Sabtu, 30 April 2011

TAHNIAH UST MAD YAHYA & GOOD LUCK SETPOL... Semoga berjaya Esok..!!

Assalamaualaikum,

Nak kata apa pon tak tau dah yg mampu cuma ucapkan TAHNIAH SAHAJA sebab Ust. Masih mendapat kepercayaan memimpin PEMUDA KEDAH.. Walaupun kami hakikatnya akui Ust. lemah dalam memegang tampok PEMUDA KEDAH tapi kami akan tetap walak atas pemilihan ini...

Kini yang best kita tengok sahabat kita tengah dok pulon nak pertahan jawatan Timb. Ketua Pemuda.... sebab apa kami kata pulun... sebabnya dah jadi macam UMNO bila dengaqnya... sampai lobi melobi kat ketua kawasan suruh perwakilan angkat dia lagi....

Udah laaa tuuu.... takyah laa dok buat kelaku UMNO tuuu... jika kita bagus orang tentu angkat kita lagi... tapi jika kita haprak maka lihatlah jalan keluar tuuu... takyah laa dok buat kelaku UMNO tuu hudoh di tengoknya.... Jika menang biarlah kemenangan yg masak dan ranum bukan kemenangan yang segak diluar tetapi berulat didalam...

Itu laa dulu semasa ada kuasa tu tak nak jaga elok-elok buat ada macam tak ada jaaa... bila mai nak lawan nie maka terpaksalah pulak nak kempem mengempennya..... Jika UMNO perwakilan dia akan tanya "APA KAMI DAPAT?" tapi perwakilan PAS kawan tak tahu laa pulak... mungkin janji bulan bintang kot....

Sekarang kawan nak highlight pulak orang yang akan lawan Timb Ketua Pemuda nie... jika tengok gayanya tentu hangpa tak tahu siapa dia nie... nama dia Nasir Zakaria... dia nie MP Padang Terap rasanya Pemuda lagi kenai Nasir dari SETPOL nie...









GOOD LUCK YB.... Takyah kecoh-kecoh takyah lobi-lobi macam depa nuuuu....
Insya'allah JIKA ALLAH TAALA izinkan kemenangan... dia akan sampai jua..

KEPADA PERWAKILAN.. inilah dia CALON ANDA yang nak lawan SETPOL ESOK... jadi anda tilik betoi2 apa kami dah katakan sebelom dalam artikal yg lepas.... jadi buatlah pilihan yg bijak..

Jumaat, 29 April 2011

Kenapa PEMUDA KEDAH kena angkat PIMPINAN YANG BARU...

http://www.tomshw.it/files/2010/02/immagini/24079/sms-guida_t.jpg

Ha ha ha.. selepas time bom aku lepas semalam... nampaknya kena bom lagi hari nie bukan apa takut hangpa lupa apa yg aku habaq semalam........ Sorry laa BRO.. Gua bukan nak cari pasal tapi gua rasa gua kena bersuara jugak.. sebab gua tengok hangpa-hangpa nie buat kerja macam 2x5 dengan UMNO jaaa... Gua kasian dekat ahli-ahli kat bawah nie.. depa bertungkus lumus nak memenangkan parti yg mereka cintai ini... tapi hangpa semakin hari semakin lemak dan tersasar bila gua tengoknya...

Tapi bila bercakap mengalahkan agaq-agaq dalam pinggan lembutnya. 3 tahun gua follow gerak kerja hangpa... 3 tahun jugak usia Kerajaan Kita Punya memerintah... dan dalam 3 tahun itu jugak pada gua hangpa GAGAL....

GAGAL menjadi barisan hadapan menghadapi musuh.... musuh memanjang SMASH K'jaan NEGERI.. tapi hangpa... ABOK pon tarak.... nak setaraf dengan zaman HJ NAN, ARIS AWANG dan zaman MAHFUZ jauh sekali....

Dia jika jadi KETUA kita kena PANTAS... BERSILAT.. BERTAEKWANDO.. BERGUSTI DENGAN MUSUH dan jangan tunjuk kita CEROI... dan benda nie sebenarnya hangpa boleh buat namun hangpa menikus sahaja.... Cuba tengok sejak dua menjak nie.. hangpa boleh pun menjadi BARISAN HADAPAN kerjaan negeri....macam-macam statement timbal balas yg musuh berikan hangpa boleh menepis dan berhujahnya....

Namun pada aku...benda nie sudah terlambat.... mai nak pemilihan baru hangpa tergedik2 nak sua muka... lanie seperti aku kata semalam..sudah-sudah laa tuuu.. kalau rasa dah tak mampu kita bagi kat orang lain laa pulak.. mana tau AURA yang baru nie dia lebih menyinar lagik...

Kini aku nak listkan beberapa orang PEMUDA pilihan kat Kedah yg aku rasa layak...

YB Ahmad Izzat Shauki - Orang muda darah muda dan nampak boleh pergi jauh lagik....

YB Nasir Zakaria - Dah terbukti pimpinan beliau sewaktu di Wilayah Persekutuan dahulu...

YB Firdaus Jaafar - Jika di peringkat nasional rasanya siapa tak kenai firdaus nie...

Jika selain depa nie rasanya ada lagik yg dok di Kawasan... jadi hangpa tenung2 laa mana yg patut naik...sebab keputusan memilih terletak kat hangpa...

note : kepada yg dok hantaq SMS kepada calon2 yang nak lawan tu baik laa hangpa rentikan saja... ingat kelaku tu adalah kelaku haram bejadah UMNO jaaa... tapi tak tau laa kalau hangpa rasa benda buat hangpa tu mendapat keredhaan Allah swt.....

Khamis, 28 April 2011

Sudah-Sudah Laa tuuu SETPOL.... Bagi kat orang lain laa pulak...

http://3.bp.blogspot.com/_OqpXFfOX7CU/SLa8ECNagWI/AAAAAAAACLQ/8dYU2b5H1Lc/s1600/bruce-lee-kareem-flying-kick-dragon.jpg

Sehari dua ni hampa tak dengar ka Sanusi Setpol dok berkokok sakan? Dalam Sinar Harian ada, dalam blog pun banyak yang siarkan siri kokokan dia tu. Pada dasarnya memang bagus la bila setpol dah buat kerja yang menjadi amanah dia sebagai setpol.

Kini setpol yang mandom dah berubah jadi setpol yang aktif dan efisien, tahniah dan selamat maju jaya buat setpol. Teruskan usaha anda jangan sampai orang kata bila dah dekat pemilihan baru nak tunjuk buat kerja.

Tapi inilah hakikat sebenarnya, memang nampak sangat cara setpol berkokok tu nak berkempen suruh orang pilih dia lagi tahun ni. Kalau hampa perasan, sebelum ni setpol dalam tulisan dalam blog atau kenyataan dia kat Sinar Harian hanya berbangga dengan status dia sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Tapi sehari dua ni, status tu terus dikekalkan dan ditambah pulak dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah.

Apa makna semua kokokan ni? Bagi aku tak lain tak bukan dia nak berkempen la tu, maklum la pemilihan pemuda negeri dah nak sampai, 1 Mei nanti bersempena dengan cuti hari pekerja.

Memang tak lambat dah, kena berkempen kuat la kalau nak pertahankan jawatan nombor dua dan nak kekal sebagai pemegang remote control pemuda PAS Kedah.

Dalam banyak2 siri kempen tu yang paling tak tertahan geli hati ialah dalam Sinar Harian kelmarin, si setpol yang juga calon timbalan ketua pemuda ni berkokok tentang fiqh dan amanah kepimpinan. Sedap sungguh dia berkokok tapi dalam waktu yang sama dia jugak tak sedaq kaki dan badan dia penuh bergelumang dengan taik.

Mai sama-sama kita renungkan sejenak dan pikir sat apakah selayaknya setpol ni bercakap semua yang lunak-lunak tu untuk menarik undi perwakilan pemuda nanti..

1. Layak ka dia sebagai seorang yang mempunyai 'libasan kaki kanan yang padu dan pernah berjasa di wisma darul aman baru-baru ni' bercakap tentang fiqh dan tarbiah?

2. Layak ka dia sebagai seorang yang terkenal jenis tikam belakang kawan dan pernah disabitkan dalam konspirasi menyingkirkan penasihat ekonomi MB yang juga bekas bos dia sebelum bergelar setpol dulu berbicara tentang amanah perjuangan?

3. Layak ka dia sebagai seorang yang pernah terbabit mencerca dan menghina tentera merah parti (unit amal) yg berbahas tentang pentadbiran negeri pada muktamar lalu nak berkarya dan berpuisi tentang adab2 islam?

4. Layak ka dia sebagai seorang yang dikatakan memiliki kompatmen balak yang dikongsi dengan seorang yang lain (orang sik ramai tau sebab tu depa tolak dia sebagai TYDP) nak bertazkirah tentang amanah kepimpinan?

5. Layak ka dia sebagai seorang yang tidak amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai jurunilai sebelum masuk bertanding di Dun Belantik (orang sik selalu dok bercakap benda ni) berkuliah tentang tarbiyah dan sahsiah?

Tu baru senarai lima kriteria ada banyak lagi, cukup la kot. Kalau hampa nak tau lebih lanjut pi tanya orang SIK, tak kira la yang dok menongkoi di sik ka atau yang dah berhijrah keluar dari sik pun tau cerita setpol ni.. Kalau hampa tau semua cerita dia tentu hampa pun geli hati macam aku jugak bila baca SInar Harian kelmarin.

Hang jangan ingat kami tak tau semua tuuu...

Khamis, 21 April 2011

email bangang membazirkan duit rakyat sahaja...

http://nicholasleong.net/wp-content/uploads/1malaysia.jpg
aduhai terbang lagi duit rakyat Malaysia RM50juta
awat la bangang sangat puak-puak nie dok menyokongnya..
idea nak buat e-mail 1malaysia utk bagi kat rakyat nie
dah terang-terang membazir.. tapi puak-puak yang
menyokong tu boleh selamber rock sahaja RELAX
macam sekupang pon tak makan duit mereka

pakailah saja email yg google, yahoo, hotmail dan lain2 yg
bagi FREE tuu buat apa nak membazirnya...
kalau RM50 inggit aku tak kesah ambik sajalah
nie dah jadi tahap merapu dah nie..

apa motif nak buat email nie...
cuba penyokong UMNO bangang nie cerita sat
aku pun hairan dengan kelaku hangpa
boleh jaa terima idea2 bodoh yang pimpinan hangpa buatkan nie

mai kita lihat dengan RM50juta apa boleh buat...
SELANGOR bagi ayaq FREE setahun 5juta.. jadi boleh bagi 10 tahun
RUMAH PPRT sebijik dlm RM30k.. jadi boleh buat dekat 1600biji..
BOH AKAUN ASB RM5000 seorg.. boleh bagi dekat 10ribu org rakyat

entahlahhhhh makin hari makin banyak kerja bangang di buatnya...
takan benda macam nie kita tak boleh nampak...
MINYAK NAIK... BARANG NAIK.. MAKAN KENA CUKAI..
itu pon tak leh pikiaq kaaa...

Jumaat, 15 April 2011

Wa tabik Sama Raja Petra

oleh AnakKedah007

http://deadalienx.files.wordpress.com/2009/12/rpk.jpg
HAH HAH HAH LU KENA BEB..!!!

Tu dia aihhh....cuba kawan2 fikir2kan apa yg terjadi sehari dua nie selepas Raja Petra masuk TV3.... cerita altantuya timbul semula.... memang la beliau katakan bahawa bukan dia yang ada bukti pasal pembunuhan tersebut...tapi orang yang dedahkan kepada beliau punya i bukti semua tuuu.. jadi kena pergi tanya mereka laaa...contoh utama kolenal tersebut yang dah pon di gantung tugas2 rasmi cuma buat kerja dalam oficce jaa....

tengok sekarang siapa dah masuk jerat....najib bukan main seronok sebab Raja Petra kata bukan dia yg tuduhnya tapi kira dia sudah lepas masalah skrg penama2 dalam akaun bersumpah beliau kenalah bertanggungjawab....skrg file dibuka semual dan siapa yang akan terkendon.....

tunggu..................
  • sebelum nie sebok kata orang akan demam jika nak berdebat..last..sunyi sepi....
  • sebelum nie sebok nak buat suruhanjaya blue...last terus tak jadi bila kena sergah balik...
  • skrg syok pasal RPK tarik balik kata2 dia tuduh mereka terlibat... last...........ha ha ha
Lu Kena Beb....!!!!

Selasa, 5 April 2011

SIDANG DUN : Azizan Oh Azizan


Oleh AnakKedah007

Nah baru hang ada akai sembang sedap sangat.. dulu sebelum memerintah bukan main bising rata kampung kata Kerajaan BN buat sidang DUN sejam ke dua jam... mai lanie kira hang pon 2x5 jaa kelaku buat sidang DUN 2 jam....

Dah laa haram tak buat siaran langsung.. lepas tu bersidang selama 2 jam.. kira kelaku hebiaq hang nie sama ja macam kelaku UMNO BN.... Sedangkan dalam sidang DUN tuu macam2 hang boleh jelaskan.. terutama isu negeri seperti yang pembangkang dok tekankan sebelum ini iaitu manifesto hang yg mana kata dah 80% buat dan suruh tanya dalam dewan.. bila orang tanya hang haram tak jawab pulak.....

Awat kelaku hang nie semakin hari semakin teruk di tengoknya...kalau macam nie punya kelaku kami yg dok back up nie nak hujah haram bejadah apa dengan blogger UMNO yang kata Azizan pun buat sidang DUN terpendek di dunia....

entah la Azizan oii.. sejak dua menjak nie aku yg jadi blogger nie cemuih jaa dengan kelaku hangpa.. tapi mengenangkan wadah perjuangan skrg aku berada dalam jemaah PAS jadi terpaksa la aku tegoq kelaku hang nie....kalau ikutkan hati macam nak lompat jaaa.... cemuih gilak dengan kelaku hangpa lanie.. dulu hangpa sembang dan kata kat UMNO tak mau2 last lanie hangpa pulak buat sama macam depa buat....

Nie berjela depa bambu hangpa dalam SINAR HARIAN takan hangpa nak tengok saja.... macamana nak jawab hujah hangpa.. dulu masa depa tanya hang suruh tanya dalam DEWAN.. bila orang tanya hang HARAM TAK JAWAB pun.. apa dia nie....bila benda nie tersebar dalam SINAR dan akan di baca oleh orang kampung apa nak jawabnya dengan masyarakat.. hangpa takpa laa sedap dok dalam econ di wisma sana nuu... kami yg dok kempen mati2 nak pertahankan hangpa last buat kelaku macam nie pulak....

Awat tak boleh nak sidang lama sikit kaaa...buat laa 3,4,5 hari....bagi huraian yg dalam manifesto tuuuuu... nak kata tak reti jawab SETPOL dah karang berjela dah sebelum tuuu... baca yg tu pon tak paa.. sekurang2nya hujah pembangkang kedah dah kena patah dah.. nie dak jawab apa pon ke haram......

lantak kooo la Azizan oii... sedap sangat kata kat ORANG BEROK last kena pelakong balik dek Det Lid hang tu KERA DAPAT BUNGA... baru ada akai..

Wakil BN tagih janji Azizan

ALOR SETAR - Beberapa wakil Barisan Nasional (BN) kecewa apabila soalan mengenai janji manifesto pilihan raya umum lalu tidak dapat dijawab kerana kesuntukan masa.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Pedu) berkata, sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak begitu beria-ia mahu menjelaskan isu janji dalam manifesto itu dalam sidang dewan kali ini.

“Tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan dan mereka hanya bersandiwara untuk menutup kelemahan dan kegagalan Kerajaan Negeri. Mereka takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana bimbang rakyat akan tahu tembelangnya,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan pagi semalam.

ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Mad Hanipah berkata, Kerajaan Negeri takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana bimbang sokongan rakyat akan beralih kepada BN apabila helah mereka diketahui umum.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sebenarnya gagal menunaikan janji seperti yang dilaung-laung dalam manifesto pilihan raya umum lalu.

“Jika mereka berjaya melaksanakan semua janji dalam manifesto, saya yakin mereka akan hebahkan untuk pengetahuan orang ramai.

“Tetapi sekarang ini, nampaknya mereka lebih banyak berdalih dan cuba mengelak daripada menjawab apa yang kita timbulkan,” katanya.

ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, rakyat ingin tahu kebenaran kata-kata Menteri Besar dan beberapa Exco yang mendakwa berjaya melaksanakan lebih 80 peratus daripada janji dalam manifesto.

“Saya pun ingin tahu sejauh mana janji manifesto Pakatan Rakyat berjaya dilaksanakan di Kedah. Macam mana mereka kira hingga boleh dapat kepada angka itu. Kalau tidak silap saya mereka ada sebut sehingga 80.7 peratus. Saya nak tahu juga macam mana mereka dapat kiraan itu.

“Kami pun memang tunggu nak dengar jawapan Menteri Besar. Tetapi mereka hanya bersandiwara dan tidak berani menjawab,” katanya.

ADUN Belantek, Mohd Tajudin Abdullah berkata, jika Kerajaan Negeri ikhlas untuk menjawab soalan mengenai janji manifesto dalam dewan, mereka tidak akan meletaknya pada nombor akhir berbanding soalan lain.

“Kalau mereka berani dan mahu jawab soalan itu, kenapa letak pada nombor 67 daripada 71 soalan lisan yang dikemukakan. Sepatutnya mereka letak soalan ini pada nombor satu agar lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk menjawab soalan ini.

“Disebabkan takut nak jawab, Kerajaan Negeri letak soalan itu di belakang kerana tahu ia tidak akan sempat dijawab. Di sini kita boleh lihat niat sebenar mereka,” katanya.

Mohd Tajudin mengemukakan soalan yang berbunyi “Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Kedah, berapakah janji pilihan raya ke-12 seperti dalam manifesto telah dilaksanakan. Mohon penjelasan”.

Soalan bertulis nombor 21 daripada Dr Ku Rahman berbunyi “Setelah menerajui Kerajaan Negeri selama lebih dari tiga tahun, berapa peratuskah janji-janji (manifesto) pilihan raya ke-12 telah dilaksanakan dan setakat mana slogan ‘Kedah Sejahtera’ nikmat untuk semua sudah dicapai?”

Jawapan yang diberi ialah “Jawapan akan diberikan kemudian”.