Selasa, 15 Disember 2009

Benda Bangang Yang PAS lakukan pada hari ini...


gambaq hiasan saja..tak ada sangkut paut dengan siapa yg bangang

Kenyataan Media

Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.

Bagi yang berminat menyertai konvensyen pada 20 Disember ini bolehlah mendaftar kepada penerangan.paspusat@yahoo.com dengan menyertakan Nama Sebenar, No. Kad Pengenalan, Alamat Blog, Email dan No. Telefon Bimbit.

Hanya peserta yang mendaftar awal, iaitu sebelum 18 Disember 2009 sahaja yang akan dibenarkan masuk ke Dewan Dat’ Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Program akan dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Hj Abd Hadi Awang dan Kelab Blogger PAS akan turut dilancarkan pada hari berkenaan.

Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan Blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Alahai apa nak jadi dengan PAS nie... nak kata tak cerdik dah bersusun dalam saff pimpinan tu yg pandai-pandai belaka...takan tak boleh pikiaq sikit kot pasal HAK-HAK ISTIMEWA AHLI... nak bincang hal rumah tangga pasai pa pulak pie panggil jiran sebelah masuk sekaki....sebelom nie aku tengok OK dah.. nak pie kena register...kena bagi alamat blog... tu baru kira gentlement... tapi hari nie bila baca pengumuman Ketua Penerangan dia jadi lain pulak...entah laa satgie aku kata bengong hangpa marah pulak...
mai nak habaq kat hangpa kami jadi blogger pon tak pinjam duit hangpa sekupang aihhh... cuma niat kami nak menyampaikan maklumat dan meluahkan apa yg terbuku dihati dan yg utama hanya jalan ini yg kami mampu sumbangkan untuk parti yg berjuang dilandasan ISLAM... kami nie ada yg kerja GOMEN makan gaji... ada yg bapak polisi....ada yg petani.... ada yang kerja kilang... itulah kami....kami ibarat benih2 yang bertebaran dimuka bumi yang mana manusia lain tak tahu siapa kami....tetapi teras perjuangan kami dalam blog adalag sama...iaitu menumbangkan musuh kami dan kita semua....

Pada aku..aku lebih selesa dengan gelaran ANAKKEDAH dan siapa pon tak tahu siapa aku... dengan identiti ini biarlah aku dengan duniaku...aku tak suka aku tegoq...aku suka aku puji dan ucap tahniah....semuanya dari persepsi pandangan aku...itulah aku...so far bila PAS nak buat program bersama blogger nie ada jugak hajat dihati nak menimbulkan diri tetapi bila dah dinyatakan sebegini aku rasa bersyukur sebab aku tak terjebak untuk register awal..jika tidak sudah pasti identiti aku akan terdedah....

Jadi aku rasakan aku selesa sebegini....biarkan ANAKKEDAH terus jadi misteri pada PAS @ UMNO...hangpa buat silap aku bantai...aku nak jerkah PIMPINAN direct aku tak berani tapi kat sini insya'allah aku mampu lakukan....

dibawah nie aku copy paste satu komen dari artikal Konvensyen Bloggers PAS : Blogger baling selipar ? aku rasakan apa yg dia katakan tu adalah betul.... kalau dah tak ada sapa yg nak pie tak yah la bukakan pada UMUM sampai macam nie...buat sahaja kepada yg berapa org dah daftar tuu tak payah nak tunjukkan kat dunia kata PAS ada blogger yg banyak... buat apa ada banyak kalau kepala otak depa hangpa dah BTN kan... lepas nie kalau nak teguq pimpinan rasanya dah tak berani dah sebab ada kod etika dia...

pada aku sorry to say..sapa yg aku rasa silap..hangpa terima lah paku buah keras dari aku... itu sahaja yg mampu aku katakan...sepertimana dengan keputusan yg hangpa buat nie... ini kerja bengong...itu yg mampu aku kata....
Anonymous said...

Wak... tu yang aku bimbang klu konvensen blogger PAS ni dibuka kpd umum....kita tak tau niat dihati yg hadir tu....bila ramai yg pakat mai SB-SB Bkt Aman takan nak lepas peluang....sat lagi semua gambaq-gambaq blogger yg mai tu kena snap, percuma masuk dlm fail2 mereka....ana tak setuju klu konvensen ni dibuka kpd umum walaupun pada blogger PR. ini urusan rumah tangga PAS, bukan urusan depa, mcm mesyuarat khas parti la juga mana boleh bagai org luaq masuk kan? sat lagi yg mai tu bukan setakat PKR & DAP je, hat yg jenis tak berparti pun mai tumpang semangkuk....jenis umno jadian pun akan tumpang mai juga....apa cerita wak!!! ana bimbang juga nanti bukan setakat selipar je....kerusi pun melayang..ye lah kan yang resmikan tu TGHH yang depa duk bencikan sgt tu....Wak agak le budak adukataruna,albakistani,tulang besi zulfaqar tu mai tak agaknya....apa ye tindakan diaorg bila bertemu dgn TGHH, Ust Deris dan Tuan Ibrahim yang depa duk gasak bagai nak rak...agak2nye berani ker deba baling selipar ker atau terjerit2 laungkan " TGHH resign now !!!!" TGHH UG, kami anti UG!!! atau sebagainya.

Pastu geng-geng perekexspres tu berani buat apa agaknya termasuk Mat Saman Kati and the gang.

Alamak....tu je yang aku risau sebab kita dah bagi peluang depa sembelih kita free je...kita dah sediakan gelanggang untuk depa bantai kita.....wacana kat Vistana hotel dah tak jadi ni la peluang depa nak bantai TGHH kot....

aku rasa wak, hang pun jgn pi....buang masa jer....bukan apa takut depa dah sediakan selipar utk hang sekali ..... mampuh la hang nak elak...aku setakat baca blog je lar..tapi aku tunggu juga laporan hasil dari konvensyen ni...berapa orang yang bengkak kepala kena kerusi..berapa orang yang tercekek makan selipar dan berap orang lagi yang benjoi kepala kena punggai dgn kasul....

" berhati2 di dalam dewan yng dipenuhi oleh blogger XXXXXXX....

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam,
Takkan sampai macam tu kut...Berapa saiz selipar yang depa nak punggai tu..
Tak pa lepaih ni Us Derih nak buat perjumpaan bloger PAS yang ahli PAS saja..Kita pakat tunggu la..