Ahad, 20 November 2011

Zul Nordin Tuduh Majlis Fatwa dan Tok Mufti Kedah Munafik..!!

oleh AnakKedah007

Assalamualaikum sahabat semua...

Apa yg gua tahu pasal isu nie... K'jaan Negeri dah refer kat Majlis Agama dan Tok Mufti... serta majlis Fatwa negeri... Zol Nordin nie lu sapa sampai nak mengatasi keputusan yg dikeluarkan oleh PIHAK AGAMA NEGERI KEDAH nie... jika mcm nie lu dah boleh dikia menghina TOK MUFTI kami dan mempertikai keputusan MAJLIS FATWA serta MAJLIS AGAMA yang memegang amanah tanah wakaf nie....dan dalam waktu yg sama TOK MUFTI nie dia dok bawah TUANKU SULTAN bukannya KERAJAAN NEGERI...jadi lu dah boleh di kira menuduh SULTAN KAMI MUNAFIK nie....lu sapa hebat sangat bro....???? bagi lu sorang sudah la munafik dengan rakyat KULIM dan MALAYSIA amnya...tak payah nak menuduh org lain pulak munafiknya.....

ini tulisan terbaru beliau.....

MUNAFIK YANG CELAKA?

(Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu diroboh)

Salam 2 all.

Lebih kurang tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkapiorkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.

Surau tu cuma surau papan plywood aje, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan surau itu.

Walauppun selepas tu rupanya memang sebuah masjid cantik dibina, iaitu Masjid Al-Hasanah. Namun ahli PAS tetap istiqomah membenci Khir Toyo dan kerajaan UMNO. Pelbagai label dilemparkan, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! "Kekafiran dan kemunafikan" UMNO terpahat jelas kepada ahli PAS akibat peristiwa tersebut!

Begitu juga sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi (ada yang panggilnya surau Pakistan) dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan. Tujuannya untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.

Tiada ulasan: