Dok Gila Sebut 'PAKATAN SENYAP' pulak... nak suruh PAS & UMNO dok kawan senyap2... Pirahhhh nak kawan senyap macamana dah 51tahun dari Dulu Kini Dan berkemungkinan selama2nya 2 puak nie tak akan berpakat... puncanya semua orang tahu... tak tahu mai aku nak habaq pasai pa depa nie tak akan berkawan punya tak caya hangpa kerat jari kucing anak aku..he he he..
cuba hangpa tengok dari dulu sampai laa..macamana kelaku 2 golongan nie... PAS dimana cuba berkawan bukan kata senyap2 tapi terang tang tang... kesudahannya aku rasa semua tau apa yg berlaku.... kena penerajang keluaq macam tu jaa bila UMNO rasa depa dah kuat semula.. ini salah satu kelaku yg ditunjukkan oleh 1 golongan yg disuruh berkawan dgn 1 golongan lagi....
ini ibarat muka tak malu ja dok sua muka suruh berkawan senyap2.... satu lagi cuba pakat tengok kelaku UMNO bila depa uruskan pentadbiran kerajaan pusat... depa buat semua harta negara macam harta mak bapak depa sendiri jaa... dimana masih ada diskriminasi atas pemberian semula hak-hak rakyat... yang sokong aku dapat.. yg tak sokong tak dapat...contoh paling dekat kes edaq KUPON SUBSIDI BERAS... dah nak tolong rakyat terutama sekali bangsa MELAYU ISLAM yg hangpa dok canang2kan tu apa kata bagi kupon tu secara adil tak payah suruh JKKK @ JKKKP yg bagi sana... depa nie org berjawatan lantikan politik jadi depa akan faraid la KUPON tu kat UMNO/Bn dulu lepas tu kalau ada baki2 tu tempias mai la kat penyokong satu lagi...
macam nie punya kelaku suruh kawan senyap2 pierahhhh reduan tee..sembang hangit..ko diam laa pie jadi pensyarah kat UPN sana tak yah sembang politik kat sini...masih hingusan jaa ko nie...
orang kalau betul2 nak bantu MELAYU tak yah dok sembang nak unity govermen ka nak kawan senyap2 PAS UMNO kaa...tapi buat kerja tu bagi betul dan lurus.. mana hak rakyat ko bagi dan edaq biaq adil..insya'allah yg dapat tu akan berpuas hati tak kira hang sokong sapa janji MISKIN dan kalau dia MELAYU ISLAM alhamdulillah
cuba tengok kelaku MCA / GERAKAN / DAP walaupon apa yg hg kata tu betul seperti ada pakatan dlm senyap... aku nampak depa betul2 berjuang utk HAK DEPA.. macam isu BAHASA dulu... GERAKAN Sepak MCA Tanduk DAP Buat Gol... Tapi antara PAS & UMNO nie...yg jelas dan nampak UMNO asyik dok jaring GOL sendiri jaaaa... dan yg rugi bangsa depa jugak... cth BAB BERAS tu tak SELESAi dan lagi BAB ROYALTI KELANTAN...
dah aihhh malas aku nak layan puak2 bengong nie... tapi dalan dok kata bengong tu pon ada juga yg dok sua kepala dok pie jilat pungkok UMNO tuuu...
`Pakatan senyap` tidak mungkin berlaku: Mahfuz
KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengadakan 'pakatan senyap' antara UMNO dan Pas oleh sesetengah pihak dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam dan Melayu ditolak oleh pemimpin Pas.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, 'pakatan senyap' antara parti tersebut dengan UMNO tidak perlu kerana Pas sudah mempunyai pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, isu ini juga boleh menimbulkan suasana perkauman kerana UMNO harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.
"Pakatan kita membabitkan orang-orang Melayu, Cina dan India, jadi kita tidak perlu buat pakatan atas sentimen senyap-senyap tetapi ia melibatkan sentimen perkauman," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya, perbuatan seperti ini seolah-olah menggambarkan politik di negara ini kembali mundur ke belakang.
Mahfuz turut menegaskan parti-parti politik di Malaysia harus mencari satu formula bagaimana untuk menempatkan diri dalam suasana berbilang kaum.
"Walaupun hati kecil kita kadang-kadang terasa terancam, tetapi kita harus mencari jalan untuk menempatkan diri kita dalam suasana majmuk negara ini," katanya.
'Pakatan senyap' ini mula diperkatakan apabila Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menulis artikel bertajuk 'untungnya bersatu dalam senyap' dalam blognya.
Memetik dari artikel tersebut, Ridhuan menyeru agar UMNO dan Pas mencontohi pakatan senyap oleh DAP, MCA dan Gerakan yang bersama dalam satu suara sekiranya hak-hak kaum Cina dipersoalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan