Assalamualaikum,
Aku nak boh bom kat Kerajaan Negeri Kedah... Start dari 8/3/08 dahulu sewaktu meraikan kemenangan... kini dah 10/04/2009... ianya dah berusia 13bulan... TAHNIAH kerana dapat bertahan sepanjang masa tersebut... Bukan apa sepanjang masa tersebut pejam celik pejam celik satu negeri telah kena rampas dek lawan.... punca lena rasanya....
OK nie bab negeri KEDAH SEJAHTERA pulak... 13 bulan... bak kata MB anak baru beranak berusia 3 bulan tak reti nak buat apa lagi.... jadi besa laa pelan2 kayuh....
alhamdulillah dalam pelan-pelan kayuh tu nampaknya gerak kerja berjalan dengan lancarnya... seperti mana kata MB dalam2 ceramah di B.Selambau tempohari... Kedah berjaya meneruskan projek Hidro Karbon Yan yang di bagi nama SULIHH... ini kira ertikata projek ZIPY Det Lit dulu laa.. cuma Kerajaan yang dok ada lanie make-up bagi segak sikit dengan tak ambik tanah rakyat tak penaya kampung kena pindah... Kira alhamdulillah laa... jika tak naya orang kampung tuu...
Seterusnya penurunan cukai yang di naikkan oleh kerajaan KEDAH GEMILANG dahulu yang sampai tahap cipan iaitu 300%... jadi sekali lagi bersyukur kepada Kerajaan KEDAH SEJAHTERA...
lagi bab kouta tanah... 50/50, ini kira baguih jugak menyelamatkan tanah@rumah berpindah tangan kepada golongan lain... TAHNIAH sekali lagi...
masuk bab GLC Kedah... baguih MB ambik tindakan jaga raga-raga jangan bagi tiris dah... bila tak tiris maka duit dapat balik dan dengan penyususnan selama 13bulan nie alhamdulillah juga banyak ringgit dapat diselamatkan...
OKlahh pada pandangan aku ini 3 benda besaq yang selalu MB ceramahkan dalam sessi ceramah beliau... yang lain entahlaa... dan yg terkini dari projek Hidro Karbon tu Kedah akan dapat royalty lebih kurang 200juta setahun namun semua tu selepas 2013 nanti.. dan royalty untuk diedarkan pada rakyat dan yg utama utk IBU TUNGGAL... tapi ini kira lama lagi laa 4tahun lagi...
sekarang nie apa yang aku nak beritahu ialah tindakan jangka pendek untuk KESEJAHTERAAN RAKYAT yang mana KESEMUA RAKYAT dapat merasanya... tapi apa yang hendak di beri.. adakah ayaq 10L Percuma, BIL API percuma, CUKAI Pintu Percuma.. entahlaaa ORANG ATAS KENA pikaiq laa...
BUKAN apa sepanjang 13bln nie rakyat bawah masih bertanya-tanya apa pimpinan Kerajaan Kedah buat... takkan sekadar mai jumpa rakyat waktu ceramah jaa... waktu ceramah nie orang PAS dan PKR ja yg banyaknya... RAKYAT lain macamana... kita selalu kata yg semua rakyat adalah hak milik kerajaan negeri tak kira PAS,UMNO..
Jadi contoh program yg baiknya adalah seperti PERASMIAN SEKOLAH TAMIL kat BUKIT SELAMBAU tempohari dan Urusan pemberian Geran Tanah jugak kat Bukit Selambau... so far ada xtvt Kerajaan Negeri tetapi megapa di lakukan waktu pilihanraya kecil... nie kira sama perangai macam UMNO buat Mee Segera... tapi kita kutuk BN/UMNO..last kita 2x5 jaa... selama 13 bulan apa yg di buatnya oleh MKK yang dilantik takkan depa nie dok nganga jaa... apa Arumugam buat sampai benda nie macam tak ada apa jaa....
Kenapa benda nie tak di panjangkan di kawasan lain... rakyat kawasan lain pon sedang ter nanti2 apa akan di lakukan oleh pimpinan Kerajaan Kedah lanie... harus di ingat.. kemenangan KEDAH nie bukannya diperolehi hasil sokongan 100% rakyat kedah suka pakatan rakyat tetapi datang dari ahli2 UMNO yang kecewa dan tak mustahil lepas ini golongan ini akan berpaling arah... sebab apa berpaling arah... CUBA TENGOK SOKONGAN ORANG MELAYU DALAM P/RAYA B.SELAMBAU dan B.GANTANG... ada akai pikiaq...
SEANDAINYA golongan ini berpaling arah dah juga penyokong kita juga belot sebab kecewa dengan corak pemerintahan... lalu keptusan sudah dapat diduga...tak mustahil tsunami 04 akan melanda semula....
ini semua bukan apa..BAPAK TODAK dah BERSATU dengan BAPAK JERUNG.. dan tunggu masa ja nak LANGGAQ KEDAH nie.. BAPAK MEMANDA TUN bila bersama PM NAJIB.. takan mereka nak tengok saja KEDAH nie.. sedangkan PERAK pon depa mengucar kacirkannya.. tak mustahil akan berlaku di KEDAH.
JADI PERINGATAN kepada pimpinan KERAJAAN NEGERI serta YB-YB yg berkhidmat di KEDAH... BERSEDIALAH dan keluarlah dari ZON SELESA... banyak rakyat di bawah nie sedang menunggu tindakan anda selanjutnya.. janganlah anda jadi seperti KERAJAAN PAS di T'ganu dahulu...tak pon KERAJAAN PERAK baru-baru ini... semuanya berada do ZON SELESA dan last sekali ranap dek pukulan GELOMBANG BIRU dan LOMPAT si KATAK LOMPAK... habis punggah baru ada akai...
AYUH kepada semua marilah kita bersedia dengan apa sekali pon KEDAH SEKAHTERA ini kita pertahankan dan satu lagi kepada YB-YB yang ada blog tu update lah dengan sebaik-baiknya kerana medium blog ini merupakan medium yg terhampir dengan rakyat... tak tahu update tanya macamana nak buat jangan jadi manusia BUTA IT.. buat malu rakyat jaa... modal nak update blog nie cubalah tanya YB Pendang dan YB TG. DAWAI so far blog mereka antara blog yang sentiasa di UPDATE... ingat KUASA BLOGGER semasa di B.Selambau dan B.Gantang... JADI bertindaklah segera....
JANGAN BIAQ TODAK LANGGAQ KITA... ingat dua hulubalang UMNO itu bukannya akan duduk saja membiarkan kerajaan KEDAH SEJAHTERA ini menyusun atur memerintah... Sudah semestinya mereka akan berusaha terus berusaha nak tawan semula negeri milik mereka...
jadi Bersedialah....
p/s: selepas nie aku nak tembak wartakedah plak... he he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan