Sabtu, 21 November 2015

Tunggu YB PAS kemuka rang undang-undang hudud di Dun Kedah

oleh AnakKedah007

 

Bukan apa sebelum ini bukan main lantang PAS kata nak laksanakan hudud walaupun tak ada kuasa. Ini kerana seperti apa yang dibisingkan sampai bercerai berai dimana PAS nak bawa juga hudud ke parlimen walaupun ada sahabat dari PKR & DAP ajak berbincang dan bermesyuarat dahulu apa yang nak dibawa supaya semua boleh faham.

Tapi PAS tak peduli dan tak bermesyuarat pun terus mereka bawa juga ke parlimen..kerana hujah mereka hudud ini hukum ALLAH tak boleh ditangguh....

Jadi sekarang KITA JUGA menunggu Bilalah agaknya wakil rakyat PAS dinegeri yang bukan PAS memerintah pun ingin melihat PAS kemuka bil persendirian rang undang-undang hudud di Dun Negeri Kedah.

Baru boleh kita tahu DAP, Keadilan ,atau Amanah (baca Ir Phahrolrozi ) yang nak tolak atau sokong hukum hudud di Kedah.

Setakat ini tiada usul rang undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan dalam sidang DUN Kedah sehingga saat ini.

Selasa, 13 Oktober 2015

Berani MUKHRIZ nak laksanakan undang2 tatacara berpakaian, orang pertama kena tentu bini dia..!!

Tiada tatacara pakaian wanita Islam di Kedah – Mukhriz

mukhriz, kedah
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri akan memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama Islam di negeri itu.

Menurutnya, Kedah merupakan negari majmuk yang berbilang kaum dan mesej tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang cadangan itu berkemungkinan merupakan usaha mensabotaj program ‘Discover Kedah’ tahun depan.

“Itu (cadangan) adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita di Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai ‘strict’ sangat.”

“Pada akhirnya, ia antara seseorang dengan Tuhannya,” katanya yang dipetik daripada Bernama. .

Mukhriz meminta semua pihak tidak risau tentang perkara itu kerana sehingga kini tiada cadangan mengenai kod pakaian wanita Islam di Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.

Mukhriz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengenai perkara itu pada Isnin.

Rawi dilaporkan berkata, kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk melaksanakan peraturan berpakaian itu tetapi masih di peringkat perbincangan oleh Majlis Agama Negeri Kedah.

Mukhriz berkata, perkara mengenai cara berpakaian seseorang itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan peraturan, lebih-lebih lagi di sebuah negeri dan negara yang majmuk serta pelbagai kaum.

Khamis, 30 Julai 2015

Artikal HarakahDaily suruh bunuh golongan yang nak buat Parti Islam Dasar Islam juga sudah dipadamkan..!!


KATA BERSAMBUT.

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).

Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

Saya MENGANGGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut.

" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa. [ARTIKAL PENUH DI BAWAH]

Dari petikan tersebut ini komen saya:

1. Budaya mudah menghukum dengan hanya bersandarkan kepada 'teks' hadis yang difahami oleh pemberi kenyataan amat berbahaya, kenyataan ini secara umum (sebagaimana yang saya selami) merujuk kepada hadis yang berkaitan dengan jamaah, lalu perkataan jamaah itu disandarkan kepada satu pihak sahaja, sedangkan di kalangan para ulama hadis menafsirkan jamaah itu kepada beberapa makna, antaranya :

a. Sawadul a'zam (pandangan majoriti yang dipegang oleh Muslimin)

b. Imam mujtahid dan fuqaha

c. Sahabat Nabi

d. Kesatuan ummat Islam

e. Kesatuan ummat Islam yang dipimpin oleh pemimpin agung.

Semua takrifan tersebut, tidak DIRUJUK kepada mana2 jamaah, bahkan kebanyakan syurrah (para pensyarah Hadith) menilai al Jamaah itu dirujuk kepada ummat Islam yang bernaung di bawah pimpinan seorang khalifah.

Bermudahan dalam menafsirkan istilah jamaah ini akan menatijahkan kecelaruan dalam berhukum sehingga akan menyebabkan tuduhan kufur, murtad, berdosa dan mati jahiliah akan berleluasa di kalangan ummat ini.

2. Ketegasan hukum ini kononnya disandarkan kepada ayat 105 surah an-Nisa. Ayat 105 surah an-Nisa adalah:

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu (Muhammad) membawa kebenaran, agar engkau mengadili antara manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah kepadamu dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang berkhianat".

Setelah anda meneliti ayat di atas, dimanakah yang boleh dinyatakan "ketegasan hukuman" yang dimaksudkan sehingga membolehkan membunuh orang yang "mari dengan parti Islam baru". Ayat al Quran bukan boleh dipasangkan mengikut suka hati sahaja.

Saya membelik dua tafsir (Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir dan Al Muyassar fi Tafsiril Quran), saya tak temui maksud ketegasan hukum tersebut. Sekali lagi kesucian ayat Al Quran yang seharusnya membawa rahmat kepada manusia sejagat dinukilkan dengan secara yang 'amat2 salah' sehingga menghalalkan darah manusia yang amat suci dalam agama ini.

Kepada Saudara Izwan dan yang sewaktu dengannya ! Berhatilah2 dalam menukilkan dalil sehingga agama yang rahmat ini tidak disalahertikan.

Ridzwan bin Abu Bakar
30 Julai 2015 / 15 Syawal 1436 H
Perlembahan Ilmu, Derang

Admin :

ARTIKAL PENUH ini sudah di padamkan di web HARAKAHDAILY.. namun ianya sudah berlegar di alam maya selepas di copy/paste oleh pembaca semua.


Ini pula carian di GOOGLE SEARCH :



Dan artikal tersebut masih ada di page facebook Harakah Kedah

LINK

Ini artikal asalnya yang dapat di copy/paste dari Harakah Kedah.

TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.

Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.

Kedua ujarnya, ‘masyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘au qadau ala tawarih’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.

“Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.

Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.

Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”.

Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam Umno membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.

“Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.

“Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.

“Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.

“Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang.

Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.

Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama.

Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.

“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.

Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.

“Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?

“Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”.

“Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau.

Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.

Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat.


NUKILAN
AnakKedah007

Isnin, 29 Jun 2015

Hebat Ketua Penerangan PAS Kedah yang baru...

PAS Kedah percaya, rakyat negeri ini telah melihat dan dapat membuat perbandingan adil antara tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sesi lalu di bawah kepimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dari Kerajaan BN Negeri Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Terbukti, Mukhriz bukan sahaja gagal menyambung pelbagai perancangan untuk memacu Kedah ke arah mensejahterakan rakyat seluruhnya, bahkan segala impian dilontarkannya sehingga kini tidak lebih hanya sebuah angan-angan.

Idea dilontarkannya bukan sahaja tidak realistik dan tidak dapat dicapai secara nyata setelah dua tahun memerintah, bahkan tidak mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.

Hebat Ketua Penerangan PAS Kedah yang baru... kenyataan pertama keluar selepas memegang jawatan terus bantai Mukhriz... Ini baru dinamakan Ketua Penerangan bijak menghala muncung senapang kepada sasaran sebenarnya.

KIPIDAP Ketua Penerangan....cuma satu sahaja nasihat jangan hangat2 taik ayam sahaja tetapi selepas nie semuanya kembali sunyi sepi selepas dilanda bantera Mukhriz...

AnakKedah007

Apabila Tok Mufti pun merungut disebabkan membeli TAMAR kena GST..!!


Ini cerita TAMAR punya pasal...sebab itu dahulu kami katakan GST nie zalim dimana dia mengambil dan menyedut duit tak kira siapa...hang orang kayakah, hang orang miskin kah, hang anak yatim kah, hang ibu tunggal kah, hang bapa tunggal kah semua dia sedut.....janji kerajaan msyuk.....

Nah sekarang Tok Mufti pun meluahkan ketidakpuasan beliau mengenai GST...nasib nasib......



Jumaat, 26 Jun 2015

Mohon PJ Pas Kedah yang baru meneruskan saman keatas penulis buku M.Sayuti Omar


Saya sebagai anak warga Kedah ingin mengucapkan TAHNIAH KEPADA PJ PAS KEDAH yang baru iaitu Ustaz Ahmad Fakhruddin B Sheikh Fakhrurazi untuk melihat semula kes penulis buku KEJATUHAN KEDAH yang dikatakan fitnah itu supaya diteruskan kes saman keatas penulis tersebut. 

Jika sebelum ini PJ PAS Kedah yang dikatakan JEBON dan merupakan seteru kepada arwah mantan MB Kedah yang lalu.

Jadi saya berharap dengan amanah dan tanggungjawab diberikan oleh PAS Pusat maka tindakan menyaman penulis tersebut hendaklah diteruskan seberapa segera.

Ini adalah bertujuan untuk membersihkan nama arwah Ust Azizan Abd Razak..

Pas Kedah tuntut penulis minta maaf
Pas Kedah tuntut penulis minta maaf  
Laporan Sinar Harian edisi Utara, 31 Oktober lalu.
 
 
ALOR SETAR - Pas Kedah menuntut penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah: Inside Story’ oleh penulis bebas, Mohd Sayuti Omar (MSO) tampil memohon maaf kerana ia sarat dengan fitnah.
Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, penulis juga wajar memohon maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, memandangkan buku itu memfokuskan kepada pentadbiran Allahyarham.

“Keputusan dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kedah. Ketetapan menolak buku berkenaan disebabkan fakta dan maklumat dipaparkan tidak tepat dan beri gambaran negatif terhadap sejarah Pas Kedah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menggesa penulis menarik buku itu dari pasaran.

“Keputusan ini juga selari dengan hasil wacana dalaman anjuran Pas Kedah, Rabu lalu yang menampilkan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dengan bekas Exco Pas, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi sebagai ahli panel,” katanya.

