Rabu, 1 Mei 2013

Kenapa Peti Undi Awal tidak dikira terus???

oleh AnakKedah007

 

Kami pertikaikan kerja buat SPR dalam bab PETI UNDI AWAL...Kenapa ianya tidak di kira terus dilokasi membuang undi kerana ia akan menimbulkan syak wasangka kepada perjalanan pilihanraya ini.

Kami bukan tidak percaya kepada pihak POLIS tetapi kami masih bersangka JAHAT kerana dari bersangka JAHAT ini kita akan menyelesaikan berbagai masalah.

Cuba lihat bagaimana duit bernilai sebegitu banyak boleh hilang dalam IPD SHAH ALAM jadi ini semua untuk diambil langkah berjaga-jaga dan memuaskan hati semua pihak..

Apa salahnya kita mengira semua UNDI-UNDI tersebut dan kita ambil berapa ANGKA sahaja yang di perolehi oleh setiap calon...

Macam nie punya kelaku tak ada siapa nak pertikaikan dan.. dan tak ada siapa yg nak meragui ketelusan antara satu sama lain...

Tiada ulasan: