Ahad, 20 November 2011

Zul Nordin Tuduh Majlis Fatwa dan Tok Mufti Kedah Munafik..!!

oleh AnakKedah007

Assalamualaikum sahabat semua...

Apa yg gua tahu pasal isu nie... K'jaan Negeri dah refer kat Majlis Agama dan Tok Mufti... serta majlis Fatwa negeri... Zol Nordin nie lu sapa sampai nak mengatasi keputusan yg dikeluarkan oleh PIHAK AGAMA NEGERI KEDAH nie... jika mcm nie lu dah boleh dikia menghina TOK MUFTI kami dan mempertikai keputusan MAJLIS FATWA serta MAJLIS AGAMA yang memegang amanah tanah wakaf nie....dan dalam waktu yg sama TOK MUFTI nie dia dok bawah TUANKU SULTAN bukannya KERAJAAN NEGERI...jadi lu dah boleh di kira menuduh SULTAN KAMI MUNAFIK nie....lu sapa hebat sangat bro....???? bagi lu sorang sudah la munafik dengan rakyat KULIM dan MALAYSIA amnya...tak payah nak menuduh org lain pulak munafiknya.....

ini tulisan terbaru beliau.....

MUNAFIK YANG CELAKA?

(Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu diroboh)

Salam 2 all.

Lebih kurang tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkapiorkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.

Surau tu cuma surau papan plywood aje, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan surau itu.

Walauppun selepas tu rupanya memang sebuah masjid cantik dibina, iaitu Masjid Al-Hasanah. Namun ahli PAS tetap istiqomah membenci Khir Toyo dan kerajaan UMNO. Pelbagai label dilemparkan, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! "Kekafiran dan kemunafikan" UMNO terpahat jelas kepada ahli PAS akibat peristiwa tersebut!

Begitu juga sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi (ada yang panggilnya surau Pakistan) dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan. Tujuannya untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.

Jumaat, 11 November 2011

PEMIMPIN UMNO JADI PONDAN BILA BERDEPAN ANAK MAHATHIR



BUKAN MAIN RIUH SEKAMPUNG PEMPIN DAN GEROMBOLAN UMNO MENYALAK DAN MENJERIT KEPADA AMBIGA KERANA MENGANJURKAN PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA...

TETAPI APABILA ANAK MAHATHIR INI MENCABAR PEMIMPIN UMNO SUPAYA TIDAK MENGUSIK AMBIGA TETAPI SEBALUIKNYA MENGUSIK DIRINYA... MAKA PEMIMP-IN2 UMNO DAN GEROMBOLANNYA TIBA2 MENJADI PONDAN... 

TIDAK ADA SEORANG PUN PEMIMPIN UMNO YANG BANGKIT UNTUK MENYALAK KEPADA ANAAK MAHATHIR INI.. PONDAN RUPANYA MEREKA INI....

SEMBANG DERAS JA PUAK-PUAK NIE..MAI SEMBANG BAB FAKTA DAN DATA SEMUA KANCING GIGI JEE...APA SAJA ISU NAK JADIKAN MODAI POLITIK UTK KEPENTINGAN DEPA..MAKA BILA ORG FLASH BACK BALIK KESAH PROGRAM NIE DULU-DULU MULA KANCING GIGI...

KESIAN TENGOK KELAKU HANGPA WAHAI PUAK-PUAK UMNO..DAN SATU PUAK LAGI PERKASA[M].....HE HE HE

Khamis, 10 November 2011

Azizan kutip duit rakyat....

Oleh Bang Mat Kola

http://farm3.static.flickr.com/2552/3894526075_95e7c53b6d.jpg

Aduhai baru-baru nie Bang Mat nak p melawat kawan kena tahan wad kat KMC... lalu macam besa laa Bang Mat nak paking kereta kat paking yang ada di KMC tuu..namun dah ada benda pelik dah yang berlaku di Paking KMC tu dimana ada orang dok tunggu nak ambik upah paking... bang Mat ingat ulaq ayaq tetapi rupa-rupa Ulaq yang di beri tauliah untuk ambik charge paking tuuu...

Bang Mat naik heran jugak..awat laaa nak kena bayaq pulak paking nie.... KMC dah tak ada duit dah kaaaa... bila check balik dengan kawan-kawan kat KMC tu depa kata paking tu kepunyaan PKNK..betoi kaa PKNK punya..kalau hangpa punya kira ini tanah kerajaan negeri laa dan jika kerajaan negeri punya kira hangpa nie tak ada duit dah kaaa....sampai paking dekat hospital KMC pon hangpa dah nak kekah duit dah... dulu masa zaman Kerajaan BN tak ada pon idea bangang nie....

Tau laa KMC tu Hospital unuk orang kaya-kaya tapi kami yang pie melawat nie bukan kaya terra mana pon... jadi memandangkan Kerajaan Negeri punya pada-pada laa nak kekah duit pun... takan kat rakyat yang pie melawat pon nak tibai duit jugak.... charge paking kat pesakit dok dalam KMC dah laaa..depa kaya..jika tak buat pa depa pie Hospital orang kaya....bagi yang pie malawat nie tak payah laa nak rembat jugak duit kami...yang pie malawat nie bukannya yang kaya-kaya pon....

Jadi Bang Mat rasa baik hangpa berhenti ja lah kutip duit paking tu..bukan apa nanti yang busuk nama tentu AZIZAN dan Kerajaan Negeri yang memerintah sebab KMC & PKNK nie pengerusi di MB Kedah jadi tak pasai-pasai pembangkang buat isu..buta kareee jaa hangpa nak menepisnya.....

Sekadar teguran dari Bang Mat Kola.......

Selasa, 1 November 2011

Syabas Blogger UMNO KEDAH.. Pendedahan "PENEBANGAN BALAK" macam nie yang kita nak... jika betul salah kita balon sama-sama

oleh AnakKedah007

Syabas UMNO Kedah..sepanjang gua dok jadi blogger nie...rasanya ini isu kedua selepas isu KARAOKE yg belambak naik kat ALOQ SETAQ dahulu... so far Isu tu Kerajaan Negeri dah jawab...sekarang mai isu yg kedua nie...rasanya kerajaan negeri patut jawab jugak... sebab cara blog tersebut keluarkan artikal nie ianya seperti menjeje kerajaan negeri dimana patutlaaa hasil balak banyak...punca dia tebang tanpa kawalan....

dari apa yg gua tahu kawasan balak yg dibenarkan oleh Jabatan Hutan ialah dalam lebih kurang 2400 hektar sahaja..kwsn nie kira sama laa dgn apa yg K'jaan BN dok tebang dulu.... dan setiap kawasan yang nak ditebang tu ianya kena dapat kelulusan JABATAN HUTAN dahulu..KERAJAAN NEGERI tak boleh nak buat apa kalau JABATAN HUTAN tak luluskan... sebab pihak jabatan laa yg akan pie tengok dulu kwsn balak tersebut... jadi dengan apa yg blog tersebut keluarkan nie rasanya Kerajaan Negeri Kedah kena jawablah pasai apa penebangan tersebut berlaku dikawasan yang dikatakan tuuu.. kita tunggu K'jaan Zizan nak jawab apa..???


syarikat yang diberi tender..

Signboard hutan simpan kekal

balak yang dikumpul

rakyat datang membuat bantahan

semakin ramai..
demo penduduk kampung..tak puas hati..

wartawan temubual Abdullah b. Shari

Wartawan media perdana pun ada..

Ni Ketua Pemuda UMNO Kedah..


Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor. Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,sama kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.

Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah.

http://unitmediakedah.blogspot.com