Khamis, 23 Mei 2013

Aduhai MUKHRIZ...bila BN nak buat petisyen takan nak suruh hang pun lepas jawatan..!!!

oleh AnakKedah007

Cuba hangpa baca dua artikal nie kemudian baru buat perbandingan dan fikirkan guna akal yang allah beri untuk menilai apa yang dikatakan oleh MB KEDAH sekarang nie...

Apabila PR nak fail petisyen maka MB KEDAH yang baru pun bersuara dan siap mencabar apa yang dikatakan oleh PR.....

  • Datuk Mukhriz Mahathir

    ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencabar pakatan pembangkang agar melepaskan tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya mereka masih tidak boleh menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kemudia hangpa baca yang bawah nie pulak...

  • Tengku Adnan Tengku Mansor

    KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.

Aikkk nie nak kira macamana MB takan nak suruh BN melepaskan tampuk pemerintahan di PERLIS, PERAK dan KEDAH juga serta negeri-negeri lain yang BN menang..... cepat beritahu nak buat camna nie...jawab mai la sekejap kami nak tahu apa jawapan MB pulak...

Itu laa DATUK...tak usah la dok layan cakap orang sangat DATUK tumpukan untuk memerintah negeri KEDAH nie sudahlaaa..macam-macam lagi benda yang nak kena buat hasil peninggalan kerajaan yang lalu....

  • Duit KEWANGAN NEGERI tak asingkan lagi HALAL/HARAM
  • KELAB MALAM yang dikatakan berlambak bila nak TUTUP
  • KEDAI EKOQ pun tak TUTUP lagik
  • Isu GAJI STAFF KUIN
  • Isu JALAN RAYA BERLUBANG
  • Isu BALAK..opss dah SELESAI 
  • Isu RUMAH RAKYAT
  • Isu TAMBANG FERI LANGKAWI
  • Isu KEMISKINAN dlm senarai JKM
  • Isu BELIA menganggur
  • Isu BOLA dok KALAH memanjang nie
  • Isu KALIMAH ALLAH di tepi stadium Darul Aman tuu
  • Isu PENYELENGGARAAN taman oleh kerajaan tempatan
  • Isu LADANG DUSUN yang dah dok ditanam kat PEDU
  • Isu apa lagik...........hangpa tambah sendiri laaa....!!!!

Selasa, 21 Mei 2013

Nak berkawan lagu mana MUKHRIZ oi.. awai-awai lagi hang dah tunjuk KUKU BESI nya.

oleh AnakKedah007

Nak berkawan lagu mana MUKHRIZ oi.. awai-awai lagi hang dah tunjuk KUKU BESI nya... Kami mintak STADIUM untuk prog. kami pun hang tak bagi.. lepas tu hang ajak kami kawan dengan hang.. Nak kira lagu mananya.... sedangkan zaman kami dulu bukan kata STADIUM negeri nie pun kami bagi hangpa masuk siap mengata kat kami lagi tuuu....

Perkukuh perpaduan majukan Kedah

Oleh Sahbulah Darwi
pengarang@utusan.com.my
Mukhriz Mahathir beramah mesra dengan seorang OKU, Abdul Razak Saidin dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, Jerlun, Kedah, semalam. 
 

JERLUN 19 Mei - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menyeru rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik memperkukuhkan perpaduan serta silaturahim bagi mencapai sasaran menjadikan Kedah maju.

Setelah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berakhir, beliau berkata, kini tiba masanya untuk semua pihak menghulurkan tangan persahabatan terutama di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dengan parti-parti pembangkang.

"Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat.

"Jadi saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis kesyukuran sempena kemenangan BN pada PRU-13 yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk di Alor Biak di sini, semalam.

Ahad, 12 Mei 2013

TAHNIAH dan selamat bertugas....


Alhamdulillah dengan terlantiknya Datuk Mahfuz sebagai PJ Kedah yang baru maka dengan ini page AZIZAN MESTI LETAK JAWATAN ditutup dengan RASMINYA...

Kami ucapkan selamat bertugas dan buatlah kerja cara ISLAM dan yang UTAMA dengaq sama cakap orang di bawah...

Selamat bertugas dan mengembalikan PAS KEDAH di mercu kejayaan semula....

Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru

Harakahdaily, 12 Mei 2013
KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pendang manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

PACA & Borang 13 & 14..???


Hangpa tau ka menatang apa PACA dan Borang 13 , 14 nie... kami sebelum nie tak la dok bercerita bab nie ingat BUKIT UHUD dah sediakan semua kefahaman bab benda nie..

Tapi bila kekalahan berlaku dan salah satu punca kekalahan dari pada pandangan kami ialah penyedian PACA yang kurang pengalaman menyebabkan kita kalah... ini post moterm kami hangpa nak pakai atau tidak itu terpulang...

Sepatutnya, kaedah pengiraan sama di semua Pusat Mengundi sebab ianya SOP SPR.

Semoga thread ini membantu semua yang ada kemusykilan terutama yang mengatakan peti undi ditukar, kertas undi ditambah, blackout dan sebagainya.

PROSES BERLAKU UNTUK PENGIRAAN UNDI SEPERTI YANG DI CERITAKAN OLEH SAHABAT INI YANG MENJADI KETIA TEMPAT MENGUNDI [KLIK SINI]

Jam 5.00pm
  1. Pusat mengundi ditutup.
  2. KTM akan menutup pintu Pusat Mengundi.
  3. KTM menutup pintu kotak undi seterusnya menyita dengan tali dan strip plastik SPR.
  4. KTM akan menampal stiker di tali yang digunakan untuk mengikat peti undi.
  5. Wakil2 calon dari parti bertanding akan dipanggil untuk menyemak sitaan yang telah dibuat dan menandatangani stiker yang telah disediakan sekiranya berpuas hati dgn sitaan tersebut.
  6. KTM menyediakan borang 13, dan diserahkan kepada wakil calon untuk disemak. Setelah berpuashati, wakil2 calon akan menandatangani borang 13 tersebut. Sesalinan borang 13 akan diberi kepada setiap wakil calon.
  7. Wakil calon untuk pengiraan undi masuk atau wakil calon telah sediada di dalam Pusat Mengundi menunjukkan watikah perlantikan dan surat sumpah kerahsiaan.
  8. Kerani2 Pusat Mengundi menyusun perabot bagi tujuan pengiraan undi.
  9. KTM akan bertanya kepada wakil calon samada untuk membuat pengiraan serentak atau satu persatu antara peti parlimen dan dun.
  10. Sekiranya pengiraan serentak berlaku, wakil calon akan diasingkan antara parlimen dan dun.
  11. KTM akan meminta setiap wakil calon untuk memeriksa setiap kotak yang disediakan bagi tujuan penjumlahan undi iaitu kotak parti yang bertanding, kotak undi yang belum dikira, kita undi ragu dan kotak undi tolak dalam keadaan kosong.
  12. KTM akan membuka sitaan yang dibuat di hadapan setiap wakil calon, seterusnya akan menuang kandungan peti undi kedalam kotak undi belum dikira.
  13. kerani Pusat mengundi akan membuka satu persatu kertas undi dan melaungkan apa yang ditanda oleh pengundi. Proses ini dilakukan dihadapan setiap wakil parti yang bertanding.
  14. Kertas yang telah dibuka dan dilaungkan akan dimasukkan kedalam peti yang sepatutnya, samada peti parti politik, atau peti undi ragu atau peti undi tolak.
  15. Proses ini dilakukan sehingga kesemua kertas undi di dalam kotak undi belum dikira dibuka sepenuhnya.
  16. Kerani Pusat Mengundi akan memproses kertas undi ragu dengan berpandukan buku panduan dan persetujuan setiap wakil calon. Kata pemutus adalah pada KTM bagi masalah kertas undi yang tidak dapat diselesaikan oleh wakil-wakil calon.
  17. Kertas undi ragu yang telah selesai diproses akan dimasukkan ke dalam kotak yang sepatutnya samada kotak parti2 politik atau kotak undi tolak.
  18. Kerani Pusat Mengundi akan mengumpulkan kertas undi dalam kiraan 10 helai setiap ikatan.
  19. Kerani Pusat Mengundi akan menjumlahkan kertas-kertas undi yang telah diikat kepada 10 helai untuk mendapatkan jumlah keseluruhan setiap kotak.
  20. Keputusan diperolehi.
  21. KTM menyediakan borang 14, wakil calon akan diminta untuk membuat semakan kepada borang 14 dan ianya hendaklah selaras dengan Borang 13 yang awal tadi.
  22. Sekiranya setuju, wakil calon akan menandatangi Borang 14. Sesalinan akan diberi kepada setiap wakil calon.
  23. Kerani Pusat Mengundi akan menyusun semua peralatan dan dokumen yang digunakan dan dimasukkan ke dalam sampul2 yang telah ditetapkan.
  24. KTM memasukkan kesemua sampul yang menganduni peralatan dan dokumen ke dalam peti undi dan disita semula.
  25. Wakil calon diminta memeriksa peti undi yang telah disita dan menurunkan tandatangan di atas stiker yang telah disediakan.
  26. Proses pengiraan dan penjumlahan undi selesai.
  27. Wakil calon keluar dari Pusat Mengundi bersama2 SPR atu berasingan.


Ini adalah pengalaman aku semalam dan 2 PRU sebelum ini.
Semoga penerangan ini jelas dan memberi pemahaman kepada semua.

*Ketua Tempat Mengundi

== Persoalan==

S : Aku nak tanya...possible atau tak berlaku peti undi ditukar, kertas undi ditambah...waktu pengiraan undi mesti ada wakil calonkan dan mereka mesti boleh memantau perkara ni..

J : Tidak. wakil calon sentiasa ada dalam Pusat Mengundi.
kalau nak tukar peti, perlu tahu keputusan terlebih dahulu.
Buat apa nak tukar peti yang x tahu keputusannya.
Borang 13 dikeluarkan sejurus Pusat Mengundi ditutup dan peti disita.
Masa ni wakil calon masih ada lagi.

S :
sape penah tgk salinan tersebut?? dah name pun salinan..xkan xbwk blk..cari kat fb pun xjmpe..
yg ade pun dlm bahse cine..


J : x sempat nak fotostat.
dah bagi pada Jentera BN Bahagian untuk rekod.
Borang 14 pun sama.
wakil calon x sepatutnya simpan,
patut bagi jentera parti untuk kumpul dan matchkan dengan keputusan SPR di Pusat Penjumlahan undi.

S : mengapa terjadi recount dan berapa kali max recount yg dibenarkan
mengikut pengalaman bkn petugas, pru sblm ni masanya sampai pukul 5 juga, jumlah pengundi pun xbyk beza, tapi kptusan dpt diketahui lebih awal sblm jam 9 mlm...kenapa kali ni makan sampai pukul 2-3 pagi? jauh beza tu
pusat penjumlahan undi dibuat dimana,adakah ditempat mengundi atau perlu dibawa kesatu tempat lain dan dikumpulkan barulah dikira atau berbeza disetiap tempat mengikut keadaan dan situasi


J : recount terjadi disebabkan permintaan wakil calon dengan syarat jumlah perbezaan undi antara yg menang dan yang kalah, 4% atau kurang.
Recount hanya sekali sahaja.
Keputusan sebenarnya diperolehi setelah borang 14 keluar.
yang lama adalah petugas spr nak menyusun dokumen dan peralatan ke dalam sampul dan memasukkannya ke dalam peti yang disediakan.
pengalaman aku, ini yang lama. maklumlah, benda 5 tahun sekali, petugas2 spr ni pulak diberi kursus mungkin kurang dari 3 kali, praktikal pun mungkin x.. jadi, terkial2 membaca buku panduan dan menyusun.
lagipun, selagi peti x disita, wakil calon x boleh keluar. kalau nak keluar juga boleh, tapi x boleh masuk balik untuk check peti dah disita secara betul atau x.
ini yang makan masa panjang.
bagi solan seterusnya, ada dua istilah yang perlu difahami,
pusat mengundi/pusat mengira undi dan pusat penjumlahan undi.
pusat mengundi dan pusat pengiraan undi adalah dua tempat yang sama, manakala pusat penjumlahan undi adalah tempat yang lain, yang telah diwartakan bagi mengumpul kesemua peti undi yang telah dikira dalam parlimen tersebut.
berkenaan pusat penjumlahan undi, kebiasaannya di dewan2 kerajaan tempatan yang telah diwartakan. satu dewan bagi satu parlimen.
kertas undi dikira di pusat mengundi.
di pusat penjumlahan undi, hanya borang 14 sahaja yang dikumpul dan dijumlahkan.

S : ade siap naik teksi lagi...
soalnya,kenapa xgunakan tect,kenapa perlu usung kesana kemari?


J : KTM akan bawa peti undi.
sebagaimana peti datang ke pusat mengundi, mcm tu juga la peti dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi.
diiringi oleh polis.
wakil calon dibenarkan ikut.
tapi kereta lain.
lagipun, setiap wakil calon dah ada salinan borang 14 tu, setiap seorang....
kalau tukar kertas undi pn x apa, sebab borang 14 sahaja yang digunapakai di Pusat Penjumlahan undi....

S : kenapa gap yg besar antara pru 08 dan pru 2013 ni dari segi memperoleh kptsn penuh di setiap dun dan parlimen, adakah disebabkan oleh recount atau bantahan dari wakil parti atau bagaimana, lambat sejam pun dah nampak pelik,inikan pula lambat berjam2, apa mslh sebenarnya yg posible menyebabkan kelewatan yg amat sgt ni... jika isunya borang 14 lambat sampai, alasan ni hanya boleh dipakai di sabah sarawak sbb kawasan sana besar dan luah,jd boleh kata jauh,tp disana dulu kita dapat kptusan, disemenanjung yg cenonet ni kenapa boleh lewat pulak

J : 1 lg sebab kelewatan, wakil calon minta kira satu peti, satu peti.
bukan serentak antara peti parlimen dan dun.
boleh bayangkan, satu peti dalam 400 pengundi memerlukan masa hampir satu jam, untuk siap dikira.
belum kemas dokumen dan peralatan.
satu saluran ada dua peti, parlimen dan dun.
satu saluran ada lebih kurang 500 pengundi.

S : Bagaimana nak pastikan setiap ikatan memang sepuluh undi?
ada borang 13,


J : borang 13 diberi sebelum peti dibuka..
dlm borang 13, dinyatakan berapa buku kertas undi diterima ktm,
berapa yang dikeluarkan/diberi pd pengundi..
berapa yg rosak
berapa baki yang belum dikoyak..
so, dapat berapa jumlah kertas undi yg sepatutnya berada di dalam peti undi yg belum dibuka tu..
borang 13 ni pun, setiap wakil calon semak dan kalau setuju sign..
setiap wakil calon pun dapat salinan borang 13.
kalau kerani undi salah kira, bukan 10 keping, maka penjumlahan akan jadi lain, samada berkurang atau bertambah.

Rabu, 8 Mei 2013

Pencerahan Page Azizan Letak Jawatan

TERKINI.. YDP Agung akan melawat Ust Azizan di hospital..

disini kami ingin buat pencerahan... hajat kami mintak dia letak jawatan dan berehat itu sahaja bukan mintak dia mati kami faham bab mati nie..cuba tgk KESIHATAN dia mcmana... ??

antara sebab yg paling UTAMA kami suruh dia letak jawatan adalah yang nie..kita kesian dia terpaksa menggagahi diri untuk bersama kita untuk berjuang..siapa yg dekat dengan dia tahu akan kesenggaraan beliau menahan kesakitan...

kami ulang kami tak ada niat mintak benda tak elok berlaku hangpa jangan salah faham dan buat2 kalih cerita...hangpa2 yg dikeliling dia bukan nak mebantu dia tapi nak menjahanamkan dia..

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Ust sihat kembali dan bersama-sama dengan kita meneruskan perjuangan...

PRU13 & Kejatuhan Kedah - Azizan & Kesihatan... doa-doakan semoga Azizan sihat semula..!!

Inilah faktor utama mengapa kami mahukan beliau mengundur diri...tapi nak kata banyak2 pun beliau sedang tak berapa sihat..kira kami masih hormat dan kami doakan semoga beliau sembuh semula supaya kami nak meluahkan perasaan yg berbuku di hati ini...

Antara faktor untuk jadi calon KESIHATAN perlu kita lihat.. Jadi sendiri mau ingat kenapa page : https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan?hc_location=timeline ini di lahirkan...!!!

Azizan Razak sakit jantung ke ICU Hospital P.Pinang

Datuk Seri Azizan Razak malam tadi dikejar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang dekat George Town.

Bekas Menteri Besar Kedah itu dikatakan berdepan kompilasi jantung pada tahap kritikal.

Difahamkan, beliau petang tadi dipindah dari Kedah Medical Center (KMC).

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Kedah itu menerima kritikan banyak pihak ekoran Kerajaan Negeri berjaya dirampas oleh Umno Barisan Nasional sempena PRU13 baru-baru ini.

Berita lanjut, menyusul kemudian. klik sini

Isnin, 6 Mei 2013

Page fb anakkedah mendesak Azizan Meletak Jawatan sudah wujud..!!

Oleh AnakKedah007

Kepada sahabat semua kami dengan ini melancarkan PAGE : AZIZAN SILA LETAK JAWATAN 

Pada kami beliau mesti bertanggungjawab akan kekalahan negeri KEDAH... Jadi kita lihat siapa yang nak follow kami membuat reformasi ini....

JOM LIKE : https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan

KEDAH KALAH - AZIZAN WAJIB BERUNDUR JADI PJ PAS KEDAH


http://malaysianreview.com/wp-content/uploads/2013/04/azizan-abdul-razak.jpg
Dengan kekalahan berlaku maka kami dengan ini memohon supaya AZIZAN RAZAK mengambil tanggungjawab sepenuhnya akan KEKALAHAN yang berlaku

UNDUR..UNDUR...UNDUR AZIZAN
BERHENTI... BERHENTI.. BERHENTI AZIZAN
UNDUR.. UNDUR... UNDUR AZIZAN
BERHENTI.. BERHENTI... BERHENTI AZIZAN

Rabu, 1 Mei 2013

Kenapa Peti Undi Awal tidak dikira terus???

oleh AnakKedah007

 

Kami pertikaikan kerja buat SPR dalam bab PETI UNDI AWAL...Kenapa ianya tidak di kira terus dilokasi membuang undi kerana ia akan menimbulkan syak wasangka kepada perjalanan pilihanraya ini.

Kami bukan tidak percaya kepada pihak POLIS tetapi kami masih bersangka JAHAT kerana dari bersangka JAHAT ini kita akan menyelesaikan berbagai masalah.

Cuba lihat bagaimana duit bernilai sebegitu banyak boleh hilang dalam IPD SHAH ALAM jadi ini semua untuk diambil langkah berjaga-jaga dan memuaskan hati semua pihak..

Apa salahnya kita mengira semua UNDI-UNDI tersebut dan kita ambil berapa ANGKA sahaja yang di perolehi oleh setiap calon...

Macam nie punya kelaku tak ada siapa nak pertikaikan dan.. dan tak ada siapa yg nak meragui ketelusan antara satu sama lain...

Disebalik Isu Duit Zakat & Jamil Khir..???

oleh AnakKedah007

Nak sentuh sikit bab DUIT ZAKAT & JAMIL KHIR sebab dok tengok dia pulon berkempen di JERAI sana nanti puak BN sokong angkat bagi menang orang mentedarah duit Zakat nie naya kita semua nak jawab..

Macamana seorang menteri yang jaga agama boleh tergamak pinjam duit zakat untuk urusan peribadi lepas tu tak ada pula mana-mana mufti yang nak tegur akan kesalahan tersebut.

Malaysia ada berpuluh-puluh mufti. Seekor haram pun tak bersuara tentang kes Jamir Khir. Gamaknya tok-tok mufti kita asyik sibuk jaga peti masing-masing. Perbuatan Jamil Khir menyeluk tangannya kedalam tabung duit zakat dan mengambik duit RM63,650.00 adalah perbuatan busuk, lebih busuk dari daging babi yang busuk disumbat dalam lubang najis babi.

Jangan double-standard, jgn pilih bulu. Bulu ada ka, bulu dah gugur ka, tak kira. Jamil Khir memang patut kena balun 9 sroke. Sebab dia kapur 3 kali ganda dari amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510..

Kes mereka berdua nie sama saja jika dilihat tapi Amil tu kena didapati bersalah namun si Jamil Khir tak kena... ini yang di bincangkan...

Duit zakat mana boleh pinjam-pinjam. Mana boleh geran-geran. Che Mat balaci kata duit zakat boleh digeran-geran. Pala bala Che Mat lah.

Benda nie pon tak reti nak mikir kaa...

Buat rumah besar gedabak ada duitnya. Nak bayar upah lawyer mengapur duit zakat. Apa punya low-class menteri agama nie...orang macam nie ka hangpa nak angkat jadi YB JERAI..pakat pakat pikaiq la nooo...!!