Ahad, 26 Februari 2012

kenduri puak SIAM pulun pie... mai kenduri puak MELAYU haram tak mai langsung.

oleh AnakKedah007

Tu dia nampaknya rakyat kawasan Pendang sudah mula COP akan PM Najib bahawa beliau sebagai pembohong dan sanggup tak mai kenduri Rakyat di Taman Sri Pendang kerana nak terpa pie kenduri dengan puak SIAM di Kalai sana....

Dengar kata berbiji-biji BAS mai kat taman tuuu sebab nak raikan pemimpin besaq negara... namun semuanya menjadi kuah basi sahaja sebab Najib tak jadi mai...

Gua di fahamkan bahawa majlis kenduri tu anjuran MAN BEDOL & TOKEY SADA si AZMI DIN.. almaklumlah depa nie dok intai salah satu seat kerusi di Parlimen Pendang... sorang target parlimen dan sorang target dun....

tapi nak buat camna gua tengok macam dua-dua tu Najib tak suka... bukan apa jika suka tentu di singgah punya...sebab nama Kenduri Rakyat....tapi nampaknya pie kat RAKYAT SIAM sana... bukan RAKYAT MELAYU...... INI semua sebab BN PENDANG amat memerlukan undi kaum SIAM sebab undi mereka Undi penentu dan undi MELAYU nie tak pie makan kenduri pun tak apa dah depa akan pangkah punya pilihanraya nanti...

jadi sedaq-sedaq laa nooo orang melayu kot Pendang tuuu undi hangpa dok taraf mana.....DEPA TAK JAGA HATI HANGPA PON........

UTUSAN...

Nasib masyarakat Siam terus dibela

PENDANG 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membela nasib masyarakat Siam di negara ini sebagai menghargai sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Sejajar dengan status mereka sebagai bumiputera, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan sentiasa memastikan masyarakat itu mendapat apa saja kemudahan seperti diperuntukkan kepada golongan bumiputera lain.

"Kerajaan telah mengiktiraf masyarakat Siam adalah golongan bumiputera dan akan memastikan mereka mendapat keistimewaan seperti golongan bumiputera lain," katanya ketika merasmikan Sekolah Bahasa Siam di Watt Siam Titi Akar di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong.

Najib menambah, demi memastikan kebajikan masyarakat itu terjaga kerajaan juga akan mengkaji sebarang masalah yang dihadapi mereka dari semasa ke semasa.

"Kerajaan sangat menghargai sokongan masyarakat Siam kepada BN pada pilihan raya umum lepas. Ini bukan retorik politik, tetapi saya mempunyai perangkaan kerana statistik menunjukkan lebih 80 peratus masyarakat Siam di kawasan ini mengundi BN walaupun di sebalik tsunami politik yang melanda ketika itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, kunjungan kali kedua Perdana Menteri ke Wat Titi Akar dekat sini turut bersama khabar gembira apabila mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi pentadbiran Sekolah Bahasa Siam yang dikendalikan secara persendirian oleh sami dan sukarelawan masyarakat itu.

Menurut beliau, peruntukan tersebut sebagai menghargai usaha masyarakat Siam di negeri ini memulihara budaya dan bahasa mereka.

Menurut Perdana Menteri lagi, kerajaan sentiasa menyokong usaha golongan tersebut memulihara bahasa ibunda yang disifatkan sebagai salah satu usaha mempertahankan jati diri mereka.

"Kita amat bertuah apabila menjadi warga Malaysia dan menjadi rakyat yang boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing walaupun Islam menjadi agama rasmi dan bahasa kebangsaan adalah bahasa Malaysia.

"Sekiranya masyarakat Siam ingin memupuk jati diri budaya mereka melalui bahasa, ia bukan satu perkembangan yang menghairankan. Kerajaan tidak menyekat usaha ini selagi ia tidak memudaratkan negara," katanya.

Selasa, 21 Februari 2012

Sejam 6 orang Anak Luaq Nikah - Najib dok jaga AKIDAH negara dah jadi Haram Jadah

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/428035_10150567492092157_319981142156_9065770_191325561_n.jpg
Sudah laa tu oi dok bagi puak nie jaga Malaysia.. Kita pakat Kalih cari puak lain pulak laa nie dah jatuh tahap kronik dah nie.. nama jaa Malaysia negara ISLAM yg pemimpin dia jaga akidah tapi semua nie dah jadi haram bejadah dah...

Dok Israel sana Israel sini last dalam negara dah jadi tunggin terbalik dah.... dah tak boleh nak harap dah aihhh puak2 nie jaga Malaysia.... dok biaq lagi benda2 macam nie bukan kata nak baik nak menjahanam negara ada laa lagi....

Jom laaa PAKAT-PAKAT KALIH laa PULAK... Bagi puak lain pulak jaga PUTRAJAYA... kita tengok LEPAS nie sejam nak jadi berapa orang... cukup 5thn kita tanya statistik nie.. Jika mai zaman depa sejam dah jadi 10org pulak kita KALIH laa lagi bukan nak susah pun...

Hak melantik dan menjatuhkan pemimpin di tangan kita....

Isnin, 20 Februari 2012

Kesian Gua Sama MAT BASHAH..jangan buat malu golongan sijil SRP beb....!!!



Ikut pandai mu la MAT BASHAH oii...
macam nie punya BESAQ gambaq hang boleh buat
mata BUTA... tapi baguih jugak bagi hangpa
syok sendiri nie.....

Selasa, 14 Februari 2012

Nama saja PAKATAN RAKYAT KEDAH tapi tengok kelaku macam haram tak PAKAT..!!!

oleh AnakKedah007

Gua bab berebut KERUSI nie gua dah cakap dah dulu macamana mai seattle tapi nampaknya penyakit BENGONG tu mai balik.... Luuuu Orang nie nama jaa PAKATAN tapi perangai macam haram bejadah pakat dok guna MEDIA nak habaq kat KAWAN sebelah... hangpa nie pakat apanya... Jika macam nie bukan PAKAT namanya... nie semua GILA JAWATAN jaa...

Cuba tengok sehari dua nie... PAS cara PAS... PKR cara PKR dan DAP cara DAP.... semua guna MEDIA nak tunjuk hebat sedangkan musuh UTAMA sekarang ialah BN/UMNO....

Mula PAS buat kelaku berlagak dia dok ugut KAWAN dalam MEDIA lepas tu mai PKR jawab lepas tu pecah tembelang pulak kawasan bagi tak sama rata dengan DAP... lalu DAP pulak tanya... oiiii apa nie... HANGPA ingat kami suka kelaku HARAM BERJADAH hangpa nie... hangpa dok pulun berebut KAWASAN tu ingat kami nak PANGKAH hangpa kaa.. JIKA dok buat kerja bengong macam.. hangpa nie kira kelaku lebih terok drpd BN/UMNO... depa tu gaduh2 pon tak guna media tembak sahabat...

Tapi mai yg kita PAKATAN RAKYAT KEDAH nie dok gila microphone dan wartawan.... masalah nie hangpa hingaq laa dalam MESYUARAT PEMBAHAGIAN KERUSI nuuu.. dalam tu hangpa nak tunggin langgang nak penerajang penyepak penampaq hang aku lantak laa.. belasah dalam mesyuarat tersebut... nie dak sikit2 nak masuk dalam surat habaq....

Mula PAS UGUT..
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395411_2607526469982_1309530202_32086050_1354737847_n.jpg

Lepas tuuu PKR jawab.
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/422890_10150547602332157_319981142156_9010063_152826866_n.jpg

Lepas PKR jawab pecah lubang.. DAP pulak melenting...
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/422455_10150552516977157_319981142156_9024399_1904586773_n.jpg

lalu dok kalut mintak PENJELASAN..... nak mintak mintak laa apa kami peduli.. MASALAH skrg hangpa guna MEDIA riuh satu kampung tunjuk kebodohan hangpa.... nampak sangat hangpa nama ja PAKATAN tapi haram tak PAKAT pun.....

Awat susah sangat kaa nak duduk semeja lepas tu bawak berbincang dan bahagi laa macamana pun dalam mesyuarat tuuu selepas tu bila dah setuju mai habaq kat kami di bawah nie...

kami naik meluat laa pimpinan2 kelaku macam nie... macam orang BODOH jaa bila dilihatnya... cakap nak perintah negara tapi nak seattle benda macam nie pun dah huru hara dah mengata hang aku tu pun tak berani kata depan tapi guna media.....

Bermula hari nie TOBAT buang laa kelaku hebiaq nie.... fokos pada sasaran UTAMA bab masalah dalam KELAMBU nie hangpa seattle laa cara dalam KELAMBU.....

Ahad, 12 Februari 2012

Rabu, 8 Februari 2012

Oi UMNO... MB Kedah dok pegang lagi Jawatan dia...!!

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/395377_10150537750302157_319981142156_8985922_559507378_n.jpg

nie dia blog mamat meroyan dok kata MB KEDAH nak letak jawatan tuu

jika dilihat beliau tu sebenarnya macam dok nak cari duit untuk projek langgar tok mufti dan majlis fatwa kedah sahaja... 1 MUSLIM 1 RINGGIT... jika hangpa kebuloq nak bagi pie la derma kami tak halang aihhh...

Jika tak buat berita macam nie mcmana orang nak melawat blog dia..dan mana yg simpati tu maka depa huluq la sekupang dua itu yg sebenaqnya pon.... kalau tak ada tajuk sensasi macam tu tak ada sapa aihh yg nak pie melawat blog dia tuu...

Yang herannya pakat kalut habih..siap masuk RADIO ALOQ SETAQ lagi... apa laa kejadahnya RADIO KERAJAAN boleh pie dok pakai cerita dalam blog nie... dulu kata blog nie cerita merapu... yg dok pie buat bahan berita buat apanya...

Tak tau la kami punya sebok mcm nie MB KEDAH last mai dok ada cerita mengarut macam nie... rasanya depa nie pon dah meroyan macam Hasan JATI dah kot.... dok nampak macam malap ja nak ambik balik Kedah nie... maka buat laa cerita mereben macam nie nak bagi sedap hati.. Aduhai nasib hangpa laa puak UMNO oiii...

Nie dia hangpa tengok macam nie punya sebok MB tetiba nak berhenti.... nampaknya masih tak berhenti jugak..pakai meroyan tak kesudah laa jawabnya...


Selasa, 7 Februari 2012

takan guru agama dan KAFA di beri ELAUN sahaja cuba buat satu Skim gaji dan berikan mereka pendapatan TETAP tak boleh kaa... ???

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/402217_10150533711822157_319981142156_8976168_1886160189_n.jpg

 Aduhai sedihnya bila baca.. canang sana canang sini kita negara ISLAM terbaik la apa la bla bla bla... takan guru agama dan KAFA di beri ELAUN sahaja cuba buat satu Skim gaji dan berikan mereka pendapatan TETAP tak boleh kaa...