Aku
ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok
koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC aku
nie....
Aku
rasa sudah tiba masanya TAN CHENG HOE nie diberi surat berehat oleh
KFA... tactikal beliau semakin hari semakin kelam kabut dilihatnya... so
far player yg ada tu kira cukup makan dah jika di asuh dan diasak
dengan beberapa tactikal yg padu dalam sesuatu perlawanan.
Zaman
sekarang bukan jenis kekal satu gaya bebas sahaja... stail boleh
berubah sekelip mata bila rentak perlawanan dibaca..bukan dok main pesen
yg sama saja... kita kena satu step kedepan dengan lawan namun jika
kita just maintain sahaja tactikal kita maka lauklah jadinya...
Jika
hangpa perhati kebanyakkan game kedah kita akan ada kebolosan pada
minit terakhir dan corak permainan KEDAH akan dilihat hebat dengan tiki
taka dia 45 minit pertama sahaja..jika masuk masa kedua main dah slow
dan game jadi hancur semua asyik nak bertahan saja...
Cukuplah
aku membebel disini aku bagi print screen sebahagian kawan2 aku yg juga
tak suka cara TCH ..hangpa baca lah luahan hati depa...
Apa
depa nak lanie.. rehatkan TCH dan sila panggil paklong nie mai balik
Kedah... TCH nie sebenarnya dia menangguk diair keruh sahaja jika hangpa
ingat balik semasa nak habih liga perdana dan masuk PIALA MALAYSIA
tahun lepas dia pie CHINA ambil lesen jurulatih dan tugas jurulatih
diambil alih oleh PAKLONG RAMON MARCOTE nie...
dan
dibawah pengendalian beliau KEDAH terus meningkat naik secara mendadak
sehingga mampu melepasi peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh
akhir... dan bila masuk final TCH terbang balik ambik alih balik jadi
jurulatih KEDAH semasa final tu dan hangpa pun tau dah tengok game final
jadi macamana...habih kelam kabut...main ikut kepala dia...
Jadi sekarang permintaan aku kat MAT BASHAH supaya bawa balik PAKLONG nie untuk nak meningkatkan semula team KEDAH....