Khamis, 30 April 2009

PAS Permatang Pauh nie pon boleh di kira 2 x 5 ja dengan UMNO

oleh anak Kedah


awat jadi lagu nie... PAS nie rasa dah kuat sangat dah kaa sampai dah lupa macamana depa boleh naik sampai ketahap tertinggi macamnie... dah laa Pemuda PAS PENANTI tengah dok 'BONGKAK NAK PULAU' pastu pada malam penamaan calon PKR sekoq pon PIMPINAN PAS TAK NAMPAK... pie mana habih hangpa nie... awat dah MERAK KEMBANG EKOQ SEMUA KAA... dah pijak tak rapat bumi dah kot sampai dok rasa hangpa nie semuanya HEBAT dah sampai KAWAN SENDIRI pon hangpa dah nak tendang kaih pie ketepi...

mai nak habaq kat hangpa kerana perangai PELAQ macam nie laa KEDAH masa PRU 1999 menang sampai tak mau2 tapi mai PRU 2004 habis lincin hangpa kena ratah... sampai tinggai terkulat-kulat sekoq PARLIMEN PENDANG yg dimenangai yg lain BUNGKUIH MAK ENON...

bukan apa puncanya sebab sembang dah tak pijak bumi la puncanya... kerja tak buat tapi syok dgn slogan PAS TAWAN KEDAH..tapi last pakat jadi tak ketahuan semua... tak caya cuba hangpa tanya sapa yg ada kat rumah ust Azizan di markaz Sg Limau pada malam keputusan 2004 tuuu... habih semua kelu tak terkata...tuhan kalih on the spot... habih punggah perancangan yg telah dilakukan... pastu sampai berbulan2 kena 'kebah' sehinggakan ceramah pon dah tak mampu nak buat sebab orang tak dak....

Kini bila menang dan dapat kebenaran memerintah dengan kuasa rakyat hangpa dah buat perangai balik... sembang sampai lupa kiri kanan... tengok kawan pon dah jadi lawan... awat hangpa jadi kelaku macam nie tak kira la yg kat kawasan ataupon kat pimpinan atas sana... awat susah sangat ka hangpa bagi kata sepakat dan nak hantaq pie sorang untuk dok dalam majlis tu...tak kira la sapa pon tapi biaq la yg ada nama... PRESIDEN ka TIMB. PRESIDEN ka NAIB PRESIDEN ka atau pon AHLI JAWATAN KUASA kat bawah tuuu... pakatan apa macam nie, rakyat hangpa suruh berpakat tapi PIMPINAN buat kelaku bagi lubang suruh lawan tembak...

masa ceramah bukan main hangpa cakap yg MUSUH KITA ADALAH BN/UMNO... tapi hangpa semua buat kelaku bagi peluang LAWAN tembak... jika macam nie punya kelaku hangpa nie semua macam sial jaa.... baik joint tablig lagi baguih...

rakyat bukan main nak kalahkan BN last PIMPINAN dok kalut kutip temucut kat kaki seluaq....apa punya turrrr la hangpa nie...

last PAS nie pon boleh di kira 2x5 ja dengan UMNO gila jawatan.....

Jumaat, 24 April 2009

PENANTI oh PENANTI... PAS oh PAS..

Assalamualaikum...

PENANTI oh PENANTI... PAS oh PAS.. aku nak sentuh bab cadangan Pemuda PAS Permatang Pauh supaya PAS letak calon dia kalau ada pilihanraya kecil nanti...

Allo bro lu rasa hebat sangat kaa... baik lu orang pie kawan dengan UMNO.. buat parti baru senang cerita.. tak payah nak menyusahkan JEMAAH yg duduk di negeri lain terpaksa tahan telinga dek kelaku hangpa nie...

Aku sebenaqnya bukan tak setuju dengan kelaku hangpa nie... aku pon suka kalau PAS letak calon dia lebih-lebih lagi kita letakkan BANG MAT kita dan lepas pulak jadikan BANG MAT TIMB. Ketua Menteri... perghhhh regu yg terbaik antara LIM dan BANG MAT untuk takbir PENANG..

Tapi kita kena pandailaa berperang secara strategi dengan musuh nie... jangan laa bagi bola tanggung kat pihak lawan... kalau dah hangpa laung2 dan hingaq bingaq macam nie SAH lawan akan kerenyeh nampak gigi busuk depa tu nak tembak kita jaa... Aku lagi suka kalau kita serahkan kpd PIMPINAN yg buat keputusan dan andai hangpa ada cadangan kita usulkan kat ATAS tentu sampai punya sebab hangpa puak PAS kawasan tersebut.. tentu pandangan hangpa akan di tanya berkaitan PILHANRAYA KECIL tersebut tapi kalau hangpa dah GALAK BIJIK dok hingaq nak tunjuk jaguh nanti tak pasai2 'YANG DI KEJAQ TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRIN' baru padam muka semua...

PAS kena ingat dimana mata mereka pada sisi rakyat...Adakah Sokongan RAKYAT pada mereka bertambah dan RAKYAT GOLONGAN MANA pulak yg sokong PAS.. itu kena ingat...sudah 50thn PAS berjuang atas muka bumi nie kenapa KELANTAN & TERENGGANU ja yg dapat menang tu pon TERENGGANU tercicir dan yg maintain adalah KELANTAN shj sampai sekarang... JADI bila ALLAH dah kurniakan kemenangan kepada beberapa negeri nie... jangan la BONGKAK dan EIKSS sangat... Buat dulu kerja JEMAAH tu.. mantapkan jemaah sehingga sokongan padu dapat diperolehi dari majority ISLAM yang MELAYU... pertingkatkan PENERANGAN dan KEFAHAMAN kepada UMAT ISLAM di MALAYSIA... kenapa susah sangat benda nie nak buat atau semua dah tinggalkan Bukit Uhud untuk menikmati KEMANISAN yg diperolehi secara terkejut nie...

Cuba fikirkan sejenak kenapa ISLAM yang di perjuangkan PAS ini susah sangat nak diterima oleh MELAYU UMNO.. jika ianya diterima sudah tentu di Bkt Gantang tempohari undi MELAYU akan bertambah tetapi ianya tidak... sebaliknya berlaku... JADI mantapkan JEMAAH KITA itu yang sebaiknya... jika hanya mengharapkan undi GOLONGAN LAIN ianya sampai bila... GOLONGAN INI dan GOLONGAN MELAYU UMNO hanya menyokong kita disebabkan mereka BENCI akan UMNO/BN itu sahaja namun tak dinafikan yg sokoong tanda setia kepada perjuangan kita juga ada tapi ini tak banyak..kita kena akui yang itu... Itu tadi dikatakan kita jangan syok sendiri sahaja... jangan dok tunjuk sangat kata kita nie HEBAT... banyak yg tak kena lagi sebenaqnya....

Oleh itu harapan dipinta semoga selepas ini janganlah ada lagi GOLONGAN PAS yang bercakap tanpa berfikir sedalam2nya... ingatlah SEMUA... 

'RANTING JIKA SATU SENANG DIPATAHKAN TETAPI JIKA BANYAK MAKA SUSAH HENDAK KITA PATAHKAN..'

Ini ada beberapa LUAHAN dari sahabat Blog yg lain pasal kes nie...

Berebut pulak dah ! ! !

Hari ni anak aku yang darjah 2 keluar pukul 12.30. 12 suku aku dah terpacak kat sekolah. Tak lama nampak Pak long orang kuat PAS kat kampung. Ambik cucu dia yang darjah 1.

"Pak Long!! maghi ler sini nyembang!! jerit aku..

Pak Long jerit balik kat aku "Moh ler caghi tempat ghedup sikit, kamu tak nampak ker paneh cheghongen nih"

Dah dapat port cantik aku nanya Pak Long "Pak Long! apa tajuk utama blog2 Pakatan Rakyat ari ni!!?"

"Huhh! aku udah getik!! jawab Paklong sambil mulut tejuih.

"Getik apanama pulok Pak Long, selalu Pak Long yang bekabor saya kalu ada citer-citer baghu" aku jolok.

Balas Paklong "Aku ni getik campor tak gemor, tak gemor sikit, getik tu banyak benor!!"

"Ngaper pulok!!?" jolok lagi.

"Hal penanti ni ha.. udoh tau kawasan tu PKR punya apa pasei pulok PAS Permatang Pauh sebok benor ndakkan kawasan tu. Malu aku pada kamu. Dulu kamu ngater aku maghah. Ini dah kena ataih batang idung aku oghang PAS. Kalu ghoper ini baik aku jadi macam kamu, sokong Pakatan Rakyat tapi parti tak mandang (tak ada). Dulu aku kabor kamu PAS baguih. tak kencin kawan, warak, keghojer keghaner Allah, berkhidmat kepader rakyat!.. Ini dah tau kawasan tu ada potensi menang udah gelap mata tebayangkan kuasa" jawab Pak Long tanpa wakaf.

"Ater, Pak Long kabor ler deme, meghungut pada awok (saya) bukan jadi aper" aku jawab hati-hati.

"Kamu tak tau, kamu bukan oghang PAS, yang senangnyer kalu aku jumpa oghang yang becakap tu sensoghang aku bagi penampor sedas, tolo tak tentu hala. kalu ndakkan kuasa sangat pegi ler ke kawasan yang umno menang masa PRU12 dulu, kempen pelan-pelan, cukup masa PRU masuk jadi calon, ada ler juger pekdahnyer!!"

Huh, kalu kena penampor Paklong tak tau ler apa aku nak cakap...., ibu jari tangannyer sama besor dengan ibu jari kaki aku...... Kalu aku yang kena gerenti melekat kat dinding mural sekolah ni......! jadi satu keghojer pulak oghang nak cungkil aku keluor!...

"Kalu deme teruskan juger niat deme tu, ngundi akan datang ni aku ndak duduk di ghomah aje. Letih dah aku bekejor sana sini nolong deme!!..." huh!! tak abih lagi Pak Long nak bekabo ghoper nyer!...

Kriiinnnnnngggggggg!!!! loceng sekolah waktu bersurai berbunyi...

"Ok Pak Long, awok nak nengok anak kejap, kaghang meto pulak dia mencaghi awok. esok kita sambung ceghiter lagi!!..... Assalamualaikum!!!.."

(2) ABO @ Penanti - Jantan di Bukit Gantang, Betina di Penanti ? ( Bhg. 2)

Menjelang Pilihanraya Kecil Dun Penanti, kita dikejutkan dengan pengumuman oleh PAS Permatang Pauh (mengikut laporan Malaysiakini) bahawa parti itu tidak merestui calon dari PKR untuk bertanding di kawasan tersebut sebaliknya mengesyorkan kepada PAS Pusat agar calon dari PAS diletakkan di Dun Penanti. Kenyataan tersebut amat mengecewakan apatah lagi pemimpin tersebut meletakkan kesalahan ke atas DS Anwar Ibrahim yang menyebabkan kerusi milik PKR tersebut terpaksa dikosongkan. Saya menjangkakan keputusan DS Anwar di dalam mengemudi permasalahan kepimpinan di dalam PKR sekaligus untuk menjadikan wakil rakyat di Dun Penanti benar-benar bersih dan berwibawa akan mendapat sokongan pemimpin PAS di Permatang Pauh, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Semenjak bila PAS Permatang Pauh tidak lagi mempercayai DS Anwar untuk menjaga partinya sendiri ? Kita akui sememangnya kini parti PAS sudah kelihatan kuat dan gagah, mungkin tidak lagi perlu bergantung kepada PKR apatah lagi DAP di masa-masa akan datang. Saya tidak pasti apakah saranan ini mempunyai kaitan dengan kempen pemilihan di dalam PAS sekarang. Jika benar, sudah pasti amat mendukacitakan kerana tidak seharusnya PKR dijadikan `kambing hitam' untuk mendapatkan publisiti pemimpin tertentu. Apa masalahnya pada PAS di Permatang Pauh sekiranya PKR menjadi calon di Dun Penanti? Adakah kerana PAS tidak bersetuju dengan kaedah DS Anwar menangani konflik yang berlaku terhadap bekas Adun Penanti, Muhamad Fairus? Mungkinkah PAS Permatang Pauh merasakan tindakan DS Anwar itu tidak bijak lantas mengambil kesempatan untuk mencalonkan calon PAS pula di situ? Apakah jika calon PAS diletakkan di Dun Penanti ia merupakan satu tindakan yang lebih bijak?

Saya bukan tidak bersetuju sekiranya kepimpinan PR membuat keputusan untuk meletakkan calon PAS bertanding di situ, tetapi cara dan pendekatan yang dibuat oleh PAS Permatang Pauh yang mendahului pemimpin PR amat mengecewakan saya. Sedikit sebanyak ramai yang terluka dan terguris dengan apa yang dinyatakan oleh PAS Permatang Pauh lebih-lebih lagi kenyataan tersebut merupakan `hadiah peluru' buat Umno di Permatang Pauh khususnya di Dun Penanti. Kepimpinan PAS juga pernah membuat suatu keputusan yang silap sewaktu meletakkan Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kini, PAS baru menyedari kesilapan tersebut dan sudah pasti kesilapan seperti itu tidak akan diulangi di masa-masa akan datang. Semasa Ibrahim Ali dicalonkan di Parlimen Pasir Mas, DS Anwar dan PKR umumnya tidak pernah membantah walaupun DS Anwar lebih tahu betapa Ibrahim Ali terlalu anti kepadanya. Tetapi, DS Anwar dan PKR tidak tergamak untuk melukakan hati dan perasaan pemimpin PAS yang mungkin ketika itu merasakan perlunya Ibrahim Ali diletakkan di situ. DS Anwar dan Parti KeADILan juga tidak berkecil hati sewaktu Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin tidak mendapat restu kepimpinan PAS di Kelantan untuk dicalonkan bertanding di Kelantan. Timbalan Presiden tersebut beralah dan menghormati keputusan PAS Kelantan ketika itu. Sebaliknya penyokong-penyokong PKR terus memberikan sokongan kepada calon pilihan PAS di Kelantan atas dasar kerjasama di dalam PR. Berlaku di Perak, biarpun kerusi PKR melebihi dari kerusi PAS di Perak, tetapi atas sepakat bersama PAS dan DAP, PKR redha YAB Ir Nizar menjadi MB Perak malahan PKR sehingga kini terutamanya DS Anwar begitu komited untuk mempertahankan YAB Ir Nizar selaku MB Perak yang sah walaupun beliau ahli PAS.

Mengapa apabila DS Anwar mengambil keputusan untuk menggantikan Muhamad Fairus yang PAS Permatang Pauh sendiri mengerti masalah yang dihadapinya, maka PAS Permatang Pauh seolah-olah ingin menunjukkan kepada PKR bahawa PAS Permatang Pauh lebih layak di Dun Penanti? Di mana sikap muafakat dan saling mempercayai sesama PR di Permatang Pauh ? Pada mulanya kita lihat seperti DAP yang bakal menimbulkan kontroversi di Dun Penanti, tetapi setelah DS Anwar sanggup memohon maaf kepada Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang menerima dengan hati terbuka, kini PAS Permatang Pauh pula cuba untuk menimbulkan kontroversi. Saya yakin pemimpin PAS Pusat dan beberapa penyokong PAS yang lain di Permatang Pauh tidak akan merestui tindakan pemimpin yang menyuarakan hasrat PAS Permatang Pauh untuk merampas kerusi tersebut dari PKR. Cukuplah dengan kerusi MB Perak yang diduduki oleh PAS dirampas oleh Umno dan jangan pula kita terikut-ikut dengan budaya rampas merampas seperti ini.

Kita jangan lupa bahawa rakyat mendokong kita kerana perpaduan yang ada pada kita selama ini. Jika sesama kita pun asyik ingin rampas merampas dan syak wasangka, saya bimbang rakyat akan menilai kita sama seperti Umno/Bn yang akan sanggup memijak kepala kawan untuk naik ke atas. Mudah-mudahan kita insaf dan sedar selama ini kekuatan parti kita bermula semenjak bila dan mengapa parti kita kini dilihat semakin kuat dan digeruni oleh Umno/Bn. Jangan kita takabbur dan sombong serta memperlekehkan pihak lain seolah-olah parti kita tidak pernah tersilap di dalam percaturan politik. Apa yang penting, apabila menyedari sesuatu kelemahan dan kesilapan, perlulah segera diubah agar rakyat terus menilai kita sebagai sebuah parti yang benar-benar ikhlas dan serius untuk berubah.

Apapun yang bakal berlaku di Dun Penanti, dan walau siapa pun yang diberi kepercayaan oleh pimpinan PR untuk menjadi calon PR di Dun Penanti kita wajib menyokongnya sekiranya kita benar-benar seorang pejuang rakyat. Saya percaya pimpinan PR terdiri dari PKR, DAP dan PAS akan bertindak bijak untuk menentukan Umno/Bn tersungkur lagi untuk kali ke lima selepas ini. InsyaAllah. WFAUZDIN NS@al-banjari Online

HaHs said...

Assalamu alaikum wak!

Ok gak nasihat wak tu. Cuma terasa sikit org PAS terutama P.Pinang dan aku gak kalo baru 1st time baca artikel wak ni.

Pandangan aku yg tak seberapa ni. Korang tgk skrg ni pendokong Pas berada dimana2 kawasan. Kawasan mana yg takde PAS, ceruk kampung pun ada. Memang Pas antara yg paling kuat dari segi pendokong dan ahli di antara ke tiga2 parti ni.

Tapi korang lupa satu je, pendokong yg ramai tak semestinya kita boleh menang. Ini pimpinan PAS, DAP dan PKR pusat pun tau isu ni. Cuba korang pandang secara global dan mengikut statistik.

PKR dan DAP kekadang tu markas pun tak banyak dan ada yg tiada di sesuatu tempat tapi mereka punya pengundi senyap yg tinggi tapi PAS mempunyai pengundi senyap yg paling sikit. Kebanyakan penyokong PAS ni dia akan menyokong dan mendokong secara terangan, kekuatannya sama macam Umno dimana yg menyokong UMNO ni dia akan sokong secara terangan. Tapi itu je la sokongan kita, penyokong senyap kita kurang.

Tapi PKR ni, dia ni parti di tengah, x ekstrim (mengikut pandangan umum), sederhana dan meliputi seluruh kaum. Jadi, melayu, cina dan india mudah nak undi dia. Manakala DAP undi simpati non malay tinggi terutama cina walaupun dia cuma ada 2 3 bilik gerakan dlm satu kawasan tu dan kekadang tiada penggerak.

Pasal tulah pemimpin parti dah faham, yg majoriti melayu tapi Umno tak kuat sgt serta jelas PAS dominan, PAS akan ambil sebab bukan jugak parti tamak tapi dia ukur baju kat badan sendiri. Buat apa ambil banyak kerusi tapi tak menang.

Manakala kawasan melayu dan bukan melayu lebih kurang sama banyak kita letak PKR sebab non malay tak suka Umno walaupun sekutunya menyebabkan kita menang. Kalo BN letak non malay, pasti melayu sokong PKR sebab tunjang dia melayu.

Manakala DAP akan ambil kawasan dimana Cina/india lebih daripada melayu iaitu dikawasan bandar sbb DAP bersikap anti establishment dan anti Umno yg memang diorg suka dan menuntut keadilan semua bangsa serta semangat juang dan menentang diorg tinggi berbanding MCA atau gerakan.

Jadi, tak salah sekiranya PAS terbabit nak mohon, tapi mohon cara baik serta pastikan dgn figur bahawa kawasan itu kita pasti boleh menang atas penyokong kita yg memang ramai. Jgn terlalu bergantung atas pagar sahaja.

Ingat, kita nyaris kalah di Bkt Gantang kalo tak sbb calonnya ialah Nizar MB yg turut digemari cina dan india sbb pengundi melayu yg sokong BN mengatasi PAS pada waktu itu. Kalo kita terlalu bergantung pada melayu dan abaikan cina dan india, kita mungkin kalah.

Ikhlas dari saya,

HaHs...

Jumaat, 17 April 2009

YB & SMS..serta sedikit kelaku loi hangpa...

Assalamualaikum,

YB & SMS.. aku dapat tajuk nie dari satu tajuk kat blog KedahLanie pasai ada sorg sahabat teguq YB baru kita iaitu YB N25 kita alaa YB S.Manikumaq tu laa.. kekadang tu dengaq macam benda kecik sama seperti kata komen-komen sahabat kat blog KedahLanie tuu... kira ada pro and kon laa... tapi pada aku nie kira sentimentle valua laa kot.. bukan apa masa YB mai tentu abang din nie rapat sikit dgn YB tuu dan mungkin dah dianggap macam rakan dan taulan itu pasai dia sms kan UCAPAN TAHNIAH tuu... alaa bukan besaq pon pada kita tapi mungkin ianya besaq pada bang din.. mungkin bang din sahabat baru yg baru terlibat dalam perjuangan jadi ucapan TAHNIAH tu adalah besaq padanya tapi jika begitu berlaku maybe ada perasaan hampa pada dirinya...

Jadi pada aku apa la bezanya dua tiga kupang tuu... balas pie laa... bukan nak luak pon duit tuu.. nie kira touching of feeling laa... alaa setakat tulis TQ pon takkan berat sangat... sambil tok khatib baca khutbah pon ada yg sempat SMS lagi... takkan benda nie tak dapat buat..
p/s- jangan hangda dok buat kelaku SMS masa baca khutbah tuu.. penerajang dek tok imam baru tau)

kepada YB-YB lain pon kira sama laa... jangan dok buat eiksss sangat... ingat kita naik dulu atas dasar apa atas sokongan sapa... nie hangpa baca tulisan orang lama nie.. 
Bukan apa aku tengok kelaku nie dah kira berjangkit dah kat YB-YB kita nie... cth macam YB sorang tuu.. di mana dulu masa belom jadi YB bukan main habis surau masjid dan markaz pie buat kuliah magrib kuliah suboh tapi lanie thah mana pie pon tak tau.. sebok apa kejadahnya pon tak tau... sebok ka apa kaa ingat tapak anda mula naik jangan lupa... dari kaedah basic itulah rakyat jelata mula kenai awak..... back to basic dan jangan dok leka sangat nanti tak pasai2 kalah terlentang election 13 nanti... ingat nuu menteri tengah dok usha kawasan anda tuuu... nanti tak berbayaq kereta baru tuuu....


(he he he bab keta baru tu nanti la plak aku balon...sedap hang jawab noo.. tu KETA FAMILY.. dulu...opsss tunggu lah nanti...)

nak teguq manikumar sikit...

Abg Din Guaq said...

nak teguq manikumar sikit...

ingat mani kalau tanpa pengundi siapalah anda
jadi jangan la malas sangat nak balas SMS dari rakyat

rakyat dengan penuh harapan hantaq SMS ucap TAHNIAH kat hang... jadi hang reply la sms tu sebagai tanda terima kasih atas ucapan2 tersebut...jangan la jadi malas dan kemut sangat duit nak balas sms tuu...

ingat kita bukan tau sapa yg sms kita tu mana tau dia merupakan pengundi anda dan sebelum ini mengundi BN dan dia merasa bangga bila calon yg dia undi telah menang lalu dia hantaq sms ucap tahniah... apa perasaan dia bila hang reply sms dia tu just tulis 'TQ'... aku rasa itu pon dah buat dia bangga dah....

jadi ambik ikhtibaq pasai nie

p/s-kepada admin sila sampaikan pesanan ini pada manikumaq... dah ada org dok nyembang pasai benda nie dah.. dulu sebelom menang bukan main manis tapi lepas menang jangan buat perangai la pulak... ok TQ

http://n25bukitselambau.blogspot.com

5 Komen Anda:

Ashe said...

Nak tegur Manikumar saja ka? YB2 yang lain tu yang dah 13 bulan lebih ramai lagi dok buat perangai macam2 tak sedaq diri lagi. Saya tengok ada yang jalan pun stail lain dah dari dulu sebelum jadi YB.

tarabaz78 said...

Salam...

hmm.. bagi saya tak praktikal langsung nak balas sms jer.. patutnya abg din guaq minta dia buat satu majlis jemput semua org di kadun dia then ucap terima kasih kat pengundi kat situ... ataupun jawab terimakasih dia kat pengundi kadun dia dengan berkhidmat sepenuh jiwaraga dan ikhlas.. bukan untuk kepentingan sendiri dan kroni memasing macam parti pemerintah yang dah tak relevan tu...

p/s.. tuan blog.. saya selalu kesini tapi tak penah tinggal jejak...

Salam
Aliffrashidi a.k.a Tarabaz78

Orang Tanjung said...

Laaa... Tak balaih sms pun hang kalut. Kan dia dah kata dlm pelbagai cara "TERIMA KASIH KEPADA SEMUA" yang telah membantu.

Kalau beribu-ribu lemon hantar sms, mana dia ada masa nak balas. Kita mana tau dia sedang buat apa.

Cubalah utarakan isu yg lebih besar untuk menegur Manikumar.

Macam budak-budak...

Kah kah kah...

Salehs said...

korang ni mcm budak2 ah..ade ke pasai x bls sms pun nak gaduh2...biag pi la kat dia...kalau hg di tempat dia..mau ka bls satu2?....
hgpa dah undi dia...tau la nnti dia nak bls balik dgn berkerja utk hgpa...bukan dgn duk balaih sms ja...
la masa bekerja laaa...toksah dok meraban....kalu puak amno aku rs sempat la nk balaih semua sbb depa pembangkang x dak keja...

woii pikiag guna akai la....politik mau matang ar skit...sbb tu yahudi ble tawan dunia...depa pikir advance 10 tahun ke depan...

ghimau said...

Salam,

YB2 len pun ambil iktibar sama yer... Jgn tiba time PRU/PRK jer br nak beramah mesra ngan penduduk setempat. Bukan semua pengundi hantaq sms, mungkin sbhgian saja. Apa salahnya buat amal jariah reply blk sms depa tu... "Nak seribu daya, x nak seribu dalih".

Ingat skit... poster ngan bendera tak terpasang/terpacak sendiri... Petugas2 sukarela jg yg buat (ikhlas Lillahi Ta'ala), sekurang2nya hargai skit tugas dan jasa depa...

Sesetengah YB tu plak sblm b'gelar YB lebai x penah tinggal kononnya ikut sunnah. Bila dah jd YB lebai pun babai, ikut punah... Dulu alasan dlm Parlimen x leh pakai. Tp la ni, kat luaq Parlimen pun x pakai dah... Ghimaih kot...

Renung dan fikir2kanlah...

Wallahu a'lam bissawab.

Sabtu, 11 April 2009

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT boo layan dengan blog blog nie...

oleh AnakKedah

Assalamualaikum,

Tu dia geng blogger aku dari PERAK meluahkan apa yang berbuku di hati depa... AKU rasa benda nie patut pimpinan semua baca dan pakat2 ambik ikhtibaq.. jangan dok eaikqq sangat kata jentera kita hebat.. jangan dok merak kata rakyat sokong kita...

Dari apa yg aku baca luahan hati tu aku rasa benda tu pon tak tumpah berlaku kat Bukit Selambau... namun semua tu demi perjuangan kami blogger teruskan juga...

JADI kepada pimpinan yang masih dok rasa angin berbulan madu dan kembang ekoq pasai kemenangan tempohari tu cepat-cepat laa buang... pakat buat kerja dengan matlamat yang anda semua telah terangkan dan tanamkan kepada kami.. jangan hanya sembang lain last perangai macam UMNO jugak....

OK masa nak kena buat kerja... jangan dok lena lagi....

Autopsy Bukit Gantang 2

Ramai orang ingat..kami di Bloggers Network ni dibayar oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau gaji Nizar dengan EXCO pun kena beku..nak bayar kami macam mana?

Dan ada yang kata kami dibayar oleh parti. Parti mana? Nak kata PKR...ketua PKR negeri sendiri bagi tau.."kalau ada Matsamankati...seduit pun aku tak mau bagi!"

Nak kata Pas yang bagi...tok sah kata nak bagi duit...nak minta pas petugas pun depa tak bagi!!

Bila mula-mula kami berkampung di Bukit Gantang, semua tempat penginapan..peralatan dan sambungan streamyx dan broadband kami kena cari sendiri. Nasib baik la ada Pak Rahim tolong carikan rumah kat Simpang.

Orang ramai kat luar sana mahukan maklumat. Kat mana ada program...Nizar ada kat mana..kat mana ada ceramah..macam-macam harapan rakyat yang diperlukan dari kami. Tapi kami nak dapat kat mana? Pengurusan pilihanraya Pas tak pandang pun kat kami...sehinggalah kami dapat berjumpa pada satu hari...dengan Misbah dan Dr. Khairudin. Bukankami nak mintak duit...cuma nak minta kad petugas..atau apa saja la kad pengenalan diri supaya kami dapat bergerak tanpa sekatan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya orang tau..kami orang parti...buat kerja untuk PR...bukan ejen Umno. Tapi permintaan kami ditolak oleh Hj. Asmuni.

So..bilik Gerakan is out of bound bagi kami. tak ada pas..tak boleh masuk. Nak masuk kena ada jeneral yang approve. Dan bila tak ada pas petugas...petugas yang jaga pintu pun dok pandang serong kat kami. Ada yang kata kami SB...ada yang siap perli lagi...sebab depa ingat kami ni wartawan Umno.

Nak harapkan maklumat dari bilik Gerakan...tok sah harap. Nak dapatkan interview dengan kepimpinan Pas...tok sah harap. Memang dalam ucapan-ucapan Nizar..dia ucap terima kasih kat bloggers..tapi hakikatnya...sapa pun tak pandang kami.

Tapi kami tetapkan pendirian...kami buat untuk Pakatan Rakyat. Kami buat untuk rakyat. Tak dapat cara betul..kami buat cara tak betul. Matlamatnya...Nizar mesti menang.

Kalau maklumat dalam bilik gerakan Umno pun kami boleh dapat...inikan pulak dari bilik gerakan Pas. Kami pasang kabel..pasang ejen...pasang SB. Tu pasai kami boleh juga salurkan maklumat kepada semua. Dan aku bagi tau kat Hj. Asmuni dalam satu perjumpaan hari tu...kalau kami tak dapat maklumat cara halal...kami buat cara haram. Kami ambush Nizar masa tengah makan...nak marah...marah la.

Sebabnya...bila kita tanya apa program Nizar..orang tu suruh tanya orang ni. Orang ni suruh tanya orang tu. Last-last jawapan yang kami terima...RAHSIA. tak boleh bagi tau!

Dua hari terakhir..masa tu memang genting. Jeneral-jeneral Pas dah angkat kain putih. Asmuni angkat tangan...Ustaz Nasha pun surrender. Laporan-laporan risikan menunjukkan Pas ketinggalan.

Dari awal...kita bersikap defensif. Kita biarkan umno buat macam-macam tuduhan...dan kita habiskan masa menjawab tuduhan depa.

Jentera dibawah asyik memikirkan perkara remeh. Kisah Wan Azizah makan durian dengan garpu pun nak dibincangkan diperingkat tertinggi. Kisah Wanita PKR pakai cermin mata hitam pun nak dibincangkan dalam jawatankuasa induk. Muslimat Pas bercakaran dengan Wanita PKR.

Pukul satu pagi hari Isnin...kami di panggil kesatu tempat. Umno main kotor..Mahathir datang untuk kejutan terakhir..Jamal dan Osman akan buat buat ceramah..nak buat macam mana? Nak ceramah tak sempat..nak buat risalah..tak sempat. masa tu la blogger diperlukan.

Dan aku bangga dengan member-member Bloggers Network. Dan aku ucapkan terima kasih kepada stringer-stringer kami yang berkeliaran di lapangan.

Apa yang kami buat...tak perlu kami ceritakan. Ini kerja kami...cara bersih pun boleh...cara kotor pun boleh. Kami tak terikat dengan undang-undang dan protokol parti.

Untuk keputusan pengundian..kami dah buat perancangan. Albanjari mesti ada kat Bilik Gerakan Utama untuk melaporkan keputusan terkini. Dan dia pun dah war-warkan dalam blog dia...live dari Markas Ayer Kuning.

Tapi sapa yang melayari blog Albanjari malam tu..mungkin kecewa sikit. Wak hanyalah salah seorang daripada ratusan yang melihat keputusan melalui screen. Tak ada keistimewaan untuk Wak Albanjari. Malah dia gagal melapor kepada kami di Stesyen Maya 1 tentang keputusan terkini. Kami di Stesyen Maya 1 mendapat laporan yang yang jauh lebih tepat dan cepat dari Wak. Macam mana?

Tak payah bagi tau. Tak dapat cara elok..kami buat cara tak elok. Nak marah..marah la.

Malam tu...handphone aku menerima beratus sms...mengucapkan tahniah kerana berjaya membuat liputan yang cepat dan tepat. Mungkin ada satu dua yang aku jawab..yang lainnya..aku cuma tersenyum. Kerja aku selesai.

Terima kasih lagi sekali kepada semua petugas yang buat kerja sepenuh kerelaan. Terima kasih kepada stringers kami yang berkeliaran...terutamanya geng-geng Ahli Parlimen Pokok Mempelam.

Esok aku nak buat pembedahan terhadap PKR pulak.



Jumaat, 10 April 2009

ADAKAH KEDAH AKAN DI LANGGAQ TODAK..

Assalamualaikum,

Aku nak boh bom kat Kerajaan Negeri Kedah...  Start dari 8/3/08 dahulu sewaktu meraikan kemenangan... kini dah 10/04/2009... ianya dah berusia 13bulan... TAHNIAH kerana dapat bertahan sepanjang masa tersebut... Bukan apa sepanjang masa tersebut pejam celik pejam celik satu negeri telah kena rampas dek lawan.... punca lena rasanya....

OK nie bab negeri KEDAH SEJAHTERA pulak... 13 bulan... bak kata MB anak baru beranak berusia 3 bulan tak reti nak buat apa lagi.... jadi besa laa pelan2 kayuh....

alhamdulillah dalam pelan-pelan kayuh tu nampaknya gerak kerja berjalan dengan lancarnya... seperti mana kata MB dalam2 ceramah di B.Selambau tempohari... Kedah berjaya meneruskan projek Hidro Karbon Yan yang di bagi nama SULIHH... ini kira ertikata projek ZIPY Det Lit dulu laa.. cuma Kerajaan yang dok ada lanie make-up bagi segak sikit dengan tak ambik tanah rakyat tak penaya kampung kena pindah... Kira alhamdulillah laa... jika tak naya orang kampung tuu...

Seterusnya penurunan cukai yang di naikkan oleh kerajaan KEDAH GEMILANG dahulu yang sampai tahap cipan iaitu 300%... jadi sekali lagi bersyukur kepada Kerajaan KEDAH SEJAHTERA... 

lagi bab kouta tanah... 50/50, ini kira baguih jugak menyelamatkan tanah@rumah berpindah tangan kepada golongan lain... TAHNIAH sekali lagi...

masuk bab GLC Kedah... baguih MB ambik tindakan jaga raga-raga jangan bagi tiris dah... bila tak tiris maka duit dapat balik dan dengan penyususnan selama 13bulan nie alhamdulillah juga banyak ringgit dapat diselamatkan...

OKlahh pada pandangan aku ini 3 benda besaq yang selalu MB ceramahkan dalam sessi ceramah beliau... yang lain entahlaa... dan yg terkini dari projek Hidro Karbon tu Kedah akan dapat royalty lebih kurang 200juta setahun namun semua tu selepas 2013 nanti.. dan royalty untuk diedarkan pada rakyat dan yg utama utk IBU TUNGGAL... tapi ini kira lama lagi laa 4tahun lagi...

sekarang nie apa yang aku nak beritahu ialah tindakan jangka pendek untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT yang mana KESEMUA RAKYAT dapat merasanya... tapi apa yang hendak di beri.. adakah ayaq 10L Percuma, BIL API percuma, CUKAI Pintu Percuma.. entahlaaa ORANG ATAS KENA pikaiq laa...

BUKAN apa sepanjang 13bln nie rakyat bawah masih bertanya-tanya apa pimpinan Kerajaan Kedah buat... takkan sekadar mai jumpa rakyat waktu ceramah jaa... waktu ceramah nie orang PAS dan PKR ja yg banyaknya... RAKYAT lain macamana... kita selalu kata yg semua rakyat adalah hak milik kerajaan negeri tak kira PAS,UMNO.. 

Jadi contoh program yg baiknya adalah seperti PERASMIAN SEKOLAH TAMIL kat BUKIT SELAMBAU tempohari dan Urusan pemberian Geran Tanah jugak kat Bukit Selambau... so far ada xtvt Kerajaan Negeri tetapi megapa di lakukan waktu pilihanraya kecil... nie kira sama perangai macam UMNO buat Mee Segera... tapi kita kutuk BN/UMNO..last kita 2x5 jaa... selama 13 bulan apa yg di buatnya oleh MKK yang dilantik takkan depa nie dok nganga jaa... apa Arumugam buat sampai benda nie macam tak ada apa jaa....

Kenapa benda nie tak di panjangkan di kawasan lain... rakyat kawasan lain pon sedang ter nanti2 apa akan di lakukan oleh pimpinan Kerajaan Kedah lanie... harus di ingat.. kemenangan KEDAH nie bukannya diperolehi hasil sokongan 100% rakyat kedah suka pakatan rakyat tetapi datang dari ahli2 UMNO yang kecewa dan tak mustahil lepas ini golongan ini akan berpaling arah... sebab apa berpaling arah... CUBA TENGOK SOKONGAN ORANG MELAYU DALAM P/RAYA B.SELAMBAU dan B.GANTANG... ada akai pikiaq...

SEANDAINYA golongan ini berpaling arah dah juga penyokong kita juga belot sebab kecewa dengan corak pemerintahan... lalu keptusan sudah dapat diduga...tak mustahil tsunami 04 akan melanda semula....

ini semua bukan apa..BAPAK TODAK dah BERSATU dengan BAPAK JERUNG.. dan tunggu masa ja nak LANGGAQ KEDAH nie.. BAPAK MEMANDA TUN bila bersama PM NAJIB.. takan mereka nak tengok saja KEDAH nie.. sedangkan PERAK pon depa mengucar kacirkannya.. tak mustahil akan berlaku di KEDAH.

JADI PERINGATAN kepada pimpinan KERAJAAN NEGERI serta YB-YB yg berkhidmat di KEDAH... BERSEDIALAH dan keluarlah dari ZON SELESA... banyak rakyat di bawah nie sedang menunggu tindakan anda selanjutnya.. janganlah anda jadi seperti KERAJAAN PAS di T'ganu dahulu...tak pon KERAJAAN PERAK baru-baru ini... semuanya berada do ZON SELESA dan last sekali ranap dek pukulan GELOMBANG BIRU dan LOMPAT si KATAK LOMPAK... habis punggah baru ada akai...

AYUH kepada semua marilah kita bersedia dengan apa sekali pon KEDAH SEKAHTERA ini kita pertahankan dan satu lagi kepada YB-YB yang ada blog tu update lah dengan sebaik-baiknya kerana medium blog ini merupakan medium yg terhampir dengan rakyat... tak tahu update tanya macamana nak buat jangan jadi manusia BUTA IT.. buat malu rakyat jaa... modal nak update blog nie cubalah tanya YB Pendang dan YB TG. DAWAI so far blog mereka antara blog yang sentiasa di UPDATE... ingat KUASA BLOGGER semasa di B.Selambau dan B.Gantang... JADI bertindaklah segera....

JANGAN BIAQ TODAK LANGGAQ KITA... ingat dua hulubalang UMNO itu bukannya akan duduk saja membiarkan kerajaan KEDAH SEJAHTERA ini menyusun atur memerintah... Sudah semestinya mereka akan berusaha terus berusaha nak tawan semula negeri milik mereka...

jadi Bersedialah....

p/s: selepas nie aku nak tembak wartakedah plak... he he he

KATON PILIHAN AKU..

Khamis, 2 April 2009

demokrasi kepala bapak apa macam nie...

UTUSAN MALAYSIA - 2/4/2009 - Cerita Politik
TAIPING 1 April - Pakatan pembangkang tidak pernah membuat sebarang pembangunan di Bukit Gantang semasa mereka memerintah negeri ini selama 11 bulan. 

TAIPING 1 April – Pergerakan Puteri UMNO menubuhkan skuad penerangan danbiro bantuan guaman bagi menjelaskan status kerajaan negeri Perak sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

TAIPING 1 April - Barisan Nasional (BN) tidak akan terikut-ikut rentak pembangkang yang kerap menabur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

TAIPING 1 April - Para penduduk dinasihatkan memilih calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang kerana beliau merupakan anak tempatan yang memahami masalah rakyat.

SUNGAI PETANI 1 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan tetap cergas menghadapi kempen pilihan raya itu walaupun tidak cukup tidur sejak penamaan calon pada Ahad lalu.

SUNGAI PETANI 1 April - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yakin pengundi kaum Cina akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun hari mengundi pada 7 April ini jatuh pada hari bekerja.

TAIPING 1 April - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Ismail Saffian berkata, beliau akan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat sebaik mungkin sekiranya diberi kepercayaan oleh para pengundi di kawasan tersebut.

LUMUT 1 April - Penduduk di sekitar daerah Manjung dekat sini yakin Bukit Gantang akan berubah wajah dalam tempoh terdekat sekiranya Ismail Saffian diberi peluang menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

TAIPING 1 April - Polis menafikan dakwaan bersikap berat sebelah apabila meluluskan lebih banyak permit ceramah kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang berbanding pembangkang. 

BUKIT GANTANG 1 April - Sebanyak 160 penduduk di sekitar Sungai Tinggi, dekat Trong di sini menerima bantuan cermin mata menerusi program kemasyarakatan anjuran bersama Puteri UMNO, Yayasan Rahah dan Klinik Tun Razak.

INI berita yang aku kutip kat UTUSAN MALAYSIA... Surat Habaq nie HARAKAH UMNO kaa Surat Habaq Untuk semua Rakyat Malaysia... kalau Surat Habaq PARTI Tak Kesah la hangpa nak tulis apa pon... mampuih pie la nak cerita macamana TETAPI Surat Habaq UTUSAN nie bukannya surat habaq POLITIK jadi kenapa boh cerita pasai BN/UMNO jaaa.... TAK ADIL la macam nie... HARAKAH & SUARA KEADILAN hangpa sekat TAPI UTUSAN hangpa biaq camtu jaa... demokrasi kepala bapak apa macam nie....

KEMBALIKAN HARAKAH dan SUARA KEADILAN

bebaskan harakah gantung 233 010409
 


PILIHANRAYA KECIL : PEMERINTAH MALAYSIA BACUL...

Negara Malaysia dah jadi negara koboi... para pemerintah boleh buat ikut suka mereka semata-mata demi menjaga survival politik gila babi mereka... Jika pemerintahan koboi ini dikekalkan tidak mustahil seluruh pemerintahan negera akan diseliputi oleh golongan-golongan korup dan pencacai serta penjilat sahaja... Semuanya bekerja demi perut dan matlamat untuk diri sendiri sahaja...

cuba lihat akan arahan yang dikeluarkan untuk menindas dan menyusahkan pihak lawan... memandangkan mereka pemerintah bermacam arahan di reka dan di cipta demi memanjangkan sedikit jangka hayat nyawa pemerintahan mereka...

apa masalahnya dengan semua ini... JIKA salah saman sahaja...seperti isu ALTANTUJIB... kena takut ianya disebut... JIKA pembangkang selama ini memfitnah dan berbohong jadi saman sahaja pihak2 tersebut... jangan di senyapkan..ini PENAKUT namanya...

berkenaan media surat habaq pulak HARAKAH dgn SUARA KEADILAN pon PEMERINTAH takut... Sedangkan TV & Surat Khabar spt TV3, RTM, UTUSAN, Berita Harian.. macam-macam berita yg sealiran dengan mereka di siarkan... adil apanya macam nie... nie ibarat pemerintahan SATU HALA... maklumat pembangkang di sekat....

ini boleh diibaratkan dalam ertikata pemerintahan KUKUBESI... apa PEMERINTAH buat dan kata rakyat ikut dan patuh sahaja.... inilah PEMERINTAH PONDAN namanya...

Oleh itu inginlah diseru kepada rakyat semoga membuka mata dan hati untuk menyahkan pemerintahan secara KUKUBESI ini... janganlah kita memberi muka kepada corak pemerintahan seperti ini... marilah kita jadikan negara kita sebagai Negara DEMOKRASI yang Tulin.. bukannya yang cacamerba seperti sekarang ini...

ayuhhh BUKTIKAN YANG ANDA MAMPU MENGAJAR PEMERINTAHAN YG GILA INI....LAKUKAN PILIHAN YANG BIJAK..........

http://anakkedah007.blogspot.com

Relax Sat : Kita Tengok Orang Yang Bakaq Jambatan...

Hangpa Kenai RASAnya sapa puak-puak nie...!!!

Rabu, 1 April 2009

BUKIT SELAMBAU : Nilai Penyokong UMNO Cuma RM10

dari SB (Sumber Berita) melaporkan bahawa UPAH YG DIBAGI KEPADA yang HADIR SEWAKTU penamaan calon tempohari cuma RM10 seorang..... 

Nie kira kerja naya nie.. bukan apa dari sumber yang melaporkan bahawa duit dah turun tapi MAMAT YG JAGA DUIT tu bedak sekepala RM10 

sedangkan duit yg turun kat dalam akaun dia lebih kurang rm70k.....banyak tuuuu.....

allo brother takkan makan sorang kot...????

PENDEDAHAN : JABATAN PENDIDIKAN dah panggil PENGETUA Kawasan N25 Bukit Selambau

Assalamualaikum,

Nie info aku dapat mengatakan JABATAN PENDIDIKAN telah memanggil PENGETUA-PENGETUA Sekolah yg berada di persekitaran kawasan DUN Bkt Selambau... Untuk menyampaikan amanat kepada CIKGU-CIKGU sekolah mereka yg terlibat dengan pembuangan undi nanti....

ANDA SEMUA NAK TAU DIA BAGI AMANAT PAA....mai aku nak habaq...
"Dengaq Sini semua... Kita nie bekerja dengan KERAJAAN jadi KITA KENA PANGKAH KERAJAAN Laaa nooo...."
mai pulak aku nak jawab....
"Yaaa betoi memang kita KERJA BAWAH KERAJAAN NEGERI.... jadi KAMI PANGKAH laa parti KERJAAN NEGERI....he he he"
BN..BN.. sampai terra nie hangpa kalutnya....