Sepatutnya Pahang dan Perlis main Liga Perdana musim depan... kami bukan anti Pahang dan Perlis tetapi yang musykil sekarang ni ialah format liga M yg tak konsisten. Bila Pahang nak jatuh ke Liga Perdana saja pasti format akan berubah bagi membolehkan Pahang tetap bermain di Liga Super. Sememangnya pasti ada yg tidak kena dgn FAM. Dari dulu lagi mesti akan ada 'tangan ghaib' selalu menyelamatkan Pahang melalui kuasa mutlak di FAM...
AnakKedah007.blogspot.com
AnakKedah007.blogspot.com
Struktur liga bakal dirombak
Tarikh : December 7, 2011PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang mengkaji untuk mengurangkan bilangan pasukan Liga Super yang kini disertai 14 pasukan negeri dan kelab.
Struktur liga utama bola sepak kebangsaan itu berkemungkinan akan dirombak sekali lagi bagi meningkatkan martabat liga bola sepak negara ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara tersebut berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan.
"Kita akan mengurangkan pasukan dan akan dibincang di peringkat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk menentukan perkara tersebut," katanya.
Untuk rekod, bagi musim ini sebanyak 14 pasukan telah menyertai saingan Liga Super seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Harimau Muda A, Perak, Johor FC, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur dan Pahang serta Perlis sejak pertama kali diperkenalkan pada 2004.
Sementara itu, diminta mengulas lanjut sama ada akan melanjutkan tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi saingan Liga Super 2012 pada 8 Disember, Azzuddin menegaskan FAM tidak akan bertolak ansur kerana tempoh yang diberikan sejak Ogos lalu sepatutnya sudah dipenuhi setiap pasukan.
"FAM telah memberi masa yang cukup kepada setiap pasukan untuk menyediakan segala keperluan yang ditetapkan untuk pendaftaran pasukan," katanya.
Enggan menunding jari mana-mana pihak, Azzuddin membidas pengurusan pasukan perlu lebih profesional dan sistematik kerana tarikh tersebut telah dimaklumkan lebih awal."Ini kerana setiap tahun masih masalah yang sama iaitu memohon rayuan untuk lanjutkan tarikh tutup dengan alasan kesuntukan masa," katanya.
Bagaimanapun katanya, pasukan yang gagal mendaftar sehingga tarikh tutup esok, JKPT akan menasihatkan mereka boleh berbuat demikian pada pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April 2012.
"Kita tidak boleh lanjutkan lagi kerana ia akan menjejaskan persiapan sekretariat untuk penjadualan perlawanan dan lain-lain," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan