Isnin, 29 April 2013

Apabila geng CHAUVINIS DAP dan PAS UG bersatu...!!!

Apabila ada pemimpin bercakap ikut nafsu dan cara politik lama maka rakyat terbanyak akan menjadi resah. Resah kerana matlamat rakyat yang sebenar tak tercapai kerana disebabkan segelintir pemimpin bercakap tanpa menoleh kiri dan kanan..

Itulah sebenarnya apa yang berlaku kini, apa yang ada pada benak hati dalam pemimpin lama DAP...chauvinis. Kalau pemimpin lama PAS pulak dengan sikap UG nya. Sikap takbur akan memakan diri sendiri mereka sendiri. 

Mungkin, tidak belajar dari sejarah lama tentang politik perkauman dan agama di Malaysia, atau mudah lupa kenapa sentimen perkauman dan agama akan menjadi modal setiap kali PRU untuk membonsai fikiran rakyat yang dahagakan kerajaan yang adil tanpa rasuah. 

Sikap pemimpin-pemimpin ini memang mengundang tidak keselesaan pada pengundi-pengundi yang menunggu masa untuk menghukum pemimpin-pemimpin sedia ada yang bongkak. Bagi pengundi-pengundi yang cerdik, masalah ini langsung tidak membawa kesan pada mereka kerana keputusan mereka telah muktamad. 

Kepada pemimpin-pemimpin ini, janganlah terikut rentak pesaing-pesaing mereka dalam mengeluar hujah. Peluang sudah ada depan mata, jangan mempersia-siakan peluang yang ada dengan mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik.

Jangan termakan kerana gila microphone untuk bercakap dan mengeluarkan kenyataan sedangkan kenyataan itu akhir menikam jemaah sendiri. Kepada pemimpin-pemimpin yang gelojoh ini kuncilah mulut anda seketika dan kepada rakyat usah dipedulikan akan apa kata-kata golongan ini..nekad dah matlamat kita lagi besar iaitu hendak menjatuhkan rejim pemerintah yang korup dan rasuah ini... ini matlamat utama kita...

Apabila jatuhnya UMNO BN maka baru kita memikirkan akan masalah ranting ini.. ayuh bersama bersatu kita menolak UMNO BN... INIKALILAH...

Jumaat, 26 April 2013

Masih ada lagi pimpinan PR yang tak reti bahasa..!!

NAK BUAT CAMNA MASIH ADA LAGI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YG BODOH DAN BANGANG MELAYAN PERMAINAN MEDIA MUSUH UNTUK MEMERANGKAP MEREKA... DAH TAHU BENDA NIE BOLEH JADI IBU TOPIC UNTUK MUSUH SPIN YANG DOK PIE LAYAN BUAT APA...

CUBA TENGOK SEKARANG MACAMANA MEREKA SPIN...DAH GATAI MULUT SANGAT NAK ULAS BAB HUDUD DARI DOK SEMANGAT NAK 'INIKALILAH' TUP TUP TIMBOI BAB HUDUD..MAKA MULALAH MEREKA MAIN ISU INI SEDANGKAN BAB NIE DAH SELESAI LAMA DAH DULU..LAWAN DULU BAGI MENANG JATUHKAN BN LEPAS TU BARU BERGADUH NAK BUAT KA TAK BUAT...

MENANG PUN KE HARAM LAGI DAH SEMBANG NAK BUAT ITU INI...

Pas: Fokus isu PRU13 bukan hudud
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.

Isu perebutan kerusi Kota Damansara - Hangpa semua macam 'SIAL'

Dey mangkok, kami bukan nak dengaq hangpa sembang sejarah ka mengutuk satu sama lain ka yang kami nak dengaq apa hangpa nak olah atas nama sepekatan...jangan dok buat kelaku tunjuk siapa hebat... 

 

hangpa ingat pengundi sekarang nie ambik kesah bab sejarah yang hangpa katakan tuu.. ambik kesah hangpa tu parti apa... kerana kelaku hangpa dua tiga kerat yang bercakap melalui media dengan nada takabur dan megah diri dan sudah hilang sifat bertoleransi antara satu sama lain...macamana nak ambik kata sepakat...

 

mana sifat berbudi bicara dan bermuafakat yang ditunjukan Islam...apa matlamat kita sebenar searang di bumi Malaysia nie...jika macam nie punya kelaku hangpa tok sah gebang la nak tawan Malaysia... 

 

tahulah mereka tu hangpa tak suka tapi adakala kita kena berhemah nak selesaikan sesuatu masalah... cuba bawa berunding untuk ambik satu keputusan dan rundingan itu dilakukan face 2 face bukan main ambik maklumat dari media lepas tu ulas... duduk face 2 face berbincang dan berdiskusi serta berhujah dan buat satu keputusan walaupun terpaksa lambung duit janji matlamat utama nak ada satu lawan satu dan menumpas BN....


Takan benda macam nie pun hangpa tak reti pikiaq....letih laa tengok kelaku hangpa... rakyat dah semangat dok INIKALILAH...tapi hangpa macam sial dok nak buat keputusan sesuatu perkara...


Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan

Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan

Ridzuan (dua, kiri) bertemu dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi di sekitar Subang Perdana, semalam.


PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau.


Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti.


Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah 'lupa daratan' dan asalusulnya sebelum ini.


"PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


"PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini," katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.


Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan.


"Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat," katanya.


Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu.


Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ.


"Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini," katanya.

Sabtu, 13 April 2013

UNIT MEDIA PAKATAN RAKYAT KEDAH lembab nak mampos...!!!

Oleh AnaKKedah007

Gua dok tengok PR KEDAH nie macam tak semangat saja nak tawan Kedah. Buat kerja macam melepas batuk di tangga sahaja. Lanie dah masuk mode pilihanraya dah tapi gerak kerja tengok tak ketahuan biji lagi.... Dok gila nak berebut kerusi ada la dok dengaqnya... Aku nak hat nie hang nak hat nu..

Oi lanie zaman IT dah sumber maklumat di hujung jari tapi hangpa punya maklumat dok tang mana..?? Mana laman web yang boleh kami follow apa gerak kerja hangpa buat.. apa maklumat PR Kedah buat.. HARAM TAK ADA PON.... Jika harap friend kat facebook jenoh la kami nak kelebeq satu satu....

Unit MEDIA hangpa sapa...yang makngut nak mampos nie...nak kata tak reti dah pun memerintah 5 tahun dah.... takan selama nie hangpa perintah tak ingat nak tubuh seketeriat media PR Kedah. Takan PAS, PKR & DAP tak ada Ketua Penerangan... dok sama pikiaq la nak salur maklumat macamana takan nak buat kerja masing-masing hang aku..kata pakat tapi pakat apa kejadahnya macam tuu..

Cuba tengok sekarang MANIFESTO dah lancaq dah tapi kami nak ambik tang mana tak tau untuk baca dan print buat edaran... mangkok hayun betoi la gerak kerja hangpa....

Buat la satu laman web supaya kami mudah nak refer untuk sumber maklumat kat KEDAH nie.. jangan la ambik mudah sangat... takan semua pun nak kena habaq... nak kena cerita... nak kena bagitau.....

Masa hangpa tak memerintah dulu bukan main galak hangpa lancar laman web sana laman web sini... last bila memerintah satu abok pon tak pikiaq dah....

Mampouih la lagi nie jika kelaku hangpa macam nie.. rakyat di bawah nie dah suku nyawa dah nak pie mengundi tapi hangpa buat kerja macam apa-apa......

Khamis, 11 April 2013

Panas - Kata BN...Singapore akan masuk Malaysia jika PR Menang..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

ini adalah salah satu PROPAGANDA yang sedang hebat di mainkan di alam maya dan dia alam reality dimana DAP akan bawa masuk SINGAPORE dalam MALAYSIA...

Awat hangpa ingat MUDAH kaa nak buat sesuatu keputusan berdasarkan PERLEMBAGAAN NEGARA... awat hangpa ingat KUASA SULTAN & YDPA tu hanya pupppet saja ka dok dalam negara kita nie... tak ada kaa bhgn PERKENAN YANG DIPERTUAN AGUNG yang dok kata DAP nak tukaq itu ini... pikiaq jangan tak pikiaq....

Mula-mula kena bentang di Parlimen dahulu bersidang nak bawa masuk SINGAPORE... bahas dalam dewan lepas tu kena buat UNDI dulu terima ka tak terima usul tuu.. itu pun kena dapat 2/3....awat masa tu hangpa nak tengok saja kaa.. AHLI PARLIMEN BN iaitu UMNO dok nganga saja.. PAS nganga saja..PKR nganga saja... bantah la cadangan tuuu...

Jika LULUS pun kena bawa ke TUANKU pulak mohon PERKENAN beliau... Jika TUANKU tolak hangpa nak kata apa....

Sembang dengan JALIL HAMID boleh laaa..... zaman sekarang bukan zaman anak kecil main api dah zaman sekarang zaman anak kecil main tablet..

p/s - yang hangpa dok sembang nie singapore mau ka joint dengan Malaysia nie..???


Selasa, 9 April 2013

Kerajaan BN bagi RM5.1juta kepada Sekolah Jenis Cina tapi SEKOLAH AGAMA RAKYAT dianaktirikan...

oleh AnakKedah007

Bagus sungguh Kerajaan Pusat aka BN...nak tunjuk baik dan ambik hati masyarakat cina lihatlah banyak mana telah disumbangkan kepada Sek jenis Keb Cina.. Jika banyak nie juga diberikan kepada SEKOLAH AGAMA RAKYAT & SEKOLAH JENIS KEB TAMIL di Kedah ini alangkah indahnya...!!!


Peruntukkan RM5.1 juta kepada 98 SJKC di Kedah

7 April 2013

ALOR SETAR - Sebanyak 98 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Kedah menerima peruntukan berjumlah RM5.1 juta daripada kerajaan pusat menerusi Program Sentuhan Kasih.

Bantuan menerusi program yang melibatkan sekolah rendah dan menengah itu disalur melalui Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan peruntukan ini, jelaslah hampir keseluruhan janji yang dibuat kerajaan pusat telahpun ditepati," kata penasihat Program Sentuhan Kasih Datuk Azmi Din pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan itu hari ini.

Pengerusinya, Datuk Chong Chim Tiong berkata beliau sangat berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana tidak pernah lupa memberi peruntukan kepada sekolah Cina di negeri ini.

"Peruntukan ini adalah yang terbesar pernah diterima sekolah Cina di negeri ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Malaysia akan terus berada di bawah Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti. - Bernama

Ahad, 7 April 2013

Tanya sama Google siapa banyak sakandal... Nanti jawab Google...dot dot dot..!!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com

Antara ANWAR IBRAHIM, NAJIB RAZAK, HADI AWANG, NIK AZIZ & LIM KIT SIANG cuba hangpa tengok siapa yang rangking banyak dan yang bestnya dia keluar apa... ZIANA ZAIN..!!!






Selasa, 2 April 2013

Mana ada ceramah pakai permit dah sekarang nie...bodo piang gang NGOk nie..!!

Photo: Laa hg ka yg jd kepalanya monsor....mlm tadi p mana...awat tak mai tengok rimau.... 
 Sejak ada akta himpunan aman mana perlu lagi permit polis , hanya perlu maklumkan aje kpd polis . Tapi selalu yg sabotaj mcm di Melaka nu puak Ali tu la , org dah maklum ceramah sekian hb depa mai tempek sebelah . Lps tu kata PR ganggu ceramah .... Sudah laaa dok buat kerja pencacai nie....tak hebat mana pon...masa dlm rumah allah bukan main hebat tapi bila tunjuk rimau semua kecut perut....
[Dr Hayati Othman - YB Pendang]

Isnin, 1 April 2013

Ini VIDEO SEX FILEM MALAYSIA...jadi tak jadi isulah kot bukan VIDEO SEX ORANG POLITIK...!!!

Oleh AnakKedah007



Mana PERKASA, HASAN JATI, UMNO, PAS.. Suhaimi BABA.. dan sewaktu dengannya... FILEM MACAM HARAM JADAH nie pun hangpa nak bagi RAKYAT MALAYSIA TONTON Kaaaa....

Pie la DEMO, REPORT POLIS kata pertahankan ISLAM, KALIMAH ALLAH sangat... nie PELAKON yang ngaku ISLAM dok buat gambaq macam HARAM JADAH nie pun nak bagi rakyat MALAYSIA tengok jugak kaa...

OOooooo ini bukan VIDEO SEX UNTUK ORANG POLITIK jadi hangpa tak ambik port laa....

note - filem dia hgpa cari sendiri la malas gua nak beritahu...

Orang UMNO hina NABI..OK.. Tapi jika orang PR nasib badan laa...mampos la hangpa...!!

 
Kenyataan Khairul Fahmi Matsom

Cuba hangpa tengok 2 kenyataan ini..Satu puak BODEK UMNO dan satu lagi puak BODEK PAS... ok sekarang dua-dua menyentuh NABI MUHAMMAD.. Gua bukan USTAZ Gua bukan ULAMAK Gua bukan MAJLIS FATWA tetapi apa pandangan dua-dua kenyataan diatas ada menyentuh tentang NABI SAW....

Yang gua nak tanya sekarang KENAPA kenyataan di BAWAH kita BOLEH BISING 1MALAYSIA sehingga mengulasnya di MUKA DEPA UTUSAN tetapi yang diatas tu tak ada apa yang keluarnya..

Adakah ini dinamakan pendakwaan terpilih... atau orang sokong UMNO BN hangpa nak hina siapa pun boleh tetapi orang yang sokong PR jika salah maka tindakan keatas kami..

Politik apa jenis ini.. ISLAM tak ajar macam nie.. yang gua tahu JIKA SALAH maka SALAHLAH ia...tak kira hang sokong siapa...

Sudah-sudahlah politik pendakwaan terpilih sebegini...dah naik melugai dah melihatnya... gua dah naik jemu...sekarang jika sispa salah tangkap dan dakwa sahaja...hang PAS ka hang UMNO kaa hang MCA ka hang DAP kaa janji tangkap.....

Tindakan Khairul Fahmi dikecam

Oleh ARHIZA AHMAD
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 31 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad SAW dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi Pas sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.