Game Luahan Perasaan

Isnin, 2009 Disember 21

Panglima Yg Jaga Enjin Jet Tu Laa Yg jadi PAT sekarang nie...!!!

oleh AnakKedah

Alahai Malaysia....awat jadi kelam kelibut nie... kalau Pakatan Rakyat cara dia... Barisan nasional cara dia...entah laaa kalau macam nie punya kelaku pemimpin yg dok ada aku tak berapa harap nak bagi negara nie kat depa...kat BN dah terbukti lingkop.. kat PR tengok macam nak tak nak jaa....

Cuba hangpa pikiaq... bukan main besaq Enjin jet tuuu...boleh hilang....nie bukan main suruh budak kuli odar spare part kereta kat kedai hardware...dia pie bawak pelari duit beli barang 2nd..kalau mamat tu tak kesah la aku...nie bab odar high purcase...nak kena buat meeting beli apa..keluaq quation... mintak budget...sapa handle..kira rumit laa..sebab nak odar juta-juta nie...
Enjin disedari hilang kerana tidak sampai ke destinasi: Menteri "Siasatan mendapati bahawa sistem penghantaran yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) cukup baik, tetapi mungkin ia dilakukan oleh kumpulan bawahan, cukup terancang dengan (bantuan) pihak luar," katanya selepas majlis pelancaran kompeni askar wataniah Pulau Pinang dan Kedah Selatan di sini, hari ini. [Rujuk]
tapi itulah hebatnya Malaysia kalau sembang bab kertas kerja memang hebat tapi bila perlaksanaan macam nie laa habih lintang pungkang....kalau dah enjin pon boleh hilang apatah lagi dengan claim beli skru driver, claim beli komputer berpuloh kali ganda... kira semuanya lingkop laaa....yg syoknya kes nie dah lama dah...dan pada masa tu Panglima Angkatan Tentera Udara bolek relax dan cool jaaa...dan yg syok lagi Panglima tu laa yg jadi PANGLIMA ANGKATAN TENTERA sekarang nie... hebat hebat....

Kehilangan enjin F-5E tak jejaskan skuadron 12 Scorpion TUDM: Panglima Angkatan Tentera
KUALA LUMPUR: Skuadron 12 Scorpion di Butterworth yang menempatkan pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), masih beroperasi seperti biasa meskipun dikaitkan dengan kehilangan satu daripada enjin pesawat jenis itu, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. [Rujuk]
Tuuu dia siap rasa tak bersalah lagi tuuu..entah laa tu la akukatakan merapu ja negara kita nie... entah laaa kalau hangpa masih dok berharap puak-puak puaka nie jaga negara hangpa bagi laa tapi aku dah tak berapa nak harap dah...kalau nak bagi lingkop hangpa bagi laa....manusia pertama nak dok di hadapan masa nak pertahankan negara last boleh tergadai enjin jet perang... tak tau laa nak kata apa dah.... masa tu PM thah dimana dah...TPM pon dah hilang mana dah... yg tinggal rasa2nya rakyat jelata laa kot....mintak2 bukan macam tu laa....alamatnya kalau betul mati katak laa rakyat Malaysia nie...

Jadi ada akal kita pakat-pakat lah fikirkan yg terbaik untuk negara...

Khamis, 2009 Disember 17

AHLI PARLIMEN SEMUA...Hangpa Nie Tau Ka Tugas Hangpa Apa Dia..??


Assalamualaikum Wakil Rakyat Semua...

Kwsn Kerusi Parti
Nama
P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

























Dah dengaq lagu....OK.. dah baca list kat atas tuuu... OK... la nie mai dengaq pulak aku nak bebel....

Sekarang hangpa hutang aku 1 bijik kira lanie kita sedang kalah dgn BN 0 -1 laa.. punca dia sebab hangpa bagi BN jaringkan GOL malam semalam.... [sembang bab GOL la sebab musim bolasepak nak lawan final Sukan SEA nie]

Aku tak nak kata bab sapa yg tuang dewan semalam yg mana senior yg mana junior pada aku hangpa semua memang PELAQ sebab hangpa tak pikul amanah dan tanggungjawab hangpa yg rakyat lantik hangpa suruh pie PARLIMEN tapi hangpa ponteng....ingat apa yg hangpa dapat dari gaji sampai nama yg dok ada lanie atas pilihan rakyat...jadi rakyat lantik hangpa jadi tok wakil dalam PARLIMEN pie la dok nganga dalam bangunan tuu..sebab itu dah tugas hangpa...

Hangpa kena atuq pie la JADUAL hangpa tu yg penting kena ada dalam PARLIMEN bila bersidang.. itu baru nama AHLI PARLIMEN.. melainkan hangpa MC Sakit macam Adun Siputeh tuuu[he he he saja kenen sijik mamat toya tuu].

Bab ahli parlimen ponteng nie aku dah meluat dengaq dah dulu kita dok kata BN ponteng, Ingat dak lagi kes Kak Fidah tak nah jijak dewan macam2 hangpa kata...tapi lanie dah jadi kat hangpa pulak main ikut suka ja nak pie masuk dalam dewan sidang tuu...awat nak makan gaji buta kaa... aku tak halal dunia akhirat nak habaq bagi...

Tak kan benda nie pon nak kena ajaq... nama AHLI PARLIMEN tapi dok kalut masalah peribadi kat JAKARTA tu apahal...(Alasan Mahfuz) apa dia masalah peribadi tu cuba hang habaq sini... dan yang seorang lagi habaq kata ada majlis bersama rakyat... kalau hang tak pie pon bagi wakil hang malam tuu dah tentu rakyat tak kata paa punya malahan berbangga lagi..nie tak.. dan yg lain2 tu bila nak bagi alasan...atau aku nak listkan alasan kat sini..

Lepas tu aku nak tanya lagi sapa yg atuq startegi malam tu.. hang ka Anwar.. kalau dah tau ahli PARLIMEN hang kurang takan hang tak buat emergency call kat mana yg berlegar di KL tu spt anak hang, MB Selangor, Azmin, Teressa, Manikavasagam, Karpal, Zainal Abidin, Gobind... sebab aku tengok depa nie dok sekitar KL & Selangor ja.. takan tak call depa nie kata URGENT... masa 16 Sept dulu hang kalut sangat dok nak ambik nie dah ada depan batang hidung hang buat do nooo jaa...

Pada aku hangpa semua nie macam tak bersungguh jaa nak jaga rakyat... pada aku hangpa kira tembolok hangpa jaa... rakyat dok numbor 2... kira depan rakyat tu hangpa sembang jaa lebih... tapi yg baguih sikit hangpa nie kelaku hangpa kira baik sikit ja dari kelaku puak-puak BN... itu pasai boleh sokong tuuu... tapi kalau kelaku hangpa pon dah 2 X 5 nak sama dengan BN baik aku sebagai rakyat buat hal masing2 jaa... layan apanya POLITIK BANGANG yg ada kat Malaysia nie...buat sakit hati buat semak kepala.....

Ingat semua AHLI PARLIMEN Pakatan Rakyat, sekarang hangpa hutang kami sebijik.. hangpa kena balas balik.........

Kalau tak baik hangpa letak jawatan saja laaa............


Selasa, 2009 Disember 15

Benda Bangang Yang PAS lakukan pada hari ini...


gambaq hiasan saja..tak ada sangkut paut dengan siapa yg bangang

Kenyataan Media

Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.

Bagi yang berminat menyertai konvensyen pada 20 Disember ini bolehlah mendaftar kepada penerangan.paspusat@yahoo.com dengan menyertakan Nama Sebenar, No. Kad Pengenalan, Alamat Blog, Email dan No. Telefon Bimbit.

Hanya peserta yang mendaftar awal, iaitu sebelum 18 Disember 2009 sahaja yang akan dibenarkan masuk ke Dewan Dat’ Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Program akan dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Hj Abd Hadi Awang dan Kelab Blogger PAS akan turut dilancarkan pada hari berkenaan.

Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan Blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Alahai apa nak jadi dengan PAS nie... nak kata tak cerdik dah bersusun dalam saff pimpinan tu yg pandai-pandai belaka...takan tak boleh pikiaq sikit kot pasal HAK-HAK ISTIMEWA AHLI... nak bincang hal rumah tangga pasai pa pulak pie panggil jiran sebelah masuk sekaki....sebelom nie aku tengok OK dah.. nak pie kena register...kena bagi alamat blog... tu baru kira gentlement... tapi hari nie bila baca pengumuman Ketua Penerangan dia jadi lain pulak...entah laa satgie aku kata bengong hangpa marah pulak...
mai nak habaq kat hangpa kami jadi blogger pon tak pinjam duit hangpa sekupang aihhh... cuma niat kami nak menyampaikan maklumat dan meluahkan apa yg terbuku dihati dan yg utama hanya jalan ini yg kami mampu sumbangkan untuk parti yg berjuang dilandasan ISLAM... kami nie ada yg kerja GOMEN makan gaji... ada yg bapak polisi....ada yg petani.... ada yang kerja kilang... itulah kami....kami ibarat benih2 yang bertebaran dimuka bumi yang mana manusia lain tak tahu siapa kami....tetapi teras perjuangan kami dalam blog adalag sama...iaitu menumbangkan musuh kami dan kita semua....

Pada aku..aku lebih selesa dengan gelaran ANAKKEDAH dan siapa pon tak tahu siapa aku... dengan identiti ini biarlah aku dengan duniaku...aku tak suka aku tegoq...aku suka aku puji dan ucap tahniah....semuanya dari persepsi pandangan aku...itulah aku...so far bila PAS nak buat program bersama blogger nie ada jugak hajat dihati nak menimbulkan diri tetapi bila dah dinyatakan sebegini aku rasa bersyukur sebab aku tak terjebak untuk register awal..jika tidak sudah pasti identiti aku akan terdedah....

Jadi aku rasakan aku selesa sebegini....biarkan ANAKKEDAH terus jadi misteri pada PAS @ UMNO...hangpa buat silap aku bantai...aku nak jerkah PIMPINAN direct aku tak berani tapi kat sini insya'allah aku mampu lakukan....

dibawah nie aku copy paste satu komen dari artikal Konvensyen Bloggers PAS : Blogger baling selipar ? aku rasakan apa yg dia katakan tu adalah betul.... kalau dah tak ada sapa yg nak pie tak yah la bukakan pada UMUM sampai macam nie...buat sahaja kepada yg berapa org dah daftar tuu tak payah nak tunjukkan kat dunia kata PAS ada blogger yg banyak... buat apa ada banyak kalau kepala otak depa hangpa dah BTN kan... lepas nie kalau nak teguq pimpinan rasanya dah tak berani dah sebab ada kod etika dia...

pada aku sorry to say..sapa yg aku rasa silap..hangpa terima lah paku buah keras dari aku... itu sahaja yg mampu aku katakan...sepertimana dengan keputusan yg hangpa buat nie... ini kerja bengong...itu yg mampu aku kata....
Anonymous said...

Wak... tu yang aku bimbang klu konvensen blogger PAS ni dibuka kpd umum....kita tak tau niat dihati yg hadir tu....bila ramai yg pakat mai SB-SB Bkt Aman takan nak lepas peluang....sat lagi semua gambaq-gambaq blogger yg mai tu kena snap, percuma masuk dlm fail2 mereka....ana tak setuju klu konvensen ni dibuka kpd umum walaupun pada blogger PR. ini urusan rumah tangga PAS, bukan urusan depa, mcm mesyuarat khas parti la juga mana boleh bagai org luaq masuk kan? sat lagi yg mai tu bukan setakat PKR & DAP je, hat yg jenis tak berparti pun mai tumpang semangkuk....jenis umno jadian pun akan tumpang mai juga....apa cerita wak!!! ana bimbang juga nanti bukan setakat selipar je....kerusi pun melayang..ye lah kan yang resmikan tu TGHH yang depa duk bencikan sgt tu....Wak agak le budak adukataruna,albakistani,tulang besi zulfaqar tu mai tak agaknya....apa ye tindakan diaorg bila bertemu dgn TGHH, Ust Deris dan Tuan Ibrahim yang depa duk gasak bagai nak rak...agak2nye berani ker deba baling selipar ker atau terjerit2 laungkan " TGHH resign now !!!!" TGHH UG, kami anti UG!!! atau sebagainya.

Pastu geng-geng perekexspres tu berani buat apa agaknya termasuk Mat Saman Kati and the gang.

Alamak....tu je yang aku risau sebab kita dah bagi peluang depa sembelih kita free je...kita dah sediakan gelanggang untuk depa bantai kita.....wacana kat Vistana hotel dah tak jadi ni la peluang depa nak bantai TGHH kot....

aku rasa wak, hang pun jgn pi....buang masa jer....bukan apa takut depa dah sediakan selipar utk hang sekali ..... mampuh la hang nak elak...aku setakat baca blog je lar..tapi aku tunggu juga laporan hasil dari konvensyen ni...berapa orang yang bengkak kepala kena kerusi..berapa orang yang tercekek makan selipar dan berap orang lagi yang benjoi kepala kena punggai dgn kasul....

" berhati2 di dalam dewan yng dipenuhi oleh blogger XXXXXXX....

Rabu, 2009 Disember 09

Politik KERAT Vs PUNGKOQ kat Penang

Hari nie aku nak ulas pasai Ketua pembangkang Pulau Pinang.. Bukan apa aku tengok mamat nie macam syok sendiri dan masih dok nak tegak benang basah pasai isu 'KERAT' & 'PUNGKOQ' dia tempohari....

aku nak Ulas pasai yg dia dok canang ayat "Dua Tiga Kerat Melayu" tuuu.. macam dia bunyinya.. kata speaker tak paham bahasa melayu laa... tak paham undang-undang laa...bla bla bla...

Lanie aku nak hangpa tengok betoi youtube nie lepas tu hangpa pikiaq tengok apa aku ulas nie selari dak dengan apa yg dok hingaq nie...

OK TENGOK DULU..PAHAM...

OK dah tengok dah...lanie dia start pada minit 0.21saat.. tengok ayat mula2 dikeluarkan "Cuma Melayu Dua Tiga Kerat Nie [sambil tangan menunjukkan kearah YB Melayu dalam Pakatan Rakyat]..."

Maka bangun timbalan ketua menteri suruh beliau tarik balik ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" tersebut.... tapi dengan bongkak dia kata "TAK PAYAH TARIK LAA DUDUK LAA".... pastu bangun seorang lagi YB Pakatan Rakyat dengan kemukakan undang-undang dewan seksyen 46-13 dalam bhgn menyakitkan hati...... tapi beliau masih dengan keputusan tak mahu tarik balik ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" tersebut....

Pada minit 1.38 beliau berkata sebegitu pasai pa dia tak mau tarik ayat tadi dengan mengandaikan apa yg dia kata tu spt nie..."UMNO Jaga Orang Melayu Yang Depa Tak Jaga" dan dengan tegas dok tanya nak tarik apa....benda nie lah yg dibisingkan dalam dewan sampai beliau kena gantung dan keluaq isu pungkoq...

cuba hangpa pikiaq elok2 yg dibisingkan sekarang ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" dimana speaker suruh tarik ayat nie dimana pada pandangan speker tak sesuai diguna dalam dewan... dan cuba tengok ayat kedua "UMNO jaga Orang Melayu Yang Depa Tak Jaga"... Pada aku benda nie mudah saja... dia tarik balik ayat pertama tetapi dalam masa yg sama nak pertahankan hujah dia guna ayat yang kedua habis cerita....tetapi beliau engkar arahan speker suruh tarik balik... lanie dah masuk bab melanggar arahan speaker..itu pasal kena gantung tuuu..

tetapi jika beliau seorang ketua pembangkang yg bijak...sudah tentu beliau akan tarik balik ayat "MELAYU DUA TIGA KERAT" tuuu dan dalam masa yg sama beliau masih dapat stand dengan ayat kedua "UMNO jaga melayu yang depa tak jaga"...jadi disini maksud beliau untuk berhujah dalam dewan telah kesampaian dan dalam itu situasi semua YB dewan keluaq dewan tak akan wujud... atau hangpa nie memang dah dok pakat cari sebab nak monteng dewan jaa... duduk dalam dewan tuuu..berbahas dan berhujah dengan Kerajaan Negeri...jadi wakil rakyat yg betul2 wakilkan rakyat.. nie jika mai dewan dok bahas benda cacing nie... bila nak seattle....

Entah laa jka macam nie punya stail berpolitik kat Malaysia sampai bila politik kita nak maju pon tak tahu...

Tetapi inilah dinamakan ego tak bertempat..masih dok ingat depa hebat dan dok ingat dewan depa yg punya..macam nie la spt kes kota siputeh ingat depa boleh buat sesuka hati depa macam depa berkuasa dulu....

-SINAR HARIAN

GEORGETOWN - Tindakan Timbalan Speaker, Tan Hock Leong menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim hanya kerana mengeluarkan perkataan “dua tiga kerat” menjadi bahan ketawa orang ramai sekarang ini.

Azhar berkata, orang ramai kini sudah dapat melihat sendiri keupayaan Hock Leong menguasai Bahasa Melayu serta kewibawaannya untuk berlaku adil ketika mengendalikan urusan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini.

“Sesiapa sahaja yang memahami Bahasa Melayu boleh memberi tafsiran mengenai makna ungkapan itu. Ia sama sekali tidak membawa makna yang lucah seperti yang ditafsirkan oleh Timbalan Speaker.

“Apa yang menyakitkan hati dengan ungkapan itu. Itulah masalahnya kalau seseorang itu tidak faham dan cuba membuat tafsiran sendiri,” katanya sambil berharap kejadian seperti itu berulang lagi kerana secara langsung ia menjatuhkan maruah DUN itu sendiri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, beliau menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan yang mempersoalkan motif sebenar penggantungannya daripada menghadiri persidangan DUN.

Isnin, 2009 Disember 07

Alahai Mahfuz hang nie pon Geng Gila Microfon kaa..???

