Ahad, 30 Oktober 2011

nama ja menteri tapi otak macam lembu.....

aduhai anak mahadet..ingatkan hang terra..last taik ayam panu jugak hang nie..sembang macam budak-budak kanyiaq ja hang nie... kalau macam nie punya menteri sembang baik azizan declare Kedah nie keluaq Malaysia sahaja....duit hasil cukai rakyat Kedah hangpa rembat mai nak bagi balik hangpa berkira... memang laa K'jaan negeri dok cerita hasil balak meningkat... kutipan cukai tanah meningkat... tapi kena tau semua nie la digunakan untuk urus tadbir hasil kerajaan negeri....dulu masa cukai BN penaik sampai 360%....dan mai Azizan peturun semula jadi kira tangtu dah hilang dah duit negeri...kira duit hasil tadi laa digunakan menampung semua tuuu...benda mcm nie pon hg nak buat org kampung pening kaa...tuuu hutang yang hangpa tinggai 2billion lebih tuuu...takan nak biaq mcm tuu saja..hutang wajib bayaq jadi azizan bayaq tak tinggai sebulan pun.... zaman hangpa dulu bukan kata hutang tak bayaq tapi tiap-tiap tahun buat hutang...jadi hasil pekin perut.. tampung sini sikit... situ sikit...jadi duit keluaq masuk tuuu kira balance jaa utk digunakan untuk urus tadbir negeri....ini semua tak dapat bantuan dari pusat sekupang pun...seperti dok pie berutang mcm BN dulu..kira kemaih laa tuuu...hasil bumi dan cukai negeri guna kot tuuu....

Lanie duit cukai dari rakyat Kedah hangpa rembat jadi bagi la balik supaya rakyat Kedah dapat kesenangan dan kenikmatan semula....kira duit bantuan banjir tuuu hasil kutipan cukai dari rakyat Kedah laaaa...yg hangpa dok dengki tak bagi buat apa...kalau mcm tuuu biaq Rakyat Kedah bayaq cukai kat Lembaga Hasil Negeri Kedah... senang habih cerita... nanti kutipan duit tu biaq kami urus sendiri..ok laa jugak....

Aduhai sembang macam taik ja hangpa nie....nama ja menteri tapi otak macam lembu.....

Dibidas enggan guna hasil negeri

GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dibidas kerana hanya tahu meminta-minta daripada Kerajaan Pusat tanpa mahu menggunakan pendapatan negeri untuk menangani masalah banjir.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas sering mendakwa kononnya hasil pembalakan negeri diraih lebih tinggi berbanding ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, maka hasil itu sepatutnya digunakan untuk menangani masalah banjir.

"Apa sudah jadi dengan keuntungan dalam hasil balak yang dijual kerana sebelum ini mereka kata hasilnya lebih tinggi berbanding waktu BN memerintah Kedah?

"Kalau benar hasilnya tinggi sepatutnya ia digunakan untuk rakyat dalam menangani masalah banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah akan merayu untuk mendapatkan bantuan banjir sekurang-kurangnya RM10 juta daripada Kerajaan Pusat dengan segera kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menghadapi bencana itu.

Azizan berkata, pihaknya akan mengarahkan bahagian kewangan negeri untuk menulis surat rayuan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan bantuan banjir tersebut.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan hasil pembalakan itu untuk persediaan menghadapi sebarang bencana yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Bagi BN, beliau berkata, sama ada memohon atau tidak daripada Kerajaan Pusat, BN tetap akan membantu dengan menyediakan bantuan kepada rakyat memerlukan jika berlaku bencana atau malapetaka.

"Cuma kita nak pastikan agar jangan pula apabila Kerajaan Pusat beri bantuan, kerajaan negeri pula nak ambil nama dengan mengatakan ia daripada mereka.

"Sepatutnya, jangan dipolitikkan soal bantuan bencana dan sebab itu BN mahu ia (bantuan) terus kepada rakyat dan tidak perlu pihak ketiga," tegasnya.

Tambah Mukhriz, berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan Pas negeri tidak mampu untuk membantu rakyat menghadapi bencana banjir dan kerja-kerja agihan bantuan lebih banyak dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan BN sendiri.

Ahad, 23 Oktober 2011

Blogger UMNO Kecewa dengan pimpinan depa...kesiannnnn......

ha ha ha gua best jugak baca kesah nie kat blog sahabat kita nie... bab depa bambu AZIZAN tu lantak laaa tapi ambik bab depa bambu puak depa sendiri tuuu....jika macam nie laa perjuangan hangpa..nampaknya baik bagi terus jalah negeri KEDAH nie kat PAS.....he he he he...

LAAA..DEPA DOK SYOK LAGI RUPANYA....

Oleh: Watan Bertinta

Kalau tengok dari segi lagak, gaya, cara cakap, Dato Bashah rasa dialah MB Kedah selepas ni, walaupun hakikatnya dia kena pastikan 3 perkara terlebih dahulu. a.Dipilih sebagai calon, b. BN menang kerusi majoriti DUN Kedah, dan c. Dia direstui dan dipilih sebagai MB oleh PM.

Demikian juga kalau ditengok cara kerja Dato Li Ibrahim, pegawai Tugas-Tugas KHAS PM, saban minggu balik ke Pedu dan Kuala Nerang, khabarnya dia sedang merundingkan dengan SYed Sobri agar  Syed Sobri melepaskan kerusi DUN Kuala NERANG padanya, sebagai balasannya Dato Najib kata dialah MB Kedah lepas ni.

Ni belum dikira kempen Ahmad LEBAI SUDIN(LESU), Dari Kg Bukit sampai ke Jabi, dia dah ceramah dalam banyak perjumpaan, 'akulah MB Kedah lepas ni, aku pernah jadi EXCO, Aku Ketua bahagian,aku bla..bla..bla..bla

Itu tidaktermasuk Dato Det Khalid lagi, 'penyakit gila talak dia pada jawatan MB' tak kunjung padam, walhal salah diri sendiri menyebabkan dalam sejarah KEDAH Jatuh pada PAS. Itupun ada hati nak jadi MB Lagi, dimana sahaja SULTAN pi dia mesti ada sama, jek ROSMAH dan Najib tidak terhitung lagi. Patutnya yang perlu dijek atau didekati adalah pengundi. Patutnya di bersyukur, walau Kedah kalah dibawah pimpinannya dia dibagi jawatan PENGERUSI MADA, PENGERUSI SPPM, Timbalan Pengerusi TOURISM MALAYSIA dan Ahli lembaga pengarah banyak GLC Kerajaan Persekutuan, nak apa lagi????

Pemimpin di kawasan lain mungkin juga ada feel dan buat perangai yang hampir sama..Itu hangpa pakat boleh cerita. MUNGKIN di JERAI, LANGKAWI, PADANG SERAI, SP, BALING, KULIM, MERBOK semua ketua Bahagian atau bakal bakal calon punyai perasaan yang sama, pakat 2 kali 5. Semua rasa layak jadi calon, layak jadi EXCO dan layak jadi MB. Walhal dalam hati puak ini tak dak sekelumit pun rasa perjuangan untuk bela rakyat, bela agama, bela bangsa dan bela negara. Sama la dengan puak PAS pun, yang depa tau nak bela wanita. bela marka dan bela harta benda saja, dah mula rasa nikmat KUASA...

Tau taulah apa nak jadi, Ingatkah bila Allah s.w.t mentakdirkan UMNO dan BN Kedah kalah pada PRU 2008 puak UMNO dan pemimpinnya akan sedar diri, muhasabah diri dan berubah menjadi lebih insaf dan lebih baik serta bijaksana.

Rupanya makin bengap sepanjang masa, SYOK SENDIRI dan terlebih banyak MIMPI dan MENGINGAU DISIANG HARI..Patutlah puak PAS, PKR dan DAP tak payah teruk-teruk bekerja.

Nasib la kat hangpa rakyat Kedah woi..Dapat pemimpin yang syok sendiri, dapat MB bertaraf ustaz pun ingat nasib akan jadi lebih baik rupanya sama sahaja..DAH KENA DAH PENYAMUN JUAL PENYANGAK...!!!

Isnin, 17 Oktober 2011

Hang sembang apa laa wahai Bashah oi..??



cucuk hidung sana cucuk hidung sini...habih yg kat penang nuu sapa yg kena cucuk hidungnya...


BN ajak Azizan sokong Akta Murtad
Oleh Nahar Tajri dan Mohd Nasaruddin Parzi
bhnews@bharian.com.my
2011/10/17

MB Kedah masih gagal nyatakan pendirian sokong atau tolak cadangan Mufti Perak

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah semalam, meminta Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi sokongan terhadap cadangan penggubalan Akta Murtad bagi menghukum mereka didapati bersalah memurtadkan umat Islam di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata Azizan masih gagal menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak cadangan dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang disokong Pemuda PAS Perak dan Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamad.
Sehubungan itu, katanya, BN Kedah mempersoalkan sama ada PAS Kedah tunduk kepada tekanan DAP atau bimbang mengenai undi masyarakat bukan Islam terhadap parti itu terjejas pada pilihan raya umum nanti.

Katanya, PAS Kedah tidak mempunyai alasan tidak mahu menyokong akta itu kerana ia bersifat pencegahan menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang aktiviti memurtadkan orang Islam.

"Sepatutnya kerajaan Kedah pihak yang terawal menyatakan pendirian menyokong akta itu selaras dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan UMNO negeri di sini, semalam.

Cadangan itu juga mendapat sokongan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerjasama daripada PAS bagi melindungi akidah umat Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom, berkata PAS tidak serius dalam usahanya mengetengahkan serta memperjuang isu murtad dan pelaksanaan hukum hudud di negara ini, malah sering tunduk terhadap desakan DAP.

Katanya, sikap berdiam diri yang ditunjukkan kepimpinan tertinggi PAS setiap kali ditegur atau didesak oleh DAP menunjukkan parti itu bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Jika mereka benar mahu berjuang mengenai hukum hudud, mereka tidak perlu takut dengan desakan DAP sebaliknya terus dengan agenda mereka melaksanakan hukum itu, tetapi kini, bila DAP kata mereka berkeras tidak setuju, pemimpin PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semua mengambil langkah berdiam diri.

"Ini contoh jelas menunjukkan pemimpin PAS kini hanya mahu sekadar mencari publisiti murahan demi kepentingan parti itu bagi mendapatkan sokongan dan undi rakyat di negara ini, " katanya ketika di hubungi semalam.

Johari berkata, gimik yang cuba ditunjukkan PAS ini perlu diperhalusi setiap penyokongnya kerana dikhuatiri akan terpedaya dengan perjuangan yang hanya bersandar kepada motif politik semata-mata.

"Saya mahu penyokong PAS tengok dan faham semua ini, sekarang ini banyak perkara yang membabitkan Islam terutama yang berlaku di Selangor (apabila ada cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, " katanya.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Mamat angau nak jadi MB Kedah sembang Undang-Undang Murtad..

oleh AnakKedah007

Aduhai mamat BAKAL MB KEDAH yg seandainya BN MENANG PRU13 nanti mai nak habaq kat hang bab murtad nie PAS dah sembang lama dahhhhhhhhhhh...ulang dah lama dahhhhhhhhhhhh..... mai lanie hang pulak dok gatai mulut nak bercakap....cara hang cakap nie pon dah tau dah tak ikhlas pon nak buat undang-undang murtad tu sepertimana zaman bapak hang dulu.... jika UMNO tu ada teloq mai bawak masuk parlimen kita tengok sapa nak sokong tak sokong undang-undang murtad  nie... takpayah dok sembang bangang laaa....

UTUSAN - Akta Murtad: Pas tidak boleh berdiam diri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

"Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah.

"Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria mencadangkan Akta Murtad bagi menghukum mereka yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam di negara ini.

Harussani mendedahkan seramai 260,000 umat Islam di negara ini telah dikristiankan pada 2008 dengan jumlah yang dikhuatiri meningkat saban hari.

Mukhriz berkata, Pas tidak boleh berdiam diri dan menafikan hakikat bahawa ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

"Malah tindakan Pas yang tidak menyatakan pendirian berhubung isu itu sebenarnya cukup untuk menjadi penghalang usaha mewujudkan akta itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyokong Akta Murtad bagi memastikan akidah umat Islam tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak tertentu.

Mukhriz turut mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak memandang serong dan mempersoalkan usaha itu kerana ia membabitkan soal pemeliharaan akidah umat Islam dan tidak menyentuh hak-hak penganut agama lain di negara ini.

"Perlembagaan telah menetapkan orang bukan Islam tidak boleh mendakwah ajaran agama mereka kepada umat Islam.

"Sebarang usaha memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam adalah haram," katanya


HARAKAH : Akta Murtad, mujurnya kalau Umno sokong!
Mohd. Nasir Awang  

Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad.

Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan.

Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain.

Kes itu membuktikan betapa Umno sanggup mengenepikan kepentingan agama semata-mata demi menjaga imej dan maruah politiknya. Ia tidak bersedia untuk menerimapakai sebarang idea dan cadangan pihak pembangkang, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang daripada PAS yang disifatkan sebagai 'musuh tradisi'nya dalam meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam.

Keegoan politik itu telah menyebabkan Umno buta mata hati dan gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya, walau pun apa yang dikemukakan PAS itu membabitkan soal menjaga kesucian aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Sebab itu jika ada pemimpin Umno mendakwa mereka memperjuangkan kedaulatan Islam, rakyat jangan sesekali percaya. Malah jika dalam keadaan tertentu apabila dilihat mampu meraih markah politik, kerap juga pemimpin Umno mengatakan mereka tidak mementingkan soal fahaman politik.

Lebih-lebih lagi apabila keadaan memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak, Umno akan cuba melupakan rakyat tentang sikap dan pendiriannya selama ini yang amat berpilih kasih dalam melayan pihak yang tidak sealiran dengannya.

Seruan agar tidak mengutamakan sentimen atau fahaman politik hanya dikumandangkan Umno sebagai usaha mewujudkan persepsi kononnya parti lawan yang berperangai sedemikian. Sedangkan yang sebenarnya paling kuat beramal dengan sikap dan pendirian tidak demokratik itu adalah tidak lain daripada Umno sendiri.

Hari ini wajah dan suara hipokrasi itu menjelma semula di celah-celah kehangatan perbahasan mengenai isu murtad. Kesedaran masyarakat umum mengenai bahaya gejala kemurtadan umat Islam diulangsuara pelbagai pihak.

Media-media arus perdana yang diketahui menjadi talibarut Umno juga tidak melepaskan peluang. Ia bukan setakat menyuarakan sokongan terhadap harapan dan desakan khalayak yang cintakan kesucian agama Islam, malah secara terancang cuba menggambarkan betapa kerajaan dipimpin Umno juga mendukung hasrat serupa.

Justeru, suara-suara agar umat Islam bersatu mempertahankan kesucian aqidah dan mendepani pihak-pihak yang cuba menceroboh kepercayaan mereka kembali berkumandang. Sepertimana lazimnya, ia turut diiringi desakan dan cabaran keras kepada para pemimpin politik agar mengenepikan sentimen kepartian dan mengutamakan kepentingan agama.

Bahawa dalam menangani isu sebesar dan sepenting gejala murtad ini, para pemimpin Islam tidak sepatutnya terus bertelagah. Sebaliknya, mereka diseru meninggalkan perbalahan politik buat seketika untuk sama-sama mendukung agenda menyelamatkan agama.

Oleh kerana suara itu datang daripada pihak-pihak yang ada kecenderungan sangat jelas kepada parti pemerintah, walau atas apa jua nama pertubuhan yang mereka wakili, maka ia turut diiringi persepsi bahawa pihak yang paling dimaksudkan dalam seruan itu ialah para pemimpin politik beragama Islam dari pihak pembangkang.

Kononnya yang paling kuat berpegang kepada sentimen parti ialah pemimpin dan pengikut pembangkang. Sedangkan yang terbukti tidak simpatetik terhadap perjuangan pihak ketiga mempertahankan Islam selama ini ialah parti yang menunjangi pemerintahan negara ini sendiri.

Masakan tidak jika pengalaman lepas diambil kira. Usah disebut soal kelemahan pentadbiran agama yang acapkali dipertuturkan masyarakat. Tidak payah diperkatakan soal kegagalan kerajaan mengurustadbir wang zakat yang sebegitu banyak untuk menjamin kebajikan golongan kurang berkemampuan sebagai usaha membentengi mereka daripada dakyah agama lain.

Keadaan yang berlaku malah jauh lebih mendukacitakan. Umno bukan sahaja tidak bersedia mengakui kelemahan dan ketidakupayaannya menjaga kedaulatan Islam menerusi kuasa dimilikinya dalam pemerintahan, ia malah tidak bersedia memberi laluan kepada penambahbaikan pentadbiran agama. Ambil saja contoh bagaimana Umno menolak mentah-mentah sebarang usaha menggubal undang-undang berkaitan murtad tadi, hanya semata-mata kerana ia dikemukakan pemimpin pembangkang.

Usaha serupa bukan sekali, bukan dua kali dilakukan PAS. Tuan Guru Abdul Hadi mengulangi cubaan serupa pada penghujung 1999 setelah gagal lebih enam tahun sebelumnya. Malangnya cubaan beliau kali kedua itu juga tidak diberikan layanan lebih baik.

Ia kemudiannya diikuti Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada 2006. Ketika itu perbahasan isu murtad sangat hangat, terutama apabila ia dikaitkan dengan kebebasan beragama diperuntukkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Usaha-usaha pihak tertentu mewujudkan justifikasi tindakan mereka mengembangkan agama mereka di kalangan umat Islam, beserta beberapa kes melibatkan wanita Islam menukar agama secara terbuka kepada agama lain, meletakkan negara dalam polemik agama agak panas ketika itu.

Ada konvensyen dianjurkan pihak berkuasa agama negara khusus membincangkan tajuk kebebasan beragama dan isu murtad. Para ilmuan Islam dan ahli akademik masing-masing membentangkan kebimbangan mengenai isu diperbahaskan. Para mufti turut bersuara agar diwujudkan undang-undang menangani gejala merosakkan aqidah umat Islam itu.

Pada tahun itu juga Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) ditubuhkan. Di tahun sama, Himpunan Sejuta Umat Islam Mempertahankan Aqidah dan Kesucian Islam dilangsungkan. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi lokasi himpunan itu menyaksikan kehadiran amat membanggakan.

Suasana sebegitu tegang dengan kemarahan umat Islam berada di kemuncak ketika itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk negara kita menghasilkan suatu undang-undang menjamin aqidah umat Islam. Sepatutnya segala desakan para ulama, mufti, pertubuhan bukan kerajaan berkepentingan Islam dan khalayak umum agar kerajaan berbuat sesuatu bagi membendung gejala itu berterusan sudah memadai untuk kita melihat wujudnya kini undang-undang dimaksudkan itu.

Namun segala harapan itu bagikan fatamorgana. Dari jauh ia dilihat amat meyakinkan, tetapi apabila tiba semakin hampir kepada realiti, ia sebenarnya hanyalah khayalan.

Kini isu murtad kembali mendapat perhatian umum. Himpunan Sejuta Umat Islam juga bakal diadakan buat kali kedua. Sepertimana siri pertama, ia juga dilaungkan sebagai himpunan tanpa sentimen politik. Ia untuk semua jiwa dan insan beragama Islam. Ia semata-mata di atas agenda mempertahankan aqidah dan melawan pencerobohan kepercayaan umat Islam.

Betul, ia tidak perlu melibatkan politik untuk memaut sokongan dan kehadiran semua pihak. Namun apakah kita hanya mahu kehadiran yang ramai sebagai penghujung agenda perjuangan? Apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu, bahawa sebarang usaha sebegitu keras tidak akan mencapai hasil maksud tanpa campurtangan politik?

Di atas permis ia perhimpunan tanpa sentimen politik, himpunan itu nanti mungkin boleh memaut kehadiran yang besar. Tetapi tempik sorak, laungan takbir menyerakkan anak tekak dan gulungan resolusi menyendatkan fail tidak membuahkan hasil maksud apabila ia sewenang-wenangnya ditolak atau disepikan begitu sahaja oleh penguasa politik.

Pengalaman lalu sepatutnya mengajar umat Islam negara ini bahawa hanya dengan dokongan politik sesuatu usaha itu mudah direalisasikan. Untuk itu rakyat yang cintakan kesucian aqidah dan sayangkan kedaulatan Islam perlu tahu kepada siapa wajar mereka serahkan sokongan dan kuasa pemerintahan.

Begitu juga, setiap jiwa yang lantang memperjuangkan wujudnya undnag-undang berkaitan murtad ini, terutama dari kalangan penyokong tegar Umno seharusnya berhenti daripada terus memberikan kepercayaan kepada parti itu. Akuilah hakikat bahawa Umno bukannya pihak terbaik untuk diharap menyelesaikan permasalahan dihadapi umat Islam.

Bahkan, mengambilkira pengalaman lalu, rasanya para pemimpin Umno pun tersangat malu untuk menyokong sebarang usaha mewujudkan akta berkenaan. Jika tidak kerana keegoan politiknya yang terlampau mengutamakan sentiment kepartian, sudah lama akta tersebut menjadi realiti.

Justeru, mujur benarlah jika kali ini pemimpin Umno menyokong wujudnya undang-undang murtad!

Gaji & Elaun seorang Ahli Parlimen dan Pesanan untuk MP Pakatan Rakyat

oleh AnakKedah007

dari dok tengok tuu rasanya dah belambak dah pon depa dok dapat..itu belom lagi di kira dengan peruntukan untuk setiap kawasan Parlimen yg sebanyak RM1juta tu yg mana hanya dapat kat MP BN sahaja....

Jadi pakat2 pikiaq laa no pasai elaun dan gaji hangpa semua tu tak payah dinaikkan lagi...kesian kat rakyat kat bawah yg kais pagi makan pagi nie...

Dan kepada MP Pakatan Rakyat hangpa kena ingat dan tanam dalam kepala otak hangpa tu yg kini rakyat dah meluat dengan kelaku2 MP BN seperti tuang dewan, mai dewan lena, mengulaq dok cafe dan sebagainya... semua nie hgpa kena buang dan tembelang hangpa dah pecah dah dengan isu kalah undi 28 - 70 baru2 nie

Jadi Pakat2 beringat jangan nanti BN depa tolak PR depa buang.... apa pon tak bolehhh..!!




Sumber

Jumaat, 7 Oktober 2011

BILA AZIZAN & MAT SABU nak ceramah sekali di KEDAH....??

Bila dok baca apa yg sahabat tuliskan nie..kawan nak tanya satu soalan.... BILA AZIZAN & MAT SABU nak ceramah sekali di KEDAH....??

Jangan ada 'musang berbulu ayam' dalam PAS | Print |
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my   
PARTI  Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai hala tuju yang sangat jelas, iaitu ia bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13, sekali gus menawan Putrajaya.

Sebagai sebuah parti yang banyak pengalaman dan tersohor sebagai sebuah organisasi yang berdisiplin, PAS sepanjang 60 tahun penubuhannya, juga tidak sunyi daripada elemen-elemen negatif yang boleh menjejaskan matlamat perjuangannya.

