Selasa, 28 Jun 2011

Rakan Maya - MB Kedah bila lagi..???

tu dia Guan Eng dah buat...takan Kedah nak tengok saja jee... mudah2an Ketua Penerangan yg baru nie dapat merialisasikan perkara ini....

Guna FB dengar masalah rakyat

TANJONG TOKONG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui laman Facebook (FB) sebagai platform paling penting masa kini bagi membolehkannya berinteraksi dengan rakyat khususnya golongan muda.

Menurutnya, hubungan secara tidak langsung itu mewujudkan interaksi yang amat bernilai antaranya dengan rakyat terutamanya dalam mendengar masalah, pendapat serta maklum balas yang diberikan berhubung sesuatu isu.

"Saya sangat terharu kerana berpeluang bertemu dengan 200 rakan FB saya tambahan bersempena dengan penganjuran ini, saya berharap dapat mengenali semua rakan FB serta menjawab soalan yang dikemukakan.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada semua rakan FB yang sentiasa memberi sokongan serta semangat kepada saya untuk membawa masa depan yang lebih baik bukan hanya kepada Pulau Pinang malah juga Malaysia," katanya dalam ucapannya di Majlis Ramah Mesra Bersama Penyokong Laman Sosial FB dekat sini, semalam.

Menurutnya, selain FB, dia juga mempunyai rakan Tweeter berjumlah 18,000 yang mana keahlian FBnya naik mendadak terutamanya selepas Pilihan Raya Sarawak lalu.

"Sejak ia (FB) dilancarkan pada Jun 2010, keahlian FB saya adalah kosong namun naik mendadak selepas Pilihan Raya Sarawak lalu dan sehingga hari ini, saya mempunyai 40,000 rakan FB dari dalam dan luar negara.

"Selain itu, sebanyak 300 rakaman video saya yang dimuatkan di dalam Youtube ditonton sebanyak 611,000 kali sejak Mei 2010.

"Peningkatan ini membuktikan bahawa rakyat kini mampu melihat dan menilai dengan sendiri kredibiliti Pakatan Rakyat (PR) terutamanya dalam meletakkan negeri ini sebagai negeri model yang memimpin dalam semua aspek," katanya.

Isnin, 27 Jun 2011

TAHNIAH BRO..Lu Best Bro...!!!

Salam...

http://images.mylot.com/userImages/images/postphotos/2340956.jpg

kawan nak bagi thumb up kat KETUA PENERANGAN PAS yang baru... Alhamdulillah nampaknya beliau sudah start asah parang beliau....teruskan bro...tulisan anda memang dinanti2kan oleh rakyat marhaen dibawah... Anda Tok Ketua... jika anda tak bagi tauladan bagaimanakah dengan kami dialam maya nie nak p berperang dengan musuh... jadi gua gembira hari nie bila lihat anda sudah start..jadi kami pon apa lagi boh garam jaa lah....

note : benda betoi kita katakan benda salah kita nganga lagik....

Ahad, 26 Jun 2011

Pasai pa takut sangat kat BERSIH nie...depa nak rampas PUTRAJAYA kaa..???

apa masalahnya BERSIH... yg dok sembang sampai merusuh sana merusuh sini pasai apa... 8 yg BERSIH mintak tu untuk buat apa..bukannya suruh serah kuasa PM kepada Pakatan Rakyat pun...BERSIH suruh SPR buat pilihanraya yang BERSIH itu sahaja... yang mana akhirnya kena bertarung jugak dan rakyat sendiri yang buat keputusan untuk memangkah siapa yg mereka hendak....

BERSIH bukannya nak ajak rakyat turun pergi rampas PUTRAJAYA.... sepertimana NAJIB ajak BELIA 1 JUTA pertahankan PUTRAJAYA tempohari... sekarang nie BERSIH suruh SPR jadikan pilihanraya kita BERSIH itu sahaja.. apa yang susah sangat kerajaan nak ikut permintaan tersebut...sekurang2nya dalam 8 tu tak boleh buatlah 5 ka 6 ka bukan susah pun.. nie sampai semua tak mau buat....biaq betoi....

La nie BERSIH suruh SPR mainkan peranan mereka sebagai SPR...iaitu jadikan Pilihanraya yang SPR kawal selia itu bebas dari anasir-anasir yang menjadikan ianya tak BERSIH dan biar Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional atas platform yang BERSIH... dan jika Barisan Nasional menang ambiklah kuasa yang rakyat berikan tersebut dan Pakatan Rakyat usah bercakap banyak lagi....jika cakap banyak jugak hangpa luku sahaja...

8 tuntutan nie sahaja awat yang SPR dan KERAJAAN PEMERINTAH takut sampai sebegitu sekali....

http://4.bp.blogspot.com/-pkAhSULtqz0/Tfm5XFrsxeI/AAAAAAAAAtc/OGLbkILJGdE/s390/BERSIH%2B2.0.jpg
Permintaan tu boleh dihuraikan sebegini:
1- BERSIH suruh clearkan nama2 orang dah mati, nama bertindih, dan nama yang tak wujud
2- Undi POS nie kena pikaiq cara lain dah...sampai 95% ke 100% pangkah BN sedangkan calon PR menang...
3- Guna dakwat nak detect pengundi 2X..susah sangat kaa.. takut orang tau ka hangpa dok buat bagi undi 2X
4- Media bebas tu mau tahu la jangan ja BN 24 jam bagi la orang lain sama
5- Masa berkempen nie untuk bagi semua kawasan wakil calon boleh melawat kwsn tersebut.. ini tak kesah jika media dah bebas...
6- Inititusi awam nie kenalah profesional..jgn jadi pak turut...
7- Dok rasuah projek sana jalan sini mampuih laa...
8- dah tak BERSIH tu yg jadi kotor tuu...

alaa bukan susah pon semua nie bagi jaa.. Bila dah BERSIH semua nie maka lawan la pilihanraya..lepas tu sapa menang ambik la kat hangpa habis cerita....

siapaaaaa laaaa yg jd ketua penerangan kedah nie...???

assalamualaikum....

depa start dok taboq dahhhhh.... takan kita nak tengok saja kot....semua nie nak kena ada penjelasan....dan yg nak jelas dia dok ada kat yg pegang kuasa penerangan....jd yg dok pegang jawatan penerangan tuuuu pandai2lah hangpa pikiaq noooo.....jgn diam sangat sekurang2nya buat penjelasan berkenaan apa yg di tohmahkan dalam artikal tersebut.....jawap pie laa w/pon jawapan tersebut bnyk dah tau....masalah skrg yg kot dalam kg nuuu bukan tau apa pon.....

cool je ketua penerangan tengok risalah yg BN....dok tabuq nie...



gambaq ehsan kedahlanie...

malam nie masa ceramah kat langgaq depa mai taboq lagi benda haram bejadah nie....depa mai cara katon pulak...eishhh eishhh eishhh....




Isnin, 20 Jun 2011

KETUA PENERANGAN PAS Pusat & Negeri yang baru masih lena nampaknya..!!!

oleh AnakKedah007



Aduhai.. masih dok lena lagi kaa wahai KETUA PENERANGAN PAS PUSAT dan juga KETUA PENERANGAN PAS NEGERI KEDAH...last tengok siapa yang jawab isu berbangkit nie... MANTAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT aka AJK PAS PUSAT.

Bangun laa woi takan dok merak dengan jawatan yang diamanakan tu aja tapi tak tau nak buat apa... aku ambik KETUA PENERANGAN NEGERI KEDAH sebab isu nie berlaku di KEDAH dimana puak-puak PERKASA tu berkumpul di depan MASJID ZAHIR..jadi ianya kwsn jajahan takluk negeri Kedah..habih takan nak biaq saja isu nie berlalu macam tu saja...

Nasib baik MANTAN KETUA PENERANGAN PAS PUSAT nampak akan isu ini... entah laaa... hangpa pikiaq elok-elok laa noo amanah yg hangpa pikulkan ini...harapan rakyat menggunung tinggi kat bawah nie... tapi kalau hangpa dok syok sendiri jaa...

Ok bangun..bangun..buat kerja lekaih...KETUA PENERANGAN nie bukan macam jaga speaker kenduri..habih letih bercakap just buka jaa lagu bagi dok play banyak2...lepas tu tuan speaker boleh pie nyembang kat kedohok.....

p/s : UMNO kata hang ULAM...jadi buktikan apa yg depa dok kata kan tu salah...
http://4.bp.blogspot.com/-wpw7o6ODvxA/Tf7cl4m0V_I/AAAAAAAAFDk/R9PeLSPYAm8/s1600/2011-06-20_133659.jpg

Ahad, 19 Jun 2011

TAHNIAH SAFF PIMPINAN PAS KEDAH yang baru tapi untuk KETUA PENERANGAN ada sikit ucapan....

Assalamualaikum...

http://3.bp.blogspot.com/-osNaptubVGQ/TZK1rC4oyZI/AAAAAAAABY4/I9jzPxCeltg/s1600/hajiAzizan-benderaKedahPAS.jpg

TAHNIAH Ust. Azizan kerana telah melantik saff pimpinan yang baru untuk PAS NEGERI KEDAH... dah tahniah kepada Ust. sekali lagi diatas terus diberi amanah untuk menerajui PAS NEGERI KEDAH.

Saya pada posisi jawatan yang dilantik tu so far tak ada komen apanya boleh dikatakan saya setuju sahaja namun ada satu sahaja disini yang mana saya rasakan saya perlu beri teguran iaitu di BAHAGIAN KETUA PENERANGAN iaitu dimana Ustaz telah melantik SETPOL Ust. sendiri iaitu Sdr Sanusi Mohd Noor diberi amanah untuk bab penerangan nie.

So far untuk pengetahuan Ust. yang mana SETPOL ini telah menjadi sasaran saya untuk menegur akan pergerakan beliau sebelum ini dimana saya boleh bagi 4/10 sahaja apa yang beliau lakukan sebelum ini w/pon pada hakikatnya saya ingin bersangka baik akan setiap gerak kerja beliau dalam jemaah. Saya bukannya apa dari pemerhatian saya dan para blogger semacam ada satu yg tidak kena dengan PENERANGAN NEGERI KEDAH dan PENERANGAN PAS NEGERI KEDAH.. 2 unit nie kena bergerak seiring dengan PANTAS untuk menangkis serta mamatahkan seranga2an musuh kepada negeri dan parti sendiri.. namun di lihat semacam ada benda tersekat dan terlekat akan pergerakan mereka.

Pada saya selepas ini diharap SETPOL kita berubah cara kerja beliau dimana selepas memegang tampok KUASA PENERANGAN PAS KEDAH maka peranan beliau kena lagi cepat dan pantas tetapi jika masik dok buat kelaku lama al-nampak gayanya makan kuah laa kita dengan apa yang akan dilakukan oleh pihak lawan kita...

Pada saya akan ketua penerangan ini lebih sesuai di pegang oleh manusia seperti Zulkifli Yahaya.. ini kerana beliau boleh dikatakan sentiasa up to date akan isu2 semasa untuk menangkis akan serangan lawan dan setiap artikal yg beliau keluarkan merupakan libasan maut yg mana tak mampu dijawab lagi...jadi manusia yg seperti ini yg layak dok di penerangan kerana kerja penerangan jika sekadar memenohi kerusi empok tersebut ianya tak ada gunannya seperti mana yg sebelum ini...ada macam tak ada.....

Pada hakikatnya saya bukan nak mengajaq cara bekerja nie tetapi nak beritahu apa yg sepatutnya yg dah kami lihat dan nampak dari bawah nie..antara benda yang pertama beliau kena lakukan adalah kumpulkan blogger-blogger yang friendly dengan kerajaan negeri seperti kedahlanie, anaksedaka, kedahla dan sewaktu dengannya dan juga rakan-rakan fb dimana golongan-golongan ini yang merupakan medium perantara penyampai dan penangkis serangan2 terhadap kerajaan negeri... mereka ini akan berhujah dan berdebat dengan pihak2 lawan untuk menyampaikan akan pergerakan negeri Kedah.... sudah nak masuk 4tahun sekali abok pun MB Kedah tak berjumpa dengan golongan-golongan ini yang berjumpa sekali tu pun macam malu-malu dan bodoh sombong jaa....sedangkan pada saya mereka inilah sebahagian drp medium penyampai utama dinegeri kedah terutama Kedahlanie yg mana menjadi rujukan dan ikutan rakyat negeri Kedah sehingga lanie...

Sebelum ini pun dah banyak kali saya tegur dan tegur akan Unit Penerangan nie...negeri pon sama parti pon sama....cuba lihat laman web PAS Kedah dan cuba lihat fb Azizan Abdul Razak... haram tak berupdate... cuba lihat fb SETPOL...tak ada informasi ILMIAH langsung...hangpa tengok sendiri laa..malas saya nak kata lagi dah berbuih dah dok tegoqnya....mai pemilihan tempohari dia bergerak laa sat...tapi sejak dua menjak nie nampaknya dia dah mandom semula... entah laaa....

Jadi saya harap selepas dilantik menjadi KETUA PENERANGAN ini..maka jadilah sebagai KETUA PENERANGAN yg sebaik-baiknya...tapi kalau masih nak mandom jugak macam yang lepas almaklumnya Kedah nie hangpa serah balik laa kat UMNO..itu jalah yang saya boleh katakan...... Selamat Bekerja dan bertugas....

Jawatan

Pesuruhjaya - Dato'Seri. Us. Haji Azizan bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya (I) - Dato'. Ir. Haji Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya (II) - Dr. Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya (III) - Us. Md Isa bin Shafie ( Bekas Adun Belantik )

Bendahari - Dato'. Ir. Haji Amiruddin bin Haji Hamzah

Setiausaha - Us. Musoddak bin Haji Ahmad

Penolong Setiausaha (I) - Us. Aizat bin Zakaria ( DPPNK )
Penolong Setiausaha (II) - Haji Ab Mutalib@Sobri bin Haji Awang
Penolong Setiasuah (III) - Kapten (B) Zamri bin Ibrahim

Pengarah Pilihanraya - Haji Muhamad Yusof bin Husin
Ketua Dewan Ulamak - Haji Sheikh Mohamad bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda - Us. Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Muslimat - Ustzh. Hajjah Siti Aishah binti Haji Ghazali
Ketua Penerangan - Haji Mohamad Sanusi bin Md Nor ( Setpol )

Ahli Badan Perhubungan yang dilantik
Us. Haji Abu Kasim bin Abdullah
Sheikh Ismail bin Kamis
Haji Che Had bin Dhali
Rosli bin Darus
Haji Md Akhir bin Thalib
Fadzil bin Baharom
Dr. Rohani binti Abd Mutalib

http://AnakKedah007.blogspot.com

Alahai UMNO.. Nak ajak PAS bersatu lagumana.. Nak sembang BAB PALASTEIN pun dah kecut perut dah...

Lifeline4Gaza: Pidato Mat Sabu dibatal, didakwa kerana tekanan JPM

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza, misi kemanusiaan membantu rakyat Palestin, yang dilancarkan malam ini oleh Datuk Seri Najib Razak, membatalkan acara pidato yang sepatutnya menampilkan penyertaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad (gambar) yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras di sini juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili Barisan Nasional.

Harakahdaily dalam laporannya malam ini berkata tindakan itu dipercayai ekoran penganjur mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.


Aduhai nasib baik belum bersatu lagi...perangai cam taik jee kelaku puak2 nie.. nak sembang bab PALESTIN pon dah kecut butir tu belum lagi nak sembang bab-bab ketuanan MELAYU dan AGAMA ISLAM...kompom berbelit lidah puak-puak taik nie..... Nampak sangat gabra tak ketahuan hala puak-puak taik nie... dah hingaq sangat nak BERSATU-BERSATU apa salahnya kita bercakap BAB PALASTEIN nie...dulu Che Det & Arwah Ust Fadhil Noor ok jee dok sepentas.. masa tu bukan ada lagi BAB-BAB NAK BERSATU nie...tapi masa dok hingat ajak PAS bersatu dengan UMNO.. belum apa-apa lagi dah buat kelaku taik dah... tu pon jangan dok sembang nak ajak PAS bersatu dengan depa situ laaa.....

Bagi kami kalau macam nie punya kelaku baik kita pakat-pakat perosok UMNO/BN nie sampai tak panggung kepala.. biaq rapat kebumi muka depa tuu baru depa tau langit tinggi rendah....pegi mampus laa dengan KERAJAAN PERPADUAN hangpa tuu.....

Ahad, 12 Jun 2011

Kompom 100% negara MALAYSIA melaksanakan Undang-Undang Terpilih..!!!

oleh AnakKedah007


JIKA RAKYAT BIASA tak ada KUASA...
hidup sebagai drebar..buat salah...
dengan PANTAS kena HUKUM...
alhamdulillah keadilan mcm nie yg kita
nak tengok terlaksana di bumi MALAYSIA

namun mai puak 3 ekoq nie..
pencetus menonton video sex
apa satu pon tak kena sampai sekarang..
http://2.bp.blogspot.com/-WlpjxsntF9Q/TYyZbvZd-GI/AAAAAAAADoM/S_4tJW0efH0/s400/Datuk%2BT%2Btrio.jpg

UNDANG-UNDANG haram bejadah apa mcm nie
cuba2lah anda fikirkan wahai rakyat MALAYSIA
ianya boleh berlaku pada anda...jadi fikir2kanlah...!!

Khamis, 9 Jun 2011

Betoika YDP & SU MPSPK naik tocang...!!???

http://4.bp.blogspot.com/-oZWet8Vlosk/Td6Krg810lI/AAAAAAAAApg/z3RkunMx_sY/s400/cs1.jpg
nostalgia.....!!!!

Perghhh isu Roboh gerai kat SP nampaknya tak seattle2 lagik.... Ahli Majlis dah mogok... YDP tetap dok kat kerusi empok tu jugak... s/u dia pon tetap dok bongkak serupa tu jugak.... aduhai Azizan bila nak selesai nie... takan hang tak pandai taichi kot... depa kata hang terra bab taichi2 nie... takan mai tang isu nie hang selop kera laa pulak....

Padahal mangkok2 yang dok kat MPSPK tuu tetap dok rasa bangga dapat buat hang pening kepala wahai Azizan... alaa bukan susah pun hang kelepiaq buang 2 ekoq yang dok kat ataih tuuu.. si YDP & s/u dia tuuu..depa 2 ekoq nie laa yang paling naik tocang....hang tansfer pie la pie kwsn lain pulak... pecahkan depa 2 org tu dok dikwsn lain pulak.....itu aja..... dimana semalam dengaq kata si s/u dok hasut staff-staff MPSPK yang bekerja buat demo kata depa tak suka AHLI MAJLIS menghalang kerja buat YDP nak roboh gerai tuuu... kira depa sokong la kerja perobohan tersebut....tapi nasib baik staff-staff tu ada akal fikiran dan berbulu kat 2,3 ekoq di MPSPK tuu sebab berbulu antaranya MPSPK tak bayaq overtime....

depa bukan tak tau yg sebenaqnya arahan tu dibuat untuk sabotaj jaa...sedangkan dalam mesyuarat ahli majlis depa dah tetapkan mana2 gerai yg usia 10thn keatas kena runding dan sediakan dahulu tapak kedai alternative utk mereka baru boleh pie roboh... tapi 2 org tu buat bodo jaa pie arah pekerja roboh gerai tersebut.... jadi punca besaq depa nie yg dok buat huru hara kat k'jaan Negeri skrg nie...

jadi dok simpan lagi....pancung la sama dia....

masih dok teringat lagi apa kata SU tersebut kat EXCO MANIKUMAR... "LU SAPA DOK KACAU.....??"

Rabu, 8 Jun 2011

UTUSEX : PAS MULA BERBALAH... - Balah tangmananya..???



Rasanya aku takyah jawab la kot isu bangang yg di bawa oleh Mahadet pasai tajuk bangang UTUSEX hari ini..dia mai kot mana tak tau tetiba keluaq PAS BERBALAH... berbalah tang mana tak tau..eishh eishhh..eishhh.. buat la tajuk macamana pon nak bagi PENYOKONG TOTOK hangpa kat kampung2 sana seronok sendiri...tapi hakikatnya hangpa semua dah tak tidoq lena dah sekarang nie... bersedialah hangpa....

Pasai tajuk ulasan Mahadet aku copy paste yg SAIFUDIN NASUTION katakan dalam harakah semalam..hangpa baca laa nooo...

Karpal sekat hudud: Saifudin kata Dr Mahathir haprak

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

http://anakkedah007.blogspot.com

Selasa, 7 Jun 2011

UMNO gelabah bewak PILIHANRAYA MASJID di PENANG

oleh AnakKedah007

mai nak sembang sikit bab PILIHANRAYA MASJID di PENANG
GEORGETOWN 6 Jun – Kerajaan negeri pimpinan DAP memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.
KUALA LUMPUR 6 Jun - Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) diminta meneliti secara mendalam pelaksanaan 'pilihan raya masjid' di negeri itu kerana dikhuatiri boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
KUALA LUMPUR 6 Jun - Pemilihan jawatan kuasa masjid di Pulau Pinang yang akan dilakukan menerusi 'pilihan raya masjid' mesti bebas daripada sebarang unsur politik kepartian kerana ia boleh membawa perpecahan di kalangan umat Islam.
ha ha ha..cuba tengok depa meroyan tahap cipan dah nie...cakap pun macam budak kencing malam dah...sampai suruh teliti takut ada perpecahan laa takut ada unsur politik laa...macam2 depa ulasnya..semua tu nak tunjuk kata DAP nak ambik alih masjid.... pie kot mana depa pusing cerita pon dah tak tau dah....

Lanie apa masalahnya.. ini kira terbaik laa.. dimana setiap AJK yang akan buat kerja di MASJID tersebut adalah merupakan pilihan majority dari kawasan tersebut..awat hangpa takut AJK yg karat BIRU yg hangpa lantik secara terus tuu akan tak terpilih dah dan rakyat akan toloak depa... jadi kalau puak2 proksi hangpa tu kalah maka tangan2 ajaib hangpa kat masjid tak boleh nak buat kelaku laa.. itu kot yg utamanya.....

kalau takut perpecahan..kalau mcm tu takyah laa buat pilihanraya umum... itu lagi huru hara rakyat jika dilihat cara otak sempit hangpa tuuu...sudah laa UMNO oi...akaq hangpa tu dah semakin mereput dah...jadi paham2 la nooo.....baik undur diri secara terhormat.....adiooosss..

p/s: Kedah tak mau buat kaaa....???

Ahad, 5 Jun 2011

Tahniah kepada pemimpin baru PAS



Walaupun teruk di hentam oleh media umngok .. tapi mereka tetap menang kerana perwakilan pas tak baca pun media pencacai tu.
Tahniah kepada Bang Mat, Husam terutamanya kerana menjadi bahan hentaman akhbar tandas itu. Tapi hangpa memang hebat.
Siapa meleleh ayaq lioq?
Siapa gila talak?
Siapa meraban tak tentu hala?
Siapa yang macam anjing hilang anak?
Sudah pasti umngok dan kuncu kuncu nya ...
Tahniah Semua !!!

aku copy dari wartamaya.blogspot.com
kira aci laa tuu he he he

Pimpinan saf PAS yang baru..UTUSEX dah start MEROYAN dah..!!!

oleh AnakKedah007
Calon ulama tersingkir

PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu yang menggantikan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden selepas pemilihan di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pemimpin-pemimpin bukan ulama yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang diadakan semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, kumpulan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menamatkan penguasaan golongan ulama bagi kerusi Timbalan Presiden malahan menguasai ketiga-tiga kerusi Naib Presiden.

Kumpulan tersebut juga menguasai sebahagian besar kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipertandingkan.


Sebelum apa-apa KITA GELAK DULU....tu dia aihhhhh depa meroyan tak habih2 lagi... dan hari nie gua dok tunggu apa UTUSEX nak katakan dalam TAJUK BESAQ depa... rupa-rupanya keluaq tajuk ULAMAK TERSINGKIR.....

Dey UTUSEX aka UMNO sejak bila hangpa iktiraf PAS ada ULAMAK...?? sebelum nie ada ka hangpa IKTIRAF ULAMAK-ULAMAK dalam PAS... apa yang hangpa tak hina depa... apa TG NIK AZIZ kena maki... TG HADI kena sumpah.. UST HARUN DIN kena caci... hangpa akui ka depa ULAMAK... jadi yang hangpa dok kalut KAMI angkat siapa yang jadi pimpinan kami tu apa kejadahnya... KAMI tau la apa kami buat yang hangpa dok sebok tepi kain orang tu apa sal.. hangpa tunggu sahaja BOM C4 yang akan kami lepaskan selepas ini.... mau kencing malam nak habaq kalu...

Yang hangpa dok jaja ULAMAK TERSINGKIR tu kenapa jika ULAMAK yang dok dalam UMNO tu memang betoi tersingkir.... yang dok ada tu pun nama BIRO AGAMA sahaja.. lepas tu bercakap bab haid nifas.. itu laa ULAMAK hangpa....ULAMAK yang mana AL QURAN gelarkan sebagai SYAITAN BISU.....

Sebok gerak kerja orang... kalau dah ketaq lutut tu cakap la ketaq lutut tak payah laa dok kona sana kona sini bila bercakapnya.....kesian-kesian aku tengok hangpa....dah start odar pampers dah....??

Rabu, 1 Jun 2011

Mamat kerja dok maki UMNO dulu dah kaya raya rupanya sekarang nie..!!

Zamil... sekali lompat makan tak habis, ahli UMNO jugak yg merana

Bekas Ketua Pemuda PKR yang melompat ke dalam UMNO, kemudian menyertai parti KITA Zamil Ibrahim rupanya mampu memiliki sebuah kereta Rolls Royce Silver Spur III berharga USD$220,700.

Menurut sumber risikan, Zamil juga dikatakan mampu memiliki banglo mewah, melancong ke serata pelusuk dunia hasil wang lompatan yang diterimanya.

Kesian aktivis UMNO cawangan, buat kerja untuk UMNO merah bijik mata, bulehlah lima tahun sekali (musim pilihanraya) dua, tiga ratus ringgit. Puak PKR yang siang malam dok maki UMNO dulu macam Ezam, Zulnordin, Gobala, Roslan Kasim, Zaharin dll sedang hidup mewah senang lenang kat atas dunia sekarang hanya dengan sekali melakukan lompatan jarak jauh.


AnakKedah007 : Perghhhh KAYA GILA mangkok nie.. dulu semasa dok mai sembahyang JUMAAT di MASJID PENGHULU HIM.. mai bawak keta cabuk sambil dok juai SUARA KEADILAN di luaq pintu masjid selepas solat JUMAAT.... ini baru nama POTRET KEJAYAAN...tapi mai aku nak habaq hang cuma berjaya di dunia la kot.. tapi disana lu pikir laa sendiri... nie gua ambik dari blog sahabat gua... anaksungaiderhaka dan hangpa pikiaq la sendiri.....

p/s-nak sumbunyi kot mana dunia nie bulat sahaja wahai sahabat2 ku sekelian....




Mamat ni masa bersama PKR dulu pakai Proton Satria saja.. kini Zamil Bin Ibrahim seorang ahli perniagaan yang berjaya didepan banglo mewahnya RZ Villa



Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya


Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip dihadapan Rolls Royce kesayangan Zamil