Rabu, 30 Jun 2010

KATAK BAYAN BARU nak jadi hero hindi...

Aku seblum apa2 nak gelak dulu kat KATAK sekoq nie.. dia ingat hebat gilak bongkaq kisah zaid ibrahim jumpa RPK kat London... siap habaq kata ada bukti sahih... ok gelak dulu hah hah hah..

MP: Zaid tinggal di hotel sama dengan RPK
Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin dan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menginap di hotel yang sama ketika berada di United Kingdom, tahun lalu.

"Saya mempunyai dokumen tempahan hotel mereka. Raja Petra membuat tempahan dari 1hingga 4 Oktober di Britannia Hotel di Manchester dan Zaid membuat tempahan di hotel yang sama dari 1 hingga 3 Oktober," katanya kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Ahli parlimen PKR yang berpaling tadah Februari lalu dan mengisytiharkan dirinya wakil Bebas mempersoalkan perkara berkenaan dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) meyiasat bagi menentukan kaitan kedua-dua mereka.


last hangpa tengo betapa gentleman nya zaid jawab apa yg KATAK tu dedahkan....gelak sekali lagi hah hah hah hah...........

Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.

"Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan," kata Zaid dalam blognya.

alahai awat la mangkaq sangat YB KATAK sekoq nie...dedah la benda lain... masalah rakyat kat kawasan dia tu pon tak terdedah dah dok kalut kerja buat polis... dok ingat bila dedah benda tu org ingat dia hebat laa last jadi hampeh jaaa...

KATAK oh KATAK
Kenapa Panggil Hujan
kenapa Aku Tank panggil...
Najib Bayaq aku... Najib Bayaq Aku...


Isnin, 28 Jun 2010

Kompom 30% orang UMNO kaki tak bayaq hutang


oleh ANAKKEDAH

Nie aku berani kompom puak2 yg tak bayaq hutang nie adalah UMNO 100%.. pasai pa aku kata macam tu sebab bila mai nak pinjam duit TEKUN nie sesiapa yg dok jadi ahli pembangkang hangpa tok sah dok mimpi la nak buat loan nie...habih kena cantas punya... tetapi jika hangpa ahli UMNO aku berani gerenti 101% permohonan hangpa LULUS...

Jadi bila dah pakat dok hingaq tak bayaq mau bayaq loan nie kita semua pakat boleh tahu dah siapa yang tak buat bayaran lagi.. kompom UMNO punya....


30 peratus peminjam TEKUN tak bayar hutang

PEKAN: Kira-kira 30 peratus daripada 170,000 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau Tekun Nasional (TEKUN) di seluruh negara masih gagal membayar semula pinjaman yang dibuat sejak agensi terbabit ditubuhkan pada 1989.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata kebanyakan peminjam gagal membayar semula pinjaman akibat perniagaan mereka bermasalah.

"TEKUN sudah memberikan pinjaman berjumlah RM1.5 bilion kepada kira -kira 170,000 peminjam dan daripada jumlah itu, kira-kira 70 peratus membuat pembayaran semula selepas kami menjalankan operasi mengutip hutang.

"Hanya tinggal 30 peratus yang masih gagal menjelaskan hutang kerana perniagaan yang mereka ceburi tidak berdaya maju selain mengalami masalah dan kerugian," katanya selepas Majlis Jamuan Petang Perdana Jasamu Dikenang dan Penyampaian Pinjaman Kepada Usahawan TEKUN, di sini kelmarin.

Pada majlis itu, sejumlah RM1.2 juta pinjaman TEKUN diserahkan kepada kira-kira 187 pemohon di daerah ini yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Rahim berkata, pihaknya bersedia melonggarkan syarat bayaran balik kepada peminjam.

Mana Ahli PAKATAN RAKYAT@PKR yg kepala dok ingat macam nie baik Masuk UMNO Semula...

Salah Minta Guna Peruntukkan Wang Negeri Untuk Bantu Parti - Fuziah Salleh

SHAH ALAM: Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh membidas tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang membelakangkan parti bagi menyuarakan kepincangan yang wujud terutamanya melibatkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan menggunakan saluran media bagi melakukan sebarang pendedahan menggambarkan kumpulan berkenaan tidak berpegang kepada prinsip politik baru yang diamalkan parti.

Malah katanya, tanggapan bahawa timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin peringkat cabang dan ranting di Selangor kononnya ekoran tiada peruntukkan bagi mengerakkan aktiviti parti, perlu diubah.

Menurut beliau, PKR tidak pernah dan tidak sepatutnya menggunakan wang kerajaan negeri untuk menggerakkan aktiviti parti.

"Parti tak pernah digerakkan menggunakan wang kerajaan negeri, itu adalah salah... salah kalau ada pihak anggap wang kerajaan boleh digunakan untuk menggerakkan pentadbiran parti.

"Parti sentiasa digerakkan oleh wang parti, tak ada pernah guna duit kerajaan negeri, kalau tak ada duit itu perkara biasa kerana PKR memang tak ada duit," katanya.

"Saya percaya kita mahu bergerak ke hadapan ke arah politik baru... kita perlu bincang setiap perbezaan pendapat secara terbuka (dalam parti), dan jangan ikut jalan belakang.

"Jangan pergi kepada media tanpa berbincang kepada pemimpin parti, sampai pemimpin parti pun tak tahu siapa anda," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program pemukiman PKR di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya kumpulan terdiri 15 Ahli Parlimen parti itu yang merancang untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Fuzaih yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti jelas yang mengaitkan mana-mana Ahli Parlimen dalam pakatan berkenaan.

"Saya pun pening kepala... malah kita tak dapat nak namakan (siapa) mereka, media yang mulakan," katanya.

Sementara itu Fuziah turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam yang mendakwa Abdul Khalid dan barisan ahli exconya gagal melakukan perubahan di Selangor terutamanya berkaitan hal ekonomi.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kecewa kerana selepas sebulan teguran dibuat semasa Kongres PKR di Kota Baru baru-baru ini, tiada tindakan proaktif diambil oleh Abdul Khalid.

"Saya tak setuju dengan dakwaan itu, semasa kongres, Menteri Besar sudah berjanji untuk perbaiki banyak perkara, contohnya beliau berjanji untuk lakukan perubahan dari segi penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

"Kita dapat lihat selepas sahaja kongres PKR di Kota Baru, beliau telah melantik seorang pengarah penerangan, ini tandanya progres sedang berlaku... saya fikir dakwaan itu sangat tak berasas apabila dikatakan tak ada tindakan progres, (sebenarnya) tindakan sedang diambil," katanya.

Sabtu, 26 Jun 2010

40 ULAM-MAK - Mintak-mintak Bukan Macam Kes rasuah SEX kat PERAK...

Alahai mintak 40 ULAM-MAK nie bukan sama macam kes KATAK kat PERAK tuu.. mula serbu dan tuduh kata ada rasuah sex... last bila dah katak sikatak lompat kes pon hilang dibawa angin... jadi dalam 40org ULAM-MAK yg masuk nie salah satu nama yg di highlight kan tu macam ada serupa jaa dgn kes kat PERAK tuu...






SELANGOR Dengan PKR yang Gila...

Alahai Selangor...

awat la terok sangat hangpa nie..awat semua dah kemaruk sangat jawatan kat Kerajaan Negeri tuu...aku tengok mana2 yg dalam PKR tu macam pelahap jaa dok pulon mintak jawatan kat MB... awat yg cempera sangat nie sampai dok menadah tangan mintak jawatan...awat hangpa dah lupa dah ka dulu salah satu perjuanagn kita semua ialah taknak campoq adukan kerajaan memerintah dengan parti politik... tapi skrg nie bila dok meraung2 macam orang 3 suku mintak jawatan aku rasa hangpa nie dah lari dari sasaran sebenaqnya..sory la aku kata kat hangpa mcm nie sebab aku tgk kelaku hangpa nie tak ubah macam UMNO ja...habih dalam kerajaan negeri hangpa nak pegang jawatan...

awat yg kalut sangat nie... dah kemaruk sangat kaa atau dah dok gila nak kumpol harta dah aku tgk benda nie jadi kat PKR Selangor saja..kat negeri KEDAH & PENANG tak dengaq pon puak PAS mintak jawatan kat KEDAH dan DAP mintak jawatan kat PENANG...

Seandainya semua dah dok buat kelaku dok ungkit jasa bagi kemenangan habis rakyat yg kat bawah nie nak ungkit menatang apanya... jika macam nie punya kelaku hangpa nie memang mcm sial jelah... mangkok hayun ja aku boleh kata... dok gila berebut & mintak jawatan jaa kerja hangpa...

toksah dok gebang laa nak bagi sumbangan ka menatang apa kaa...sebab tu hangpa nak jawatan...mohong semua tuuu...ini semua nak cekau masuk poket jaa rakyat kat bawah nie nampak....entahlaaa aku pon tak tau kelaku hangpa nie mcmana... kalau semua dah dok buat kelaku tadah tangan mintak habuan dan dok ungkit jasa kemenangan yg hangpa sumbangkan....boleh pergi mampos la dengan sumbangan hangpa tuuu..dah naik menyampah di lihatnya...kira kelaku UMNO tu tak dapat buang dalam jiwa hangpa....

baru jaga sebuah negeri dah kelam kabut dah...belom lagi perintah MALAYSIA...seandainya macam nie punya kelaku hangpa rebut la cepat2 harta limpahan dari langit tuuu nanti mai PRK13 cokelat angin ja kesemua....

p/s: Orang buat kongress sembang, bincang, bagi idea nak kuatkan parti nak hadapi pilihanraya nie tak dok tembak MB SELANGOR suruh agih jawatan.... awat PKR nie ada kat SELANGOR saja kaa... nanti yg kat KEDAH & PENANG pon dok ungkit mintak sama...kongress apa kejadahnya macam nie....

Khamis, 24 Jun 2010

Relax Sat : Jom Betting Tarikh Pilihanraya.. ada berani..??

oleh AnakKedah

http://1.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/TCK4MuguhAI/AAAAAAAAEcc/QfgslQwf1XA/s1600/kartun+fb+baru.gif

Tarikh Keramat yang tak diketahui oleh sesiapa pon diatas muka bumi ini kecuali seorang manusia bernama PM Malaysia... kata demokrasi tapi main sembunyi tiang gol... bawak bola dari tengah tup-tup mai depan kotak panalti tiang gol tak ada lagi.. bila tanya mana tiang gol depa kata.. Tuan Rumah belom ready nak pasang lagi.. hangpa bawak la dulu bola pusing2 kot tengah tuuu.. nanti dapat ilham nak letak kami letak laa.. he he he

Selasa, 22 Jun 2010

Kenapa aku masih yakin dengan perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat



DARI SEORANG SAHABAT... so far apa yg dikatakan oleh beliau kira merungkai apa terbuku dalam sesetengah jiwa manusia kenapa masih ada lagi yang sanggup berteduh bawah payung PAS & Pakatan Rakyat...

Kepada sahabatku UMNO.. jangan anda risau akan berkawannya PAS dgn DAP dgn PKR... target kami biarkan anda berkubur dahulu dan belajarlah jadi pembangkang pula... sudah lama anda berkuasa sehingga anda sudah tepu nak buat kebaikan kepada rakyat... hari demi hari yg keluar dari mulut anda cuma menyusahkan rakyat sahaja....

Jadi kepada sahabatku semua renung2kan lah....

aku yakin PAS ada strategi, utk jangka masa panjang..

aku lebih yakin Islam yg dibawa PAS dr Islam yg dibawa Umno baik dari segenap isu..aku tersangat yakin dan pasti buat ketika ini..

aku dah pernah berteduh dibawh kedua2 parti Umno dan PAS, dan aku sudah rasakan kelainannya..

pada PAS, teruskan perjuanganmu..rakyat sentiasa memerhatimu..

Semoga Islam akan berdaulat di tanah air ini..insya'allah...

- agamawan_muda

Asri dah start suruh rakyat daftar pemilih...



http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TCCBWvzy_cI/AAAAAAAADnw/QhPH_wEQAHA/s1600/2010-06-22_172349.jpg
Salam Ustaz dah start suruh orang pie daftar pemilih nampak...
semangat je nampak nak cakap bab politik nie..
dulu tak ambik tahu pon bab-bab politik nie
main tembak jee kiri kanan tak kira siapa

JADI bila lagi nak masuk terus..
masuk laa mana2 pon tak kesah..
nak buat PARTI sendiri pon tak kesah..
nanti kita tengok siapa yang kena...

Tak ada apa yg nak dipikiaqnya cuma puak UMNO BN ja dok pikiaq nak ambik negeri nie camna...!!!

oleh anakkedah007

nak baca apa yg dia tulis hangpa klik p sana laa

alahai sahabatku AloqSetaq... inilah bila dikatakan nak tanya isteri kita segak atau tidak pegi tanya jiran sebelah... tentu dia kata tak segak supaya nak suruh kita ceraikan dia dan dia plak nak sapu bini kita... macam tu lah hangpa semua nie.. kalau dah nama pihak lawan takan nak puji ditengoknya dari dulu sampai ke skrg setabok pon hangpa tak kata apa yg ustaz buat tu baguih.. semuanya hangpa kutuk dan keji sahaja.... nie mai aku nak jawab sikit apa yg hg tuliskan tuuu...

so far tak ada apa yg nak dirisaukan rasanya..cuma segelintir ahli yg kurang sabar dan tak nampak apa yg sebenarnya sedang diolah oleh ustaz azizan...

inilah pentingnya tamrin dan usrah..jika banyak yg datang sini mereka akan tahu dasar yg dibawa oleh ustaz sebenarnya..

mai sikit aku nak habaq kat hang..dulu masa PAS mula menang di KELANTAN... apa jadi dengan enakmen HUDUD nie.. KELANTAN boleh dikatakan negeri yg solid penyokong PAS..dan menang kalah bertukar batton dgn BN sudah biasa..jadi disini tok guru draff undang hudud nie dan nak laksanakannya..dan ada pertentangan dari BN..pertentangan ini sampai dihantar surat kat MB Kelantan jangan laksanakan HUDUD tersebut... namun dengan kecekalan dan tempoh pemerintahan yg lama maka ianaya diluluskan....so far diluluskan enakmen hudud nie bukannya naik setahun terus lulus..ianya pon mengambil masa...bila dah faham dan BN dah tak boleh nak buat apa maka enakmen itu berjalan tapi perlaksanaan mcm dok ada skrg nie laa...

mai masa T'ganu menang pulak.. lepas menang terus buat enakmen tersebut.. maka disini dilihat ada penolakkan dari rakyat yg kurang faham dengan dimanipulasikan oleh BN...disini enakmen tersebut juga lulus tetapi perlaksanaan tak ada masih dok gitu saja...

disini dilihat akan ketidak gopohan ustaz azizan akan perkara nie.. w/pon hakikatnya ia mesti diutamakan dan dilaksanakan....

disini ustaz ambik mana yg perlu dilaksanakan dahulu masa pemerintahan dia... 1st dia ambik nak menstabilkan pemerintahan beliau... dgn gabungan 3 parti dan dgn keterkejutkan Bn yg kalah maka disini penting kena bagi stabil pentadbiran negeri... nanti dok gila nak buat hudud tapi pegawai yg dok kerja tak paham setabok.. maka akan jadi kucar kacir.... disini ustaz tekankan amanah bekerja... kerja bkn kerana pemerintah tapi mereka kena ingat mereka pegawai kerajaan yg berkhidmat dgn amanah rakyat... disini dilihat setahun lebih ustaz nak fahamkan pekerja2 yg nak laksanakan dasar2 yg akan dikeluarkan oleh k'jaan negeri... mau tau laa kalau tak ditekankan begini nanti apa2 arahan tak akan dibuat jadi yg nak kena balik k'jaan negeri....

bila dah semua dapat menerima corak pentadbiran ustaz azizan maka diwaktu yg sama beliau cuba menampung kebocoran kewangan negeri... ini jugak yg utama diberi perhatian... nanti dok gila nak buat enakmen hudud tapi pegawai kerajaan yg dok kerja berserta dgn rakyat negeri tak ada duit nak dibelanjakannya....

alhamdulillah sepanjang 2 tahun nie benda nie yg ditekankan oleh ustaz... dan diwaktu yg sama cuba lihat majlis ilmu yg dilakukan... merata-rata dah ada kuliah dan syarahan agama..kat masjid, kat surau, kat taman-taman dan sampai kerumah MB di metalon pon ada majlis ilmu.... cuma kita sahaja yg tak mau nak pie dengaq majlis2 sebegini.....

penting disini majlis ilmunya ialah bila dilihat rakyat ditekankan dengan ILMU AGAMA dan mereka sudah faham maka nak buat apa pon senang dah bukan kata enakmen hudud..nak laksanakan hukum hudud tu pon tak ada hal punya...

insya'allah sebenaqnya tak ada masalah pon yg ada masalah skrg BN/UMNO kedah sahaja...sebab apa dilihat ustaz buat semua tak kena dimata mereka... dulu kewangan negeri bocoq sana bocoq sini tak ada siapa yg nak bantah kaa... dulu majlis agama sana sini kena sekat...tak boleh... tak ada siapa nak bantah kaa... dulu cukai dipenaik sampai 300% taka ada siapa nak bantah kaaa... dulu ayaq tak ada serupa tuu juga...tak ada siapa nak bantah kaaa..sdgkan lanie dah dibina loji2 baru nak atasinya....

jadi pakat2 istifar la tengok mana tak kena cuba bantu dan komen tapi kalau semua buat tak kena mesti ada benda yg kesumat dalam jiwa tuuu...

PAS mentedarah duit aktiviti HARAM...!!!???

oleh Anak Kedah007

http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/TCAgoisMh_I/AAAAAAAADnQ/VIccvwW8BMQ/s1600/2010-06-22_103106.jpg

Tudiaaa... PAS mentedarah hasil xtvt haram... gila apa PAS nie kata ISLAM tapi makan hasil HARAM..eishhh eishhh eishhhh.....

hah jawab laa nganga lagi...mana harakah dan media mainstream PAS.. kata hebat sangat... hangpa kena kaunter attack balik tajuk utusan nie... takan itu pon tak reti... tapi haram tak jumpa pon... racun-racun macam nie yg selalunya akan termakan dek penyokong UMNO tapi hangpa aku tengok macam buat tak pedulik jee....

Nah hari nie ambik hangpa dok dalam surat habaq yg hangpa AGUNG-AGUNG kan tuuu.... jawab laa dok nganga apa lagi... kami nie LUNCAI jaaa bukan reti buat apa pon....

tapi walaupon LUNCAI.. kami dengan muka tak malu nie jawab pie laa... lantak la hangpa nak kata apa pon....
Apa anak haram bejadahnya KATAK WANGSAMAJU nie.. kalau nak bercakap biaq la hang paham apa yg hang cakapkan tuuu... nie main sedap mulut hebiaq hang ja nak bercakap.... hang kena paham mana satu yg boleh mana satu tak boleh dalam ISLAM, jangan main sedap mulut ja nak bercakap.... hang tau ka apa itu FATWA sebenaqnya... nak bercakap biaq reti dan paham... hang kena ingat hang menang kat WANGSAMAJU tu atas UNDI Orang PAS sama... bukan orang UMNO/BN yang undi hang.... memang betoi aku akui kat KELANTAN masih ada kedai ARAK... tapi aku nak tanya hang tau ka macamana KELANTAN buat kawalan mengenai ARAK nie dan pasaipa ARAK masih ada di KELANTAN... sebenaqnya ARAK nie minuman tunggang hangpa jadi tak ada agama hangpa kata haram.. lalu KELANTAN tak la boleh tutup terus kesemua kedai ARAK nie.. jadi tindakan depa ialah depa kawal jumlah kedai yg diberi lesen... dan nak minum kena dikedai yg diberikan lesen sahaja... dan kedai nie pulak dikeluarkan lesen atas kapasiti jumlah penduduk yg memerlukan saja bukannya dijual merata-rata tempat sampai ARAK lagi banyak dari orang yang nak minumnya.....[baca lagi disini]

Isnin, 21 Jun 2010

Baguih Jugak KATAK WANGSA MAJU nie lompat.. BENGONG dalam diri tu dah terserlah rupa2nya...

Apa anak haram bejadahnya KATAK WANGSAMAJU nie.. kalau nak bercakap biaq la hang paham apa yg hang cakapkan tuuu... nie main sedap mulut hebiaq hang ja nak bercakap.... hang kena paham mana satu yg boleh mana satu tak boleh dalam ISLAM, jangan main sedap mulut ja nak bercakap.... hang tau ka apa itu FATWA sebenaqnya... nak bercakap biaq reti dan paham... hang kena ingat hang menang kat WANGSAMAJU tu atas UNDI Orang PAS sama... bukan orang UMNO/BN yang undi hang....

memang betoi aku akui kat KELANTAN masih ada kedai ARAK... tapi aku nak tanya hang tau ka macamana KELANTAN buat kawalan mengenai ARAK nie dan pasaipa ARAK masih ada di KELANTAN... sebenaqnya ARAK nie minuman tunggang hangpa jadi tak ada agama hangpa kata haram.. lalu KELANTAN tak la boleh tutup terus kesemua kedai ARAK nie.. jadi tindakan depa ialah depa kawal jumlah kedai yg diberi lesen... dan nak minum kena dikedai yg diberikan lesen sahaja... dan kedai nie pulak dikeluarkan lesen atas kapasiti jumlah penduduk yg memerlukan saja bukannya dijual merata-rata tempat sampai ARAK lagi banyak dari orang yang nak minumnya.....

Tapi mai bab JUDI plak benda haram jadah nie tidak diberikan lesen sebab ianya adalah perkara yg membawa kemudaratan dan tidak diterima oleh kebanyakkan masyarakat serta agama apa yg atas muka bumi nie menolak bab-bab judi nie..cuma BN/UMNO jaa yg boleh terima benda nie.... jadi KELANTAN sedikit2 demi sedikit cuba mengurangkan kedai2 JUDI nie... lesen baru tak dikeluarkan dan yang dok ada cuba dikurangkan sedikit semi sedikit.... ambik masa 22 tahun nak hapuskan benda nie di bumi KELANTAN....

Ini masalahnya sekarang beza antara ARAK & JUDI pon hang haram tak paham tapi mau main cakap sedap mulut sahaja.... lepas tu hg pertikaikan kata KELANTAN makan duit cukai menatang haram bejadah nie... hang tau ka KELANTAN buat apa dengan duit tuuu... depa ada buka tabung untuk duit-duit RIBA & CUKAI benda haram nie... dan tabung nie duit dia digunakan untuk buat benda-benda seperti JAMBAN dan LONGKANG sahaja...

Itu laa nak cakap kena bagi faham apa yg nak cakap.. KELANTAN cuma bagi ARAK tapi JUDI tak bagi pun tapi kalau sedap hati ja nak bercakap macam nie la jadinya.. tak paham apa yg nak dicakapnya last jadi bengong tak boleh nak ajaq..... bodoh punya orang....

Wee persoal pendirian Pas berhubung lesen judi

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas dari Wangsa Waju Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat Pas menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam.

Menurut beliau Pas sepatutnya tidak membantah perlesenan pertaruhan sukan sebagaimana ia telah mengeluarkan 40 lesen arak di Kelantan dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur di negeri itu.


"Selagi kita melengahkan usaha membawa pertaruhan sukan ke arus perdana dan melesenkannya, kita hanya melengahkan perolehan dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan sukan bola sepak termasuk sukan lain," katanya semasa

membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

"Sedang kita semua sibuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, negara mungkin sedang kehilangan nilai hasil yang berjuta, mungkin berbilion, ini semua hanya kerana politiking melampau dan hipokrit yang dijana oleh seorang manusia rakus demi memenuhi nafsu politik matlamat menghalalkan cara," kata Wee.


Hujah beliau kononnya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan fatwa bahawa hasil daripada aktiviti seperti jual beli dan peminuman arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan, disangkal oleh Dr Lo'Lo'Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) yang berkata Wee telah mengelirukan Dewan.


"Perkara yang dinyatakan itu bukan fatwa, dia (Wee) bercakap perkara yang dia sendiri tidak faham. Dia (Nik Abdul Aziz) tiada di sini dan tak boleh hendak mempertahankan diri," kata Lo'Lo yang disokong oleh Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).


Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, peraturan itu membolehkan seseorang Anggota Parlimen dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi dalam situasi ini, peruntukan itu tidak terpakai kerana Wee tidak faham dan tidak berniat.

HIDUP MELAYU dah nak dijadikan MELAYU CEMERLANG..!!

Alahai nak tukaq buat apa la oi.. dah MELAYU tak larat nak hidup dah sekarang nie asyik merempat dibumi sendiri... dok macam orang mintak sedekah jaa.. asyik dok tadah tangan mintak subsidi... jadi hangpa dah tak mampu nak bagi peridup semula terus hangpa cadang nak tukaq slogan pie ke MELAYU CEMERLANG....

CEMERLANG tang mananya cuba habaq mai sat....



pakat-pakat dengaq slogan "HIDUP MELAYU" tuuu....

Sebelum nie Pulau Pinang UMNO jadi Ketua Menteri kee..??
MELAYU mana yang sengsara nie.. MELAYU UMNO kee..??

SEBENAQNYA BENDA NIE JA YANG HANGPA DOK PULONNYA


Umno dicadang tukar slogan

Slogan Umno 'Hidup Melayu' dicadang diubah kepada 'Melayu Cemerlang' agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masakini.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan.

"Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini, lapor Bernama.

Selasa, 15 Jun 2010

Negara Kapiaq tak bagi KAPAL Israel masuk berlabuh negara depa..TAPI kita....

oleh AnakKedah

Weldone MALAYSIA.. Mulut jerit anti Israel.. mai tang perut pecah berteraboq...

1) Following the Gaza Attack, Swedish Dockworkers Decide to Block Israeli Ships


Nine of the activists died as a result of the interception of the Israeli troops on the convoy carrying humanitarian aid and 50 others were injured. According to Peter Annerback, the spokesperson for the Swedish Port Workers Union, the workers of this union will block Israeli ships and not handle any of their goods during June 15-24. All of 1500 members of the Swedish Port Workers Union have mutually decided to support the 'Ship to Gaza' which was a part of the aid flotilla.

He further added that the decision to block Israeli ships and goods was taken to condemn the criminal attack on the ship convoy which was peaceful and non-violent. Since the identification of cargos with Israeli origin is still to be undertaken, there is no clear current picture available to determine how much this decision will affect the trade between these two countries of Israel and Sweden.

2) South African dockworkers announce ban on Israeli ship; Palestinians salute decision

FREE PALESTINE! ISOLATE APARTHEID ISRAEL!

The Congress of South African Trade Unions (COSATU) and Palestine Solidarity Committee (PSC) launch Week of Action for Palestine supported by the Young Communist League and other progressive organisations

February 3, 2009 -- In a historic development for South Africa, South African dock workers have announced their determination not to offload a ship from Israel that is scheduled to dock in Durban on Sunday, February 8, 2009. This follows the decision by COSATU to strengthen the campaign in South Africa for boycotts, divestment and sanctions against apartheid Israel.

The pledge by the South African Transport and Allied Workers Union (SATAWU) members in Durban reflects the commitment by South African workers to refuse to support oppression and exploitation across the globe.

Sedangkan di Malaysia...

Kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Jun – Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini untuk tujuan perdagangan.

Menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, mereka perlu membuat permohonan untuk kemasukan kali pertama dan diwajibkan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Jelasnya, perkara tersebut turut dinyatakan dalam laporan awal yang diterima oleh kementerian daripada Westports Berhad yang turut menetapkan peraturan untuk dipatuhi oleh kapal-kapal Israel apabila memasuki pelabuhan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau sudah mengarahkan supaya Westports Berhad menyediakan laporan lengkap mengenai kemasukan kapal-kapal Israel di pelabuhan itu kepada kementerian untuk diteliti.

"Contohnya, menurut peraturan yang ditetapkan, kapal-kapal Israel tidak boleh menaikkan bendera negara berkenaan apabila memasuki atau berada di sempadan Malaysia.

"Di samping itu, anak-anak kapal tidak dibenarkan meninggalkan kapal apabila berada di dalam perairan Malaysia kecuali jika berlaku kecemasan. Tambahan pula, barang-barang keluaran Israel tidak boleh dibawa masuk ke negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Biro Teknologi Baru dan Inovasi MCA di ibu pejabat parti itu di Jalan Ampang hari ini.

Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam kolum Cuit hari ini mempersoalkan kehadiran kapal Israel di Pelabuhan Klang sedangkan Malaysia dan Israel tidak menjalinkan hubungan diplomatik.

Justeru, secara automatik hubungan dagang dengan Israel tidak patut berlaku.

Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company (Zim Lines) telah menyenaraikan beberapa pelabuhan termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan berdagang.

Gold Star Line Ltd. ditubuhkan di Hong Kong pada 1958 untuk mengelakkan larangan yang ditetapkan oleh beberapa negara Islam termasuk Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik atau tidak mengakui Israel.

Mengulas mengenai laporan bahawa pelabuhan Malaysia telah menerima kapal kargo Israel sejak 1998, Cho Ha menjelaskan, kemasukan kapal Israel adalah dibenarkan bagi tujuan perdagangan antarabangsa.

Sementara itu, Unit Komunikasi Westports Berhad ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan.

Isnin, 14 Jun 2010

PKR Perak Buat Kerja Bangang....

Terima Kasih PAK LONG kerana tegoq budak2 PKR yang BANGANG kat PERAK tuu...

PKR buat dah perangai kebuloq depa

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Dalam Pak Long berpimpin tangan ngan Mak Long hang, melenggang lenggok balik dari kenduri, tetiba saja kami disapa Haji Karim. Dia pun tak bukak kedai hari ni, kenduri banyak katanya.

Haji Karim ni kira kira macam informer la dalam kampung kami. Tapi kadang kadang Pak Long meluat jugak ngan dia ni, besa la orang kuat PKR ni yang kadang kadang lebih laju dari lajak... hihi...

Dia buat buat kalut, kadang kadang tu nampak macam muka Hishamuddin terkejut kat Saifuddin pun ada gak. Berpeluh peluh dan bersungguh punya cerita, ada tiga wakil Umno nak lompat parti di Perak. Depa nak buat sidang media di Ipoh esok.

Pak Long nak sidai dia pun rasa kesian, Mak Long nak seligi pun rasa tak gamak. Kami angguk ja la dan kata kita tunggu cerita tu bagi habih dulu.

Awat yang kita ni kebuloq sampai macam tu sangat. Kita kena konsisten sikit pegangan kita. Lompat parti tu tak bermoral tak kira dari Utara ke Selatan ka atau dari Timur ke Barat ka. Lompat parti tak bermoral dalam erti kata khianat undi rakyat. Tak bermoral adalah tetap tak bermoral. Takkan tak bermoral untuk orang tapi okey untuk kita? Pakai akai la sikit.

Kalau Mak Long hang senang saja, hangpa letak semua jawatan termasuk Adun dulu kemudian baru boleh aku terima jadi ahli parti aku. Hangpa masuk mai tanpa ada tawar menawar. Jangan dok bawa kerusi hangpa sebagai tiket untuk ranggi dalam rumah aku.

Wassalam...

kempen "JOM BACA UTUSAN & JANGAN BACA BLOG" di lancarkan selepas Muktamar PAS...

Aku malas nak tulis sebenarnya bab nie tapi memandangkan sdr. Tulang Besi dah tulis jadi aku ambik copy paste je lah kat blog aku...sempena lepas Muktamar PAS nie apa kata kita pakat buat kempen "JOM BACA UTUSAN & JANGAN BACA BLOG"

blog Tulang Besi :

Blogger Dihina, Utusan Di Mulia. Hasilnya……..


kena tukaq dah kot banner nie

Setelah Blogger dilayan seperti sampah sewaktu Muktamar, dan Utusan Malaysia ditatang seperti minyak penuh, saya telah melihat laporan-laporan Utusan Malaysia berkaitan Muktamar PAS.

Antaranya adalah:
1.0 'Tidak dapat elak bersaing sesama pakatan' - Artikel ini percubaan Utusan Meloya melaga sesama partai Pakatan Rakyat.

2.0 Pas perlu ganti nama baru - Utusan Meloya mengambil statement Zainal Kling, seorang yang bukan Melayu, yang cuba merendah-rendahkan usaha PAS merapati golongan bukan Islam.

3.0 Berubahkah dasar perjuangan Pas? - Di sini, Utusan Meloya sedang cuba untuk menyebar keraguan kononnya PAS telah lari dari landasan perjuangan dengan sikap PAS yang bekerjasama dengan DAP

4.0 PAS Perlu Jelas Pendirian - Sama seperti di atas.
Boleh dikatakan kesemua laporan Utusan Malaysia adalah fitnah atau percubaan mengelirukan rakyat berkenaan pendirian PAS.

Ertinya segala jasa baik PAS pada Utusan Malaysia telah dibalas dengan fitnah dan pembohongan dari Utusan Malaysia.

Manakala, bloggers pula telah dilayan seperti sampah oleh Ketua Penerangan dan Panitia Muktamar.

Disini kita sudah nampak mengapa kontroversi "Kerajaang Perpaduang" berlaku. Puak-puak Pro UG, yang juga menguasai pentadbiran Muktamar, adalah mereka yang tidak tahu membezakan antara kawan dan lawan.

Utusan Malaysia mereka lihat sebagai kawan walaupun telah lebih 40 tahun Utusan Malaysia memfitnah PAS. Mungkin kerana 2 tahun kebelakangan ini, apabila sesetengah kepimpinan PAS mula menunjukkan kemahuan kepada gagasan "Kerajaang Perpaduang", Utusan Malaysia telah berhenti menyerang pemimpin2 pro UG ini.

Peluang Muktamar digunakan untuk membalas dendam kepada bloggers dengan melayan Bloggers seperti sampah.

Saya rasa lepas ni, orang seperti Ustaz Idris Ahmad dan Presiden PAS, jangan haraplah nak dapat sokongan dari Bloggers atas layanan buruk terhadap bloggers. Pergilah menegemis belas kasihan akhbar UMNO untuk mendapat liputan terhadap kamu.

Saya mencadangkan supaya mereka yang bersikap buruk terhadap Bloggers diboikot atau didedahkan perangai mereka sepenenuhnya. Mereka ini hanya akan merosakkan parti dan perjuangan Islam

Kita lihat dalam Muktamat Pemuda, giat para perwakilan Pemuda menyerang Bloggers. Namun, tiada seorang pun yang menyerang akhbar-akhbar utama yang jelas memfitnah PAS sejak sekian lama. Ertinya, para perwakilan Pemuda masih belum matang dan masih belum akil baligh. Mereka tidak dapat membezakan mana musuh dan mana kawan

Ini juga menunjukkan betapa PAS akan hancur di bawah penguasaan puak2 Terengganu dan geng Kayu yang mengelilingi Presiden kerana mereka menggunakan Presiden untuk menaikkan agenda mereka.

Tulang Besi

Ahad, 13 Jun 2010

Lanie Orang Sokong PARTI kaa Orang Sokong PAKATAN RAKYAT.. cuba pikiaq balik..???

aku sebenaqnya malas nak tulis bab muktamar nie... bukan apa selepas kejadian PAS MEDIA tuuu.. naik nyampah jugak aku kat suku sakat yg uruskan program tersebut... dan selepas tu kena plak kata-kata hikmat LUNCAI... jadi terima jeee lah hangpa nak kata apa... aku tetap aku..

tapi hari nie aku terbaca satu cerita kat blog sahabat nie... jadi sapa yg ada akai tu pikiaq laa noo...


Tau atau buat-buat tak tau?

2,3 hari ni aku ada rasa meluat sikit. Sebab:

1. Bila PKR berkongres, depa kata sokongan kepada PKR meningkat.

2. Bila PAS bermuktamar, depa pun kata sokongan kepada PAS meningkat.

Hekeleh... angkat bakul masuk sendiri nampak! Setahu aku, 68 hingga 70% pengundi tak berparti. Pengundi-pengundi ni mengundi PKR, PAS dan DAP sebab depa adalah rakyat yang meluat (macam aku jugak) kat BN(dibaca UMNO).

Jadi, sebelum pengundi-pengundi nih meluat kat hangpa (ingat parti hangpa baguih sangat ka?), lebih baik keluarkan kenyataan "SOKONGAN PENGUNDI KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT!" Ingat tuh! PAKATAN RAKYAT! bukannya PKR, PAS atau DAP!

P/S: Belum berkuasa lagi dah pandai pusing2 cakap! apparaaaaa!

Rabu, 9 Jun 2010

Muktamar dan Blogger - Malas Nak Komen dah aihh.. Booorinnng..!!

oleh AnakKedah

Lepas orang bising baru kelam kabut nak buat kenyataan.. teringat lagi mula-mula menang dulu bukan main ada banyak jemputan kat admin-admin nie... majlis makan malam laa.. jemputan sidang akhbar laaa tetapi sekarang abok pun tak ada dah... ikut suka hangpa laa... silap langkah kami bambu... itu jee boleh bagitau.... masih dok buat bebal telinga dan tak mau belajaq dari pengalaman silam....lantak hangpa laa.....

Blogger PAS, Pakatan boleh pohon 'pas pemerhati'
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

"Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati," ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

Selasa, 8 Jun 2010

Ingatkan Pak Lah teruk..Rupa2nya Mai Mat Monggol nie lagi terok....

Alahai Kerajaan 1Malaysia..aku ingatkan Kerajaan Hadhari lembek & terok.. rupa2nya mai Mat Monggol nie lagi teruk...dia punya Flip Flopnya...

Mula2 umum hingaq canangkan satu dunia..tup tup tup rakyat bising... terus kata tak muktamat laa lesen belom bagi laa... perintah menatang apa tak tau macam nie... gamak dah rasa nak monopouse dah dan dah tak mampu nak prittt dah serah je lah kat org lain... depa masih mampu dan kuat lagi..tanpa di sokong dengan tongkat ali pon...

udah2 laa tu mat monggol oii..penin tgk hangpa perintah Malaysia lanie...

KEMENTERIAN KEWANGAN NAFI BERI ASCOT LESEN JUDI
Kementerian Kewangan menafikan laporan lessen judi sukan telah dikeluarkan Ascot Sports Sdn Bhd milik cukong Vincent Tan — dua hari selepas beliau meminta Pakatan Rakyat yang memprotesnya agar bersikap adil.

Dalam jawapan bertulis hari ini, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum mencapai sebarang keputusan dan syarat-syarat berhubung soal pelesenan judi sukan.

"Kerajaan belum mengeluarkan lesen kepada Ascot Sports bagi membolehkan operasi pertaruhan di Malaysia," kata kementerian.

Sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.


 

Isnin, 7 Jun 2010

MENTERI Baru Pengangkutan mau tutup buku la pulak...

Cittt.. SIASATAN pon belom ada hasil lagi..mai dia naik menteri terus cakap tak payah...nak tutup mayat siapa pulak nie...

Kong: Tak perlu siasat semula PKFZ
Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siasatan ke atas skandal PKFZ adalah "mencukupi" dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula.

"Saya berpendapat sudah ada cukup siasatan dan kajian yang telah dijalankan berhubung isu itu. Jadi, saya tidak fikir adalah perlu untuk semak semula siasatan," katanya.

Beliau juga menjawab secara kabur sama ada akan terus membuat tindakan susulan berhubung isu berkenaan.

"Saya kena teliti dahulu apa sebenarnya PKFZ," katanya selepas upacara menerima tugas daripada Datuk Seri Ong Tee Keat yang digugurkan dari kabinet minggu lalu.

Jumaat, 4 Jun 2010

Malaysia nie negara ISLAM ka negara YAHUDI...???


Negara lain selamba jee..tak ada sapa nak halangnya.. Polis pon tak kacau...


org kapiaq pon ada sensiviti..tapi kita yg IC cop Islam pon dok bercakap
bab Undang-Undang lagi...


cuba tengok yg baju kuning tuu..relax dan jaga elok2 jee


budak besaq nie pon reti nak tunjuk kata tak setuju
kita yg tua nie dok cakap pasai tata kerja lagi...

Sebelum aku turun jumaat hari nie dan nak pie protest bab ISRAEL laknatullah...aku buka la sat Pak Cik Google sebab aku terjumpa satu statement yg dibuat oleh seorang ketua kat bumi malaysia nie....cari punya cari aku jumpa dan aku listkanlah kat bawah nie.....
Bukan apa sebab aku jumpa tajuk nie .... buat malu dunia jaa.....
Free Malaysia Today - 33 minutes ago
This (attack) is not accepted by citizens the world over irrespective of whether ... last night in a show of anger against the high-handed Israeli action. ...

Rabu, 2 Jun 2010

Konvensyen PKR tak Ubah Macam Perhimpunan Agung UMNO jaa..!!

oleh AnakKedah

Konvensyen Nasional PKR nie aku nak ulas satu jaa... sepanjang aku dok dengaq dan baca kat internate nie.... yg aku dapat rumuskan hangpa nie gila jawatan kaa... awat ada sebahagian perwakilan dok bantai MB Selangor dok mintak itu mintak ini... nie Konvensyen kaaa tempat mintak kerja.... orang pie situ nak bincang nak tawan Malaysia depa pie situ dok bebel MB Selangor suruh bedah harta kat depa.... tahu laa Selangor PKR yang majority tapi jangan lupa jasa orang PAS & DAP serta orang BN..depa nie pun menyumbang kearah kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor... yang hangpa dok kalut mintak bahagi harta yang ada kat Selangor apa hal...ini Kerajaan Negeri Selangor kaa.... awat hangpa tak mintak kat Azizan & Guan Eng sama.....try la bantai 2 orang tu kata hangpa nak jawatan sama dalam kerajaan-kerajaan negeri tersebut....

Entahlaaa sekali sekala dok pikiaq tengok kelaku hangpa nie tak ubah macam UMNO laaaa.... celik mata tanya PROJEK-PROJEK.. MAKAN-MAKAN... DUIT-DUIT..  yang nie ja hangpa reti....

Entahlaaa Kalau macam nie kelaku Perwakilan yang dok ada baik kuborkan saja laa PKR nie.. buat sakit mata dan telinga jaa...suruh Anwar masuk PAS ka DAP ka habis cerita.... ahli kat bawah bukan main berkorban... berjuang nak bagi menang... gadai wang ringgit...depa pie KONVENSYEN dok bantai MB SELANGOR mintak jawatan.... memang laa KEWANGAN di perlukan tetapi buka laa otak sikit cari kaedah nak dapat wang camna.. takyah laa dok harap sumber negeri...ini dah kira mencapur adukkan Pemerintahan NEGERI dengan PARTI.. ini kelaku UMNO/BN nak habaq bagi....depa dah gaul sekali kesemuanya... itu yang rakyat jadi pening..sampai tak dapat beza yg mana hak parti yg mana hak kerajaan.. tapi hangpa jangan la dok bawak kelaku tersebut...

pada pendapat aku.. jika macam nie punya kelaku baik la hangpa ajust cepat-cepat...kasi clear otak tu bagi elok-elok balik.... jika tak kompom belambak lagi katak akan muncul... yaa laa dalam kepala otak..asyik dok tanam material jaaa....[kerja, jawatan, duit...pastu ungkit jasa..pegidahhhhhhhhhhhh]..................

Selasa, 1 Jun 2010

ISRAEL gelak jaa tengok kelaku Malaysia... nak protest pon tak bersatu

protest menatang apa nie...
haram tak bersatu langsung...
tak boleh ka hangpa semua nie
dok sekali dan buat protest...
isu sejagat macam nie pon
buat macam batuk lepas ditangga saja...


hangpa baca la artikal kat bawah nie dari malaysiakini :

Serangan flotila: Rakyat Malaysia protes...
Rakyat Malaysia daripada pelbagai sektor hari ini bersatu untuk menyatakan keberangan mereka terhadap tindakan rejim Israel yang menyerang flotila keamanan yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza, awal pagi semalam.

Berhimpun di luar Kedutaan Amerika Syarikat, kira-kira 500 NGO Melayu membakar gambar Presiden Israel, Benjamin Netanyahu sebelum menyerahkan memorandum kepada perwakilan kedutaan itu.

Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia itu, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.

Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.

Di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur, lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional membawa sepanduk menyatakan kemarahan mereka.

Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.

Kedua-dua protes berkenaan dipantau oleh sekumpulan polis yang ditugas memastikan ia dijalankan dalam keadaan terkawal.
Pejabat kedutaan Amerika Syarikat akan juga menyaksikan tiga bantahan di perkarangannya.

Selain, bantahan jam 10 pagi tadi yang diketuai oleh NGO seperti Pertubuhan Pribimu Perkasa Malaysia (PERKASA0, Majlis Perundingan Melayu (MPM)dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), terdapat dua lagi protes.

NGO Islam yang diketuai oleh Talian Hayat untuk Gaza atau Lifeline4Gaza berhubung pada jam 11 pagi tadi manakala PAS dan parti-parti pembangkang pula akan berada di sana pada jam 12 tengahari.

Poyo Betul PEMIMPIN negara kita nie... KUTUK ISRAEL sambil lepak-lepak makan KEK jaa...!!!

oleh AnanKedah007

Inilah dia pemimpim yang UMNO dok agung2kan... perangai macam taik ja kelaku pemimpin malaysia nie... macamana hangpa boleh sokong bagi jadi PM aku tak tau laa... satu dunia dok kalut menyatakan kecaman tapi kita kena tunggu sampai 12jam baru nak KUTUK serangan ISRAEL tersebut....

tapi yang paling mangkok hayun lagi hari nie bila terdedahnya gambaq nie cuba hangpa tengok.... betapa hebatnya pemimpin Malaysia dimana nak kutuk ISRAEL tersebut sambil santai2 makan KEK saja.... entahlaaaaa pemimpin macam nie kaa hangpa masih berharap nak jaga rakyat... pada aku kalau nak pelingkop rakyat ada laa lagi.....

sedangkan TURKI sana siap panggil Sidang Parlimen untuk buat kutukan... tapi yang kita dok makan KEK...........



Dunia kutuk tindakan Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza.


BAITULMAQDIS: Komando tentera laut Israel menyerbu enam kapal yang membawa 700 aktivis pro-Palestin dalam satu misi bantuan ke Jaluran Gaza menjelang subuh semalam, menyebabkan 20 orang terkorban dan 50 lagi cedera, kebanyakan mangsa rakyat Turkey.

Tragedi berdarah itu menjerumuskan Israel ke kancah krisis diplomatik menjelang rundingan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Tindakan Israel itu dikutuk masyarakat dunia, terutama oleh Turkey, Syria, Lebanon, Perancis, Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon.

Greece pula menggantung latihan tentera dengan Israel dan membatalkan lawatan panglima tentera udara Israel ke negara itu.

Sekitar 10,000 rakyat Turkey semalam menunjuk perasaan di pusat bandar Istanbul sambil melaung slogan mengutuk Israel.

'Saya mengutuk keras tindakan tentera laut Israel menggunakan kekerasan ke atas konvoi bantuan pertubuhan bukan pemerintah dari 32 negara,' kata Presiden Turkey, Encik Abdullah Gul.

Turkey memanggil pulang dutanya dari Israel. Ekoran itu, Israel menasihati rakyatnya supaya jangan melawat Turkey.

Amerika Syarikat semalam menyatakan rasa kesal di atas korban jiwa akibat serangan itu.

'Amerika mengesali korban jiwa dan kecederaan para mangsa dan sedang berusaha memahami apa yang berlaku,' kata jurucakap Rumah Putih, Encik Bill Burto.

Para duta Israel ke Sweden, Sepanyol, Denmark, Greece dan Mesir dipanggil untuk mesyuarat, manakala Menteri Luar Perancis, Encik Bernard Kouchner, menggesa dijalankan siasatan.

Di Amman, ibu kota Jordan, 1,000 orang menunjuk perasaan membantah tindakan Israel dan menggesa kerajaan memutuskan hubungan dengan Israel.

Menteri Luar Indonesia, Encik Marty Natalegawa, mengutuk serangan Israel dan menggesa masyarakat dunia memastikan Israel memikul tanggungjawab.

Terdapat laporan bercanggah mengenai apa yang berlaku pagi semalam.

Seorang wartawan Al-Jazeera di atas salah sebuah kapal Turkey berkata komando Israel melepaskan tembakan sebelum mereka menaiki kapal.

'Dalam kegelapan malam, komando Israel meluncur turun daripada sebuah helikopter ke kapal penumpang Turkey, Mavi Marmara, dan mula melepaskan tembakan sebaik saja mendarat di dek kapal,' lapor lama web Gerakan Gaza Merdeka (FGM).

Komando Israel berkata mereka hanya melepaskan tembakan selepas diserang aktivis dengan kayu, pisau dan senjata api yang dirampas daripada komando Israel.

Sepuluh askar Israel cedera, dua parah, termasuk seorang yang terkena tembakan, kata tentera Israel. Dua aktivis ditembak mati selepas menembak askar Israel dengan pistol, kata mereka.

'Di atas kapal kami menjumpai senjata yang disiapkan untuk digunakan ke atas askar kami,' kata Timbalan Menteri Luar Israel, Encik Danny Ayalon.

'Israel mengesali korban jiwa dan telah cuba mengelak hal ini daripada berlaku,' kata beliau.

Pasukan keselamatan Israel diletak dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh negara.

Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, mengutuk 'pembunuhan' oleh Israel dan mengisytihar perkabungan selama tiga hari di seluruh Tebing Barat.

Beliau menggesa Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab mengadakan sidang tergempar. -- Agensi.

Alahai Malaysia.. takan nak Kutuk ISRAEL pon nak kena tanya UPCO..

oleh AnakKedah007



alahai negaraku Malaysia..awat laa aku boleh pemimpin yg lembab belengas nie... dari 10.30 pagi Isu ISRAEL PELAQ tu serang kapal... paling awal dapat dikesan KUTUKAN Kerajaan malaysia ialah di Mstar Online..iaitu jam 10.38pm baru keluaq dan jam 12.34am/01.06.2010 baru pulak keluaq kat BERNAMA kata nak kutuk... awat laaa lembab sangat nie... dah la rakyat sendiri dok ada atas kapal tuuu...

sedangkan kat Turki sana dah berkumpul penoh dah rakyat depa bagi tanda sokongan atas Kutukan Perbuatan ISRAEL PELAQ tersebut.... atau kira betoi laa apa kata Husam..depa ralit di pelok oleh dakapan UPCO itu pasai lupa tuuu... tak pon kena tanya UPCO dulu nak kena buat apa... almaklumlah sang penasihat lah katakan.....

nak tau detail KLIK Gambaq tuuu...




yang nie berita kat BERNAMA.. cuba tengok jam 12.34am baru keluaq nak KUTUK


nie plak kat UTUSAN haram tak dak langsung..just cerita jaa...

ini yg paling awal di Kesan iaitu jam 10.38pm...
kira 12jam dari kejadian serangan tuuuu

TAPI cuba anda lihat apa berlaku di TURKI
rakyat dia dah KELAM dan bandaraya dia buat BANTAHAN..