Sabtu, 27 Mac 2010

Aku cadangkan Ust Badrul Amin calon Hulu Selangor




Ini calon pilihan aku untuk Hulu Selangor.. Insya'allah Boleh Menang...

Alasan aku ialah mudah saja...
  1. Dah kawasan ini PKR punya jadi baik angkat seorang USTAZ sebab dengan title yg beliau pegang itu memudahkan gerak kerja kita.
  2. Kalau ambik tokoh koperat susah sikit nanti terpaksa bersaing dengan manipulasi lawan..cth Zahid Ibrahim.. beliau ada sejarah dengan PAS iaitu beliau telah saman HUDUD Kelantan.. walaupon beliau ada hujah tapi susah nak kaunter attack balik pihak lawan yg menggunakan banyak mekanisma untuk buat tohmahan.
  3. Nak lawan UMNO nie kena ambik org yg bersih dan dipercayai... lanie nak bagi orang percaya ambik saja USTAZ sbb cina dan india sekrg lagi percaya USTAZ dari percaya orang yang pakai kot nie....
  4. Nak kempen pon mudah.. cerita saja bab HALAL HARAM DOSA PAHALA...  tak yah dok cakap banyak habih cerita...
  5. UMNO ambik la sapa pon... tapi bila berhadapan dengan seorang yg bernama USTAZ tentu orang akan pandang USTAZ sebab dengan ketokohan yg USTAZ bawa bisa diterima oleh semua kaum...
Oklah apa-apa pon terpulanglah kepada pimpinan semua.. tapi pada aku inilah pilihannya...........

Jumaat, 26 Mac 2010

HULU SELANGOR : UMNO & MIC dah start nak rebut kerusi..

oleh AnakKedah007

dah start bertekak dah nak letak sapa... UMNO kata depa mampu menang tapi cepat2 MIC umum calon depa....gaduh cepat sikit...biaq sapa pon tak menang last PAKATAN RAKYAT yang menang....

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu S'gor
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari. SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya. Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC. Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.

MIC Akan Calonkan Palanivel Sebagai Calon Hulu Selangor
KUALA LUMPUR: MIC akan mencalonkan Timbalan Presidennya, Datuk G. Palanivel sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung tidak lama lagi, kata Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Palanivel yang juga bekas Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat merupakan bekas ahli Parlimen Hulu Selangor daripada tahun 1990 sehinggalah beliau tewas pada pilihan raya ke-12, 8 Mac 2008. Bagaimanapun, samy Vellu berkata parti itu akan hanya akan mencadangkan nama tersebut dan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN untuk membuat keputusan. "Datuk Palanivel mempunyai peluang baik untuk menang kerana beliau telah berkhidmat dengan baik di situ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu, 13 Mac 2010

Pesanan Kepada Bekas EXCO Kedah - Jangan Dok Ungkit JASA Lu Pada PARTI Tapi Lu Kena Ingat JASA RAKYAT

oleh AnakKedah007


[2010-03-13_121359.jpg]

Assalamualaikum dan salam 1malaysia...

Wa nak cakap satu kat bekas EXCO Kedah nie... lu tak payah la dok makan hati sangat bro... adat la sekejap ada jawatan sekejap tak ada jawatan... ada masalah selesaikanlah secara adik beradik jangan laa dok main bahasa kiasan-kiasan nie... wa sebagai lakyat boring dengar laaa benda-benda macam nie...

Wa bukan ada niat walau sekelumit nak bergaduh dengan luu... target wa sekarang BN bukan lu bro... TAPI kalau lu dok buat ayat macam putus tunang nie baik la lu pikir balik lu naik pasal siapa...? kalau kami kat bawah tak pangkah lu tok sah dok mimpi lu nak jadi wakil rakyat dan tok sah dok mimpi lu nak naik jadi EXCO....

Wa mau pesan sama luuu tak payah main ayat-ayat bunga nie... pastu dok ungkit JASA luu sama dalam perjuangan.... Lu kena ingat rakyat di bawah nie... apa jasa mereka untuk memenangkan luuu masa pilihanraya tempohari....

PEMUDA-PEMUDA yg bertungkus lumus memasang poster panjat pokok turun pokok... kena baling dek gerak gempur UMNO tak ada sapa yg dok ungkit jasa pon... pak Cik makcik yg kesana kemari kempen untuk lu menang tak bising pon.... apa yg mereka mahu Lu dan Pakatan Rakyat terus gagah memacu kejayaan negeri Kedah...

OK mulai sekarang lu buat kerja dengan baik... ingat pulak JASA RAKYAT YG MEMENANGKAN Luuu 2008 tempohari... ingat tu bro....

Antara 2 Wajah.. Anda Justifikasikan...

TQ Sahabat wa angkat dari blog luu...

Cuba bezakan wajah siapa yang nampak lebih ikhlas???



Dengan menggunakan kepakaran yang ada pada anda,
cuba anda nyatakan wajah mana 1 yang lebih ikhlas ..

Selasa, 9 Mac 2010

Amanah tengkorak hangpa... sapa suruh tak bayaq hutang...

Amanah tengkorak hangpa... sapa suruh tak bayaq hutang... lanie tanggung sendiri laa... kalau hangpa rasa juara rakyat sangat pie tolong bayaq laa hutang puak-puak yg berhutang tuuu....

Mai sini aku nak ulang habaq kat UMNO BEBAL nie.... kepada mana-mana penghuni yang betoi2 susah dan dah tak mampu bayaq hutang sewa rumah nie hangpa semua di persilakan ke WISMA NEGERI jumpa MB disana... dia akan pastikan hangpa akan dapat bantuan sewajarnya...

Nak kesah apa kita ada banyak intitusi nak huluq bantuan seperti JKM, Pej. Zakat, NGO, YKN serta sebagainya.... masa nie lah kita akan pastikan mana-mana golongan yg berhak akan dapat bantuan bukannya kepada golongan yg kaya raya, kereta besaq dua tiaga biji, jadi ketua cawangan, ASTRO mencacak atas bumbung, handphone dari mak sampai ke anak tapi sewa rumah tak mau bayaq...apa kejadahnya macam ini....

Sedap aihh hangpa kata bersabaq sebelum.. itu bukan bersabaq itu hangpa tak reti memerintah namanya.. dok biaq 23 ribu rakyat yg dok tunggu list nak dapat rumah awam teraniaya... teraniaya mcmana...hangpa tau dak nie...?? Naya la sebab rumah nie untuk orang miskin dan mampu milik... depa yg dok tunggu nie tak dapat disebabkan hangpa punya sabaq dok biaqkan puak2 yang hutang nie dok dalam rumah tu macam harta mak bapak depa punya...

cuba laa pie sewa rumah tu kat taman mana-mana dah tentu tuan rumah tu halau keluaq buta kareee macam tuuu jaa... KASSIM SELAMAT YG BUTA TU PON TUAN RUMAH HALAU.. niekan pulak yg kaya raya.....

Lanie sapa yg nak jelaskan HUTANG tersebut pie MINTAK KAT UMNO sebab depa JUARA RAKYAT...pie mintak lekas....!!!

SUNGAI PETANI - Tindakan Kerajaan Negeri yang dikatakan menghalau atau memaksa penduduk perumahan awam di Alor Setar untuk keluar dari rumah yang sudah lama diduduki mereka akibat tidak membayar sewa dianggap sebagai tindakan lari dari amanah.

Ia tidak sepatutnya tidak berlaku demi membela nasib rakyat.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri Kedah tidak sepatutnya menghalau atau menyuruh mereka berpindah ke tempat lain memandangkan majoriti penduduk di situ adalah terdiri daripada golongan kurang berkemampuan yang perlu dibela nasib mereka.

Menurutnya, kepimpinan Kedah yang dipacu Barisan Nasional (BN) terdahulu lebih mengambil berat mengenai masalah penduduk yang terdiri daripada golongan miskin yang tidak mampu untuk membayar duit pinjaman perumahan terbabit.

"Sebelum ini BN boleh bersabar dengan perkara ini dan bertolak ansur mengenai pembayaran sewa rumah yang diberikan penduduk ini. Namun, mengapa Kerajaan Kedah (Pas) tidak dapat berbuat demikian sedangkan mereka (Pas) sering melaungkan untuk memperjuangkan nasib rakyat?

Anak Sabu Mulut Hebiaq...

Awat anak Sabu seorang nie mulut hebiaq sangat...cakap main sedap mulut jaa... hang tau mana benda belum berlaku.. ayat hang nie sama macam ayat umno dok layoq dulu kala laaa...kalau bagi pembangkang perintah negeri 3 bulan bangrap.... lanie apa jadi dengan negeri KEDAH.. dah 2 tahun dah nak habaq kat hang....

lanie hang pegang la kerusi MB tu puas2 sebelum abang Dan ambik balik..jika republik kemana demokrat ke mana....



Negara bakal bergelar republik jika diperintah pembangkang: MB

KANGAR - Malaysia akan menjadi sebuah negara republik seperti berlaku di Iran, Iraq dan Afghanistan jika kumpulan parti pembangkang, termasuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi kuasa untuk memerintah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, kumpulan parti pembangkang sudah pasti akan cuba mengubah pegangan digariskan dalam Perlembagaan Negara, termasuk mengetepikan hak dan kuasa Raja-Raja Melayu jika mempunyai kuasa memerintah.

Katanya, secara tidak langsung kuasa dominan orang Melayu seperti termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan yang menetapkan Hak Keistimewaan Melayu akan terhakis dan diketepikan.

"Ini adalah perancangan teliti parti pembangkang untuk mengetepikan kuasa Raja-Raja Melayu dan Hak Orang Melayu dalam usaha mereka mengambil kuasa untuk memerintah.............................

Isnin, 8 Mac 2010

Udah Laa Cakap Banyak Sangat.. Isi Borang Masuk UMNO jaa...

Alahai pak mufti takkan ko just diturunkan untuk melayu islam sahaja.. macamana dengan CINA ISLAM, INDIA ISLAM, BAJAU ISLAM, PENAN ISLAM, BIDAYUH ISLAM.....

Udah laa tuu isi borang masuk UMNO jee habih cerita............

Mufti penyatu masyarakat Melayu Islam – Harussani

08/03/2010 2:40pm

PUTRAJAYA 8 Mac – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam. – Utusan

Sabtu, 6 Mac 2010

HUTANG : Nak Suruh Mad Bashah Tolong bayaq @ Hangpa Jawab Sendiri Dalam Kuboq nanti..

Oleh AnakKedah

Insya'allah Pak Mad Bashah jangan susah hati kerajaan negeri dengaq aihh rintihan depa tuu... kerajaan tak zalim aihhh....lanie kepada sesiapa yg ada masalah betul tak mampu nak bayaq hutang sila pie mengadap kerajaan negeri dan bincang elok dan cerita pasaipaa tak boleh bayaq... pie jumpa face to face bukan dengan cara melalak macam berok-berok di tepi pagaq tuu [ yg nie bukan aku kata hangpa tanya ketua pemuda hangpa]....

Pie jumpa dan cerita akan masalah yg dihadapi menyebabkan kenapakah sewa bulanan RM100 tu tak mampu nak bayaq...seandainya betul2 miskin dan memang tak mampu insya'allah kita ada banyak intutusi bantuan seperti jabatan kebajikan masyarakat... pejabat zakat... NGO-NGO.. parti Politik... tentu depa nie akan membantu punya.... tak ada yg akan tertindas dan akan dizalimi.... target utama sekarang ialah mangkok-mangkok hayun tak mahu bayaq hutang sewa rumah tu dan rumah tu dah jadi macam harta peribadi dah... sudah masukkan ASTRO... buat sewa kat student INSANIAH.... ada kereta 2,3 bijik.... duduk sampai anak cucu dan anak sudah berjaya tapi nak bayaq liat.... orang macam nie yg kita nak benterasnya... tak payah hidup ja puak2 nie atas muka bumi... sebab mereka telah menganiaya golongan lain yg memerlukan rumah awam ini....

jadi hang tok sah dok susuh hati pak MAd oii.. tapi kalau hang nak bayaq hutang puak-puak nie dipersilakan laa....insya'allah kerajaan negeri terima aihh....
'Dengarlah rintihan penghuni miskin'

ALOR SETAR 5 Mac - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendesak kerajaan negeri mendengar rintihan penghuni perumahan rakyat berhubung langkah menyerahkan hutang tertunggak mereka kepada pihak bank.

Menurutnya, dalam menghadapi masalah hutang itu, kerajaan negeri tidak boleh cuci tangan melepaskan tanggungjawab kepada bank kerana aspek tanggungjawab sosial kepada rakyat harus diutamakan.

"Walaupun kerajaan negeri telah menyatakan mereka sedang berbincang dengan bank soal hutang tertunggak itu, saya masih menaruh harapan agar ada pertimbangan semula cadangan berkenaan bagi memastikan rakyat tidak ditindas," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak yang mahu memindahkan bebanan hutang perumahan awam di seluruh negeri Kedah yang berjumlah RM27 juta kepada pihak bank.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan penduduk di Taman Wira yang mengadakan bantahan serta mendesak kerajaan negeri menimbang semula cadangan berkenaan.

* betoi ka tentangan... yg dok pie serbu bayaq lanie tuuu boleh la pulak....

Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bakar Bata berkata, tidak adil sekiranya kerajaan negeri menuduh para penghuni sengaja tidak mahu membayar hutang.

* tak adil pasai pa pulak dah nama hutang..tetap hutang laa.. takkan nak di panggil sedekah kot...

Katanya, terdapat di kalangan para penghuni berkenaan yang berpendapatan rendah dan adakalanya pendapatan mereka terpaksa digunakan untuk keperluan lain dahulu seperti untuk persekolahan anak dan musim perayaan.

* tak pa kalau golongan ini dipersilakan berjumpa dengan yang berkenaan spt JKM, pej Zakat... ada bantuan untuk mereka....insya'allah

"Perumahan itu dinamakan perumahan kos rendah kerana ia adalah untuk golongan miskin.

* memang la untuk orang miskin itu pasal sewa bulanan RM100 ja dok kat aloq setaq lagi tuuu... kalau lanie tok sah mimpi nak dok aloq setaq sewa Rm100...satu lagi rumah kat situ dah tak jadi kos rendah dah harap nama jaaa... tapi dah banyak di renovate tambah tepi tambah kanan tambah depan...habis dah kena ajust dah...ini masalahnya..lepas tu siap tambah ASTRO lagi sapa tak tension... tok sah dok jaja kata miskin laa... kalau miskin dia tau beza nak tabiq duit pie tangmana... nak buat bayaq bil ASTRO yg lenyap camtu tiap2 bulan atau nak buat bayaq sewa rumah yg akhirnya rumah tu boleh kat dia....yg nie pon tak reti nak beza..

"Semasa saya menjadi Exco Perumahan dahulu kerap kali saya membuka pintu perundingan dengan mereka yang mengalami masalah pembayaran dan memberi sedikit kelonggaran kerana kerajaan pada masa itu memahami masalah mereka," katanya.

* patut la pon depa lemak sangat..hang dok bagi tekanan kat pegawai kerajaan nak pie kutip sewa bulanan kat depa tuu...dan hang pahami masalah kot mana... depa tu dok pijak kepala jaa sebenaqnya depa saja tak mau bayaq...sedangkan duit belambak... kalau tak belambak macamana boleh pakai kereta dan pasang ASTRO...

Katanya, mereka yang tidak membayar sehingga bertahun tidak ramai dan kebanyakan kes yang berlaku adalah tertunggak beberapa bulan dalam masa setahun dan apabila kerap kali tertunggak menjadikan hutang mereka semakin meningkat.

* Apa hang cakap nie mad bashah... belit semacam jaa... dah tak ramai dok susah hati buat apa...biaq pie la bagi kat sapa pon nak kutip hutang...kat bank ka kat along kaa.. sebab depa nie jenis bayaq hutang... tapi masalahnya yg tak ramai tu la tak bayaq sampai tunggakan 23juta tuu...23juta cek oii... boleh buat berapa puloh biji lagi rumah kat golongan yg dok tunggu nuuu...

"Bila sudah terlalu banyak tertunggak mereka sendiri akan menghadapi jalan buntu bagaimana hendak menyelesaikannya.

''Sebagai kerajaan yang prihatin carilah jalan bagaimana hendak membantu mereka menyelesaikan masalah hutang itu," katanya.

* memang prihatin pon... nie kira nak selesaikan hutang piutang depa laa..hutang pak mat oi sampai dalam kuboq pon dia tanya punya... cth dia tanya:

- wahai si polan bin si polan... kamu duduk di perumahan awam mergong kaa?

- Jawab si polan - Ya

- Kenapakah kamu tak bayaq hutang sewa rumah kamu..?

- Jawab si Polan - Saya tak ada duit...

- tak ada betoi kaa??.. Sedangkan dirumah kamu ada ASTRO, Kereta 2,3 Biji, handphone dari kamu sampai ke anak-anak...

- Jawab si Polan - Itu semua keperluan saya... nak tengok TV, Nak naik kereta....bla bla bla...

- Betul ka keperluan kamu...mana lagi perlu RUMAH atau ASTRO...  bil ASTRO RM79.00 yg superspot... Bil handphone lagi.. Bil kereta lagi...ini kamu mampu bayaq pasal apa RUMAH tak mampu... tak ada ASTRO tak boleh kaa...??

Jawab laaa hangpa di dalam kuboq nanti...dah rasa terra sangat atas muka bumi nie....

Jumaat, 5 Mac 2010

Di Tuju KHAS Kepada Pengkhianat

KEPADA SEMUA KATAK YANG LOMPAT HANGPA MEMANG PELAQ ANAK HARAM BEJADAH.. HANGPA HARUS INGAT DULU KAMI SOKONG HANGPA KAMI PANGKAH HANGPA KAMI MEMENANGKAN HANGPA BUKAN KERANA BATANG TUBUH HANGPA TETAPI KAMI MELUAT DENGAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN KAMI TERIMA PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT.

JADI JIKA ANDA SUDAH TIDAK TERIMA AKAN AMANAH YANG KAMI BERIKAN SILALAH BERHENTI SEGERA KERANA KAMI TIDAK RELA ANDA MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT ATAS BUKAN KEHENDAK DAN KERELAAN KAMI.

DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRAHHMANIRRAHIM DENGAN INI AKU HARAMKAN WALAU SEKUPANG DUIT YANG ANDA MAKAN ATAS TITIK PELUH KAMI SEWAKTU MEMENANGKAN ANDA DAHULU... INGAT INI KAMI HARAMKAN DARI ANDA SEHINGGA KEANAK CUCU ANDA SELAMA MANA KETURUNAN ANDA HIDUP ATAS MUKA BUMI INI....

Rabu, 3 Mac 2010

Masalahnya Bukan pendidikan Sek tapi puncanya Didikan Agama...

Oleh AnakKedah007


nie kalau anak murid tanya nie menatang apa???
Apa laa cikgu tu nak jawab nanti....

halu lesong... batang aiskrim...penumbuk cabai...
..
Aduhhhhhhhhhhhhhhh aku dah naik pening mikir pimpinan2 kita buat keputusan... apa yg dikalutnya dengan pendidikan Seks nie... benda2 seks nie takyah ajaqnya nie benda naluri...benda nikmat Allah swt kurniakan kepada pasangan yg berkahwin.... Masalah utama skrg nie budak2 yg buat seks gila nie depa tak paham apa itu dosa apa itu pahala apa itu neraka apa itu syurga.... benda nie yg utamanya...

janji benda2 nie nak ajaq kena masuk bab AGAMA.. jd isunya skrg bab AGAMA yang kena ditekankan..... kalau kepada kapiaq yg tak ada semua benda tadi kita tekankan bab MASALAH SOSIAL dimana benda nie tak elok untuk kesihatan untuk kehidupan jadi kalau selsaikan bab nie rakyat dah tahu mana satu dosa mana satu pahala...maka mai bab seks nie tak akan wujud....


tapi masalah skrg sakit kaki pie makan ubat sakit kepala... itu yg puncanya...

entahlaaa nak kata apa pon tak tau.... tok wan aku tak pie pon pendidikan seks nie anak dia ada 8 orang... pak aku pon tak pie benda nie ada 5.... aku yg tak pie nie pon dah ada 3..... jadi apa kena mengena dengan Pendidikan Seks nie plak....


Thahhhhhhh laa hangpa nie gila dah semua aku rasa...........


Guru belum sedia ajar pendidikan seks
Mac 2, 10 2:50pm

Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek itu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Katanya walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau berkata, guru takut mereka mungkin disaman ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

"Malaysia adalah negara pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar," katanya.

NUTP adalah kesatuan guru yang terbesar di negara ini mewakili 160,000 guru, iaitu kira-kira separuh kerjaya perguruan.

Lok berkata kesatuan itu berharap Kementerian Pelajaran berbincang dahulu dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai baik buruk usaha itu sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Ketika ini, subjek itu diajar secara sambil lalu dari sekolah rendah hingga sekolah menengah tanpa kursus yang dirangka dengan sempurna.

Pendidikan seks menjadi satu isu yang sangat penting sejak kebelakangan ini di Malaysia berikutan peningkatan kes ibu-ibu muda yang tidak berkahwin, kebanyakannya pelajar.

Sementara itu, tinjauan di kalangan pelajar, ibu bapa dan guru menunjukkan kumpulan itu menyokong usaha itu tetapi tidak pasti bentuk dan kandungan kursus itu.

Seorang pelajar, Jayaraman, 17, berkata: "Saya menyokong penuh tetapi saya tidak pasti apa dan bagaimana guru-guru akan mengajar kerana kita ada lebih ramai pelajar perempuan daripada lelaki dalam kelas dan kebanyakan guru adalah wanita".

Abdul Raof Bidin, 38, yang mempunyai dua anak yang bersekolah, merasakan adalah perlu untuk mengajar subjek itu, tetapi ia perlu ditangani secara berhati-hati kerana ia mudah disalahtafsirkan dan boleh menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan betul.

Sementara itu, M Arumugam, 44, berkata adalah lebih baik jika profesional dalam bidang perubatan seperti jururawat dan doktor menyampaikan subjek itu kepada pelajar.

"Mungkin Kementerian Pelajaran boleh berunding dengan Kementerian Kesihatan dan mendapatkan beberapa kerjasama di mana anggotanya dapat memberikan guru-guru latihan ketika waktu kerja," katanya.

Betty Lee, 50, seorang guru dengan 24 tahun pengalaman, merasakan subjek itu lebih baik dilaksanakan oleh guru-guru yang merupakan ibu dan tahu mengendalikan subjek yang kompleks itu.

"Bukan semua guru boleh mengajar subjek itu, dan kementerian perlu teliti dalam memilih calon yang sesuai untuk kerja itu," katanya.