Isnin, 21 Jun 2010

HIDUP MELAYU dah nak dijadikan MELAYU CEMERLANG..!!

Alahai nak tukaq buat apa la oi.. dah MELAYU tak larat nak hidup dah sekarang nie asyik merempat dibumi sendiri... dok macam orang mintak sedekah jaa.. asyik dok tadah tangan mintak subsidi... jadi hangpa dah tak mampu nak bagi peridup semula terus hangpa cadang nak tukaq slogan pie ke MELAYU CEMERLANG....

CEMERLANG tang mananya cuba habaq mai sat....



pakat-pakat dengaq slogan "HIDUP MELAYU" tuuu....

Sebelum nie Pulau Pinang UMNO jadi Ketua Menteri kee..??
MELAYU mana yang sengsara nie.. MELAYU UMNO kee..??

SEBENAQNYA BENDA NIE JA YANG HANGPA DOK PULONNYA


Umno dicadang tukar slogan

Slogan Umno 'Hidup Melayu' dicadang diubah kepada 'Melayu Cemerlang' agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masakini.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan.

"Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini, lapor Bernama.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terraaa tu la umno nie...
dah tak tau nak sembang apa dah nak tangkis hujah HIDUP MELAYU...
jadi tukaq lain la pulak....