Rabu, 15 Jun 2016

Kerjasama PAS UMNO disebalik tirai yang apa aku fikirkan ketika ini

Aku malas nak tulis sebenarnya, tapi bila hari mengundi semakin dekat, aku percaya aku perlu cerita.

Bila disebut kerjasama PAS-UMNO, bknlah kerjasama secara formal krn itu akan menimbulkan masalah kpd kedua-dua parti.

Namun, kerjasama itu berlaku dlm bentuk deal di sebalik tabir. Contoh paling baik adalah dlm PRK kali ini. Deal y dipersetujui adalah utk pastikan PAS menang di KK dan UMNO menang di SB. Bagaimana?

1. PAS meletakkan Dr. Rani sbg calon. Sesuatu y x disangka hatta oleh Dr. Rani sendiri. Calon y dilihat terbuka kpd AMANAH dan mengaku pernah menghulurkan sumbangan wang utk program AMANAH. Dari penamaan calon lg Dr. Rani telah diserang jentera PAS sendiri. Mlm ini pula khabarnya Dewan Ulama PAS Selangor telah keluarkan arahan agar ahli boikot Dr. Rani dan undi BN. Inilah target dari awal. Meletak calon y blh dikorbankan sbg alasan utk mengarahkan ahli mengundi BN.

2. UMNO pula meletakkan calon y bkn shj bkn org KK, namun org drpd negeri lain. Ini menimbulkan pemberontakan di kalangan ahki UMNO Perak. Malah calon tersebut masih dlm eddah dan tak blh keluar berkempen. Sumber dalaman UMNO Perak sendiri mengesahkan ada gerakan memujuk penyokong UMNO memboikot calon sendiri dan mengundi PAS.

Bagi aku, PAS nak kerjasama dgn UMNO ke, nak gabung ke lantaklah. Namun, jgnlah tipu ahli, tipu pengundi. Drama2 deal blkg tabir y jadi amalan sejak malam keputusan PRU2008 inilah y merosakkan kepercayaan rakyat kpd system democracy negara.

Jumaat, 22 April 2016

Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote

oleh AnakKedah007


Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC aku nie....

Aku rasa sudah tiba masanya TAN CHENG HOE nie diberi surat berehat oleh KFA... tactikal beliau semakin hari semakin kelam kabut dilihatnya... so far player yg ada tu kira cukup makan dah jika di asuh dan diasak dengan beberapa tactikal yg padu dalam sesuatu perlawanan.

Zaman sekarang bukan jenis kekal satu gaya bebas sahaja... stail boleh berubah sekelip mata bila rentak perlawanan dibaca..bukan dok main pesen yg sama saja... kita kena satu step kedepan dengan lawan namun jika kita just maintain sahaja tactikal kita maka lauklah jadinya...

Jika hangpa perhati kebanyakkan game kedah kita akan ada kebolosan pada minit terakhir dan corak permainan KEDAH akan dilihat hebat dengan tiki taka dia 45 minit pertama sahaja..jika masuk masa kedua main dah slow dan game jadi hancur semua asyik nak bertahan saja...

Cukuplah aku membebel disini aku bagi print screen sebahagian kawan2 aku yg juga tak suka cara TCH ..hangpa baca lah luahan hati depa...










Apa depa nak lanie.. rehatkan TCH dan sila panggil paklong nie mai balik Kedah... TCH nie sebenarnya dia menangguk diair keruh sahaja jika hangpa ingat balik semasa nak habih liga perdana dan masuk PIALA MALAYSIA tahun lepas dia pie CHINA ambil lesen jurulatih dan tugas jurulatih diambil alih oleh PAKLONG RAMON MARCOTE nie...

dan dibawah pengendalian beliau KEDAH terus meningkat naik secara mendadak sehingga mampu melepasi  peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir... dan bila masuk final TCH terbang balik ambik alih balik jadi jurulatih KEDAH semasa final tu dan hangpa pun tau dah tengok game final jadi macamana...habih kelam kabut...main ikut kepala dia...

Jadi sekarang permintaan aku kat MAT BASHAH supaya bawa balik PAKLONG nie untuk nak meningkatkan semula team KEDAH....

http://www.fourthofficial.com/wp-content/uploads/2016/01/marcotes.jpg

Sabtu, 21 November 2015

Tunggu YB PAS kemuka rang undang-undang hudud di Dun Kedah

oleh AnakKedah007

 

Bukan apa sebelum ini bukan main lantang PAS kata nak laksanakan hudud walaupun tak ada kuasa. Ini kerana seperti apa yang dibisingkan sampai bercerai berai dimana PAS nak bawa juga hudud ke parlimen walaupun ada sahabat dari PKR & DAP ajak berbincang dan bermesyuarat dahulu apa yang nak dibawa supaya semua boleh faham.

Tapi PAS tak peduli dan tak bermesyuarat pun terus mereka bawa juga ke parlimen..kerana hujah mereka hudud ini hukum ALLAH tak boleh ditangguh....

Jadi sekarang KITA JUGA menunggu Bilalah agaknya wakil rakyat PAS dinegeri yang bukan PAS memerintah pun ingin melihat PAS kemuka bil persendirian rang undang-undang hudud di Dun Negeri Kedah.

Baru boleh kita tahu DAP, Keadilan ,atau Amanah (baca Ir Phahrolrozi ) yang nak tolak atau sokong hukum hudud di Kedah.

Setakat ini tiada usul rang undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan dalam sidang DUN Kedah sehingga saat ini.