Jumaat, 26 April 2013

Isu perebutan kerusi Kota Damansara - Hangpa semua macam 'SIAL'

Dey mangkok, kami bukan nak dengaq hangpa sembang sejarah ka mengutuk satu sama lain ka yang kami nak dengaq apa hangpa nak olah atas nama sepekatan...jangan dok buat kelaku tunjuk siapa hebat... 

 

hangpa ingat pengundi sekarang nie ambik kesah bab sejarah yang hangpa katakan tuu.. ambik kesah hangpa tu parti apa... kerana kelaku hangpa dua tiga kerat yang bercakap melalui media dengan nada takabur dan megah diri dan sudah hilang sifat bertoleransi antara satu sama lain...macamana nak ambik kata sepakat...

 

mana sifat berbudi bicara dan bermuafakat yang ditunjukan Islam...apa matlamat kita sebenar searang di bumi Malaysia nie...jika macam nie punya kelaku hangpa tok sah gebang la nak tawan Malaysia... 

 

tahulah mereka tu hangpa tak suka tapi adakala kita kena berhemah nak selesaikan sesuatu masalah... cuba bawa berunding untuk ambik satu keputusan dan rundingan itu dilakukan face 2 face bukan main ambik maklumat dari media lepas tu ulas... duduk face 2 face berbincang dan berdiskusi serta berhujah dan buat satu keputusan walaupun terpaksa lambung duit janji matlamat utama nak ada satu lawan satu dan menumpas BN....


Takan benda macam nie pun hangpa tak reti pikiaq....letih laa tengok kelaku hangpa... rakyat dah semangat dok INIKALILAH...tapi hangpa macam sial dok nak buat keputusan sesuatu perkara...


Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan

Pas tetap tanding Kota Damansara, sifatkan PSM lupa daratan

Ridzuan (dua, kiri) bertemu dan beramah mesra dengan pengundi-pengundi di sekitar Subang Perdana, semalam.


PETALING JAYA – Pas Kawasan Subang menyifatkan tuduhan dilemparkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya parti itu menceroboh kerusi Dun Kota Damansara sebagai melampau.


Timbalan Yang Dipertuanya, Roslan Abu Bakar berkata, kenyataan dan tuduhan tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pengerusi parti.


Menurutnya, PSM kini dilihat seolah-olah 'lupa daratan' dan asalusulnya sebelum ini.


"PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


"PSM harus ingat ketika itu Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun itu, jadi saya harap Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim boleh cuba ingat-ingatkan kembali tentang sejarah ini," katanya ketika mengulas mengenai tindakan PSM melabel Pas penceroboh seperti yang disiarkan akhbar ini semalam.


Roslan berkata, sebelum kawasan Dun Kota Damansara dipecahkan menjadi sebahagian Parlimen Subang, Pas sudah bekerja dan bertanding di kawasan itu mewakili Dun Paya Jaras dan Dun Bukit Lanjan.


"Kami ada mandat dari pucuk pimpinan, jadi PSM harus memahami hakikat bahawa Pas tetap akan bertanding di kawasan Dun ini atas permintaan pengundi dan kajian yang dilakukan sebelum ini demi kemenangan Pakatan Rakyat," katanya.


Dalam pada itu calon Pas Kota Damansara, Ridzuan Ismail, 34, berkata, sejak lima hari berkempen, beliau sudah turun ke hampir semua kawasan di Dun itu.


Beliau ketika ditemui di Subang Perdana semalam berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Kota Damansara jika diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di situ.


"Banyak perkara akan saya beri perhatian terutama melibatkan isu kebajikan dan menyelesaikan masalah infrastruktur seperti jalan berlubang serta kemudahan awam yang perlu dipertingkatkan atas permintaan penduduk di sini," katanya.

1 ulasan:

http://emasriee.blogspot.com/ berkata...

nice blog...



salam singgah...

http://emashaklee.blogspot.com/

Shaklee Independent Distributor...