Aduhhhh... pening kepala aku kekadang tengok kelaku pimpinan PAS... nak kata kaw-kaw satgie pakat terasa pulak...lepas tu mula la pakat kata para blogger nie tak reti nak jaga adab dalam berkarya.. tetapi masalah sekarang nie ada sesetengahnya main cakap tanpa tengok impak yg akan berlaku...

cuba tengok kelaku si mahfuz siang tadi.. apakejadahnya dia pie buka balik buku buah keras kat semua orang sedangkan isu yg dikatakan tu sudah pon di jelaskan dan dah banyak oeang faham dan diam.. last dia plak pie gatai mulut dok mereben bercakap benda macam nie...

dah la oiii penat dah nak bercakap kat pihak awam dengan kelaku hangpa nie... elok nak relax sat otak hangpa pie buka cerita baru pulak... hangpa nie tak reti nak dok diam kaa... pie pakat buat kerja laa penat dok layan isu berulang2 nie...tambah hang mahfuz kawasan nu balik kerap sikit dah banyak orang dok mereben pimpinan kurang kat kawasan...

penat laa tengok perangai hangpa nie.. tak sudah2 suka lepas bom dalam kampung sendiri....macam nie punya kelaku... hangpa kempen seorang2 la masa pilihanraya nanti... baik aku pie joint tabligh lagi baguih....

nie ada satu artikal buat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat semua.....

KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS GILA MICROFON REPORTER

Penulis Tamu - kedahlama,

BN dan UMNO tak akan buat sesuatu yang merugikan depa. Sebelum depa keluagkan apa-apa isu atau strategi, depa akan kaji. Depa ada 'think tank'. depa ada pakar saraf. Tapi depa tak tunjuk dah hebahkan sapa jawatankuasa gerak saraf depa. Depa hantag orang-orang depa menyusup masuk dalam kem-kem pembangkang. Strategi depa licik. Depa buat kajian dan buat tindakan secara halus.

Berbeza dengan kita. Dalam setiap pilihanraya, kita syog sangat nak dedahkan dan hebahkan sapa yang jadi AJK Gerak Saraf. Tag Nama terpampang di dada. Kalau boleh nak buat banner besag-besag nak habag kat orang mengatakan kita ni 'Geng Gerak Saraf'...Rasa bangga dan hebat. Kalau diizinkan kita nak habag biag semua orang tau yg kita ni orang penting dan join geng gerak saraf. Kalau boleh jugak kita nak boh Tag Nama biag sama besag dengan badan kita.

Itulah bodohnya kita. Dungunya kita. mangkoknya kita. Lama saja dalam politik, tapi terlalu jauh kebelakang dalam berpolitik. Masih rtak cerdik dan bertindak secara primitif dan kuno. Dunia dah lama berkembang dengan IT. Tapi kebanyakan pemimpin kita masih ramai yang buta IT.

Satu lagi yang jadi senjata makan tuan ialah apabila pantang disua microfon dan ditanya oleh pemberita. Pantang hulog microfon kira nak jawab saja. masa jawab tu bukannya ingat pun bahawa itu satu perangkap yang akan makan diri. Jawab dengan confident, tapi rupa-rupanya makan diri. Banyak kali juga aku tengok Presiden PAS dan Setiausaha Agung PAS dengan rasa bangganya menjawab soalan dari wartawan. Penuh kesungguhan, rupa-rupanya jawapan yang diberi adalah jawapan bodoh yang akhirnya makan dan perangkap diri.

Sama juga dengan YB Mahfuz Omar, seronok sangat nak jawab soalan wartawan. Penuh yakin dan rasa puas bila dapat microfon. Rupa-rupanya semuanya makan diri. Agaknya beberapa pemimpin ni gila microfon nak jadi glamour kot. Maklumla muka boleh masuk TV3 suku, TV9,TV7 dan Astro Awani. Tapi tulah perangkap yang sebenagnya dipasang oleh UMNO dan BN.

Tapi apakan daya kerana kebanyakan pemimpin kita ni gila nak bercakap dan pantang dapat microfon dan nak jadi glamour. Maka lama kelamaan jadilah pemimpin-pemimpin ni bahan ujikaji oleh UMNO dan bahan eksperimen untruk jatuhkan pembangkang. Selagi perangani dan gila microfon tak berubah di kalangan pemimpin PAS, maka selagi itulah BN dan UMNO akan terus tersenyum dan berjalan dengan gagah untuk tumbangkan PAKATAN RAKYAT.

Hampa tunggui tengoklah cakap aku ni.....................