan persembahan cahaya dan magikal sebegitu rupa,   sebaliknya adalah keindahan alam semulajadinya. Hendak bersaing   persembahan laser yang dibuat tiap-tiap hari di Pulau Sentosa,   Singapura?!! apakah kebodohan program ini.
    Namun disebabkan kita bersangka baik, kita tunggu dan lihat hasilnya   program yang dirancang bijak pandai ini yang diumumkan Mukhriz akan   menarik 500 Juta pengunjung. Kita tunggu dari hujung tahun lepas sampai   sekarang.
    Dan sekarang kita lihat hasilnya.
  |  | 
| Video Magical langkawi dilihat sebanyak 1362 kali dalam 6 bulan | 
|  | 
| Video ini pula hanya 911 Kali dalam 6 bulan | 
  Hanya dua video itu saja yang disiarkan untuk naturally langkawi dengan   jumlah page view sebanyak 2273, dan penganjur yang mengaut berjuta-juta   ringgit.  
    Kalau video mereka sendiri pun mereka tidak mampu tarik pelawat untuk   datang view, adakah mampu mereka menarik pelancong untuk datang dan   membelanjakan wang di Langkawi? Aku tinggal kepada pembaca untuk membuat   kesimpulannya..
  |  | 
| Berapa Ratus ribu satu Klik Penganjur dapat? | 
  Jika ditengok website syarikat yang mempromosikan Langkawi ini juga   hanya di kemaskini 7 kali. Dan kemaskini terakhir adalah pada Julai 2013   sebelum yang terbaru pada Julai 2014.
    Disinilah Mukhriz bersama-sama Kementerian pelancongan menghabiskan duit   rakyat, mencurah garam dalam usaha memasinkan laut. Sibuk hendak   promosi Langkawi yang sudah ada pelancong yang ramai, tanah besar yang   lebih mencabar tidak dipedulikan.
    Sedangkan kata Mukhriz, beliau mahu meningkatkan pelancong di tanah   besar Kedah yang katanya perlu bagi meningkatkan ekonomi rakyat Kedah?
  Macam Herotamil kata, Mukhriz mentadbir negeri tanpa perancangan, sebaliknya mentadbir negeri seperti persatuan riang-ria, ditabdir secara teringat apa hari ini buat itu.
  Dulu Mukhriz kata "Pakai Otak La.."
      Mungkin Mukhriz kena laksana apa yang beliau kata kepada PAS dulu.
  PAKAI OTAK LA..
    Herotamil,
    Drebar Mesin Padi
 

 
