Sabtu, 31 Oktober 2009

PAS Sedang membela pemimpin yg bangang...!!

Aku sebanaqnya memang tension dgn mangkok2 nie... sebab tengok dah macam syok sendiri... gila nak bercakap tapi tak kena tempat.. sekarang cuba tengok apa dah jadi... lanie lu pikir la sendiri...

p/s: aku malas nak menulis kira aku ambik yg apasi aduka tulis nie kira sama dgn apa aku dok pikaiq laa....kredit kat aduka...

Apabila rahsia PAS dibocorkan ulama barua PAS.


Oleh : AdukaTaruna

Allah menunjukkan kita rentetan peristiwa yang sangat cantik. Bayekk punya plan. Tapi hanya untuk golongan berfikir.

1. Memola Allah takdirkan Presiden sindir Mursyidul Am, supaya jangan guna blog (media baru) dalam hal-hal dalaman parti.

2. Kemudian, sekejap sangat dari itu, Timbalan Presiden dan Hasan Ali melanggar sendiri sindiran itu dengan menjemput bloggers. Malah jauh lebih dasyat Allah takdirkan dengan penyertaan bloggers UMNO sendiri. Subhanallah. Cun gile.

Dari peristiwa itu, berlakulah satu rahsia party yang selama ini tidak disahkan atau dirasmikan, yakni satu kaedah baiah dengan taklik cerai. Lompat UMNO, cerai talak 3. Allah mengatur semua ini untuk kita, manusia yang berfikir.

Timbalan Presiden dan PJ Selangor sendiri mengesahkan rahsia jemaah Islam SeMalaysia di hadapan semua bloggers termasuk bloggers UMNO! Ini adalah satu kenyataan rasmi! Maha Suci Lu Ya Allah. Memang gua sujud terhadap Lu.

Lu bayangkan rakaman audio mengenai RAHSIA KAEDAH BAIAH CERAI TAKLIK yang berada dalam genggaman bloggers UMNO akan dimanipulasikan seluruh media perdana. Kemudian dibahaskan oleh seluruh ilmuan Islam sekular.

Cerai bini talak 3 jika masuk UMNO - Utusan

Cerai talak 3 adalah penyelewengan agama yang jijik - Mufti Johor.

Betapa besarnya fitnah yang terhasil? Muslim Melayu semakin keliru, non muslim semakin jauh. Kerana lafaz taklik tersebut, mereka tidak boleh melompat keluar party, tetapi berusaha menggabungkan PAS dengan UMNO. Hanya melalui itulah taklik tidak terjatuh. Subhanallah. Lu memang suci Ya Allah. Sungguh cantik sekali peristiwa yang lu susun untuk kami.

Gua tidak mempunyai akhlak yang baik untuk menegakkan satu negara Lu, ya Allah. Tapi gua mempunyai kecerdasan dan keberanian yang boleh melanggar Hadi tahun depan. Harap Lu kekalkan kecerdasan gua, dan tidak membolak-balikkan keberanian gua. Gua kembalikan anugerah yang Lu pinjamkan kepada gua dan rakan-rakan ke jalan Lu kembali. Lu mudahkanlah ya Allah.

Jumpa projek langgar Hadi tahun depan. Insyaallah. Amin.

update :

Sebab ramai tak faham apa maksud gua, gua sertakan petikan dan link untuk baca dengan lebih lanjut dedahan Mahaguru58, blogger yang mendoakan TGNA mati. Klik sini untuk link.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tigaSEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Rabu, 28 Oktober 2009

Cuba Hangpa D I A M... Boleh Tak...!!!

Tok Guru Aku kata kalau sesuatu perbuatan atau percakapan kita itu akan menyebabkan mendatangkan sesuatu persoalan dan keraguan lebih baik kita BERDIAM diri...

DIAM itu adalah sebaik-baik perbuatan...

Masalah sekarang hangpa 2,3 kerat nie suka bercakap itu yg timbul macam2 persoalan... kalau nawaitu kita tu nak buat benda elok tapi BERCAKAP dan MEMBUAT sesuatu perkara tak kena masanya maka benda seperti sekarang nielah akan timbul...

sekarang sendiri cakap sendiri bikin maka sendiri tanggung...

ingat pesanan TOK GURU aku nie..

D... I.... A.... M.....

Apa yg di terangkan oleh RoslanSMS kat blognya pasal apa yg dikatakan sebelum ini...
Kerja-kerja menangguk di air keruh

Saya dihubungi wartawan Sinar Harian semalam berhubung pertemuan antara bloggers dan Dato Dr Hasan Ali di kediaman beliau malam sebelumnya. Pada hari ini kenyataan saya itu terbit dalam akhbar yang sama.

Sebelumnya di alam maya macam-macamlah yang dilemparkan oleh para penulis dan pengkritik dan lain-lain. Ada kalangan rakan blogger yang hadir cuba memberi penjelasan,ada diantara yang tidak hadir terlebih sudu dari kuah memberi huraian seolah malaikat sudah tiada di kiri kanan mereka.[Lagi]

Awat Laa Dok Ada PEMIMPIN YG BANGANG Nie..!!!

oleh AnakKedahOO7

Aduhh kan sekarang dah mula jawab menjawab... aku sebenaqnya dari semalam lagi nak kata sesuatu tapi aku simpan lagi sebab nak tengok apa nak jadi seterusnya tetapi aku tak dapat simpan dah benda yg bergelodak dalam perut aku nie.. dah naik boring dengan kelaku sesetengah pemimpin kita yg dok ada...

bukan apa semuanya pakat nak tunjuk pandai...awat ingat hanpa hebat sangat ka..kalau rakyat tak pilih hangpa naik atas jadi nagka busuk la jawabnya hangpa semua nie.. jadi berpada-pada laa jangan ingat apa hangpa buat tu kena semua...

Nie aku nak sound direct ja kat pimpinan yg dikatakan pro itu pro ini laa.. hangpa jaga sikit mulut hangpa kelaku hangpa dah nak naik meluat dah nie.. dah org kata tutup buku dan nak sembang masuk dalam mesyuarat tak yah guna media yg dok ada tetapi hangpa ketegaq butir nak bercakap jugak...

bila dah bercakap saheh org akan ambik dan buat ulasan spt mana mangkaq dua ekoq si Hasan dan si Nasa dok galak panggil bloger kemarin... bila bercakap tu keluaq la cerita mamat si Husam dan hari nie mamat tu pulak depend diri dia.. maka berlegar lagilah isu tu kat surat habaq...

itulah jadinya bila pakat ketegaq dan gatai nak bercakap... jadi dah pakat dok londeh hang aku dah last apa yg aku dapat kata hangpa nie cakap depan penyokong berdegaq2 tapi last jadi lubang taik jugak...

Saya bukan dalang: Husam

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sentiasa membuat ketetapan sendiri tanpa tidak dibincangkan dengan mana-mana pihak dalam parti itu, termasuk ahli Badan Perhubungan Pas Kelantan.

Serentak itu, Husam menafikan dakwaan pihak yang mendakwa beliau adalah individu di belakang kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi mengubah kepemimpinan parti itu.

Husam yang juga Exco Kanan Kerajaan Pas Kelantan, mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak faham kenapa pelbagai pihak dalam parti berkenaan membuat tohmahan kononnya beliau adalah individu mendalangi isu dibangkitkan Nik Aziz.

Isnin, 26 Oktober 2009

Boikot Kad Kredit Mulai Sekarang....

Assalamualaikum,

Aku nak pesan kepada pemegang Kad Kredit..sebab mulai tahun hadapan anda semua akan menjadi penyumbang utama kepada kerajaan Malaysia sebab hangpa kena bagi 1Kad RM50.. Wajib... dan juga 1Kad Tambahan RM25 juga Wajib.. tak ada pengecualian...

Jadi kepada yang ada kad kredit berkeping-keping pakat-pakat pie kerat laa biaq padam muka kerajaan Malaysia sebab dok cita-cita nak balon duit rakyat secara halus...

nie dari petikan ucapan Ketua Pembangkang kat dewan hari nie..

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.
Cuba hangpa tengok macamana depa korek sana tampung sini... yg paling naya aku katakan Pemegang Kad Kredit boleh dikatakan penyumbang utama utk budget tahun nie...

Bukan apa anggaran dari kenaan Yuran tersebut kerajaan dapat kaut dalam RM400juta... Jadi itu jugak duit rakyat.. padahal sejak tahun lepas kebanyakkan BANK-BANK telah mengecualikan Yuran Tahunan dalam ertikata PERCUMA SEUMUR HIDUP... tetapi kini kerajaan telah buat punca duit utk mereka....

Jadi nasihat aku hangpa pie KERAT LA KAD-KAD KREDIT tu.... sebelum nie ada jugak la rakyat berbelanja guna kad kredit [pada yg tak tau guna tu belanja boros tu lantak hangpa laa..sapa tak suruh beringat] biaq pusingan pembelian tak ada biaq mampos kadar pembelian barangan negara...

Baru Ada Akai Semua....

Ahad, 25 Oktober 2009

PAS Re-form...

[logo-reform.jpg][logo-reform.jpg]
[logo-reform.jpg][logo-reform.jpg]

Assalamualaikum...
Aku pon nak joint hangpa laa... serabut kepala la tengok apa yg dok jadi 2,3 hari nie
Takan dah pakat lupa semua dah kot dasar perjuangan kita...
sedangkan benda tu yg hangpa semua dok tarbiah kami kat bawah nie..
hangpa suruh kami semangat berjuang demi agama bangsa dan negara

masa tak menang dulu bukan main semnagat semua dok berjuang...
TETAPI bila ALLAH dah kurniakan kemenangan awat hangpa semua jadi kalut buih...
kekadang tu kami yg kat bawah nie naik serabut kepala memikirnya....
awat jadi lagu nie... semua dah meroyah buih dah kaa...
dah jadi kera dapat bunga busuk...semuanya syok sendiri jaa...

kalau macam nie punya kelaku tak mustahil kita akan tertiarap rapat
sampai tak dapat panggung kepala pada PRU13 nanti...
Kalau tak percaya hang buat la kelaku macam dok ada lanie...
sebijik macam tsunami al-hadari masa 2004 dulu...

jadi mana yg tak betoi tu mai lah kita pakat perelok balik..
kita ajust bagi lurus balik..jangan bagi gelong tayar tuuu...
seandainya perelok skrg kira ok lagi sempat kita ajust lagi..
tapi kalau dah nak berak baru pakat nak buat lubang..
pakat-pakat tunggu ja lah ombak tsunami tu nak mai semula...

yang benar:
anakkedah

Ahad, 18 Oktober 2009

Pesanan Untuk Salah Seorang EXCO KEDAH


TINGKAH LAKU ANDA SEDANG
DIPERHATIKAN...


KURANGKAN XTVT LUAR...

TUMPUKAN KEPADA AMANAH YANG DIBERI...
BERHATI-HATI MENGKALA BERKAWAN DENGAN
MUSUH DALAM SELIMUT

LAST..
GOLF DATOK AMPU@BODEK
[Tak faham...Luu kena Fikir Sendiri]

BUKAN APA..
"SEBAB BANYAK KERJA SANGKUT NIE....
TAPI LAPORAN LU SAMPAI KAT MB... ''YES SIR..OK SEMUA''



Sabtu, 17 Oktober 2009

Secebis Kisah Untuk PR Perak : Udah la tu Yoep.. Boring dah aihhh....

oleh AnakKedah..

Assalamualaikum...

Aku bila terbaca pasal Pakatan Rakyat PERAK nie..semakin hari macam naik meluat pulak kelaku puak-puak nie... sory la bro.. aku bukan anti Pakatan Rakyat tetapi aku tengok kelaku hangpa sejak dua menjak nie dah jadi lain macam pulak... macam buat sesuatu tu syok sendiri dan memalukan penyokong kat negeri lain la pulak....

Bukan apa selepas Zamry MB Haram tu habaq kata nak buat persidangan dewan... dan hangpa dah sebulat suara buat pakatan tak mau hadir.. pada aku itu tindakan yang terbaik... kerana hangpa tak iktiraf si Speaker Haram Ganesan tuu... dan terutama Kerajaan Negeri Haram... lantak depa la nak buat apa pon... nak sidang ka nak lulus bagej ka mampos pie tok sah dok pie... pada aku RAKYAT akan tengok apa yg hangpa buat nie akan merupakan satu tindakan yg bijak...hangpa booo layan arahan Zambry & The Gang.... Insya'Allah rakyat faham akan yg ini....

TETAPI bila hangpa pulak cakap berbelit sat tak mau pie sat nak pie... ini akan menjadikan peluru kepada pihak LAWAN dimana mereka akan manipulasikan perkara ini utk di tanam kedalam otak penyokong2 mereka dengan kelakuan hangpa.... penjelasan pasal dok gaduh dalam dewan tempohari pon tak clear lagi... sbb ada lagi rakyat yg dah percaya Ganesan speaker yg sebenar padahal cerita sebenarnya lain... Lanie biaq dewan tu KOSONG dengan tanpa wakil kita.. biaq la depa nak sidang apa benda pon... pada kita persidangan depa tu adalah HARAM... jadi pie bagitau rakyat akan hal nie...

Pada aku tak payah la dok ikut rentak depa... bagi depa perintah secara haram nie, tak lama mana lagi dah aihhh 2thn saja lagi.... hangpa pie turun buat penjelasan kat akaq umbi bagi rakyat faham... itu yang utama....

Pasal notis dari sapa tu.. tak payah laa aku takut nanti rakyat naik meluat dan melugai plak dengan sinopsis2 hangpa nie... Ingat sekarang nie kita boleh dikatakan 1 step kebelakang dah sebab KITA DOK RASA SELESA YG RAKYAT MASIH LAGI SOKONG KITA.....

Khamis, 15 Oktober 2009

PAK LAH Vs MAHATHIR : Pak Lah Tak mai pon....

oleh AnakKedah

http://2.bp.blogspot.com/_i8aPFpc86w8/SJAU3tWtObI/AAAAAAAAAsk/gCGF_iAWFl8/s400/tun3.jpg

Dulu....!!!

Kini...!!!!

DI MANA ADA MAHATHIR, DI SITU TIADA PAK LAH?

Menurut laporan akhbar, online dan tak online, mantan Presiden UMNO keenam, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan turut hadir sebagai tetamu kehormat di perasmian Perhimpunan Agung UMNO esok. Turut mengesahkan kehadirannya ialah mantan Presiden yang kelima, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam diam-diam sebenarnya ramai yang teringin nak tengok Tun Abdullah berada di majlis yang sama dengan Tun Mahathir. Maklumlah, ia jarang berlaku. Lagi... [depa-kata.blogspot.com]
Assalamualaikum... Nampak nya benar seperti kata blog sahabat saya nie... MANA ADA MAHATHIR di situ tak ada PAK LAH... dan nampaknya peperangan PAK LAH Vs MAHATHIR masih belum ada kata penamat lagi... PAK LAH tak kunjung tiba jugak di waktu ucapan dasar PRESIDEN UMNO pagi tadi... Alahai Pak Lah merajuk lagi keee...???

Puteri UMNO...Ummmhhhhhh....

bannerumno.jpg

Aku suka tengok gambaq nie.. hangpa nak kata apa pon biaq pie laa...
pasai pa aku suka hah hah hah....

cuba hangpa tengok mata NAJIB dan KJ tuuu.....

Selasa, 13 Oktober 2009

PAKATAN RAKYAT..HANGPA DAH LUPA KAA..???

oleh Anakkedah007

http://3.bp.blogspot.com/_cu424IYcQqo/RzhEaZvbItI/AAAAAAAAAKQ/0LYv8vu_0po/s320/tuntutan.JPG

Assalamualaikum...

Aku nak tanya pimpinan Pakatan Rakyat... Hangpa semua ingat dak lagi akan tujuan 100 ribu rakyat malaysia turun KL pakai baju kuning dulu... hang pa ingat dak lagi nie... atau hangpa dah lupa sebab syok menang banyak negeri....

dalam 4 perkara yg hangpa mintak tu satu pon kerajaan buat tak pedulik... dok merapu ada lagi... tapi aku tengok hang pa macam relax jaa tak sembang pon tajuk pokok apa yg hangpa dok laung2kan dulu....

entahlaaa cuba la tengok balik semua nie.. kita ada 2 thn ja lagi sebelom nak tengok negeri yg kita menang dan YB-YB kita akan pencen sepenggal...

Tak caya hangpa tunggu tengok... aku berani kerat jari..kalau macam nie punya kelaku... dakwat pie kemana... daftar pemilih dok caca merba... undi pos jadi huru hara..media jadi buat sebelah mata.... hangpa tunggu dan lihat............

Sabtu, 10 Oktober 2009

SPR Lena... Bukti jelas Pakatan Rakyat Tak Boleh Tapi Barisan Nasional Boleh la pulak ....


Zahid hamidi Dan Mat Hasan berkempen dalam KEM ASKAR


kalau hangpa masih tak nampak akan kelaku huduh apa yg di buat nie aku tak tau nak kata apa laa... hangpa memang hebat bila pegang senapang tetapi bila suruh pangkah memang kecut la hati hangpa... aku bukan apa hangpa nak pangkah sapa pon aku tak kira tetapi kena pada gaya dia laa.. takan nak pangkah org lidah bercabang kot.. takan nak pangkah manusia yg main-mainkan system demokrasi yg kita bina di negara Malasyia nie.. letakkan undang2 di atas jalannya.. hang tak boleh aku pon tak boleh.. yg mana HALAL kita HALAL kan yg mana HARAM kita HARAM kan... itu baru betul... jangan aku boleh hangpa tak boleh... itu diskriminasi namanya...

kepada rakyat jelata anda ada mata tengok ada telinga dengaq..
ada otak... Luuu Pikir Laa Sendiri..

Khamis, 8 Oktober 2009

Pengerusi SPR BENGONG..!!


Pasai pa aku kata macam tu... Yang hang dok sebok  suruh daftar tuu hang tak baca undang... mai aku nak habaq bagi kat hang.. aku nie rakyat besa aja tak ngaji tinggi mana pon sekadaq godek-godek internate nie ala kadar boleh laa tak la macam hang tu sampai boleh jadi pengerusi...tapi akau rasa hang nie kaki kerusi saja sebab bengong tak reti nak di ajaq...

KALAU HANG NAK TAU UNDANG-UNDANG PIHAK PENDAFTAR TAK BOLEH LULUS REGISTER PAKATAN RAKYAT SEBAB DEPA TAK CUKUP KOUTA PARTI DALAM GROUP DEPA KERANA UNDANG-UNDANG MENGKEHENDAKI MINIMUN PARTI YG BOLEH DI REGISTER ADALAH 7... PAKATAN RAKYAT ADA BERAPA KALAU HANG NAK TAU... BARISAN NASIONAL BOLEH LA ADA SAMPAI BERBELAS-BELAS PARTI... AWAT YG NIE PON HANG TAK TAU KAA....


Daftar Pakatan sebagai parti

KUALA KRAI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan komponen parti pembangkang mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gabungan yang sah seperti Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan mereka berkempen sebagai satu pakatan.        

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pendaftaran itu penting bagi mengelakkan SPR mengambil tindakan menurunkan bendera parti yang tidak bertanding seperti yang berlaku di kawasan pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Daftarlah dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti Pakatan Rakyat dan (selepas itu) SPR tidak akan kacau lagi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri dan penyampaian sijil kepada petugas pilihan raya kecil Manek Urai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini, malam kelmarin.

Beliau merujuk kepada tindakan penguatkuasa SPR menurunkan bahan kempen parti tidak bertanding di Bagan Pinang semalam, hingga mencetuskan kekecohan.

Dalam kejadian itu, penguatkuasa SPR telah dikerumuni wakil parti pembangkang yang ketika itu sedang mengadakan ceramah, sekali gus mencetuskan susana tegang.

"Oleh itu pasukan pemantau kita tetap akan melaksanakan tindakan menurunkan bendera tersebut walaupun terdapat halangan," katanya.

SPR sebelum ini melarang mana-mana parti yang tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.

Abdul Aziz turut melahirkan kekecewaannya berhubung insiden pada hari penamaan calon Sabtu lepas sehingga mencetuskan ketegangan.

Katanya, beliau sendiri diherdik oleh penyokong pembangkang ketika melalui kawasan tersebut dengan menaiki.

"Mereka seolah-olah hilang ingatan, (kenderaan) kami ditahan. Kami dimaki hamun dan ditunjuk duit pada muka kami. Saya takut lihat muka mereka dan bimbang juga keselamatan seperti kenderaan diterbalikkan," katanya.

Menurutnya, disebabkan itu SPR telah menasihatkan parti yang bertanding supaya tidak membawa terlalu ramai penyokong berarak mengiringi calon pada hari penamaan calon, iaitu tidak melebihi 5,000 orang, tetapi nasihat itu tidak diendahkan.

Khamis, 1 Oktober 2009

Wahai Pimpinan Pakatan Rakyat... Dengar Ini Rakyat Nak bersuara....

oleh AnakKedah

Aku hari nie nak bebel pasal kebodohan setengah pimpinan Pakatan Rakyat terperangkap dengan mainan media mainstream dari pihak Barisan Nasional. Bukan apa aku tengok sehari makin sehari seperti tak belajaq akan apa yang berlaku... lepas satu perkara datang satu perkara sedangkan semua tu boleh di bawak berbincang elok-elok...

dari perhatian aku benda nie bukan berlaku sekali dua tetapi dah banyak kali dah... tak kira pimpinan PAS, DAP atau pon PKR.. semuanya sama saja... pantang wartawan mai tanya dan cucuk sikit terus melatah tembak rakan sebelah....

Awat hangpa jadi lagu nie aku pon tak tau... atau memang perangai hang pa nie bodoh sombong... tak makan di ajaq oleh rakyat bawah nie atau hangpa nie syok-syok saja lawan nak jadi YB.. lepas tu tiduq sebantal mimpi lain-lain....

Kejadian terbaru iaitu kes YUSMADI pasai pengiliran Ketua Menteri... kan mamat tu dah kata dia tak ucap pon benda nak gilir-gilir nie cuma media shj yg pandai-pandai putar alam.. tetapi cuba tengok DAP kata apa... sampai si Karpal tu suruh ANWAR jawabnya... apa yg ngok sangat nie... benda macam tu pon hangpa dok kalut buihnya...

Pada aku simple ja pasai perkara nie.. mana PARTI yg menang banyak dia la yg jadi Ketua Menteri...habis cerita... dok hingaq apanya... buat semak kepala rakyat kat bawah nie sahaja bila tengok kelaku hangpa.... tak pangkah sat gie baru hangpa ada akai... tahun akan datang bagi makan pencen baru hangpa tau.... nak berkawan.. buat la cara elok...

Apa kata kalau wartawan tu mai tanya... TAK SAH dok galak menjawabnya.. kata "NO KOMEN" tak boleh kaa... tak pon nak berlapik sikit kata laa... "Oooo PASAL ITU KAA.. NANTI SAYA CUBA TANYA YANG BERKENAAN TENGOK".... nah habis cerita biaq laa wartawan tuu ternganga melopong tang tuu... depa tu cuma nak ambik kesempatan sahaja nak putar alam....

Dah nak masuk pilihanraya ke 13 dah tapi kelaku 3 Parti hangpa nie aku tengok.. macam tak percaya hang aku lagi... masing-masing macam berlakon saja... nak bagi rakyat pangkah hangpa... tapi ingat KAMI RAKYAT BUKANNYA BODOH... kalau macam nie laa kelaku hangpa sekali lagi kami bagitau hangpa boleh balik makan pencen YB la selepas nie... sbb orang meluat tengok kelaku tuu.... jadi kalau nak pakat... buatlah Pakatan elok-elok... tak kena tangmana pakat bawak berbincang... dan TOBAT dah jangan dok buka mulut dengan media-media putar alam nie....

sekian pesanan dari rakyat bawahan nie... ia ditujukan kepada semua.. baik PAS, baik DAP, baik PKR... jadi hangpa pikiaq la elok-elok supaya rakyat tak meluat akan kelaku hangpa....

Selamat Berpakat...............



BN nie dah tak ada projek lain ka setiap kali pilihanraya ....

Pasai Pa Aku Boring Tengok Kelaku BN sekarang nie......

oleh AnakKedah

Aduhhh boring betoi la Barisan Nasional nie... kalau ada pilihanraya kecik jaa kompom buat projek mee segera yang paling wajib sekali ialah TURAP JALAN... tak ada projek lain kaa...??

Cuba kata ubah cara pulak seperti mai buat LAPANGAN TERBANG kaa... buat ANTENA 3G ka... bagi KERETA KANCIL 1RUMAH 1BIJI kaa... nie tak asyik-asyik JALAN RAYA...

Dari zaman PRK LUNAS.. sampai ke sekarang yang tuuu jaaa... Boring dah Aihhh hangpa nie....




Antara Gambaq projek mee segera
yg tengah depa dok pulon lanie...


dari blog : http://loveperak.blogspot.com