Jumaat, 26 April 2013

Masih ada lagi pimpinan PR yang tak reti bahasa..!!

NAK BUAT CAMNA MASIH ADA LAGI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YG BODOH DAN BANGANG MELAYAN PERMAINAN MEDIA MUSUH UNTUK MEMERANGKAP MEREKA... DAH TAHU BENDA NIE BOLEH JADI IBU TOPIC UNTUK MUSUH SPIN YANG DOK PIE LAYAN BUAT APA...

CUBA TENGOK SEKARANG MACAMANA MEREKA SPIN...DAH GATAI MULUT SANGAT NAK ULAS BAB HUDUD DARI DOK SEMANGAT NAK 'INIKALILAH' TUP TUP TIMBOI BAB HUDUD..MAKA MULALAH MEREKA MAIN ISU INI SEDANGKAN BAB NIE DAH SELESAI LAMA DAH DULU..LAWAN DULU BAGI MENANG JATUHKAN BN LEPAS TU BARU BERGADUH NAK BUAT KA TAK BUAT...

MENANG PUN KE HARAM LAGI DAH SEMBANG NAK BUAT ITU INI...

Pas: Fokus isu PRU13 bukan hudud
Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Semua pimpinan dan ahli Pas digesa agar tidak menyentuh dengan lebih lanjut berhubung perlaksanaan isu hudud jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negara.

Sebaliknya, ahli parti perlu fokus dalam isu-isu pilihan raya termasuk dalam menerangkan kepada pengundi tentang manifesto PR.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ahli Pas terutama pimpinan utama perlu elak dari menyentuh isu-isu kontroversi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13) kerana ianya akan merugikan parti.

"Saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan agar memfokuskan kepada isu pilihan raya dari menyentuh isu hudud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan jika PR mengambil alih Kerajaan Pusat walaupun DAP menentang keputusan tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas lanjut isu hudud dan masih berpegang kepada pendirian parti dalam manifesto PR.

"Biar Harun Din jawab. Saya masih berpegang kepada manifesto PR," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yakin pelaksanaan hukum hudud akan direalisasikan sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13.

Tiada ulasan: