kenapakah la UMNO Kedah ada ketua PEMUDA macam nie.. nie boleh dikatakan statement bingai je..macam orang tak reti nak berpolitik dan lulus tahap TADIKA UMNO jaa nie... takan bila ada rombakan KABINET kat PUTRAJAYA sana lalu kira menteri tu pon bingai laa tak boleh buat kerja bodoh tunggul... jadi patut laa selama nie seorang menteri tu pegang jawatan sampai REPUT dan BERAKAQ kaki sebab dia layak... layak apanya kalau org macam SAMY VELLU dan KAK FIDAH tuu dok bukan main lama paa jawatan menteri tuu.. Tujuan tukaq adalah nak mempelbagaikan idea.. cuba tengok cara menteri Kerja Raya dulu dan sekarang pada hemat saya sudah jauh bezanya.... itu tujuan tukaqnya....nie tak TUKAQ sikit terus hukum orang tak reti....
Kalau macam hang kata nie kira MB Negeri Sembilan pon sama la jugak macam Kedah... EXCO dia pon kira bingai laa sebab Mat Hassan nak rombak jugak EXCO dia.. Mat Hassan tu kan BN/UMNO... jadi kira hang kata nie serupa laa Kedah Dengan Negeri Sembilan.. Tak gitu..... tapi Mat Hassan kata lain pulak... eishhhh awat otak hangpa pikaiq tak selaras dgn 1Malaysia nie..
Apa laa tak reti bercakap baik diam lagi baguih org tengok hang...kusyuk dan tohmadinah... kalau bercakap macam nie la jadinya...
Exco Kerajaan Negeri Sembilan akan dirombak | ||
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan akan merombak barisan Exco Kerajaan Negeri tidak lama lagi, selaras agenda untuk menambah lonjakan pres-tasi pentadbiran Kerajaan Negeri pada tahun ini.
Beliau berkata, rombakan itu juga berikutan tempoh pelantikan Exco sedia ada selama dua tahun tamat Mac ini dan lantikan semula perlu dibuat selepas itu. "Kita lantik (Exco) selama dua tahun sejak Mac 2008 dan saya akan buat pelantikan semula. Saya akan susun semula portfolio untuk memperlihatkan agenda lonjakan prestasi tahun ini," katanya.