Tidak harus dinafikan, setiap parti ada kelemahannya yang tersendiri. Sama ada ia dari kalangan BN atau Pakatan Rakyat. Dalam konteks PAS, ia harus melihat jauh ke hadapan, supaya pasca 60 tahun ke hadapannya, tidak wujud sebarang elemen yang boleh menjejaskan hasratnya menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Elemen-elemen negatif sebegini, harus diperhati dan diperhalusi. Bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa, bukan juga untuk bersangka buruk dengan sesiapa, tetapi kita harus bertegas dalam mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan individu yang bergelar pemimpin.

Untuk itu PAS harus lebih berhati-hati. Jangan sampai akibat kelemahan kepimpinannya, keyakinan rakyat akan terjejas. Sebarang elemen yang tidak baik, harus ditangani sebaiknya.

Keyakinan rakyat terhadap PAS, selain daripada kekuatan kepimpinannya, kadang-kadang dibentuk oleh persepsi. Persepsi yang bagaimana rakyat melihat PAS. Jika ada unsur atau elemen yang negatif, maka ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan dan kepada PAS sendiri.

Justeru, pada Sambutan ulangtahun ke-60 PAS yang diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang berlangsung dengan jayanya 1 Oktober lepas, PAS harus kelihatan bersih dan sentiasa bersih, sebagai parti yang bakal menggalas amanah besar rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Bagi mengingatkan rakyat tentang peranan PAS di persada politik negara selama 60 tahun, aturcara padat diatur penganjur, bermula sejak 30 September sehingga majlis penutupnya pada malam 1 Oktober 2011. Dengan Kongres 60 tahun diadakan pada siang hari, pelbagai pameran, pelancaran dan diskusi serta pengkisahan sejarah diatur oleh penganjur.

Pada malam terakhir, seluruh kawasan persekitaran Dewan Milenium penuh sesak dengan pelbagai kenderaan. Khabarnya lebih 20 ribu penyokong PAS membanjiri dewan yang hanya boleh memenuhi sekitar 3 ribu orang sahaja.

Apa pun pada pengamatan saya, walaupun sambutan hebat ditunjukkan rakyat, namun jumlah sekitar 20 atau 30 ribu tidak menunjukkan kekuatan sebenar PAS. Kekuatan PAS bukan hanya ditahap itu sahaja. Itu pun yang hadir sewaktu ceramah, sedangkan pada waktu lain hanya sekitar 3 ribu orang sahaja yang memenuhi Dewan Milenium.

PAS adalah sebuah parti yang amat besar. Keahliannya mencapai sejuta umat. Kita mungkin tidak memerlukan sejuta umat membanjiri Kepala Batas, cukup sekadar 5 peratus atau 50 ribu ahli dan penyokong hadir sudah memadai.

Justeru mengapa kehadiran ahli dan penyokong tidak seramai yang diharapkan? Ada banyak jawapan diberikan. Antaranya tidak penganjur tidak cukup masa untuk mempromosikan majlis, ada juga yang mengatakan iklan-iklan yang berbentuk poster atau kain pemidang tidak banyak diletakkan di seluruh negara, atau pun sekurang-kurangnya di seluruh Pulau Pinang.

Saya berniat tidak untuk menyalahkan penganjur. Barangkali kain pemidang atau iklan dalam Harakah tidak banyak. Ianya bukan soal iklan dan promosi, ianya adalah soal kesedaran dan komitmen kita semua, dari kalangan pucuk kepimpinan sehingga ke penyokong di peringkat bawahan.

Sewaktu kami duduk di meja khusus yang ditempatkan untuk wartawan, ada wartawan media arus perdana yang datang dari Kuala Lumour, bertanya mengapa di atas pentas utama, AJK PAS Pusat tidak penuh walaupun dewan penuh dengan ahli dan penyokong?

Beliau menyebutkan beberapa nama kepada saya, yang saya fikir tidak wajar ditulis dalam ruangan ini. Namun, sekali imbas, ada logiknya soalan beliau, mengapa dalam event yang sebegini penting, tidak semua pemimpin tertinggi PAS yang hadir.

Beliau mengajukan soalan lagi,"Saya selalu buat liputan ke mesyuarat PAS Pusat, saya lihat ******* dan ******** selalu tidak hadir, mengapa ya?

"Adakah wujud masalah dalam PAS sehingga orang-orang ini tidak hadir mesyuarat dan event besar sebegini?" soalnya mengorek rahsia.

"Ya betul, kita orang pun selalu tunggu mahu minta statement dia..selalu dia tak ada," sampuk seorang wartawan media berbahasa Cina.

Mungkin kita boleh beri alasan simplistik. Pemimpin itu tidak hadir kerana sibuk dengan urusan. Habis, pemimpin lain yang lebih besar tidak banyak urusan. Jika Mursyidul Am dan Presiden PAS, orang yang paling sibuk dan padat jadual mereka boleh hadir, mengapa orang lain tidak boleh atur jadual mereka untuk menghadiri mesyuarat parti atau Kongres 60 tahun yang penting ini?

Dalam perbualan tersebut, banyak 'soalan-soalan maut' yang ditanya, tetapi tidak dijawab secara verbatim. Semua persoalan yang diajukan menunjukkan bahawa PAS dan pemimpin-pemimpinnya diperhatikan. Kelibat mereka senantiasa menimbulkan pelbagai persepsi.

Malah sewaktu berada di Kongres, ada kalangan hadirin mendapat SMS mengatakan pada waktu yang sama ada kalangan pemimpin PAS yang sembang santai dengan pemimpin Umno di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur.

Kita boleh cipta pelbagai alasan, barangkali si fulan itu sibuk dengan program potfolio atau lujnah yang dipegangnya. Justeru ditanya balik, tidakkah boleh jenguk sekejap ke Kepala Batas? Sesibuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, hingga penuh masanya bersama rakyat siang dan malam, pun sempat hadir, tak kan anda pemimpin bawahan, lebih sibuk daripada mereka.

Okay lah, kita bagi excuse, kononnya acara yang membabitkan majlis dengan pemimpin Umno sudah diatur lama, maka ianya tidak dapat dielakkan. Ditanya kembali, mengapa tiap-tiap bulan anda tidak hadir mesyuarat? Mengapa banyak event besar PAS, tidak juga anda hadiri?

Juga harus ditanya, misalnya, mengapa anda sering bertemu, minum kopi, bersantai dengan pemimpin Umno, menteri dan sebagainya? Lebih kerap bertemu mereka daripada menemui atau bergaul dengan pemimpin ada ahli PAS?

Dalam dunia tanpa sempadan ini bagaimana kita hendak nafi. Sekali dua boleh kita kata orang fitnah atau sebar SMS palsu. Tapi kalau dah masuk berpuluh kali, bagaimana?

Ini yang bahayanya. Ini yang harus dielakkan oleh PAS, selepas 60 tahun ia wujud dalam negara. Ia harus mempunyai pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih. Persepsi negatif sebegini boleh menjejaskan PAS dalam jangka panjang jika tidak ditangani dengan baik.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan sesiapa atau mencetuskan isu dengan mengandaikan sesuatu berdasarkan tohmahan. Anggaplah tulisan ini sebagai muhasabah supaya elemen picisan yang menjejaskan PAS yang timbul daripada orang seperti Dato' Mohd Asri Muda, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad dan Abdul Malek Hussin tidak berulang lagi.

Mereka ini keluar daripada PAS dengan cara yang kotor, walaupun mereka tidak menjejaskan PAS, namun mereka adalah termasuk di kalangan pencatat sejarah buruk 60 tahun PAS. Jangan sesekali PAS benarkan sejarah ini berulang.

Rabu, 5 Oktober 2011

YB Lena dalam Parlimen..!!


Tu diah LENA sampai tak mau-mau aihhhh...
pada2 laa nak LENA tu YB.. coverlah sikit..
nie tak lentok suku nyawa orang kata...