Musoddak berkata, pihaknya turut kesal kerana buku itu dicetak dan diedarkan secara meluas dan dikhuatiri bahan fitnah yang terkandung dalam buku itu kelak dijadikan rujukan pihak-pihak tertentu.

“Saya bimbang ia membina persepsi negatif generasi akan datang yang mungkin menjadikan buku itu sebagai kajian berhubung perjalanan sejarah Pas Kedah. Buku berkenaan wajar ditarik balik daripada jualan,” katanya.

Tambahnya, Pas Kedah akan menghantar surat rasmi kepada Mohd Sayuti agar beliau memohon maaf selain mengakui terdapat kesalahan fakta, serta perlu memperbetulkan kesalahan fakta tersebut.

Musoddak berkata, pihaknya dengan kerjasama Lajnah Guaman Pas Kedah kini sedang mengkaji untuk menangani isu penerbitan buku itu dari aspek perundangan.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi pernah menyelar penulis berkenaan kerana didapati memutar belit fakta dan urutan sejarah selain cuba menggambarkan Pas Kedah bawah pimpinan Azizan yang membentuk kerajaan pada penggal lalu bersikap tidak menghormati pihak lain, terutama DAP.

Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan buku itu diterbitkan berikutan terdapat percanggahan maklumat selain hanya merujuk kepada sumber yang boleh diragui kredibilitinya.

Sabtu, 18 April 2015

Mukhriz bukan ada jasa pun tawan Kedah, wira sebenarnya ialah Ahmad Bashah jika hangpa nak tau..!!!

Wan Suhaijie Aupn 
with Othman Abdul and 28 others

Akhir-akhir ini politik Kedah menjadi tumpuan radar politik negara. Sehinggakan nangoi-nangoi daripada luar Kedah pun memandai-mandai buat cerita ceriti tentang politik Kedah. Paling menjengkelkan apabila ada nangoi daripada luar yg mendakwa kejayaan BN Kedah menawan kembali negeri Kedah adalah berkat daripada aura Dato Seri Mukhriz anak kepada Tun Mahathir semata-mata. Itu pandangan yg benar-benar false gila!

Di sebalik kegembiraan menyambut kejayaan merampas kembali bumi Kedah daripada Gerombolan Regim Pas Kedah, ramai yg terlupa hero sebenar atau arkitek sebenar yg bertungkus lumus merencana strategi untuk menawan Kedah kembali. Kalau hgpa nak tau, Dato Paduka Ahmad Bashah la hero/arkitek yg sebenar. Beliau la unsung hero. Wira yg tak didendangkan.

Selepas negeri Kedah berjaya ditawan oleh Pas Kedah pada pru12, Dato Paduka Ahmad Bashah la yg diberi tanggungjawap untuk memikul tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah daripada tangan Dato Seri Shafei Afdhal yg memikul sebentar jawatan tersebut.

Semenjak Dato Ahmad Bashah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah (PBPUK), beliau bergandingan dengan Ketua Pembangkang DUN Kedah Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid merencana strategi untuk menawan kembali negeri Kedah. Ketika itu Dato Seri Mukhriz diberi tanggungjawap sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Namun DS Mukhriz ketika itu dilihat lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur mungkin kerana keluarganya yg tinggal di Kuala Lumpur dan ketika itu pula beliau adalah Timbalan Menteri.

Jadi Dato Seri Ahmad Bashah la yg memikul tanggungjawap sepenuhnya mengemudi bahtera UMNO Kedah. Pelbagai program dan aktiviti yg diadakan bagi memulihkan kembali semangat ahli-ahli UMNO Kedah yg terjejas teruk setelah Kedah dirampas oleh regim Pas.

Selain daripada faktor Dato Ahmad Bashah selaku PBPUNK, faktor-faktor lain juga memain peranan utama di sebalik kejayaan UMNO merampas kembali negeri Kedah. Antara adalah kerja kuat jentera UMNO di seluruh Bahagian di dalam Kedah. Sebagai contoh, di Bahagian Padang Terap, keseluruhan jentera UMNO digemblengkan bagi menangkis dakyah-dakyah Pas. Malah jentera UMNO Padang Terap juga gigih mencari dan mendaftarkan pengundi-pengundi baru pro UMNO lebih ramai daripada pengundi-pengundi baru yg didaftarkan oleh parti Pas. Begitu juga di Bahagian lain seperti Baling,Sik,Kulim,Pendang,Merbok dan Jerai yg turut sama bertungkus lumus melakukan pelbagai aktiviti dan program di Bahagian mereka.

Faktor lain yg turut menyumbang kejayaan UMNO di Kedah turut dipengaruhi oleh masalah dalaman di dalam parti Pas. Terutama sekali konflik terbuka di antara arwah Tan Sri Azizan Razak selaku MB Kedah dan Pesuruhjaya Pas Kedah dengan YB IR Phahrolrazi yg merupakan ADUN Pengkalan Kundur dan juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah. Pergeseran yg sangat dahsyat ini turut menjejaskan kekuatan Pas di Kedah sehingga menyebabkan jentera Pas lumpuh 50% pada pru12 dulu.

Faktor terakhir yg menyumbang kemenangan UMNO di Kedah pada pru13 dulu juga adalah kerjasama dan bantuan daripada Kerajaan Pusat yg dipimpin Dato Seri Najib Razak. Kerajaan Pusat melalui ICU banyak memainkan peranan penting membantu UMNO untuk menyelesaikan masalah-masalah pembangunan di Kedah tanpa melibatkan Kerajaan Negeri Kedah yg ditadbir oleh Pas. Malah Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri kerap kali turun ke Kedah ketika itu. Kedah merupakan antara negeri yg paling kerap PM turun ketika sebelum pru13.

Jadi, tuduhan dan dakwaan bahawa kejayaan UMNO menawan kembali negeri Kedah adalah disebabkan aura DS Mukhriz semata-mata adalah dakwaan yg sangat dangkal dan tak bijak. Faktor DS Mukhriz hanyalah faktor minor saja. Kredit sebenar harus diberikan kepada Dato Paduka Ahmad Bashah serta pimpinan-pimpianan UMNO di setiap Bahagian di dalam Kedah. (facebook)

Selasa, 14 April 2015

Sudah RM168 Juta dihabiskan mencari MH370... patutlah kita kena GST...!

MH370: Misi selesai 61 peratus

SHAH ALAM - Misi pencarian pesawat MAS MH370 kini meliputi kawasan seluas 37,000 kilometer persegi atau 61 peratus dari kawasan pencarian utama.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kawasan tersebut merupakan lokasi terpencil dengan kedalaman melebihi 6,000 meter.

“Manakala keadaan cuaca dan kondisi lautan yang tidak menentu dan keadaan ombak boleh mencapai tahap ketinggian di antara 15 hingga 18 meter,” katanya.

Katanya, dalam usaha berterusan misi mencari MH370, Mesyuarat Tripartite peringkat menteri diadakan bersama Australia dan China bertujuan untuk meneliti status dan usaha yang sedang dijalankan di kawasan pencarian MH370 bagi mencapai keputusan secara kolektif.

“Seterusnya langkah akan diambil berdasarkan nasihat dan taklimat daripada pakar search strategy working group (SSWG),” katanya.

Mesyuarat Tripartite peringkat menteri diadakan di Kuala Lumpur, 16 April lalu turut dihadiri Perdana Menteri Australia, Warren Truss dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang.

Pasukan SSWG yang dipimpin Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) terdiri daripada pakar dari pelbagai badan dan agensi antarabangsa termasuk Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Boeing, Thales United Kingdom, Jabatan Penerbangan Awam China, Jabatan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom serta Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Mereka bekerjasama bagi menganalisis semua data dan maklumat yang diperoleh secara bebas dan telus.

“Hasil dari analisa tersebut kesemua maklumat yang dikumpul menunjukkan dengan jelas bahawa kawasan pencarian terletak di '7th arc' di selatan Lautan India.

“Harus ditekankan di sini bahawa handshake dari data Satcom yang telah dianalisis adalah khusus kepada pesawat MH370,” katanya.

Katanya, sepanjang proses pencarian dijalankan, Malaysia, Australia dan China tetap komited melengkapkan pencarian dasar laut di kawasan pencarian utama seluas 60,000 kilometer persegi.

“Setakat ini Malaysia dan Australia membelanjakan sebanyak AUD60 juta (RM168.30 juta) dalam usaha pencarian ini,” katanya.

Selasa, 7 April 2015

Mai bab penaik GAJI semua pakat SOKONG... baguih la hangpa jadi ADUN kat KEDAH nie.....!!

oleh AnakKedah007


Macam sial aja ADUN kat Kedah sekarang ini.... sebaut sahaja bab kenaikan gaji... semua akan sokong sebulat suara... cubalah pikaiq bab usul yg nampak baguh untuk dilaksanakan dan baguih untuk rakyat.....

cuba buat USUL PERUNTUKAN UNTUK SEMUA DUN.... dimana setiap tahun KERAJAAN NEGERI peruntukan wang untuk perbelanjaan setiap DUN macamana KERAJAAN PUSAT dok bagi kat AHLI YB BN....PARLIMEN sebanyak RM1juta & ADUN RM500K sethaun....


Jadi apa kata KERAJAAN NEGERI pulak cadangkan bagi kepada semua wakil rakyat tak kira BN atau PR setahun RM25 ribu sempena kenaikan yg dicadangkan keada setiap ADUN KEDAH 50% iaitu RM2 seorang....

Maka dengan duit ini diharap semua ADUN akan berbelanja untuk program kemasyarakatan dan menghulurkan bantuan serta sumbangan untuk masyarakat di kwsn DUN mereka.....

Selepas pastikan tidak ada berbaki peruntukan itu setiap tahun kerana wang ini rakyat....jadi habiskanlah untuk rakyat...dan selepas itu duit ini hendaklah diaudit oleh JAB. AUDIT NEGARA untuk memastikan tiada penyelewengan berlaku diatas perbelanjaan wang ini...

Jika diberi kenaikan gaji maka wang tersebut menjadi hak milik ADUN tersebut dan itu terpulanglah kepada beliau untuk belanja siapa...jika tak belanja pun tak ada siapa boleh AUDIT nya....

* Sekadar cadangan rakyat M@rhaen dibawah ini sahaja....

TOK PA dah setaraf akai putar alam AHMAD MASALAN & HASAN MALEK dah..!!


Satu lagi kenyataan kelakar dikeluarkan menteri kabinet. Tahniah Tok Pa, anda sudah setaraf Ahmad Maslan dan Hasan Malek. Kalau nak bg statement auta, puak2 ni mmg kelaka. Aduhai... 

Bukan tak bangga ngan kereta Malaysia tp jangan lah sama kualiti dengn kereta BMW.. Baik je cakap setaraf ngn Ferarri ker Lamboghini ke..

Dah gila ke Tok Pa ni?? Kah kaah kaaaah.. Gelak pecah perut beb.... Perbandingan yang tak masuk akal... Otak menteri menteri kat Malaysia semakin pandai...

Dalam satu kenyataan balas BMW telah mengakui jenama itu yang setanding dgn Proton.. Bukan Proton yang setanding dgn BMW.. Satu sindiran tajam dr BMW untuk Tok Pa.. Kah kaah kaaaah..

Selasa, 10 Mac 2015

1MDB punya pasai.. NAJIB & MUHYIDDIN sedang bersilat sakan lanie..!!!

hangpa nampak dak apa najib buat pasai 1MDB... awat dia tak cerita secara umum kat MEDIA NASIONAL spt TV3, RTM & UTUSAN tapi dia panggil KETUA BAHAGIAN UMNO untuk buat penjelasan....

Dia panggil depa nie sebab nyawa dia nak berkuasa dok kat depa nie....bukan kat rakyat pun... jika dia dapat lembik tengkokkan KETUA BAHAGIAN UMNO maka usia kekuasaan dia akan terus berkembang sebab nak naik turun PRESDIEN UMNO ada kat puak-puak nie...

Dan disinilah kita dapat nampak pasaipa MUHYIDDIN tak mai majlis penerangan nie... sebab NAJIB sudah satu step depan MUHYIDDIN....ini kerana sebelum nie kan MUHYIDDIN dah buat pengumuman bahawa PAC boleh siasat 1MDB dan juga KABINET pun tolak loan 1MDB...awat dia ingat NAJIB boleh tersentot kaa...

Rupa-rupanya NAJIB pun ada buah kilas dia sendiri...jadi tarian seterusnya marilah kita lihat dan tengok apa rentak depa dua org ini seterusnya....

Rabu, 4 Mac 2015

FB sudah jadi medium untuk pimpinan PAS menyelesaikan masalah sekarang ini

PAKAT DUDUK SEMEJA DAN BINCANG TAK BOLEH KAH?

Adakah fb merupakan ruangan org bijak dalam PAS menggunakannya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sekarang ini...

MSU nak tegor SU AGUNG guna FB
USTAZ nak tegur PROFESIONAL guna FB
PROFESIONAL nak ajak GENG USTAZ wacana, forom guna FB
SU AGUNG nak habaq dan teguq PIMPINAN guna FB

Apa dah berlaku dengan hangpa semua nie... tak reti nak bermesyuarat kaa yang gila guna FB nie...

Bila hangpa guna FB kami ada modai bantai hangpa jadi jika takmau kami bantai hangpa pandai2lah selesaikan masalah dalam rumah hangpa tu secara dalam rumah baru org tak tau...

AnakKedah007

PAS bagaikan lalang mengikut arus angin

Mencari Hakiki


pendirian dan musuh pas semakin samar. sekiranya berlaku perpecahan dalam pas..

1. pucuk pimpianan pas harus dipersalahkan. tidak pandai mengemudi, ahli-ahli dan rakan persepakatan dalam barisan alternatif. pucuk pimpinan pas dilihat dalam banyak isu membuat kenyataan terbuka sebelum duduk semeja yang boleh mengguris perasaan ahli-ahli dan rakan persepakatan. apabila ramai antara rakan seperjuangan tidak berpuas hati terbentuklah PASMA. masih juga pucuk pimpinan tidak mengambil langkah bijak untuk duduk semeja mencari jalan terbaik sebagai satu keluarga sebaliknya menyerang dan munuduh pembelot,jebon,barua dan sebangainya secara terbuka.

2. inilah masa terbaik untuk pihak lawan turut menjadi batu api. ramai blogger upahan umno sudah menjadi seperti ahli pas menyemarakkan lagi isu kerajaan perpaduan(UG). isu hudud terlebih di gembar gemburkan. saya sebagai penyokong pas dari dulu sangat menyokong hudud tapi pada saya dalam situasi sekarang untuk apa membicarakan soal hukuman sebelum dapat menuding jari pada pesalah. banyak ketidakadilan dalam undang2 dan penyalahgunaan kuasa serta kezaliman. pas tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

3. jika berlaku perpecahan pas akan terbahagi 2 pas dan pasma. dimana pasma akan mennyertai pakatan pembangkang. dan pas terkontang kanting semakin lemah dimasa itu pas akan menyertai kerajaan perpaduan bersama umno. bagaimana layanan umno pada pas yg lemah pada masa itu? pas sekali lagi akan dipermainkan umno. sejarah mungkin berulang.

Apa yang terbaik dan harapan saya buat masa ini pas harus lebih muhasabah dan istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama rakan pakatan pembangkang. biar ada rasa rendah diri. buang yang keruh ambil yang jernih. bukan dari ajaran islam perkauman(racist) dan menyekat
pemikiran.

Ya Allah selamatkanlah PAS
-1cent thinking ahli bawahan

Isnin, 2 Mac 2015

Adakah Zuhdi nie SB UMNO dalam PAS..???

Siapakah Zuhdi... Adakah beliau Ketua Penerangan puak bertelagah satu lagi yg mana rajin sangat keluaq kenyataan yg kearah perpecahan...bukan kata nak bagi elok....siap ramal pas berpecah selepas muktamar, siap nak jentik jentik, siap halau org buat parti baru....

Awat hang syok ka jika apa yg hg cakap tu berlaku....hang nie memang taik la Zuhdi oi...sampai skrg kami masih ragu ragu akan kerja buat hg dalam pas...payah kami nak percaya mereka yg keja sbgai pensyarah di ukm lepas tu mai jadi pimpinan dalam pas...

kami masih hairan kenapa hg masih keja pensyarah tanpa diambil tindakan oleh university dan kementerian sbb terlibat dgn politik pembangkang...pada kami hg nie ibarat mata mata musuh dalam pas...hang pun naik sehari dua nie jaa...bkn zaman 1998 dulu....

Thah thah hg nie SB....???????

Copy Paste dari fb KedahLanie

Ahad, 1 Mac 2015

Kata jual minyak ikut harga dunia, nie tengok macam ikut kepala otak pimpinan BN jee..??



01/01/2015 > USD52.00 harga minyak Malaysia RM1.90 Seliter
01/02/2015 > USD45.00 harga minyak Malaysia RM1.70 Seliter
01/03/2015 > USD49.00 harga minyak Malaysia RM1.95 Seliter

Formula camna nie..???

Khamis, 19 Februari 2015

Banduan lain pun kena gigit nyamuk jugak wahai AZIZAH..!


Kami pun bersimpati dengan apa berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi janganlah diangkat isu-isu yang remeh temeh macam nie yang boleh menghilangkan simpati masyarakat kepada beliau.

Sudah-sudah lah tuu...cari isu yang best sikit...

Pakat dok jilat SADA (Sykt Ayaq Dato Azizan) pulak..!!!

Amboi syok aih nak buat JILAT.. dulu masa Azizan penaik sekupang bukan main hingaq hangpa... lanie bukan main sakan JILAT nya

ini kami ambik dari blogger UMNO di Kedah..!!

hangpa baca laa noo...

Ayaq SADA awat yang susah sangat ni chekk oii..

Betui ka SADA cas mahai lanie?

Banyak orang tak faham penjelasan panjang lebar dari Chairman SADA dan EXCO PBT. Entah susah nak faham, atau sengaja takmau faham, atau memang suka bantah dari faham.

Mai aku nak jelaskan.. chek bagi kliaa naa..

Caj pemotongan naik RM10 dari RM25 ke RM35. Kenaikan atas sebab teknikal, malah mengalakan org kita membayar bil dari kena potong. Kalau bayaq bil, tak kena potong ayaq, apa nak risau? Dia naik pi RM100 pun.. bukan kita kena bayaq.. betui dak?

Tak payah penin, sampai bil nanti bayaq la. Kalau takmau bayaq banyak, jimatlah ayaq tu. Malam Jumaat, mandi sekali ja jangan banyak kali. Nak jimat katakan. he he..

Bab penyelarasan pulak..

Penyelarasan Deposit tu untuk SADA memegang duit pelanggan sementara untuk jaminan atas dia. Dia bagi servis dan ayaq, kita jadi tukang bayaq. Kalau takmau servis dia, suh dia kerat paip kat rumah kita, kita guna balik telaga lama.

Dia pegang pun atas pengunaan kita, kalau kita pakai purata RM100 sebulan, SADA akan pegang deposit RM100 selama setahun utk jaminan dia.

RM100 tu bukan bayaq seketoi.. bayaq sikit-sikit pun boleh. Hangpa bayaq la RM10 sebulan, cukup sepuluh bulan, dah ada deposit RM100. Cukup murah.. kalau rokok boleh beli RM13.50 (yang murah pun naik RM12.00) sehari.. Ni bekalan ayaq untuk anak bini dan mak bapak takkan RM20 atau RM10 sebulan pun nak berkira kot.

Deposit tu bukan hak SADA.. itu duit kita, kena faham tu.

Kalau tahun depan purata kita dah kurang sikit macam RM80, RM20 akan dipulangkan dalam potongan bil bulanan. Depa tak ambik aihh duit tu.. Kalau tiba-tiba kita nak pindah rumah pi dok KL ka.. kita boleh minta balik deposit (duit) kita tu, dengan syarat kita takdak hutang depa. Kalau kita hutang, depa potong berapa bil yang kita hutang, lebihnya depa bagi balik.

Depa cuma nak hak depa terjaga, sama la macam kita nak hak kita.

Penambahbaikan atau servis.

Kita dok hingaq SADA servis tak elok, ayaq takdak. Nak elok macam mana kalau depa pun tak mampu nak bagi elok. Berapa banyak yang hutang SADA, berapa ramai yang tak jelaskan bil? Kalau SADA rugi kata depa tak pandai jaga. Bila depa minta kita bagi deposit sikit pun, kita dah hingaq.

Selangor dan Penang, dah naikkan tarif ayaq, negeri lain pun dah penaik. Kelantan yg ayaq koko pun penaik harga. Cuma Kedah saja tak penaik. Kira baguih la tu.. nak macam mana lagi?

Pada yang ada masalah ayaq dikawasan tu harap sabaq la noo.. jangan dok saja, pi kat pejabat SADA buat report. Lagi tak elok, lagi tu dok ulang buat report, kalau tak jalan juga, pi gegaq rumah Adun suruh tolong. Ayaq dan servis tu hak kita, kena jaga hak kita. Deposit dan bil cas kita hak SADA kita ikut saja.

Kalau sama-sama jaga, dua-dua senang. Servis makin baguih, kita pun hidup aman dan sentosa. Kedah Aman Makmur la katakan. Bak kata orang, ada pi, mesti la ada mai. Betui dak?

Ikhlaih daghi..

- Mat Paip Ayaq #TMK

Sabtu, 17 Januari 2015

Masa PAS nak UNDI tak tanya pulak AHLI BIASA atau AHLI LUAR BIASA..!!

'Dia ahli biasa tak perlu layan'

Satiful Bahri Mamat  
Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan kenyataan Exco Pemuda Pas Pusat, Zulhazmi Shariff supaya Presiden Pas tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti pertengahan tahun ini, sebagai kenyataan yang tidak perlu dilayan.

Katanya, Zulhazmi hanya ahli biasa dalam Pas dan tidak perlu respons pada kenyataanya itu.

“Tidak perlu respon kenyataan dia.. siapa dia.. dia ahli biasa sahaja dalam Pas," katanya.

Selain menjelaskan bahawa Zulhazmi adalah peguam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) iaitu salah  sebuah NGO yang lantang mengkritik kepimpinan Pas di bawah Abdul Hadi, Satiful Bahri turut membidas Zulhazmi supaya tidak mencampuri urusan parti itu.

Satiful Bahri menegaskan, perwakilan dalam Muktamar Pas akan memainkan peranan untuk menentukan sama ada Abdul Hadi kekal atau sebaliknya.

“Kalau kepimpinan persatuan peringkat dunia iktiraf beliau (Abdul Hadi) dengan melantiknya sebagai Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, kenapa kita di Malaysia hendak tolak?

“Untuk jawatan Mursyidul Am Pas, kita sudah ada Timbalan Mursyidul Am iaitu Datuk Dr Harun Din,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sebelum ini, bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada Muktamar 2013 berkata, ini sebab Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka menjelaskan bahawa suara yang lantang itu tidak lebih sebagai suara picisan dan karenah mereka tidak perlu dilayan.

Walaupun menyedari tindakan Pasma semakin lantang, apatah lagi membuat kenyataan terbuka melalui laman sosial dan media mengenai Pas, beliau tidak melihat ia sebagai ancaman.

“Dalam Pas, kita sudah lama menghadapi perkara seperti itu,” katanya.

Jumaat, 9 Januari 2015

Dok Kalut Stesyen Minyak lingkop...macam la depa jual minyak saja..!!!

Macamlah stesen minyak jual minyak sahaja

minyak
BAGI mereka yang bimbang stesen minyak akan lingkup, ingatlah kebanyakan stesen minyak hari ini bukan sahaja bergantung pada jualan minyak sahaja.

Stesen minyak hari ini dilengkapi dengan kedai runcit tersendiri dan restoran makanan segera. Untuk menarik pelanggan membeli-belah di dalam  kedai runcit, mesin juruwang automatik (ATM) dan khidmat menambah nilai Touch N’ Go disediakan. 

Di dalam kedai runcit, kebanyakan barangan dijual lebih mahal daripada harga di kedai runcit biasa. Pengguna membayar harga untuk “kemudahan” (mudah untuk mendapat barangan) ketika mengisi minyak. Berapa yang tidak setuju dengan ini?

Pengusaha stesen minyak selama ini tidak membeli stok minyak yang bertahan berbulan lamanya kerana tangki simpanan minyak di bawah tanah itu terhad.

Dengan sistem apungan, pengusaha minyak kini boleh meramal sama ada harga minyak negara akan diturunkan atau dinaikkan berdasarkan harga pasaran dunia.

Jadi, pada penghujung bulan, pengusaha stesen minyak perlu membuat keputusan penting sama ada perlu menyimpan stok minyak sekadar cukup atau lebih.

Jika harga dijangka naik, sudah tentu pengusaha minyak akan membeli stok lebih sekarang pada harga yang murah untuk dijual pada harga yang lebih tinggi.

Jika harga dijangka turun, mereka boleh mengambil langkah sebaliknya tapi memastikan stok cukup untuk kegunaan seharian sehingga lori stok minyak datang melawat pada kali seterusnya bulan depan.

Itulah cabaran perniagaan.  Untuk ahli parlimen pembangkang, tak perlulah lagi mensensasikan isu minyak tanpa sebab munasabah untuk mendapat perhatian media kerana kenyataaan-kenyataan minyak sebelum tidak mendapat banyak perhatian.

Ya, banyak benda yang BN buat tak betul, tapi dalam hal minyak ini, rasanya tidak banyak yang BN boleh buat silap.

Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, betul ke sistem subsidi minyak akan dikemukakan semula? 

Lebih elok tumpukan fokus untuk memaksa kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST.

Rabu, 7 Januari 2015

BALAK KELANTAN : Bertahun sembang kosong, sampai sekarang tak ada seorang pun kena tangkapnya..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com


Hairan jugak tengok politik UMNO BN dan KUNCU-KUNCU nya sejak musim banjir nie.... bukan main bisisng dalam TV, SURAT HABAQ, RADIO kata KELANTAN ada tebang BALAK sampai dogol hutan sebab itu jadi banjir....

Jika dilihat dalam procedure hendak menebang balak... intitusi yang paling tertinggi nak beri kebenaran menebang balak ialah JABATAN HUTAN yang mana di kawal selia oleh KERAJAAN PUSAT.... Walaupun KERAJAAN NEGERI beri permit kawasan menebang balak kebenaran untuk menebang dan membawa keluar balak hendaklah mendapat kebenaran JABATAN HUTAN...

Jadi jika dilihat disini skrg ada sesuatu benda tak kena...jadi perkara tak kena inilah kena di siasatnya... bab nak siasat rasanya tak ada masalah sbb dasar kerajaan negeri mereka sanggup membuka pintu pejabat 25jam sehari untuk mana-mana pihak datang menyiasatnya...

dari dahulu sampai sekarang apa yg dilihat hanyalah cakap cakap belakang tabir sahaja namun belum ada seorang pun pimpinan dan orang pas di dakwa atas kesalahan bab balak nie...kami ternanti-nanti siapakah gerangan manusia yang akan didakwa tapi sampai skrg pun tak ada seorang pun....
Saya buka pejabat 25 jam sehari untuk siasatan - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), mengulangi lagi bahawa kerajaan negeri membuka pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat termasuk kes 4,400 hektar tanah yang dimiliki oleh syarikat pemimpin Perak.

Menurutnya, kerajaan negeri tiada masaalah langsung berhubung perkara itu kerana Kelantan sebuah negeri yang sentiasa bersifat terbuka.

Menurutnya, berhubung kes yang didakwa pemberian tanah keapda syarikat yang dimiliki dua pemimpin DAP Perak itu, beliau memberitahu pegawainya telah menyerahkan fail berkaitan urusan pajakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya beri peluang kepada orang buat apa saja (menyiasat) termasuk melalui suruhanjaya diraja ke, dan saya selalu sebut pejabat saya ni dibuka 25 jam sehari bukan 24 jam,”ujarnya.

Sambungnya, dengan cara itu beliau dapat mengingatkan diri sendiri berhubung amanah sebagai pemimpin disamping pegawainya agar sentiasa mengingati perkara yang sama.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk seri Mustapha Mohamed yang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi mengatasi berhubung penjelasan kerajaan negeri tentang pajakan tanah yang membabitkan syarikat dari Perak itu.

Mustapha dalam media dua hari lalu dilaporkan berkata masih terlalu banyak persoalan tidak dijawab kerajaan negeri termasuk kemusykilan apakah pemimpin DAP terbabit mendapat keistimewaan tertentu daripada PAS.

Tuan Guru seterusnya turut mengulangi, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk dibawa ke mahkamah pihak yang membuat tuduhan palsu berkaitan isu pajakan tanah tersebut dan sudahpun mengarahkan pegawainya mengambil tindakan itu.