Selasa, 13 Oktober 2015

Berani MUKHRIZ nak laksanakan undang2 tatacara berpakaian, orang pertama kena tentu bini dia..!!

Tiada tatacara pakaian wanita Islam di Kedah – Mukhriz

mukhriz, kedah
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri akan memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama Islam di negeri itu.

Menurutnya, Kedah merupakan negari majmuk yang berbilang kaum dan mesej tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang cadangan itu berkemungkinan merupakan usaha mensabotaj program ‘Discover Kedah’ tahun depan.

“Itu (cadangan) adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita di Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai ‘strict’ sangat.”

“Pada akhirnya, ia antara seseorang dengan Tuhannya,” katanya yang dipetik daripada Bernama. .

Mukhriz meminta semua pihak tidak risau tentang perkara itu kerana sehingga kini tiada cadangan mengenai kod pakaian wanita Islam di Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.

Mukhriz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengenai perkara itu pada Isnin.

Rawi dilaporkan berkata, kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk melaksanakan peraturan berpakaian itu tetapi masih di peringkat perbincangan oleh Majlis Agama Negeri Kedah.

Mukhriz berkata, perkara mengenai cara berpakaian seseorang itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan peraturan, lebih-lebih lagi di sebuah negeri dan negara yang majmuk serta pelbagai kaum.