Hari ni anak aku yang darjah 2 keluar pukul 12.30. 12 suku aku dah terpacak kat sekolah. Tak lama nampak Pak long orang kuat PAS kat kampung. Ambik cucu dia yang darjah 1.
"Pak Long!! maghi ler sini nyembang!! jerit aku..
Pak Long jerit balik kat aku "Moh ler caghi tempat ghedup sikit, kamu tak nampak ker paneh cheghongen nih"
Dah dapat port cantik aku nanya Pak Long "Pak Long! apa tajuk utama blog2 Pakatan Rakyat ari ni!!?"
"Huhh! aku udah getik!! jawab Paklong sambil mulut tejuih.
"Getik apanama pulok Pak Long, selalu Pak Long yang bekabor saya kalu ada citer-citer baghu" aku jolok.
Balas Paklong "Aku ni getik campor tak gemor, tak gemor sikit, getik tu banyak benor!!"
"Ngaper pulok!!?" jolok lagi.
"Hal penanti ni ha.. udoh tau kawasan tu PKR punya apa pasei pulok PAS Permatang Pauh sebok benor ndakkan kawasan tu. Malu aku pada kamu. Dulu kamu ngater aku maghah. Ini dah kena ataih batang idung aku oghang PAS. Kalu ghoper ini baik aku jadi macam kamu, sokong Pakatan Rakyat tapi parti tak mandang (tak ada). Dulu aku kabor kamu PAS baguih. tak kencin kawan, warak, keghojer keghaner Allah, berkhidmat kepader rakyat!.. Ini dah tau kawasan tu ada potensi menang udah gelap mata tebayangkan kuasa" jawab Pak Long tanpa wakaf.
"Ater, Pak Long kabor ler deme, meghungut pada awok (saya) bukan jadi aper" aku jawab hati-hati.
"Kamu tak tau, kamu bukan oghang PAS, yang senangnyer kalu aku jumpa oghang yang becakap tu sensoghang aku bagi penampor sedas, tolo tak tentu hala. kalu ndakkan kuasa sangat pegi ler ke kawasan yang umno menang masa PRU12 dulu, kempen pelan-pelan, cukup masa PRU masuk jadi calon, ada ler juger pekdahnyer!!"
Huh, kalu kena penampor Paklong tak tau ler apa aku nak cakap...., ibu jari tangannyer sama besor dengan ibu jari kaki aku...... Kalu aku yang kena gerenti melekat kat dinding mural sekolah ni......! jadi satu keghojer pulak oghang nak cungkil aku keluor!...
"Kalu deme teruskan juger niat deme tu, ngundi akan datang ni aku ndak duduk di ghomah aje. Letih dah aku bekejor sana sini nolong deme!!..." huh!! tak abih lagi Pak Long nak bekabo ghoper nyer!...
Kriiinnnnnngggggggg!!!! loceng sekolah waktu bersurai berbunyi...
"Ok Pak Long, awok nak nengok anak kejap, kaghang meto pulak dia mencaghi awok. esok kita sambung ceghiter lagi!!..... Assalamualaikum!!!.."
Assalamu alaikum wak! (2) ABO @ Penanti - Jantan di Bukit Gantang, Betina di Penanti ? ( Bhg. 2)
Semenjak bila PAS Permatang Pauh tidak lagi mempercayai DS Anwar untuk menjaga partinya sendiri ? Kita akui sememangnya kini parti PAS sudah kelihatan kuat dan gagah, mungkin tidak lagi perlu bergantung kepada PKR apatah lagi DAP di masa-masa akan datang. Saya tidak pasti apakah saranan ini mempunyai kaitan dengan kempen pemilihan di dalam PAS sekarang. Jika benar, sudah pasti amat mendukacitakan kerana tidak seharusnya PKR dijadikan `kambing hitam' untuk mendapatkan publisiti pemimpin tertentu. Apa masalahnya pada PAS di Permatang Pauh sekiranya PKR menjadi calon di Dun Penanti? Adakah kerana PAS tidak bersetuju dengan kaedah DS Anwar menangani konflik yang berlaku terhadap bekas Adun Penanti, Muhamad Fairus? Mungkinkah PAS Permatang Pauh merasakan tindakan DS Anwar itu tidak bijak lantas mengambil kesempatan untuk mencalonkan calon PAS pula di situ? Apakah jika calon PAS diletakkan di Dun Penanti ia merupakan satu tindakan yang lebih bijak?
Saya bukan tidak bersetuju sekiranya kepimpinan PR membuat keputusan untuk meletakkan calon PAS bertanding di situ, tetapi cara dan pendekatan yang dibuat oleh PAS Permatang Pauh yang mendahului pemimpin PR amat mengecewakan saya. Sedikit sebanyak ramai yang terluka dan terguris dengan apa yang dinyatakan oleh PAS Permatang Pauh lebih-lebih lagi kenyataan tersebut merupakan `hadiah peluru' buat Umno di Permatang Pauh khususnya di Dun Penanti. Kepimpinan PAS juga pernah membuat suatu keputusan yang silap sewaktu meletakkan Ibrahim Ali bertanding di Parlimen Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kini, PAS baru menyedari kesilapan tersebut dan sudah pasti kesilapan seperti itu tidak akan diulangi di masa-masa akan datang. Semasa Ibrahim Ali dicalonkan di Parlimen Pasir Mas, DS Anwar dan PKR umumnya tidak pernah membantah walaupun DS Anwar lebih tahu betapa Ibrahim Ali terlalu anti kepadanya. Tetapi, DS Anwar dan PKR tidak tergamak untuk melukakan hati dan perasaan pemimpin PAS yang mungkin ketika itu merasakan perlunya Ibrahim Ali diletakkan di situ. DS Anwar dan Parti KeADILan juga tidak berkecil hati sewaktu Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin tidak mendapat restu kepimpinan PAS di Kelantan untuk dicalonkan bertanding di Kelantan. Timbalan Presiden tersebut beralah dan menghormati keputusan PAS Kelantan ketika itu. Sebaliknya penyokong-penyokong PKR terus memberikan sokongan kepada calon pilihan PAS di Kelantan atas dasar kerjasama di dalam PR. Berlaku di Perak, biarpun kerusi PKR melebihi dari kerusi PAS di Perak, tetapi atas sepakat bersama PAS dan DAP, PKR redha YAB Ir Nizar menjadi MB Perak malahan PKR sehingga kini terutamanya DS Anwar begitu komited untuk mempertahankan YAB Ir Nizar selaku MB Perak yang sah walaupun beliau ahli PAS.
Mengapa apabila DS Anwar mengambil keputusan untuk menggantikan Muhamad Fairus yang PAS Permatang Pauh sendiri mengerti masalah yang dihadapinya, maka PAS Permatang Pauh seolah-olah ingin menunjukkan kepada PKR bahawa PAS Permatang Pauh lebih layak di Dun Penanti? Di mana sikap muafakat dan saling mempercayai sesama PR di Permatang Pauh ? Pada mulanya kita lihat seperti DAP yang bakal menimbulkan kontroversi di Dun Penanti, tetapi setelah DS Anwar sanggup memohon maaf kepada Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang menerima dengan hati terbuka, kini PAS Permatang Pauh pula cuba untuk menimbulkan kontroversi. Saya yakin pemimpin PAS Pusat dan beberapa penyokong PAS yang lain di Permatang Pauh tidak akan merestui tindakan pemimpin yang menyuarakan hasrat PAS Permatang Pauh untuk merampas kerusi tersebut dari PKR. Cukuplah dengan kerusi MB Perak yang diduduki oleh PAS dirampas oleh Umno dan jangan pula kita terikut-ikut dengan budaya rampas merampas seperti ini.
Kita jangan lupa bahawa rakyat mendokong kita kerana perpaduan yang ada pada kita selama ini. Jika sesama kita pun asyik ingin rampas merampas dan syak wasangka, saya bimbang rakyat akan menilai kita sama seperti Umno/Bn yang akan sanggup memijak kepala kawan untuk naik ke atas. Mudah-mudahan kita insaf dan sedar selama ini kekuatan parti kita bermula semenjak bila dan mengapa parti kita kini dilihat semakin kuat dan digeruni oleh Umno/Bn. Jangan kita takabbur dan sombong serta memperlekehkan pihak lain seolah-olah parti kita tidak pernah tersilap di dalam percaturan politik. Apa yang penting, apabila menyedari sesuatu kelemahan dan kesilapan, perlulah segera diubah agar rakyat terus menilai kita sebagai sebuah parti yang benar-benar ikhlas dan serius untuk berubah.
Apapun yang bakal berlaku di Dun Penanti, dan walau siapa pun yang diberi kepercayaan oleh pimpinan PR untuk menjadi calon PR di Dun Penanti kita wajib menyokongnya sekiranya kita benar-benar seorang pejuang rakyat. Saya percaya pimpinan PR terdiri dari PKR, DAP dan PAS akan bertindak bijak untuk menentukan Umno/Bn tersungkur lagi untuk kali ke lima selepas ini. InsyaAllah. WFAUZDIN NS@al-banjari Online
Ok gak nasihat wak tu. Cuma terasa sikit org PAS terutama P.Pinang dan aku gak kalo baru 1st time baca artikel wak ni.
Pandangan aku yg tak seberapa ni. Korang tgk skrg ni pendokong Pas berada dimana2 kawasan. Kawasan mana yg takde PAS, ceruk kampung pun ada. Memang Pas antara yg paling kuat dari segi pendokong dan ahli di antara ke tiga2 parti ni.
Tapi korang lupa satu je, pendokong yg ramai tak semestinya kita boleh menang. Ini pimpinan PAS, DAP dan PKR pusat pun tau isu ni. Cuba korang pandang secara global dan mengikut statistik.
PKR dan DAP kekadang tu markas pun tak banyak dan ada yg tiada di sesuatu tempat tapi mereka punya pengundi senyap yg tinggi tapi PAS mempunyai pengundi senyap yg paling sikit. Kebanyakan penyokong PAS ni dia akan menyokong dan mendokong secara terangan, kekuatannya sama macam Umno dimana yg menyokong UMNO ni dia akan sokong secara terangan. Tapi itu je la sokongan kita, penyokong senyap kita kurang.
Tapi PKR ni, dia ni parti di tengah, x ekstrim (mengikut pandangan umum), sederhana dan meliputi seluruh kaum. Jadi, melayu, cina dan india mudah nak undi dia. Manakala DAP undi simpati non malay tinggi terutama cina walaupun dia cuma ada 2 3 bilik gerakan dlm satu kawasan tu dan kekadang tiada penggerak.
Pasal tulah pemimpin parti dah faham, yg majoriti melayu tapi Umno tak kuat sgt serta jelas PAS dominan, PAS akan ambil sebab bukan jugak parti tamak tapi dia ukur baju kat badan sendiri. Buat apa ambil banyak kerusi tapi tak menang.
Manakala kawasan melayu dan bukan melayu lebih kurang sama banyak kita letak PKR sebab non malay tak suka Umno walaupun sekutunya menyebabkan kita menang. Kalo BN letak non malay, pasti melayu sokong PKR sebab tunjang dia melayu.
Manakala DAP akan ambil kawasan dimana Cina/india lebih daripada melayu iaitu dikawasan bandar sbb DAP bersikap anti establishment dan anti Umno yg memang diorg suka dan menuntut keadilan semua bangsa serta semangat juang dan menentang diorg tinggi berbanding MCA atau gerakan.
Jadi, tak salah sekiranya PAS terbabit nak mohon, tapi mohon cara baik serta pastikan dgn figur bahawa kawasan itu kita pasti boleh menang atas penyokong kita yg memang ramai. Jgn terlalu bergantung atas pagar sahaja.
Ingat, kita nyaris kalah di Bkt Gantang kalo tak sbb calonnya ialah Nizar MB yg turut digemari cina dan india sbb pengundi melayu yg sokong BN mengatasi PAS pada waktu itu. Kalo kita terlalu bergantung pada melayu dan abaikan cina dan india, kita mungkin kalah.
Ikhlas dari saya,
HaHs...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan