gua lama tak menulis... tapi hari nie gua bila baca sinar gua naik semak dengan KAK JAT LEMBU nie... yang dok mereben kacau dalam kain orang apa kejadahnya nie.... Jawab dulu laa bab LEMBU laki ko tuu dulu dok kacau kes orang lain.... Untuk makluman hang kak jat oi kes yg terlibat dengan Anwar semua masuk mahkamah dan sedang dibicarakan... so far kira dia berani kerana benar laaa... tak macam yg ko nie.... tak ada perbicaraan apa pon semua main simpan bawah kain jaaa... jadi skrg siapa yg berani hadapi kenyataan... Isu sekarang dana LEMBU telah disalahgunakan untuk beli KONDO dan sekarang didedahkan beli TANAH dan KERETA.
Hangpa kena ingat kalau rakyat buat loan TEKUN @ AMANAH IKHTIAR setiap minggu rakyat kena pie mengadap cerita pasai performence berkenaan perniagaan yang di loankan tuuuu.....tu baru ambik RM5K ~ RM10K sahaja... nie ambik sampai RM250juta takan boleh main hoi...hoi...macam tuuu jaa...banyak cantik muka hangpa....ingat duit rakyat nie duit mak bapak hangpa kaa....???
Cabar Wan Azizah letak jawatan: Sharizat
KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya mencabar Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebelum mengarahkan orang lain berbuat demikian.
Menurutnya, ia adalah kerana suami Dr Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sendiri didakwa terlibat dengan pelbagai masalah.
Katanya lagi, tindakan Zuraida itu jelas seperti 'gajah depan mata tidak nampak' dan memberi amaran keras bahawa beliau langsung tidak takut dengan cabaran tersebut.
"Wahai Zuraida yang biadab, kamu ingat kami takut dengan kamu? Siapa kamu mahu suruh saya letak jawatan? Adakah kerana suami saya Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)?
"Kalau itu dasar dan prinsipnya, saya cabar Zuraida mendesak Presiden PKR meletakkan jawatan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di sini semalam.
Shahrizat turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tiada kaitan dengan projek NFC tersebut dan menegaskan bahawa suaminya tidak bersalah.
"Suruh dia desak Wan Azizah letak jawatan kerana suami beliau, ketua umum yang telah dihukum dan disabit kesalahan oleh pelbagai angkara yang saya tak sanggup cakap dengan mulut saya.
"Kalau beliau benar-benar berani, cabar Presiden, barulah benar-benar Zuraida itu jaguh? Saya belum pun tiup semboyan lagi," katanya.
Zuraida, dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Wanita PKR Kelapan baru-baru ini, meminta Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk menjaga maruahnya sebagai seorang wanita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan