Rabu, 26 Ogos 2009

KARTIKA : Ada 2 mangkok hayun buat ISLAM jadi HURU HARA...

Assalamualaikum,

Nampaknya aku terpaksa juga menghuraikan penulisan dua ekoq mangkok sekular nie... tak tulis sat gie aku nak jawab apa depan Allah sebab aku tak tegoq mangkok2 nie pasal penulisan mereka... aku pon tak tau la nak jadi apa dengan negara 1Malaysia nie... sembang hangit satu dunia canang yang kita negara Islam... tapi mai bab apa yg di perintahkan oleh Allah kita main aci sembunyi la pulak...

awat yang kalutnya dalam hukuman sebat nie pon aku tak tau.. nak kata HAKIM SYARIE tu langgaq Undang2 atau memandai buat Undang2 dan pakai jatuh hukuman sendiri tak la pulak.. apa yg dia kenakan dan jatuhkan tu adalah termaktub dalam Undang2 mahkamah Syariah... kalau pandai2 reka hukuman tu tak apa la pulak.. awat yg pakat cempera semua nie... memang la hukuman sebat tu sikit ja 6 sebatan tak seperti mana yg Allah firman dalam Al-Quran yg mana kena hukum sebat utk yg minum arak adalah 40 hingga 80 sebatan..

la nie bab hakim dah lepas dah dia nak jatuhkan hukuman sampai 40 sebatan tak ada dalam undang2 mahkamah malaysia yg ada paling banyak 6 rotan.. maka 6 rotan tu lah yg di perintahnya... bab tak hukum 40 sebatan kena tanya org yg buat undang2 tu laa iaitu pemerintah...

lepas tu kalau dok hingaq kata zalim hukuman sebatan 6 rotan tu awatnya dok buat undang2 tuu..dimana sama macam hukuman gantung sampai mati utk pengedar dadah... yang nie tak zalim kaa sampai hangpa pie jatuh hukum tentukan nyawa orang... awat yg nie pakat tak hingaq dan kalutnya.... bising la satu dunia kata gantung sampai mati nie zalim...

nie la puncanya bila pikiaq pakai kepala lutut... hukum allah nak buat mudah dan pikiaq pakai akal.... mai bab POSA hangpa patuh tak mau-mau..kalau bilal tak azan magrib tobat hangpa tak makan punya takut batal POSA... tapi mai bab HUKUM ALLAH hangpa boleh buat kais-kais tepi jaa... nak buat dan tak buat macam-macam hangpa kata...

Dah ALLAH kata HARAM maka HARAM lah ia... Dah ALLAH suruh laksana maka laksanakanlah.. tak payah la dok pikiaq adil la apa la kesian laa bla bla bla... kalau macam tu POTONG TANGAN tu kira zalim laa tangan dok elok2 kita pie potong... inilah otak udang namanya... bila dah kata zalim takan pakat nak kata ALLAH itu zalim sebab suruh potong tangan.... kalau dah sampai terra tu hang pa pikaiqnya maka 'berambus la hangpa dari bumi allah ini'.... itu saja yg dapat aku katakan...

Yang nyata dan jelas pada aku..orang macam hangapa nie lah yg buat ISLAM jadi HURU-HARA.... ISLAM di perintah bukan ISLAM yang Memerintah...

yg jelas hangpa memang mangkok hayun....


PENULIS 1

Sebat: Islam junjung tinggi keadilan
Dr Mahathir Mohamad
Ogos 25, 09
12:59pm

komentar Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum bir.

Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.

Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia.

Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah.

Jika kerajaan tidak memperkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Apakah ada larangan dalam Islam untuk memperkanunkan undang-undang syariah?

Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini.

Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya.

Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil".

Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman.

Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.

Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu.

Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum bir (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan.

Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.


Artikel pendek ini diterbitkan semula, sepenuhnya, daripada blog peribadi beliau Che Det.

PENULIS KE 2

Imej agama apa yang kita mahu?
Norhayati Kaprawi
Ogos 25, 09
12:50pm
komentar Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.

Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal.

Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.

Lupakah mereka tentang pesanan Allah: "Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat Al-Qur'an yang memberikan peringatan yang sama seperti An-Nahl: 119, Al An'aam: 54, dan An Nahl: 125.

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?

Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?

Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun. Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)

Selasa, 25 Ogos 2009

Kita Flash Back Balik Kisah YB Radhzi Nie....

oleh AnakKedah


Nampaknya cerita pasai kelaku mamat exco nie dah lama dah sahabat penyapu lidi tegoqnya... tapi kita sahaja yg dok buat dongoi lagi... kisah pasai mamat nie keluaq bulan MEI 09 tempohari pasai kelaku-keliki dia...tak caya cuba hangpa baca balik link yg aku copy paste nie....

APA Nak jadi dengan EXCO PKR Kedah nie..

gerak kelaku dia dah di kesan di Langkawi lalu depa tegoq tetapi aku tengok macam tak ada apa jaa...mamat tu masih dok pegang EXCO...
dan ini pulak tulisan dari sorang sahabat dgn gelaran JIN BRABUS kat Kedahlanie...pada bulan JULY 09

PANAS : Kedah Juga Bakal Ada KATAK jika tak diawasi betul-betul.

dan yang terbaru pada awai bulan OGOS 09 lalu dimana penyapu lidi suruh kita berjaga-jaga pasai mamat sekoq nie..

Jaga-Jaga Sidang Dun Akan Datang Mungkin Ada Yg Luar Biasa...

tulisan beliau ini adalah rentetan dari cerita yang sebelom ini berkenaan mamat exco nie...yang mana keluaq pada bulan Mei 09 jugak...

Sah! Satu Konspirasi Terancang Sedang Berjalan


dari sini dapat kita lihat yg kerja mamat sekoq nie dah ada RAKYAT yang menghidunya.... dan dah pon didedahkan utk tatapan rakyat semua.... ini belom lagi dengan laporan beliau tak turun kawasan dan claim melampau tuu... semua nie dah pon di hidu awai lagi dengan gerak langkah dan kelaku beliau ianya memang seperti sudah di impikan oleh beliau untuk melompatnya....

ADA EXCO KEDAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN - Claim Tak Mau-Mau...


jadi kepada PEJUANG-PEJUANG RAKYAT semua Kita TERUSKAN PERJUANGAN... kepada yg lemah di persimpangan biarkan mereka... biarkan generasi mendatang mengutuk mereka dengan apa yang mereka lakukan.... yang nyata dan jelas sekarang MUSUH KITA tetap MELANGKAH untuk memusnahkan kita... kepada mamat nie cadangan peribadi saya kita lempaq taik lembu ja bila dia balik kawasan LUNAS nanti... baru ada akai..khianat 10k pengundi dia sedangkan yg lompat ikut beliau cuma 200 orang sahaja... tak belajaq matematik kaa 10 000 : 200 orang... takkan ini namanya dapat sokongan akaq umbi... sedangkan cabang keadilan kat situ pon dan kena gantung dek PKR Pusat....

Apa punya haru mamat sekoq nie... so far kira syukur alhamdulillah sebab MEMPELAM BUSOK dah jatuh.. seandainya kita dok simpan lama sekali-kali dengan kita semua BUSOK... jadi selamat berambos wahai RADZHI oii....

LAWAN TETAP LAWAN...

Permatang Pasir : Sebok SMS nampak Rohaizat..SMS siapa tuu...

[2009-08-25_113920.jpg]

Isnin, 24 Ogos 2009

Dari 3 jadi 1 supaya senang 'AKU' Makan...

3 jadi konsortium: PM

Oleh Abdul Razak Raaff dan Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my


ROSMAH menyampaikan sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin sambil diperhatikan Najib sempena majlis berbuka puasa di Masjid At-Taufik di Peramu Tiga, Pekan.

Gabung projek Felda, Felcra, Risda tingkat ekonomi

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga agensi pertanian terbesar negara, Felda, Felcra dan Risda bergabung mewujudkan konsortium bagi menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi secara perkongsian, sekali gus meningkatkan pendapatan peneroka dan pekebun kecil.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta ketua eksekutif dan pengerusi ketiga-tiga agensi itu menemuinya bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagi membincangkan bagaimana gabungan dan perkongsian itu boleh dilaksanakan.

Beliau berkata, banyak faedah yang dapat diperoleh peneroka dan pekebun kecil jika ketiga-tiga agensi pertanian itu bergabung dan meningkatkan kerjasama.


Aku Nak Komen Pon Rasa Sama Macam Brader Tukar-Tuib Komen jadi aku copy paste kat sini jadi pakat-pakat pikiaq la kelaku puak2 UMNO nie...

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… KONSORTIUM….SIAPA YANG AKAN DI KON …kah kah kah…

Kah kah kah… ADA YANG KENA KON... ADA YANG KENA TIUM… kah kah kah..

Kah kah kah… BILA SEMUA DAH TERKUMPUL DALAM SATU PAKAGE…kah kah kah…

Kah kah kah…HARTA RAKYAT INI AKAN APONG KAN DI BURSA SAHAM…. Kah kah kah..

Kah kah kah… KEMUDIAN JUAL…PADA SINGAPURA…kah kah kah..

Kah kah kah…. MACAM SYARIKAT PADI BERAS NEGARA …JUAL PADA HONG KONG... Kah kah kah…

Woit…NGOOOK... PENEROKA BUKAN NAK KONSORTIUM….kah kah kah...

kah kah kah... PENEROKA HENDAK GERAN TANAH…kah kah kah…

Kah kah kah… BILA NAK BAGI GERAN TANAH… HAK MEREKA….kah kah kah…

Ahad, 23 Ogos 2009

ADUN Lunas M Radzhi - Letak Jawatan Semua Sekali baru Anak Jantan


Salam Syeih..

awat hang ingat dengan 200 org yg keluaq PKR tu dah cukup dah hang nak kata keluaq hang dapat kebenaran akaq umbi.. 200 org saja yg belah tapi tolak 10k majoriti yg menang dulu maka banyak lagi yg tak sokong hang.. kena ingat yg tuu..

hang kena ingat hang menang tempohari bukan kerana hang PKR bukan kerana hang nama RADZHI bukan kerana hang nama PEMBANGKANG.. tapi kerana KAMI MELUAT KAT UMNO BN dengan kelaku depa...

tapi kalau hang pon buat kelaku PELAQ jugak hang memang PELAQ la beb...

Hang kalau anak jantan hari nie jugak hang letak jawatan ADUN... tak sah dok khianat 10k punya majority pengundi tempohari....


hang nak belah kami tak kesah sebab kelaku hang sebelom nie pon dah BUSUK dah.. dengan klaim melambong laa dengan kelaku masa zaman arumugam dulu laa... dan dah lama dah nak kais hang jatuh tapi hang masih dok belakon lagi kata hang setia....

lanie hang dah jadi taik ayam panu.. maka tak payah dok galak nak pegang jawatan EXCO ka ADUN ka baik hang belah....dengan 200 org yg paling tadah tuu... hang letak JAwatan kedua-dua tu dan berambus dari bumi KEDAH nie... kami dah boring dah kalau dok tengok PELAKON-PELAKON PELAQ semasa waktu pilihanraya nie...

Ini no hp mangkok2 pelaq nie ikut suka hangpa nak buat apa:

http://pkwr-lunas.blogspot.com/
Nama YB. ENCIK MOHAMMAD RADZHI BIN SALLEH
(PKR)
Alamat Rumah No. 70 Taman Rasa Sayang
06000 Jitra
Kedah Darul Aman.
Alamat Pejabat Aras 2 Wisma Darul Aman,
05503 Alor Star
Kedah Darul Aman.
Tel Rumah 04-9174555
Tel Bimbit 0172688308
Emel radzhi@kedah.gov.my
pkwr.lunas@gmail.com
URL Pusat Khidmat YB

1. En. Jamaruddin Abu Hassan(Pegawai Khas & Politik) 0194638484.
2. Tuan Hj. Elias Hj. Saad(Pentadbiran & Pengurusan) 0194424411.
3. Cik Nurul Hidayah Rahim(Setiausaha) 04-4849835.


Permatang Pasir : Isu BONGKAR - kenapa KJ sebok pasal PENGUNDI HANTU...

Kenapa KJ and the Gang begitu sebok dengan PENGUNDI HANTU... sebenarnya pengundi HANTU ini adalah hasil ciptaan mereka pada Tahun 2004 dahulu dimana target mereka adalah hendak menang kerusi PERMATANG PAUH dimana sewaktu itu Datin Sri Azizah Lawan Ustaz Firdaus al-mangkoki al-tendang peti undi.. dimana sewaktu itu bermacam depa bawak mai lunggok kat PERMATANG PAUH dan salah satu kawasan DUN dia adalah PERMATANG PASIR inilah... tak terkejutkah anda semua dari dok menang banyak last jatuh sampai 500 undi tak ka gila di pikiaq dek akal....

Selepas terkena TKO sewaktu pilihanraya 2008 dan terus terseungkuq pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu dimana hantu jembalang yg di bawa pon memangkah PAKATAN RAKYAT jadi mereka dah tak keharuan jadinya.....

Bila ada pilihanraya kecil PERMATANG PASIR maka BN terpaksa mencari satu akal untuk menyerang Pakatan Rakyat dan si KJ Berok nie nampak satu isu yg boleh di manipulasikan oleh beliau adalah bab PENGUNDI HANTU dimana sudah tentu mereka mempunyai senarai nama HANTU-HANTU JEMBALANG ciptaan BN/UMNO suatu waktu dahulu maka BN/UMNO pon bising lah macam murai masuk kampung seperti merekalah pejuang pengundi hantu nie... tetapi BN/UMNO lupa bahawa perjuangan menangkap hantu nie adalah perjuangan PAKATAN RAKYAT... KJ lupa yg mana 100ribu yg keluar di jalanraya yg mana KJ gelarkan 'BEROK' itu lah yang menyatakan akan pendirian mereka...

[2009-08-23_114541.jpg]

TETAPI di pilihanraya kecil ini kenapa pulak KJ & the Gangs nak jadi jaguh pengundi hantu.... mungkin kerana meraka sudah sedar yang hantu-hantu jelmaan mereka sudah berpaling tadah....lalu menjadi tak keharuanlah mereka...

alahai UMNO/BN nampaknya jangka hayat anda dah di penghujung jalan sebab perjuangan anda sekarang seperti meniru perjuangan Pakatan Rakyat.. anda sudah ketandusan memikirnya...orang bagi amanah hangpa khianat kini anda melalak nak jadi jagoh.... boleh blah laa itu macam....

[2009-08-23_114455.jpg]

Pengundi hantu: Puteri UMNO buat laporan polis

BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Pergerakan Puteri UMNO negeri hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan lapan nama pengundi yang berdaftar di alamat kediaman orang lain.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Puteri negeri, Ida Moerni Zakaria bersama beberapa anggota pergerakan itu di Balai Polis Kubang Semang di sini kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Bercakap kepada pemberita di Bilik Gerakan Barisan Nasional Permatang Pasir, beliau berkata, anggota Puteri yang pergi merayu undi di beberapa rumah di Kampung Paya mendapati wujud sekurang- kurangnya lapan nama yang didaftarkan di alamat kediaman orang lain.

Isnin, 17 Ogos 2009

Awat aku suka tengok gambaq nie tak tau....berkobar-Kobar Si KJ berceramah...



Bukan Apa.. sebab bila dengaq ceramah dia tu berkobar-kobar gilak...
takkan ceramah depan kerusi kot..eishhh eishhh eishhhh...kesian ko KJ...huah huah huah.....




Ahad, 16 Ogos 2009

Muhyidin, Nuri & UMNO....Apa yang salahnya pada berita ini...??

oleh AnakKedah

Helikopter Nuri bawa Muhyiddin mendarat cemas akibat cuaca buruk

16/08/2009 3:33pm

KOTA KINABALU 16 Ogos - Helikopter Nuri yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 14 yang lain melakukan pendaratan tak dijadual di Impian Jadi Resort, Tuaran akibat cuaca buruk.

Muhyiddin dalam perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu untuk merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Penampang.

Beliau kini meneruskan perjalanan menerusi jalan darat.- Utusan.

AnakKedah : Yang Salahnya adalah menggunakan harta kerajaan pie rasmi persidangan UMNO... ada faham..?? kalau tak faham pie masuk Tingkatan 6 belajar matapelajaran Pengajian Am tajuk Perlembagaan Malaysia beza Parti Politik & Kerajaan Memerintah. Nuri tu servis dia rakyat Malaysia yang bayaq melalui cukai pendapatan bukan ambik Yuran Ahli UMNO....

Sabtu, 15 Ogos 2009

UMNO/BN - Fuyooo ramainya orang...

Assalamualaikum,


nampaknya semakin hari semakin syok sendiri di lihatnya UMNO/BN nie... jika dilihat sebenar2nya sepertimana sebelom nie ditunjukan gambaq UMNO PULAI bersidang kini ada plak gambaq pasal kehadiran Ceramah KJ... kalau macam nie punya kehadiran insya'allah tak mustahil UMNO/BN mampu menawan semula negeri-negeri yang mereka kalah dahulu..he he he

Ceramah KJ Di Shah Alam: Puluhan Ribu Hadir..!

Dari Johor kita balik ke Seksyen 6, Shah Alam... tapi dalam majlis anjuran parti yang sama... satu-satunya parti yang memperjuangkan "Bangsa MeLAYU"... satu-satunya parti yang memartabatkan agama Islam di Malaysia dengan menyuburkan budaya "Rasuah" ops... 'Politik Wang" (maaf)...

Satu-satunya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia dengan mendirikan pusat judi haram ops halal (sebab ada lesen) yang terbesar di Asia...

Satu-satunya parti yang berjaya memperkenalkan agama Islam di Malaysia dengan menjadikan Malaysia sebagai pasaran jualan arak haram ops halam (sebab ada lesen) jenis Martell kedua di Asia selepas negara China...

Kali ni kita ke majlis ceramah anjuran UMNO (baca UMNgOk) bersama penceramah tersohornya KJ..!

Ternyata kehebatan KJ amat-amat terserlah selepas ceramahnya berjaya menarik lebih empat puluh ratus tiga puluh lapan ribu juta hadirin..!

Tahniah UMNO (baca UMNgOk)...!!! Tahniah KJ...!!! anda memang pejuang..!

Punya semangat KJ berceramah berapi-api sampai nak jatuh songkok yang KJ pakai... air liur jangan cakap la... memang orang yang duduk depan skali kenyang telan air liur KJ sebab KJ ni jenis tak reti nak simpan air liur dekat tepi bibir macam Mat Strawberry...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ... !!!

Alahai SPRM..GAJAH depan mata tak nampak tapi yang cinonet SEMUT yang hangpa pulonnya....

Salam,


Aduh SPRM aku ingatkan hangpa dok siasat kes besaq hasil songlap BILION-BILION Ringgit sampai ada yg dijumpa mati nya dalam pejabat hangpa... tetapi yg sedih jugak la bila aku tengok hangpa punya kalut dok siasat TETAPI kes ciput cinonet ja yg hangpa dapat selongkaqnya kat PAKATAN RAKYAT.

Apa barang la SPRM nie kalau setakat nak siasat Isu RASUAH BENDERA 1500 helai, Isu RASUAH PASANG KASET KAT KERETA OLEH MB SELANGOR dan Isu RASUAH LEMBU MB SELANGOR.. pada aku hangpa memang sadis gila laa... 2 Tahun Pakatan Rakyat Memerintah hanya kes sebesaq tu sahaja hangpa mai terjah dan siasat...sedih sedih.. sedih aku tengoknya...

Sama jugak dengan KELANTAN..18 tahun Tok Guru Perintah..haram satu pon kes tak ada hangpa dapat bawak ke muka pengadilan..aku ulang TAK ADA satu pon kes... yg dok ada main serkap jarang ja oleh pimpinan UMNO.. ingat dak lagi kes Lojing Vs Balak dulu.. bukan main pantas hangpa pie terkam tapi haram tak ada pendakwaan... begitu lah nasibnya hang pa nie...

kalau setakat kes-kes ciput cinonet nie hangpa dah mai terkam macam buaya lapaq mai pulak aku nak tanya... Bagaimanakah pulak dengan kes-kes laporan yang dilakukan berkandaq-kandaq dan berkotak-kotak (opsss nanti tersedak plak mamat ezam tu) oleh Pakatan Rakyat sejak tahun 1999 hingga 2009 nie... Satu habok apa pon tak ada aku nampak disiasatnya... dengan KAPAL SELAM nya, dengan PFKZ nya, dengan Khir Toyo nya, dengan AP nya, dengan Lawatan ke Disneyland nya...bla bla bla...

Entahlaa nak kata apa pon aku dah tak tau dengan kelaku hangpa semua... kalau nak siasat... hangpa siasat semua laa... baru syok kami rakyat marhaen nak tengoknya... tak kira siapa yg salah...janji RASUAH dan BERSALAH biaq mampuih puak-puak tu.. nie baru nama pengkhianat bangsa dan negara... hang pembangkang ka hang kerajaan ka.. salah kalu kami tangkap.. ini baru nama profesionalnya... tak ada nampak 'double standard' nya... baru la rakyat halal kan rezeki yang hangpa makan tu dan tak la dok kena sumpah seranah selalu dek rakyat kata hangpa makan rezeki haram......

Alahai SPRM...


Khamis, 13 Ogos 2009

Is this a typical scene after lunch time at UMNO's meeting..?

Oleh AnakKedah...

Salam semua.. ini satu gambaq wa angkat dari facebook Dato' Razali Ibrahim... pakat-pakat tengok dan fikir sendiri laa...

http://img23.imageshack.us/img23/2070/20090813232542.jpg

Rabu, 12 Ogos 2009

Apa Punya Tur UMNO nie..


Kalau orang buat demontrasi macam2 hangpa kata tapi kalau hangpa buat satu apa haram jadah pon tak kata... polis ka fru ka dok buat bodoh ja macam tak ada apa berlaku... satu lagi kalau nak buat tu biaq la ramai sikit yang datangnya kalau sekadar 4,5 ratus orang tak payah la buat semak mata ja tengok... lanie kalau dah pengkhianat sangat mamat sekoq tu apa kata hangpa himpun 1Malaysia rakyat yg sokong hangpa biaq tengok puas dek mata... nie buat demontrasi yg bercakap tu ja lebih sudu dari kuah sedangkan yg mai cuma 2,3 ekoq jaa... kalau macam tu..itu bukan suara 1Malaysia tu suara jilat juboq jaa....


LAGI PROTES... Kira-kira 500 penyokong dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak menganjurkan perhimpunan secara aman dan menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa Melayu di Wisma Umno Jalan Gopeng, Ipoh hari ini. Perhimpunan itu diawasi oleh pasukan Polis Anti Rusuhan (PORU). -- fotoBERNAMA

Rabu, 5 Ogos 2009

Dok Siasat pasai pa..depa bukannya ambik duit rakyat, samun duit rakyat, curi duit saham rakyat...

Demo ISA: Polis diarah siasat pemberi upah

PEKAN 4 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu telah diupah oleh pihak tertentu.

Perdana Menteri juga tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu untuk menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

''Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan di Kampung Runchang dekat sini, hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung perkara itu.

AnakKedah : mamat nie ingat ianya program UMNO ka kena sediakan 3T ( Topi, T-shirt , Tapau ) baru rakyat mai berduyun-duyun... kalau mai himpun dua tiga biji Bas tak pa ja jugak dapat membayaqnya.. nie mai berduyun-duyun macamana mau bayaq.. hangpa ingat Pakatan Rakyat nie kaya kaa... ceramah pon kena kutip derma ada hati nak upah rakyat.. aku rasa kelaku nie depa dok buat itu pasai depa dok sembang dan hingaq bab bayaq rakyat mai event depa.... jadi kira panglaman laa nie.. kalau nampak rakyat mai satu2 program tuu ingat dapat upah laa...cit podah... memang betoi la hangpa ne semua taraf ayam daging jaa....

satu lagi pak polisi..yg kalut nak siasat tu pasai apa.. nu belambak lagi kes jenayah yg tak settle...tapi dok kalut buih tang nie pasai pa...mampuih pie la depa kalau depa tu diupah dan dibayaq bukannya puak tu ambik duit rakyat, samun duit rakyat, curi duit saham rakyat.... sikit2 siasat sikit2 siasat...selesai ka haram....

Muhyidin tetap Ketegaq...

'Saya tidak akan minta maaf'


Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga dari kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Mohd. Nasir Mohd. Ashraf (kanan).


PUTRAJAYA 4 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Pahat, Johor, Ahad lalu.

Timbalan Perdana Menteri turut mengakui kenyataan tersebut datang dari mulutnya sendiri dan bukan satu pembohongan.

"Saya nak beritahu, saya tak kan minta maaf. Memang itu kenyataan yang saya buat, saya bukan bohong," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tuntutan Anwar yang mahu dirinya menarik balik kenyataan yang dibuat semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

AnakKedah : Tak pa mai kita tengok sapa yang kena...

PinkTurtle: Jika tidak mohon maaf,TPM dan Utusan akan disaman RM100 juta