Ahad, 22 April 2012

Hallo Mukriz hang punya isu tak mengancam langsung...

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Kenapa pemimpin UMNO/BN suka tengok dari sudut yang kecil ? Kenapa tak lihat dari skop Malaysia sebagai sebuah negara yang diperintah oleh UMNO/BN ?

Datuk Mukhriz, tak payah hipokrit ...... Kebanyakan hotel yg ada spa di seluruh Malaysia ada perkidmatan pelacuran ....... Escort service yg di iklan pd suratkhabar pun ada khidmat pelacur ...... Kalau nak suruh PM tutup semua spa kat hotel, berani buat ke ??????

Bukan setakat rumah urut,.. rumah palacuran, pusat judi, kelab tarian bogel, bar2 & kelab2 malam bersepah2 diseluruh negara. Semakin lama memerintah, negara semakin hilang nilai2 moral. Datuk tak hairan ke ?

Satu lagi...Banyak rumah kurang berdosa....tapi kalau jadi tauke arak macam abang Dato' tu...apa macam. takan taknak tegoq sama....

sudah2 la tu jika nak jadi MB pun cari la isu yang best sikit....nie tak mengancam langsung... untuk makluman LESEN RUMAH URUT tak ada dan kerajaan negeri sekarang  tak pernah LULUSKAN pun lesen disko dan pusat hiburan nie walaupun satu..yang dok ada sekarang nie semua saki baki yg HANGPA luluskan dahulu....yang dok ada berlambak tu ialah PUSAT HIBURAN KELUARGA aka KARAOKE benda nie nak buat camna depa apply lesen atas nama tu tapi yg dok pie beronggeng dalam pusat tu kena arahkan pihak BERKUASA TEMPATAN laa yang pie ambik tindakan...

Mukhriz dakwa ada banyak rumah urut di Kedah


MP Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa banyak rumah urut serta pusat karaoke yang wujud "umpama cendawan lepas hujan" di Kedah sejak negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini, Mukhriz juga berkata jumlah pusat maksiat itu meningkat empat kali ganda semenjak pentadbiran PAS.


"Kalau parti DAP yang memerintah mungkinlah kita boleh faham walaupun ia sebenarnya tidak boleh diterima namun kerajaan yang memerintah Kedah adalah PAS," katanya yang "hairan" dengan keadaan itu.


Beliau juga mendakwa menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menutup pusat berkenaan dalam tempoh sebulan apabila isu tersebut dibangkitkan pada Ramadan lalu.


"Namun selang dua tiga hari, beliau menarik balik kenyataan ini atas alasan menghormati rakan-rakan bukan Islam," kata anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu lagi.


Beliau juga mempertikai kenyataan tersebut dengan menimbulkan persoalan sama ada jumlah orang bukan Islam di negeri itu juga meningkat empat kali ganda berbanding sebelum ini.


Azizan pada Julai lalu
mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu menghentikan operasi dalam tempoh bulan Ramadan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan MCA yang berang kerana langkah itu didakwa melanggar hak asasi dan hak berperlembagaan orang bukan Islam.


Azizan mempertahankan pengharaman berkenaan dengan menjelaskan bahawa langkah itu mengikut Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1997 negeri Kedah.


Kerajaan Kedah bagaimanapun akur dengan bantahan daripada pengusaha dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan kompromi supaya pengusaha memastikan orang Islam tidak menggunakan pusat berkenaan.


Kerajaan Kedah juga menetapkan supaya pusat berkenaan ditutup setiap Khamis malam antara 6 petang hingga 2.30 petang Jumaat.

BN sedang main politik jamban...

oleh AnakKedah007

 


Aduhai awatlaa bangang sangat RAKYAT MALAYSIA nak lihat permainan puak2 dalam BN sedang hendak mempersendakan ISLAM... 

Sekarang nie ada satu contoh bab ENAKMEN KEPUTUSAN MAJLSI FATWA KEDAH TIDAK BOLEH DI CABAR DI MAHKAMAH....yg mana baru sahaja diluluskan di DUN baru-baru ini... sungguh la nampak zalim bila kita pandang dari satu bahagian kerana bila keluaq FATWA maka kita kena ikut dan tak boleh komplain dah... Jika tengok secara street forward laaa....

Cuba tengok kelaku rakan sparing depa... yang mana UMNO selalu dok puji kata kawan depa bukan KAFIR HARBI tapi DAP yang kafir harbinya.... cuba anda lihat KHO TSHU KON nie kenapa pulak dia dok cucuk Guan Eng supaya bercakap akan perkara ini... KENAPA beliau tak suruh UMNO yang bercakap... sedangkan ini masalah FATWA ORANG ISLAM tak ada sangkut paut dengan orang BUKAN ISLAM habih yang dok galak USLAS nak bubuh minyak buat apa kejadahnya....

Sebenar depa nie dah gila POLITIK tahap jamban dah bercakap pie la kot mana pun janji matlamat depa kekal dan nak pelaga kompenan dalam PR itulah yg sebenarnya2nya.. sepatutnya UMNO dah tegoq dah sahabat sparing depa nie jangan dok ulas benda nie dan UMNO patut bawa keluaq statement bahawa depa SOKONG akan ENAKMEN tersebut....

tapi haram satu patah pun tak dengaq...dok diam mcm batu ada laa lepas tu suruh GERAKAN pulak bercakap.... Politik macam nie pun hangpa tak boleh nak baca lagi... macam nie ka nak dikatakan pejuang agama bangsa dan negara....

Khamis, 5 April 2012

Apabila PEMIMPIN UMNO bodoh mereka pun suka RAKYAT bodoh macam mereka..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/s720x720/532624_206024046174604_115122385264771_345753_794211912_n.jpg 

BENDA MUDAH MACAM NIE PON PUAK UMNO TAK RETI PIKIAQ

Cuba perhatikan betoi-betoi Malaysia dok tangga keberapa untuk pengeluaran minyak di dunia... no 27 nak habaq hangpa... dan di sini cuba hangpa banding pulak dengan tempat ke 22, 28 dan 29 berapa harga minyak depa... awat benda mudah macam nie hangpa tak boleh pikiaqnya...

Cuba laa guna otak tahap 8 untuk memikirkan masalah yg berlaku dalam negara nie.. bukannya melayan cerita dalam seluar, dalam kain serta bangsa hang bangsa aku....

Tak payah termakan cerita bodoh puak-puak tersebut... mereka suka jika rakyat tak memikirkan benda-benda ilmiah seperti diatas... cuba sekali-sekala hangpa tanya pada penceramah tersebut kenapa ada beza begitu tinggi harga minyak negara kita dengan pengeluar lain....

Ini baru dinamakan penyokong bermentality tinggi yang tak boleh di perkotak-katikkan serta diperbodohkan oleh pemimpin yang berkuasa....

Rabu, 4 April 2012

Sebut saja nak buat BERSIH 3.0 terus MENTERI jadi meroyan...

oleh AnakKedah007.blogspot.com


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/528815_10150650401547157_319981142156_9355056_1373465661_n.jpg 

sedangkan selama ini macam-macam xtvt kat atas dataran tu..

macam laa rakyat nie bengong...!!

 

http://rlans.files.wordpress.com/2011/01/dataran-merdeka.jpg

sambutan Tahun Baru...


http://www.olympic.org.my/images/2010/qbr2010/QBR_Fun_Run_09.jpg 

Acara Larian...

dan yang paling latest...

 

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/538595_10150650659657157_319981142156_9356524_239475330_n.jpg 

Konsert 100thn Nestle....

 

he he he..awat ketaq lutut kaa...??