Insya'allah Pak Mad Bashah jangan susah hati kerajaan negeri dengaq aihh rintihan depa tuu... kerajaan tak zalim aihhh....lanie kepada sesiapa yg ada masalah betul tak mampu nak bayaq hutang sila pie mengadap kerajaan negeri dan bincang elok dan cerita pasaipaa tak boleh bayaq... pie jumpa face to face bukan dengan cara melalak macam berok-berok di tepi pagaq tuu [ yg nie bukan aku kata hangpa tanya ketua pemuda hangpa]....
Pie jumpa dan cerita akan masalah yg dihadapi menyebabkan kenapakah sewa bulanan RM100 tu tak mampu nak bayaq...seandainya betul2 miskin dan memang tak mampu insya'allah kita ada banyak intutusi bantuan seperti jabatan kebajikan masyarakat... pejabat zakat... NGO-NGO.. parti Politik... tentu depa nie akan membantu punya.... tak ada yg akan tertindas dan akan dizalimi.... target utama sekarang ialah mangkok-mangkok hayun tak mahu bayaq hutang sewa rumah tu dan rumah tu dah jadi macam harta peribadi dah... sudah masukkan ASTRO... buat sewa kat student INSANIAH.... ada kereta 2,3 bijik.... duduk sampai anak cucu dan anak sudah berjaya tapi nak bayaq liat.... orang macam nie yg kita nak benterasnya... tak payah hidup ja puak2 nie atas muka bumi... sebab mereka telah menganiaya golongan lain yg memerlukan rumah awam ini....
jadi hang tok sah dok susuh hati pak MAd oii.. tapi kalau hang nak bayaq hutang puak-puak nie dipersilakan laa....insya'allah kerajaan negeri terima aihh....
'Dengarlah rintihan penghuni miskin'ALOR SETAR 5 Mac - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendesak kerajaan negeri mendengar rintihan penghuni perumahan rakyat berhubung langkah menyerahkan hutang tertunggak mereka kepada pihak bank.
Menurutnya, dalam menghadapi masalah hutang itu, kerajaan negeri tidak boleh cuci tangan melepaskan tanggungjawab kepada bank kerana aspek tanggungjawab sosial kepada rakyat harus diutamakan.
"Walaupun kerajaan negeri telah menyatakan mereka sedang berbincang dengan bank soal hutang tertunggak itu, saya masih menaruh harapan agar ada pertimbangan semula cadangan berkenaan bagi memastikan rakyat tidak ditindas," katanya di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak yang mahu memindahkan bebanan hutang perumahan awam di seluruh negeri Kedah yang berjumlah RM27 juta kepada pihak bank.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan penduduk di Taman Wira yang mengadakan bantahan serta mendesak kerajaan negeri menimbang semula cadangan berkenaan.
* betoi ka tentangan... yg dok pie serbu bayaq lanie tuuu boleh la pulak....
Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bakar Bata berkata, tidak adil sekiranya kerajaan negeri menuduh para penghuni sengaja tidak mahu membayar hutang.
* tak adil pasai pa pulak dah nama hutang..tetap hutang laa.. takkan nak di panggil sedekah kot...
Katanya, terdapat di kalangan para penghuni berkenaan yang berpendapatan rendah dan adakalanya pendapatan mereka terpaksa digunakan untuk keperluan lain dahulu seperti untuk persekolahan anak dan musim perayaan.
* tak pa kalau golongan ini dipersilakan berjumpa dengan yang berkenaan spt JKM, pej Zakat... ada bantuan untuk mereka....insya'allah
"Perumahan itu dinamakan perumahan kos rendah kerana ia adalah untuk golongan miskin.
* memang la untuk orang miskin itu pasal sewa bulanan RM100 ja dok kat aloq setaq lagi tuuu... kalau lanie tok sah mimpi nak dok aloq setaq sewa Rm100...satu lagi rumah kat situ dah tak jadi kos rendah dah harap nama jaaa... tapi dah banyak di renovate tambah tepi tambah kanan tambah depan...habis dah kena ajust dah...ini masalahnya..lepas tu siap tambah ASTRO lagi sapa tak tension... tok sah dok jaja kata miskin laa... kalau miskin dia tau beza nak tabiq duit pie tangmana... nak buat bayaq bil ASTRO yg lenyap camtu tiap2 bulan atau nak buat bayaq sewa rumah yg akhirnya rumah tu boleh kat dia....yg nie pon tak reti nak beza..
"Semasa saya menjadi Exco Perumahan dahulu kerap kali saya membuka pintu perundingan dengan mereka yang mengalami masalah pembayaran dan memberi sedikit kelonggaran kerana kerajaan pada masa itu memahami masalah mereka," katanya.
* patut la pon depa lemak sangat..hang dok bagi tekanan kat pegawai kerajaan nak pie kutip sewa bulanan kat depa tuu...dan hang pahami masalah kot mana... depa tu dok pijak kepala jaa sebenaqnya depa saja tak mau bayaq...sedangkan duit belambak... kalau tak belambak macamana boleh pakai kereta dan pasang ASTRO...
Katanya, mereka yang tidak membayar sehingga bertahun tidak ramai dan kebanyakan kes yang berlaku adalah tertunggak beberapa bulan dalam masa setahun dan apabila kerap kali tertunggak menjadikan hutang mereka semakin meningkat.
* Apa hang cakap nie mad bashah... belit semacam jaa... dah tak ramai dok susah hati buat apa...biaq pie la bagi kat sapa pon nak kutip hutang...kat bank ka kat along kaa.. sebab depa nie jenis bayaq hutang... tapi masalahnya yg tak ramai tu la tak bayaq sampai tunggakan 23juta tuu...23juta cek oii... boleh buat berapa puloh biji lagi rumah kat golongan yg dok tunggu nuuu...
"Bila sudah terlalu banyak tertunggak mereka sendiri akan menghadapi jalan buntu bagaimana hendak menyelesaikannya.
''Sebagai kerajaan yang prihatin carilah jalan bagaimana hendak membantu mereka menyelesaikan masalah hutang itu," katanya.
* memang prihatin pon... nie kira nak selesaikan hutang piutang depa laa..hutang pak mat oi sampai dalam kuboq pon dia tanya punya... cth dia tanya:
- wahai si polan bin si polan... kamu duduk di perumahan awam mergong kaa?
- Jawab si polan - Ya
- Kenapakah kamu tak bayaq hutang sewa rumah kamu..?
- Jawab si Polan - Saya tak ada duit...
- tak ada betoi kaa??.. Sedangkan dirumah kamu ada ASTRO, Kereta 2,3 Biji, handphone dari kamu sampai ke anak-anak...
- Jawab si Polan - Itu semua keperluan saya... nak tengok TV, Nak naik kereta....bla bla bla...
- Betul ka keperluan kamu...mana lagi perlu RUMAH atau ASTRO... bil ASTRO RM79.00 yg superspot... Bil handphone lagi.. Bil kereta lagi...ini kamu mampu bayaq pasal apa RUMAH tak mampu... tak ada ASTRO tak boleh kaa...??
Jawab laaa hangpa di dalam kuboq nanti...dah rasa terra sangat atas muka bumi nie....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan