Isnin, 16 November 2009

Kat Kami Bukan Main Kalut HangPa.. tapi Kes hangpa Simpan Dalam Spenda Semua...

oleh AnakKedah


Yang Nie hangpa kalut..Oklaaaa 1 -0

TAPI yang Nie..
http://2.bp.blogspot.com/_SixbXbhX-yM/SubNRpgrCxI/AAAAAAAACqs/fDo91cpYda4/s400/bn+project.jpg
1-1
yang nie..
http://kelantan.jkr.gov.my/pdf/pdf_britasmsa/020609_stadiumgbadak_runtuh.jpg
2-1
3-1

nak lagi kee... dah 3-1 dah nie... awat yang nie hangpa tak pulon sama pie belarak ramai-ramai... nak lagi ok masa kecederaan satu lagi gol...

4-1

Khamis, 12 November 2009

Bil. Rumah Sapa Nie..????



dapat dari seorang sahabat... nie bil rumah ka bil hotel..
gilak hidup macam nie...
hangpa pakat2 teka la rumah sapa tuuu...
malas aku nak habaqnya.....

Gambaq : Sama dan Serupa.. Apadia..??

Aku tengok gambaq nie ada satu saja yg dilihat semuanya sama.. hangpa pandai cuba teka apa dia..??



Isteri Presiden Indonesia Ibu Ani Yudhoyono bergurau dengan isteri mantan Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis ramah mesra bersama isteri Presiden Indonesia di Sri Satria di sini, hari ini. Turut hadir Isteri Perdana Menteri Datin Seri rosmah Mansor (kiri). Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia. --fotoTHE STAR

Rabu, 11 November 2009

ANWAr : Alahai UMNO.. Sudah 10 tahun.. mana dia..???

oleh Anakkedah007

bpr

Nie Nak Kira Macamana Nie.. Takkan BN/UMNO@KJ & The Gang Sembang Jaa buat Modal Kat Bagan Pinang tempohari... takan Bekas Pengarah BPR [ lanie SPRM] nie sembang dan kencing serta bohong satu Malaysia...

Alahai BN takan nak hidup dengan buat fitnah macam nie jaa.. semalam kata saksi LINGAM tak dapat di hubungi... tup tup boleh pulak muncul di PARLIMAN.. hari nie mai pulak isu bilion-bilion si Anwar nie... last timbul penafian dari pengarah BPR sendiri... macamana nie.. dah nak reput sangat dah kaa.. itu pasal dok melaung "PERPADUAN'' walaupon dalam senyap pon sanggup...

Pada aku satu shj... seandainya ANWAR nie makan kedarah duit rakyat, bagi projek kat kronie, rasuah sana rasuan sini semasa beliau jadi TPM dulu dah kompom BN/UMNO nie sudah hempas fail-fail dan bukti tersebut atas meja mahkamah dah nak dakwa beliau atas kesalahan2 tadi... tetapi malangnya dari 1999 hingga 2009 iaitu selama 10tahun hangpa belom dapat mengkaitkan ANWAR dengan perkara-perkara berikut...


Pakatan Senyap @ Pakatan Kayap Wahai Ridhuan Oii...

Dok Gila Sebut 'PAKATAN SENYAP' pulak... nak suruh PAS & UMNO dok kawan senyap2... Pirahhhh nak kawan senyap macamana dah 51tahun dari Dulu Kini Dan berkemungkinan selama2nya 2 puak nie tak akan berpakat... puncanya semua orang tahu... tak tahu mai aku nak habaq pasai pa depa nie tak akan berkawan punya tak caya hangpa kerat jari kucing anak aku..he he he..

cuba hangpa tengok dari dulu sampai laa..macamana kelaku 2 golongan nie... PAS dimana cuba berkawan bukan kata senyap2 tapi terang tang tang... kesudahannya aku rasa semua tau apa yg berlaku.... kena penerajang keluaq macam tu jaa bila UMNO rasa depa dah kuat semula.. ini salah satu kelaku yg ditunjukkan oleh 1 golongan yg disuruh berkawan dgn 1 golongan lagi....

ini ibarat muka tak malu ja dok sua muka suruh berkawan senyap2.... satu lagi cuba pakat tengok kelaku UMNO bila depa uruskan pentadbiran kerajaan pusat... depa buat semua harta negara macam harta mak bapak depa sendiri jaa... dimana masih ada diskriminasi atas pemberian semula hak-hak rakyat... yang sokong aku dapat.. yg tak sokong tak dapat...contoh paling dekat kes edaq KUPON SUBSIDI BERAS... dah nak tolong rakyat terutama sekali bangsa MELAYU ISLAM yg hangpa dok canang2kan tu apa kata bagi kupon tu secara adil tak payah suruh JKKK @ JKKKP yg bagi sana... depa nie org berjawatan lantikan politik jadi depa akan faraid la KUPON tu kat UMNO/Bn dulu lepas tu kalau ada baki2 tu tempias mai la kat penyokong satu lagi...

macam nie punya kelaku suruh kawan senyap2 pierahhhh reduan tee..sembang hangit..ko diam laa pie jadi pensyarah kat UPN sana tak yah sembang politik kat sini...masih hingusan jaa ko nie...

orang kalau betul2 nak bantu MELAYU tak yah dok sembang nak unity govermen ka nak kawan senyap2 PAS UMNO kaa...tapi buat kerja tu bagi betul dan lurus.. mana hak rakyat ko bagi dan edaq biaq adil..insya'allah yg dapat tu akan berpuas hati tak kira hang sokong sapa janji MISKIN dan kalau dia MELAYU ISLAM alhamdulillah

cuba tengok kelaku MCA / GERAKAN / DAP walaupon apa yg hg kata tu betul seperti ada pakatan dlm senyap... aku nampak depa betul2 berjuang utk HAK DEPA.. macam isu BAHASA dulu... GERAKAN Sepak MCA Tanduk DAP Buat Gol... Tapi antara PAS & UMNO nie...yg jelas dan nampak UMNO asyik dok jaring GOL sendiri jaaaa... dan yg rugi bangsa depa jugak... cth BAB BERAS tu tak SELESAi dan lagi BAB ROYALTI KELANTAN...

dah aihhh malas aku nak layan puak2 bengong nie... tapi dalan dok kata bengong tu pon ada juga yg dok sua kepala dok pie jilat pungkok UMNO tuuu...

`Pakatan senyap` tidak mungkin berlaku: Mahfuz

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengadakan 'pakatan senyap' antara UMNO dan Pas oleh sesetengah pihak dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam dan Melayu ditolak oleh pemimpin Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, 'pakatan senyap' antara parti tersebut dengan UMNO tidak perlu kerana Pas sudah mempunyai pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, isu ini juga boleh menimbulkan suasana perkauman kerana UMNO harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.

"Pakatan kita membabitkan orang-orang Melayu, Cina dan India, jadi kita tidak perlu buat pakatan atas sentimen senyap-senyap tetapi ia melibatkan sentimen perkauman," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, perbuatan seperti ini seolah-olah menggambarkan politik di negara ini kembali mundur ke belakang.

Mahfuz turut menegaskan parti-parti politik di Malaysia harus mencari satu formula bagaimana untuk menempatkan diri dalam suasana berbilang kaum.

"Walaupun hati kecil kita kadang-kadang terasa terancam, tetapi kita harus mencari jalan untuk menempatkan diri kita dalam suasana majmuk negara ini," katanya.

'Pakatan senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis artikel bertajuk 'untungnya bersatu dalam senyap' dalam blognya.

Memetik dari artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan.

Isnin, 9 November 2009

Bongkar - JKKP/JKKK Tak Mau Tandatangan Baucer Beras



UMNO Dok Jual Popia Basi....

Perghhh memang Best Sahabat aku nie tulis... hangpa baca la sendiri....Kueh Kueh...Sapa nak Beli Kueh??

DAH KALAH DI TOLAK MELAYU BARU SEDAR SOAL PERPADUAN DAN JUGA AGAMA

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pakatan secara tertutup atau terbuka antara UMNO dan Pas adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam serta menuntut ia dilakukan demi kepentingan bersama.

1.DULU HENTAM PEMBANGKANG BUKAN MAIN.PEMBANGKANG PECAH BELAH MELAYU,TIPU MELAYU DAN BERBAGAIU LAGI.

Menurutnya, ajaran Islam tidak pernah menggalakkan umat berbalah, malah menyeru semua pihak tidak kira fahaman, warna kulit dan agama agar berdamai demi membangunkan agama, bangsa dan negara.

"Tidak kira ia dipanggil `pakatan senyap` ataupun `pakatan terbuka`, tetapi pakatan ini perlu diadakan demi kepentingan umat Islam dan negara, biar kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi hal-hal melibatkan hak bersama, kita bersatu, oleh itu pakatan ini akan menguntungkan kita.

"Bagi UMNO, kita tiada masalah kerana ajaran Islam secara jelas menyeru umatnya bersama-sama demi membangunkan agama, tanah air dan manfaat rakyat," katanya kepada Sinar Harian semalam.

2. PAS KONONYA ADALAH PARTI YANG CUBA MEMECAHBELAHKAN MELAYU,MALAH MENGGUNAKAN AGAMA DEMI KEPENTINGAN POLITIK,SEKOLAH AGAMA DI TARIK BANTUAN, DAN ANAK MELAYU MENGALAMI KERUGIAN YANG AMAT BESAR ATAS DASAR-DASAR UMNO.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, `pakatan senyap` antara kedua-dua parti itu boleh menjaga hak-hak kaum Melayu dan Islam kerana UMNO dan Pas mewakili orang Melayu yang beragama Islam.

"Suara yang melibatkan hak agama dan Melayu kita boleh perkuatkan kerana kita sudah lama berpecah dan sekarang adalah masanya untuk menyatukan semula suara orang Melayu menjadi satu," katanya.

3. MELAYU TIDAK PERNAH BERPECAH,YANG BERPECAH IALAH MELAYU DALAM UMNO .MELAYU DALAM PAS DAN DALAM PKR TIDAK BERPECAH.TIDAK PERNAH BEREBUT KONTRAK DAN JUGA TIDAK PERNAH MENGABAIKAN NASIB MELAYU.

'Pakatan Senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis satu artikel bertajuk 'Untungnya bersatu dalam senyap' dalam blognya di ridhuantee.blogspot.com.

4. TIDAK ADA PEYATUAN DALAM SENYAP ATAU DALAM SELIMUT.YANG TU TANYA HASAN ALI.... HE..HE...

Khamis, 5 November 2009

Formula 1 : TOYOTA tarik diri tapi kita plak dok tebiang sua kepala...

Assalamualikum...

Nie nak tanya sikit kat Team Formula 1 Malaysia... hangpa tak gayat ka tengok apa yg dikatakan oleh Team Toyota nie... Bukan apa dari perhatian aku Toyota yang gah dengan jenama mereka sudah sekian lama di pesada dunia pon semput dengan Formula 1 nie... tapi kita nie pulak yang dok gatai sua kepala pie tahan kepala...

entahlaaa... ada otak pakat pikaiq sendiri laa nak jadi apa....




TOKYO - Toyota Motor menarik diri dari perlumbaan Formula Satu (F1) musim depan mengakibatkan tidak ada sebarang wakil dari Jepun dalam sukan permotoran utama itu..

Selasa, 3 November 2009

ISU ASRI - AWAS...! jgn terperangkap dgn jerat terbaru ini...!!!!

jgn cepat melatah.. memang nampak jelas ini adalah keja petualang umno... seperti mana ulasan pm najis kit sebentar tadi..
"Saya tidak tahu apa motifnya. Tindakan ini (penahanan Dr Mohd Asri) dibuat oleh (jabatan agama) kerajaan negeri (Selangor). Ia tiada kena-mengena dengan kerajaan pusat."

bunyi nya sama seperti beliau bersumpah mengenai isu altantuya dulu & juga megenai rampasan kuasa negeri yg berlaku di Perak yg lalu... dia ni memang cekap berlakon!

pada pandangan aku ini semua memang kerja umno lahanat... disebabkan jawatan YADIM yg ditawarkan kepada Dr Asri. mungkin mereka ada calon kroni yg lain atau mungkin kerana Dr Asri sendiri tk menunjukkan minat terhadapjawatan tersebut dan mungkin akan menolaknya. dan juga dsebabkan Dr Asri sekarang kelihatan nya semakin cendrong ke arah pembangkang & ada pula ura2 akan menyertai salah 1 cabang pakatan. oleh kerana kebimbangan itulah maka Dr Asri mula dugut secara halus...

mengenai Dtk Hassa Ali, rassanya beliau tk tahu menahu mengenai perkara ini kerana kuasa beliau dlm JAIS pun terhad.

yg penting jgn cepat melatah & jump into the conclusion... bersama2 lah bergabung tenaga untuk membongkar siapakah petualang disebalik isu ini...
nampak macam ada pihak yg menangguk diair keruh, didalam suasana politik yg sedang bergolak d Selangor sekarang ini.

AWAS! jgn terperangkap dgn jerat terbaru ini!!!!

Isnin, 2 November 2009

ISU ASRI : Ooo Masuk YADEIM Ada TAULIAH.. Masuk PAS kena PEDIAH...


he he he nak tergelak dan lucu rasanya bila baca blog tukar tiub...

dah memang aku agak dah kira otak aku nie sama la dgn bro hisham....he he he...


SIAPA YANG SESAT LAGI MENYESAT KAN

BEKAS MUFTI PERLIS DITAHAN JAIS – berita hairan

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.

Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib, yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

KAH KAH KAH…

woit… TENGOK HANYA ADA 100 JEMAAH YANG DATANG….kah kah kah…

kah kah kah… INI LAPORAN BERITA HAIRAN… kah kah kah..

baca ini

35 ANGGOTA JAIS SERBU CERAMAH DR ASRI - mStar

SUASANA sepi di kawasan Taman Sri Ukays di sebuah rumah banglo milik Tuan Hj Yahya di Lorong 2C menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dalam 3 buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.

Pada ketika itu, Dr Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah. Ceramah yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.

Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana memberi ceramah tanpa tauliah.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… YANG INI ADA 300 ORANG JEMAAH PULAK… kah kah kah..

woit… MANA YANG BETUL INI?... kah kah kah..

kah kah kah… BUKAN KAH INI PROGRAM YANG SAMA… kah kah kah..

woit… MACAM MANA 200 ORANG JEMAAH TIBA TIBA HILANG?... kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN MEREKA NAIK SEJADAH TERBANG PULAK…kah kah kah..

woit… BANYAK POLIS DAN GEROMBOLAN NAK DATANG MENANGKAP…kah kah kah..

woit… KALAU POLIS INI PERGI TANGKAP KONTREKTOR YANG BUAT JAMBATAN GANTUNG ITU LEBIH BAIK … kah kah kah..

woit… APA SEBAB BEKAS MUFTI INI DI TANGKAP?... kah kah kah…


ASRI TOLAK TERAJUI YADIM – berita hairan

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berkata beliau tidak akan menerima jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ditawarkan kepadanya berikutan kontroversi yang timbul daripada memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong membantah pelantikan itu.

Pada sidang media di rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi, beliau mendakwa, jawatan itu ditawarkan kepadanya oleh Najib Razak melalui Jamil Khir Baharom, pada Ramadan lalu dan sekali lagi ketika dijemput memberi kuliah pada Kursus Orientasi Perdana anjuran Umno di Janda Baik awal bulan lalu.

KAH KAH KAH..

woit… TAK KAN LAH BEKAS MUFTI TAK TAHU APA DIA CAKAP…kah kah kah..

woit… KALAU BEKAS MAT PET… MASUK AKAL JUGA TAK TAHU HAL AGAMA… kah kah kah…

kah kah kah…. PELIK… HAIRAN… BILA TOLAK YADIM TERUS DI TANGKAP…kah kah kah..

woit… MASA NAK BAGI KERJA KAT YADIM… BEKAS MUFTI INI ADA TAULIAH…kah kah kah…

kah kah kah… BILA TOLAK YADIM… TERUS TAK ADA TAULIAH…kah kah kah…

woit… HEBAT YADIM NI… kah kah kah…

kah kah kah… ATAU SEBAB YANG LAIN… SILA BACA DI BAWAH…kah kah kah..


MAVERICK EX-PERLIS MUFTI TO JOIN PAS ? – malaysian insider

The visit by PAS religious scholar council chief, Harun Taib, to the house of Dr Mohd Asri Zainul Abidin recently has sparked rumours about the possibility of the former Perlis mufti joining the Islamist party soon.

KAH KAH KAH…

woit… BARU TAHU… KENAPA DI TANGKAP… kah kah kah…

kah kah kah… BEKAS MUFTI INI RUPA RUPA NYA NAK MASUK PAKATAN… kah kah kah..

woit…KALAU MASUK YADIM… ADA TAULIAH… kah kah kah..

woit… KALAU MASUK PAKATAN KENA TANGKAP… kah kah kah

Adakah Telah Ada Tangan-Tangan AJAIB Dalam JAIS ....??

oleh AnakKedah

Dengan tertangkapnya Dr Asri malam tadi kini nampaknya telah berlaku satu lagi persolan dan pertanyaan yang berlegar dalam kepala aku yg rakyat marhaen nie...

Sebelom ini beberapa hari yg lepas aku ada baca satu iklan dari JAIS yg di keluarkan kat akhbar sinar harian pasal bidang kuasa JAIS nie.. apa boleh buat apa tak boleh buat..seperti macamana yg di war-warkan sebelom nie laa dan yg aku nak habaq depa gunakan kuasa sultan..itu aku tak nafikan memang tuanku ada direct accest dengan berkaitan agama nie...

cuma yg aku nak tanya satu apakah pulak Kuasa Yg ada kat EXCO atau KERAJAAN NEGERI keatas JAIS nie... bukan apa ditengok dari tindak tanduk seperti ada muslihat lain yg rentak perjalanan dan arahan dia nie...macam ada tangan GHAIB yg dok aturkannya...

Kuasa kerajaan negeri seperti telah di tiadakan seperti mana kuasa jabatan agama Islam di Penang... bukan apa.. bila ditengok sekarang JAIS nie berperangai seperti zaman dahulu sahaja dimana alasan seperti BERCERAMAH TANPA TAULIAH... seperti alasan lama dah... dulu zaman ISMAIL KAMUS dah keluaq ISU nie tapi kini muncul semula.....

Inilah DOUBLE Standard dan menjadikan ISLAM ITU SUSAH... takan seorang manusia yang tittlenya Bekas Mufti... bebas menyampaikan ILMU beliau di PERLIS, PENANG, KEDAH tetapi bila mai SELANGOR terus kena tangkap sebab tak ada TAULIAH... besaq sangatkah pegawai yang nak bagi tauliah tu dari seorang manusia yang berjawatan BEKAS MUFTI...

Nampaknya seruan 1Malaysia belum tercapai lagi dalam urusan agama kerana kita sedang menjadikannya susah dan payah serta rumit sedangkan AGAMA ALLAH ini tidak sebegitu..