Selasa, 1 Jun 2010

Poyo Betul PEMIMPIN negara kita nie... KUTUK ISRAEL sambil lepak-lepak makan KEK jaa...!!!

oleh AnanKedah007

Inilah dia pemimpim yang UMNO dok agung2kan... perangai macam taik ja kelaku pemimpin malaysia nie... macamana hangpa boleh sokong bagi jadi PM aku tak tau laa... satu dunia dok kalut menyatakan kecaman tapi kita kena tunggu sampai 12jam baru nak KUTUK serangan ISRAEL tersebut....

tapi yang paling mangkok hayun lagi hari nie bila terdedahnya gambaq nie cuba hangpa tengok.... betapa hebatnya pemimpin Malaysia dimana nak kutuk ISRAEL tersebut sambil santai2 makan KEK saja.... entahlaaaaa pemimpin macam nie kaa hangpa masih berharap nak jaga rakyat... pada aku kalau nak pelingkop rakyat ada laa lagi.....

sedangkan TURKI sana siap panggil Sidang Parlimen untuk buat kutukan... tapi yang kita dok makan KEK...........



Dunia kutuk tindakan Israel ke atas konvoi bantuan ke Gaza.


BAITULMAQDIS: Komando tentera laut Israel menyerbu enam kapal yang membawa 700 aktivis pro-Palestin dalam satu misi bantuan ke Jaluran Gaza menjelang subuh semalam, menyebabkan 20 orang terkorban dan 50 lagi cedera, kebanyakan mangsa rakyat Turkey.

Tragedi berdarah itu menjerumuskan Israel ke kancah krisis diplomatik menjelang rundingan Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Tindakan Israel itu dikutuk masyarakat dunia, terutama oleh Turkey, Syria, Lebanon, Perancis, Pertubuhan Muktamar Islam (OIC) dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon.

Greece pula menggantung latihan tentera dengan Israel dan membatalkan lawatan panglima tentera udara Israel ke negara itu.

Sekitar 10,000 rakyat Turkey semalam menunjuk perasaan di pusat bandar Istanbul sambil melaung slogan mengutuk Israel.

'Saya mengutuk keras tindakan tentera laut Israel menggunakan kekerasan ke atas konvoi bantuan pertubuhan bukan pemerintah dari 32 negara,' kata Presiden Turkey, Encik Abdullah Gul.

Turkey memanggil pulang dutanya dari Israel. Ekoran itu, Israel menasihati rakyatnya supaya jangan melawat Turkey.

Amerika Syarikat semalam menyatakan rasa kesal di atas korban jiwa akibat serangan itu.

'Amerika mengesali korban jiwa dan kecederaan para mangsa dan sedang berusaha memahami apa yang berlaku,' kata jurucakap Rumah Putih, Encik Bill Burto.

Para duta Israel ke Sweden, Sepanyol, Denmark, Greece dan Mesir dipanggil untuk mesyuarat, manakala Menteri Luar Perancis, Encik Bernard Kouchner, menggesa dijalankan siasatan.

Di Amman, ibu kota Jordan, 1,000 orang menunjuk perasaan membantah tindakan Israel dan menggesa kerajaan memutuskan hubungan dengan Israel.

Menteri Luar Indonesia, Encik Marty Natalegawa, mengutuk serangan Israel dan menggesa masyarakat dunia memastikan Israel memikul tanggungjawab.

Terdapat laporan bercanggah mengenai apa yang berlaku pagi semalam.

Seorang wartawan Al-Jazeera di atas salah sebuah kapal Turkey berkata komando Israel melepaskan tembakan sebelum mereka menaiki kapal.

'Dalam kegelapan malam, komando Israel meluncur turun daripada sebuah helikopter ke kapal penumpang Turkey, Mavi Marmara, dan mula melepaskan tembakan sebaik saja mendarat di dek kapal,' lapor lama web Gerakan Gaza Merdeka (FGM).

Komando Israel berkata mereka hanya melepaskan tembakan selepas diserang aktivis dengan kayu, pisau dan senjata api yang dirampas daripada komando Israel.

Sepuluh askar Israel cedera, dua parah, termasuk seorang yang terkena tembakan, kata tentera Israel. Dua aktivis ditembak mati selepas menembak askar Israel dengan pistol, kata mereka.

'Di atas kapal kami menjumpai senjata yang disiapkan untuk digunakan ke atas askar kami,' kata Timbalan Menteri Luar Israel, Encik Danny Ayalon.

'Israel mengesali korban jiwa dan telah cuba mengelak hal ini daripada berlaku,' kata beliau.

Pasukan keselamatan Israel diletak dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh negara.

Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, mengutuk 'pembunuhan' oleh Israel dan mengisytihar perkabungan selama tiga hari di seluruh Tebing Barat.

Beliau menggesa Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab mengadakan sidang tergempar. -- Agensi.

Tiada ulasan: