Rabu, 29 Ogos 2012

RAIS YATIM kantoi... mamat tu cuma ajak-ajak ayam jaa..!!!

  

Perhimpunan itu memang berunsur kepartian BN sahaja.

Apa hairan jika Rais Yatim cuma ajak-ajak ayam kepada orang awam menyertainya? 

Pasai apa kata macam tu cuba hangpa baca kat bawah nie...

 

Hanya di sediakan kepada GENG BN sahaja....!!!!


Selasa, 28 Ogos 2012

tak pernah aku dengar nak sambut merdeka kena minta permit..gila apa..!!!

Aduhai letih la layan kepala otak UMNO nie.. hidup sudah merdeka 54 tahun tak pernah lagi nak pie lepak kat Dataran Merdeka untuk sambut MERDEKA kena buat permohonan permit....

Tetapi mai merdeka ke 55 nie puak yang dok jaga Dataran Merdeka nie dah buat macam harta mak bapak mereka dah...

takan nak pergi ramai-ramai pakai baju kuning salah pada malam tersebut....adakah kerana jika ada yg pakai baju kuning... terus hangpa nak cop geng "JANJI BERSIH".... entah-entah mereka geng penyokong Safee Sali pakai baju Kuning Malaysia....besa laa tuuu...

Janji Bersih: DBKL belum terima permohonan
Jamilah Hamzah
27 Ogos 2012

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur Himpunan Janji Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, jika permohonan dikemukakan, pihaknya perlu meneliti mengikut peraturan yang ada.

"Kami masih belum terima apa-apa surat daripada mereka (penganjur Gabungan Janji Bersih) untuk dibuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak.

"Bagaimanapun jika permohonan dibuat, kita akan kaji dan teliti terlebih dahulu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak mendapat kebenaran DBKL untuk diadakan di Dataran Merdeka.

Penganjur Gabungan Janji Bersih kini bercadang mengadakan sambutan Ambang Merdeka selama dua jam mulai 10 malam, Khamis ini.

Aduhai Zamil... jenis nak boh api bagi kat hang..!!!

oleh AnakKedah007

Amboi jenih nak boh api memang kerja hang Zamil nooo.. nak buat camna dah waktu nie dia nak kena penyakit..sakit maut dan ajal nie kita bukan boleh tau.. 

itu semua kerja Allah.. jadi kita redho dan terimalah...yang hang dok pandai-pandai ajaq orang tu pasai apa.. 

selepas nie bila dia lega dari penyakit yg Allah bagi tu insya'alah dia akan berkhidmat semula laa.. saja nak boh api...

PAS Kedah wajar ketengah tokoh baru ganti Azizan pada PRU-13

SUNGAI PETANI, 27 Ogos — Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

"Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

"Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon Pas Kedah pada PRU-13," kata Zamil kepada Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

"Saya yakin rakyat seperti juga saya mahu melihat tokoh baru bertanding pada PRU kali ini kerana mereka pasti mampu menjayakan misi baru yang diinginkan majoriti pengundi muda.

"Azizan diakui pemimpin yang baik tetapi kesihatan beliau mengganggu tugasnya selaku ketua eksekutif negeri untuk memimpin Kedah. Saya doakan kesihatan beliau pulih," kata Zamil. — Bernama

Jumaat, 17 Ogos 2012

DAP bodoh dalam berpolitik..!!


DAP nie nak kata tak ada pengalaan berpolitik usia dah nak dekat dengan UMNO jugak... tapi masih bodoh nak mencari politikal millage.... Jika mereka nie tak bangang dengan situasi politik dalam negara yang mana nak lihat UMNO jatuh dan jadi selop kera benda nie dah boleh buat lama dah... tapi disebabkan bangang dan al bodohi serta jumud dengan ideologi politik mereka maka sampai sekarang UMNO BN masih dok spin isu NEGARA ISLAM & HUDUD

Jika mereka bijak dan nak tengok mush kita semua jadi kancing gigi apa kata mulai sekarang cuba kata

"KAMI SOKONG NAK BUAT NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD NAMUN UNDANG-UNDANG NEGARA MASIH TIDAK ADA DALAM PERLEMBAGAAN JADI KITA SEMUA AKAN BERBINCANG DENGAN LEBIH LANJUT BERKENAAN PERKARA INI"

Sudah dok diam-diam dan pie main jauh-jauh dengan berterusan bantai UMNO BN dengan hujah yang anda katakan tadi...MASA nie nak tengok UMNO jadi ulat beluncas boleh la tengok...

Dengan ungkapan seperti itu maka ia boleh dilihat UMNO akan kehabisan modal melalui ULAM-MAK UPAHAN mereka untuk membedal Pakatan Rakyat. maka bila UMNO habis modal jadi indek popularity UMNO boleh jatuh ke tahap dalam mangkok jamban....

TAPI dah nama pun bodoh tak boleh diajaq maka ideologi lama tu masih tertanam laa...itu yang UMNO masih dok guna talian hayat untuk bagi mereka bernafas seketika....

Khamis, 16 Ogos 2012

Bye.. Bye... Nasa..!!!


Apa la mangkaq si NASA nie... orang dah nak humban Najib tetiba dia pulak boleh jadi lidah Najib.. awat sponser2 utama hang yang dok buat kolection bagi kat hang dah tak bagi dah ka... modai hang dah habis dah ka.... bil-bil servis hang depa dah tak bayaq dah ka....

Awat hang jadi mereng lagu nie... itu laa dulu orang habaq dah jangan naik laju sangat... nanti jatuh pun boleh laju jugak...tengok masa jatuh dulu tu awai2 dia ok la lagi..tapi bila dah dok mula keluaq statement merapu tu dah nampak sangat hang macam dah mula nak jilat Najib.. awat najib janji berapa ?? Dia janji nak seattle bil tertunggak hang kaa...??? Agak-agak jika hang dapat kompom lebih RM2juta.... jika Ulamak Pondok 25 org murid tu pun boleh di kasi RM2juta takan hang Najib nak bagi bawah tuu...

Tapi jika dapat bawah tu sekadar Gobala dan Kalai Gurun jaa..baik hang gantung diri jaa... tak tau la mcmana hang boleh berkelaku macam nie.. Jika Arwah Ust Fadhil Noor ada rasa-rasanya beliau lah manusia yang paling sedih lihat kelaku hang nie... orang dok kalut nak seberang mai sini macam kat sabah nu tetiba hang pulak kalut dok taboq garam.... baguih sungguh aihhhh kelaku hang niiiee...

Jadi jika dah tak rasa cinta dan sayang pada jemaah baik la hang angkat kaki...declere keluaq PAS skrg juga nak tengok apa jadi dengan 'baiah' hang dulu...

Ahad, 12 Ogos 2012

AZIZAN and The gangs - hangpa buat Kerja Elok-Elok Nooo..!!

Tuuu dia dah kalah terlingkop baru dok teringat rakyat...nie rakyat sampai dok atas LANTAI apa cerita....nie semua warisan dari hangpa laa..ingatkan semua dah senang dah mai PR perintah jaa rumah tu tak ada lantai.... apa punya turrrr la hangpa.. kepada Azizan sila pastikan pihak rangkaian anda di bawah iaiatu AHLI MAJLIS, MKK dan KETUA-KETUA CAWANGAN buat kerja bagi cekap sikit... jangan dok gila makan ELAUN buta sahaja... nie rumah sampai tak ada lantai apa kejadahnya.....

ini ada sedikit cerita rakyat..

1. Di Gunung Bongsu inilah saya melihat beberapa orang kaum hawa menitis air mata atau pun merah bergenang air mata mereka. Tak dapat mereka bayangkan bagaimanalah agaknya keluarga 5 beranak ini boleh menyambung hidup hari-hari dengan rumah berlantai tanah dan hanya ada pangkin sebagai tempat duduk, makan dan tidur. Tambah sayu lagi bila mana si Ibu yang sedang sarat mengandung hanya menunggu masa untuk melahirkan.

(Tuan rumah berbaju merah, ada penyapu tapi luar dan dalam sama sahaja, kedua-duanya lantai tanah)

2. Dalam perjalanan seterusnya, antara rumah yang kami singgah ialah rumah Pak Mud di Kuala Temin, Sik Kedah. Lihatlah rumah Pak Mud, pandangan dapurnya – sama macam dapur rumah arwah orang tua saya 40 tahun yang silam – tak sangka masih ada lagi orang yang berumah macam ini.


Majlis penyerahan sumbangan kepada Pak Mud dan 5 keluarga yang lain berlansung dalam suasana yang penuh ringkas: Barang-barang sumbangan mengikut no keluarga hanya diletak di atas tanah dan tidak ada khemah tetamu serta bangku kerusi ber-alas kain menanti kami.

nak cerita lebih lanjut pie sana : http://www.moniermatdin.blogspot.com/2012/08/jjmk-wargakilang-ramadhan-2012.html

INI PESANAN KEPADA AZIZAN DAN ORANG-ORANGNYA : INGAT MASIH RAMAI LAGI RAKYAT KEDAH MEREMPAT... PASTIKAN MKK DAN AHLI MAJLIS ANDA BUAT KERJA.... KALAU TAK MAU TAK PA UMNO TENGAH DOK RAJIN BUAT KERJA AMAL NU..NANTI KAMI KALIH BAGI PADA UMNO BARU HANGPA ADA AKAI...!!

Umno Kedah pertingkat bantuan kepada rakyat

12 Ogos 2012

 ALOR SETAR - Pergerakan Umno Kedah sentiasa melipat gandakan bantuan kepada golongan memerlukan, terutama sepanjang Ramadan dengan menyumbangkan pelbagai barangan keperluan kepada rakyat di negeri ini.
   
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun tidak memerintah negeri ini, Umno tidak pernah melupakan kebajikan orang ramai kerana menyedari tanggungjawab itu perlu diteruskan setiap masa.
   
"Setiap tahun bilangan yang menerima bantuan sentiasa bertambah, pada tahun ini di setiap kawasan Parlimen, Umno Bahagian secara purata memberi bantuan kepada 5,000 keluarga," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
   
Beliau berkata keseluruhannya bagi 15 kawasan Parlimen, bantuan diberikan kepada kira-kira 75,000 keluarga yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, golongan miskin dan mualaf.
   
Ahmad Bashah berkata di kawasan Parlimen Padang Terap sahaja hampir 6,000 orang menerima bantuan manakala di Baling, pada Khamis lepas seramai 2,000 mendapat sumbangan yang disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
   
"Umno adalah parti yang sentiasa membela nasib rakyat, tidak seperti pembangkang yang memberi sedikit bantuan kepada orang mereka sahaja tetapi heboh canang merata seolah mereka telah menjaga kebajikan rakyat," katanya. - Bernama