Isnin, 14 April 2014

Bila Pimpinan PR LENA, Blog Musuh ambik kesempatan menfitnah PR, namun dilihat PR macam redha sahaja..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Aku dah lama tak menulis namun bila dok tengok blog haramjadah satu nie sedang memporak perandakan PR teras amacam nak sentuh sikit... Inilah bahananya bila PIMPINAN PR LENA.. seronok dengan jawatan dan kuasa yang ada... musuh sedang buat kerja tapi hangpa LENA dan terus LENA... cuba buat serangan bertali arus keatas blog ini untuk menafikan bahawa ia milik PR.. nia tak cakap sekejap lepas tu diam....

Blog "negarapakatanrakyat.blogspot.com" masih lagi menjalankan kerja fitnah mereka keatas kerja buat pakatan rakyat dengan memasukkan jarum untuk melihat kesepakatan dalam PR tidak terurus dengan baiknya.. terkini mereka menulis artikal menfitnah lawatan PM keatas Dato Harun Din di hospital...

 

Blog ini sudah berapa kali dah mengeluarkan artikal untuk menyerang sesama PR namun yang terbaru ialah artikal bab "'Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan'" dan  "Anwar Tahu Lokasi MH370, Akan Dedahkan Khamis Nanti".

Dua artikal nie menajdi panas sehingga Utusan Malaysia pun ambil buat rujukan....

Modus operandi mereka mudah iaitu buat blog seperti milik pakatan rakyat namun dalam banyak2 artikal yang di copy paste itu akan dikeluarkan yang satu dua untuk melihat ada percanggahan dalam pakatan rakyat..

Kemudia artikal tersebut akan di masukkan dalam blog dan FB milik BN dan mereka berbincang macam PR yang tulis artikal tersebut...

Jadi kepada pihak PR cubalah buat sesuatu keatas strategi musuh yang cuba membelaga satu sama lain serta menfitnah PR ini... sekadar kenyataan dibawah ini nampaknya tidak berkesan kerana masih ramai yang mengatakan blog tersebut milik PR walaupun sudah dinafikan berkali-kali..

http://2.bp.blogspot.com/-loHVPcZO1Gs/UoD_JeM2phI/AAAAAAAATPc/sEkyazD-y74/s280/2013-11-11_235514.jpg

Blog 'Negara Pakatan Rakyat' bukan milik PR

Oleh : Lizawati Madfa,

SHAH ALAM 12 NOV : Pakatan Rakyat (PR) menafikan bahawa blog 'Negara Pakatan Rakyat' dikendalikan dan dimiliki oleh gabungan parti PKR, PAS dan DAP itu.

fahmi-fadzil 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan mereka sama sekali tiada kaitan dengan pengendali blog itu, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman berkenaan juga tidak melambangkan dasar atau pendirian politik parti-parti komponen PR.

 

Menurut beliau, PR tidak pernah mempunyai atau mengendalikan sebarang blog dan hanya mengendalikan laman sesawang pakatanrakyat.my.

 

"Artikel terbaru blog terbabit menyatakan kononnya PR ingin membela pembunuh pegawai Ambank, dan merupakan kenyataan sama yang pernah dibangkitkan blogger Papagomo terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran yang kemudiannya tampil membuat penafian.

 

"Kenyataan-kenyataan dalam entri yang keluarkan di blog Negara Pakatan Rakyat juga adalah fitnah semata-mata," kata Fahmi ketika dihubungi Selangor Kini.

 

Fahmi berkata demikian bagi mengulas kemunculan blog Negara Pakatan Rakyat di alamat negarapakatanrakyat.blogspot.com yang sehingga kini mempunyai lebih 400 entri dengan 27 pengikut.

 

Entri terbaru yang bertajuk 'Layanan Buruk Suspek Bunuh Ambank: Indonesia Perlu Kemuka Bantahan' paling mendapat perhatian dengan respon tertinggi pembaca.

 

Terdapat banyak respon yang kecewa dan marah dengan entri berkenaan, namun terdapat juga pembaca yang sedar blog itu bukan milik PR selain mendakwa ianya didalangi 'cybertrooper' Umno.

Bagaimanapun, Fahmi berkata beliau tidak mahu menamakan mana-mana pihak sebagai dalang di sebalik usaha jahat dan terdesak dalam memburukkan imej PR itu.

 

"Sebelum ini wujud juga blog suarapakatanrakyat.com sehingga media Umno, Utusan menggunakannya sebagai bahan berita.

 

"Untuk kali ini jika ada lagi rujukan kepada blog berkenaan, maka kita boleh lah kata bahawa ianya digunakan media pro-Umno memburuk-burukkan imej PR," kata Fahmi.

 

-EZY

Jumaat, 4 April 2014

Jika dulu 'macai' kata PAS KEDAH macam-macam, sekarang mai UMNO perintah tengok 2X5 jaa..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Jika dahulu hangpa katakan PAS KEDAH macam PELAQ, jadi sekarang bagaimanakah pula dengan UMNO KEDAH yang bawah MUKHRIZ nie.. takan nak di panggil UMNO KEDAH macam PELAQ juga...

Jika dahulu hangpa musing rata kampung kata PAS KEDAH tak reti nak seattle masalah tak boleh bayaq bil SADA di PEJ. POS jadi mai hangpa perintah nie bagilah balik boleh bayaq di PEJ. POS... takan dok diam kunci mulut kot...

Antara yang sokong hangpa tu adalah disebabkan perkara nie tapi bila mai hangpa memerintah dok tengok tak buat apa pun kira UMNO pun PELAQ 2 X 5 dengan PAS jugalah jawabnya...


LINK BLOG