Sabtu, 11 April 2009

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT boo layan dengan blog blog nie...

oleh AnakKedah

Assalamualaikum,

Tu dia geng blogger aku dari PERAK meluahkan apa yang berbuku di hati depa... AKU rasa benda nie patut pimpinan semua baca dan pakat2 ambik ikhtibaq.. jangan dok eaikqq sangat kata jentera kita hebat.. jangan dok merak kata rakyat sokong kita...

Dari apa yg aku baca luahan hati tu aku rasa benda tu pon tak tumpah berlaku kat Bukit Selambau... namun semua tu demi perjuangan kami blogger teruskan juga...

JADI kepada pimpinan yang masih dok rasa angin berbulan madu dan kembang ekoq pasai kemenangan tempohari tu cepat-cepat laa buang... pakat buat kerja dengan matlamat yang anda semua telah terangkan dan tanamkan kepada kami.. jangan hanya sembang lain last perangai macam UMNO jugak....

OK masa nak kena buat kerja... jangan dok lena lagi....

Autopsy Bukit Gantang 2

Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku..nak bayar kami macam mana?

Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR...ketua PKR negeri sendiri bagi tau.."kalau ada Matsamankati...seduit pun aku tak mau bagi!"

Nak kata Pas yang bagi...tok sah kata nak bagi duit...nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!

Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan..peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.

Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program...Nizar ada kat mana..kat mana ada ceramah..macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami...sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari...dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukankami nak mintak duit...cuma nak minta kad petugas..atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau..kami orang parti...buat kerja untuk PR...bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj. Asmuni.

So..bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas..tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas...petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB...ada yang siap perli lagi...sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.

Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan...tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas...tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar..dia ucap terima kasih kat bloggers..tapi hakikatnya...sapa pun tak pandang kami.

Tapi kami tetapkan pendirian...kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul..kami buat cara tak betul. Matlamatnya...Nizar mesti menang.

Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat...inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel..pasang ejen...pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu...kalau kami tak dapat maklumat cara halal...kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan...nak marah...marah la.

Sebabnya...bila kita tanya apa program Nizar..orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima...RAHSIA. tak boleh bagi tau!

Dua hari terakhir..masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan...Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.

Dari awal...kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan...dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.

Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.

Pukul satu pagi hari Isnin...kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor..Mahathir datang untuk kejutan terakhir..Jamal dan Osman akan buat buat ceramah..nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat..nak buat risalah..tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.

Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.

Apa yang kami buat...tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami...cara bersih pun boleh...cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.

Untuk keputusan pengundian..kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia...live dari Markas Ayer Kuning.

Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu..mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?

Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok..kami buat cara tak elok. Nak marah..marah la.

Malam tu...handphone aku menerima beratus sms...mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab..yang lainnya..aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.

Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran...terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.

Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.



Tiada ulasan: