Sabtu, 18 April 2015

Mukhriz bukan ada jasa pun tawan Kedah, wira sebenarnya ialah Ahmad Bashah jika hangpa nak tau..!!!

Wan Suhaijie Aupn 
with Othman Abdul and 28 others

Akhir-akhir ini politik Kedah menjadi tumpuan radar politik negara. Sehinggakan nangoi-nangoi daripada luar Kedah pun memandai-mandai buat cerita ceriti tentang politik Kedah. Paling menjengkelkan apabila ada nangoi daripada luar yg mendakwa kejayaan BN Kedah menawan kembali negeri Kedah adalah berkat daripada aura Dato Seri Mukhriz anak kepada Tun Mahathir semata-mata. Itu pandangan yg benar-benar false gila!

Di sebalik kegembiraan menyambut kejayaan merampas kembali bumi Kedah daripada Gerombolan Regim Pas Kedah, ramai yg terlupa hero sebenar atau arkitek sebenar yg bertungkus lumus merencana strategi untuk menawan Kedah kembali. Kalau hgpa nak tau, Dato Paduka Ahmad Bashah la hero/arkitek yg sebenar. Beliau la unsung hero. Wira yg tak didendangkan.

Selepas negeri Kedah berjaya ditawan oleh Pas Kedah pada pru12, Dato Paduka Ahmad Bashah la yg diberi tanggungjawap untuk memikul tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah daripada tangan Dato Seri Shafei Afdhal yg memikul sebentar jawatan tersebut.

Semenjak Dato Ahmad Bashah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah (PBPUK), beliau bergandingan dengan Ketua Pembangkang DUN Kedah Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid merencana strategi untuk menawan kembali negeri Kedah. Ketika itu Dato Seri Mukhriz diberi tanggungjawap sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Namun DS Mukhriz ketika itu dilihat lebih banyak menghabiskan masanya di Kuala Lumpur mungkin kerana keluarganya yg tinggal di Kuala Lumpur dan ketika itu pula beliau adalah Timbalan Menteri.

Jadi Dato Seri Ahmad Bashah la yg memikul tanggungjawap sepenuhnya mengemudi bahtera UMNO Kedah. Pelbagai program dan aktiviti yg diadakan bagi memulihkan kembali semangat ahli-ahli UMNO Kedah yg terjejas teruk setelah Kedah dirampas oleh regim Pas.

Selain daripada faktor Dato Ahmad Bashah selaku PBPUNK, faktor-faktor lain juga memain peranan utama di sebalik kejayaan UMNO merampas kembali negeri Kedah. Antara adalah kerja kuat jentera UMNO di seluruh Bahagian di dalam Kedah. Sebagai contoh, di Bahagian Padang Terap, keseluruhan jentera UMNO digemblengkan bagi menangkis dakyah-dakyah Pas. Malah jentera UMNO Padang Terap juga gigih mencari dan mendaftarkan pengundi-pengundi baru pro UMNO lebih ramai daripada pengundi-pengundi baru yg didaftarkan oleh parti Pas. Begitu juga di Bahagian lain seperti Baling,Sik,Kulim,Pendang,Merbok dan Jerai yg turut sama bertungkus lumus melakukan pelbagai aktiviti dan program di Bahagian mereka.

Faktor lain yg turut menyumbang kejayaan UMNO di Kedah turut dipengaruhi oleh masalah dalaman di dalam parti Pas. Terutama sekali konflik terbuka di antara arwah Tan Sri Azizan Razak selaku MB Kedah dan Pesuruhjaya Pas Kedah dengan YB IR Phahrolrazi yg merupakan ADUN Pengkalan Kundur dan juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah. Pergeseran yg sangat dahsyat ini turut menjejaskan kekuatan Pas di Kedah sehingga menyebabkan jentera Pas lumpuh 50% pada pru12 dulu.

Faktor terakhir yg menyumbang kemenangan UMNO di Kedah pada pru13 dulu juga adalah kerjasama dan bantuan daripada Kerajaan Pusat yg dipimpin Dato Seri Najib Razak. Kerajaan Pusat melalui ICU banyak memainkan peranan penting membantu UMNO untuk menyelesaikan masalah-masalah pembangunan di Kedah tanpa melibatkan Kerajaan Negeri Kedah yg ditadbir oleh Pas. Malah Dato Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri kerap kali turun ke Kedah ketika itu. Kedah merupakan antara negeri yg paling kerap PM turun ketika sebelum pru13.

Jadi, tuduhan dan dakwaan bahawa kejayaan UMNO menawan kembali negeri Kedah adalah disebabkan aura DS Mukhriz semata-mata adalah dakwaan yg sangat dangkal dan tak bijak. Faktor DS Mukhriz hanyalah faktor minor saja. Kredit sebenar harus diberikan kepada Dato Paduka Ahmad Bashah serta pimpinan-pimpianan UMNO di setiap Bahagian di dalam Kedah. (facebook)

Tiada ulasan: