Rabu, 28 Disember 2011

Adakah puak yang pertahankan Surau Salihiah sedang menderhaka kepada TUANKU..???

Cuba anda semua perhatikan ketiga-tiga berita dibawah ini... APAKAH KEY POINT dia sebenarnya.... Isu MADRASAH SALIHIAH sedang di isukan oleh PUAK UMNO & KUNCUNYA.... ADAKAH MEREKA JUGA TIDAK JATUH DERHAKA....

Kenapakah pandangan TOK MUFTI KEDAH & MAJLIS FATWA tidak diterima pakai oleh golongan ini... hebat sangatkah mereka-mereka ini dari kepimpinan agama yg ada di negeri kedah yg mana dinaungi oleh TUANKU BAGINDA SULTAN.....?


Tidakkah cerita ini sama dengan isu twitter chegubard... jadi pikiaq2lah nooo...
?

Madrasah Salihiah: Majlis Fatwa lulus, dapat surau baru

ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istibdal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

UTUSAN - Pertahan madrasah: BBSMS anjur munajat perdana Sabtu ini

ALOR SETAR 27 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan program munajat perdana, Sabtu ini bagi memohon dan memperkukuhkan usaha mereka dalam mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan untuk pembinaan sebuah kompleks beli-belah.

Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Mansor Ahmad berkata, program itu akan diadakan di madrasah berkenaan bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

"Antara pengisian program adalah solat hajat, kenduri rakyat dan tazkirah mengenai kemuliaan berjihad oleh seorang penceramah yang dijemput khas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

BBSMS yang dianggotai seluruh ahli jawatankuasa dan kariah madrasah itu dilancarkan Jumaat lepas dan dalam tempoh tiga hari sahaja, mereka menerima lebih 1,200 khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan madrasah tersebut.

Mansor berkata, pada program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah itu nanti, pihaknya turut melancarkan kempen mengumpul tandatangan orang ramai yang menyokong usaha mempertahankan kewujudan madrasah berkenaan.

Katanya, kempen tersebut akan diteruskan sehingga bulan depan dan BBSMS menyasarkan mengumpul kira-kira 10,000 tandatangan untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan sebagai bukti bahawa usaha mereka mendapat sokongan orang ramai.

''Semua pihak dijemput hadir beramai-ramai menghadiri majlis ini sekali gus menyatakan sokongan terhadap usaha menyelamatkan Madrasah Salihiah yang bukan sahaja menjadi tempat memartabatkan syiar Islam, tetapi mempunyai nilai warisan yang cukup tinggi," katanya.

Twitter palsu: CheguBard disiasat polis

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard (gambar) telah ditahan oleh pihak polis semalam.

Beliau ditahan ekoran pihak polis menerima satu laporan yang telah dibuat oleh Umno Ampang petang semalam mengenai akaun twitter palsu menggunakan nama AMK Rembau, yang kononya mempunyai kaitan dengannya yang dikatakan telah menghina institusi raja.

CheguBard melalui twitternya menjelaskan dan bertegas bahawa akaun twitter tersebut tidak ada kena mengena dengan pihaknya, namun pihak polis tetap merampas telefon Blackberry dan juga laptop miliknya serta sebuah lagi laptop kepunyaan Keadilan Cabang Rambau.

Dalam pada itu, beliau dalam berkata tidak gentar dengan sebarang ugutan pihak tertentu malah akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan Umno dan memberi fokus menggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk golongan anak muda berjuang.

Menurutnya lagi, SAMM baru sahaja selesai mengedar 30 ribu DVD mengandungi sebab-sebab kenapa Umno harus ditinggalkan.

Ianya sebagai membantu kempen nasional Asalkan Bukan Umno (ABU) yang juga telah melancar dan mengedar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.

Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Rembau, Md Sani Mohd Shah pada 5 Julai yang lepas, beliau menjelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau".

Beliau yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai.

Nak tanya PEMUDA PAS KEDAH ka PKR ka DAP ka tak adakah sesiapa yg nak pie buat laporan polis mengatakan puak-puak ini sedang cuba menghina intitusi yang TUANKU NAUNGI.....??

Tiada ulasan: