Ahad, 23 Oktober 2011

Blogger UMNO Kecewa dengan pimpinan depa...kesiannnnn......

ha ha ha gua best jugak baca kesah nie kat blog sahabat kita nie... bab depa bambu AZIZAN tu lantak laaa tapi ambik bab depa bambu puak depa sendiri tuuu....jika macam nie laa perjuangan hangpa..nampaknya baik bagi terus jalah negeri KEDAH nie kat PAS.....he he he he...

LAAA..DEPA DOK SYOK LAGI RUPANYA....

Oleh: Watan Bertinta

Kalau tengok dari segi lagak, gaya, cara cakap, Dato Bashah rasa dialah MB Kedah selepas ni, walaupun hakikatnya dia kena pastikan 3 perkara terlebih dahulu. a.Dipilih sebagai calon, b. BN menang kerusi majoriti DUN Kedah, dan c. Dia direstui dan dipilih sebagai MB oleh PM.

Demikian juga kalau ditengok cara kerja Dato Li Ibrahim, pegawai Tugas-Tugas KHAS PM, saban minggu balik ke Pedu dan Kuala Nerang, khabarnya dia sedang merundingkan dengan SYed Sobri agar  Syed Sobri melepaskan kerusi DUN Kuala NERANG padanya, sebagai balasannya Dato Najib kata dialah MB Kedah lepas ni.

Ni belum dikira kempen Ahmad LEBAI SUDIN(LESU), Dari Kg Bukit sampai ke Jabi, dia dah ceramah dalam banyak perjumpaan, 'akulah MB Kedah lepas ni, aku pernah jadi EXCO, Aku Ketua bahagian,aku bla..bla..bla..bla

Itu tidaktermasuk Dato Det Khalid lagi, 'penyakit gila talak dia pada jawatan MB' tak kunjung padam, walhal salah diri sendiri menyebabkan dalam sejarah KEDAH Jatuh pada PAS. Itupun ada hati nak jadi MB Lagi, dimana sahaja SULTAN pi dia mesti ada sama, jek ROSMAH dan Najib tidak terhitung lagi. Patutnya yang perlu dijek atau didekati adalah pengundi. Patutnya di bersyukur, walau Kedah kalah dibawah pimpinannya dia dibagi jawatan PENGERUSI MADA, PENGERUSI SPPM, Timbalan Pengerusi TOURISM MALAYSIA dan Ahli lembaga pengarah banyak GLC Kerajaan Persekutuan, nak apa lagi????

Pemimpin di kawasan lain mungkin juga ada feel dan buat perangai yang hampir sama..Itu hangpa pakat boleh cerita. MUNGKIN di JERAI, LANGKAWI, PADANG SERAI, SP, BALING, KULIM, MERBOK semua ketua Bahagian atau bakal bakal calon punyai perasaan yang sama, pakat 2 kali 5. Semua rasa layak jadi calon, layak jadi EXCO dan layak jadi MB. Walhal dalam hati puak ini tak dak sekelumit pun rasa perjuangan untuk bela rakyat, bela agama, bela bangsa dan bela negara. Sama la dengan puak PAS pun, yang depa tau nak bela wanita. bela marka dan bela harta benda saja, dah mula rasa nikmat KUASA...

Tau taulah apa nak jadi, Ingatkah bila Allah s.w.t mentakdirkan UMNO dan BN Kedah kalah pada PRU 2008 puak UMNO dan pemimpinnya akan sedar diri, muhasabah diri dan berubah menjadi lebih insaf dan lebih baik serta bijaksana.

Rupanya makin bengap sepanjang masa, SYOK SENDIRI dan terlebih banyak MIMPI dan MENGINGAU DISIANG HARI..Patutlah puak PAS, PKR dan DAP tak payah teruk-teruk bekerja.

Nasib la kat hangpa rakyat Kedah woi..Dapat pemimpin yang syok sendiri, dapat MB bertaraf ustaz pun ingat nasib akan jadi lebih baik rupanya sama sahaja..DAH KENA DAH PENYAMUN JUAL PENYANGAK...!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM. BRO !INI PULA SAPA KUTUK SAPA??? KALAU MACAM NI LAH PENYOKONG PAS,ALAMAT PRU13 PAKAI SEDEKAH BALIK PADA UMNO LAH NAMPAKNYA..SEBAB PENYOKONG SENDIRI PUN SUDAH AKUI PEMIMPIN PAS LEBIH TEROK DR UMNO.BERMAKNA UMNO LEBIH BAIK DR PAS...
5 ) Rata-rata rakyat tertunggu-tunggu nak melihat dasar kerajaan PAS,janji dalam manifesto pilihanraya dilaksanakan atau tidak. Rakyat belum nampak.kata mereka apa yang kita Nampak keadaan yang lebih teruk.

admin berkata...

laaa kan gua kata ambik bab bambu umno tu dah laaa bab bambu azizan tuuu lu baca-baca masuk kiri keluaq kanan dah laa....

Tanpa Nama berkata...

biasa le bro...gua syok dgn komen lu tu je..untuk lu ulas blk tu je...wsslm.jmpa lg bro.