oleh AnakKedah007

Sajer jee bangkit semula ISU CELUP JARI nie..bukan apa aku tengok PIMPINAN PAKATAN RAKYAT macam dah lupa sahaja akan isu nie.... 
Luahan Sahabat di FB...
Umnodokpakka Gawa Adakah   pemimpin Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin akan menang dalam   pilihanraya nanti. Jangan 'terlalu yakin' dahulu. Bukan senang mereka   ingin membiarkan jenayah puluhan tahun dibongkar setelah PR berkuasa.   Mereka tak mampu menanggung kes...annya.   Bayangkan semua harta dibekukan, segala skandal dibicarakan, ada yang   akan diulangbicara dan bermacam-macam lagi dan akhirnya sudah pasti  akan  membawa mereka merengkok ke dalam penjara. Kalau yang penakut akan   membawa diri dan keluarga lari ke luar negara.
Jadi tidak   semudah itu mereka ingin menyerah kalah. Oleh itu wahai pemimpin Pakatan   Rakyat.. tolonglah berusaha bersungguh-sungguh perjuangkan hal ini.  Aku  tak minta apa-apa bayaran pun selama ini dengan membuat  poster-poster  ini, hanya ini sahaja salah satu jalan yang selamat kalau  kita nak  menang dengan tulin walaupun mereka ada satu lagi talian  hayat iaitu  undi pos.
Kau orang buatlah macamana pun.. aku nak tengok jugak hal ini diperjuangkan HABIS-HABISAN! janji tau..?
Kedah Lanie   bukan salah BN tapi salah pemimpin kita yg tak nak terus menekan atas   isu ini..seperti senyap sunyi sahaja bila semua dah menang kerusi..depa   lupa bahawa kerusi yg dipegang itu akan hilang dalam sekelip mata   sahaja... dalam erti kata hangat2 taik ayam jaa depa nie... 
 Kelana Asmara   Walau pun PR dah menang banyak kerusi dan beberapa negeri dapat di   tawan tetapi perjuangan ini mesti di teruskan janganlah di senyap saja   nanti SPR dan sengkatan dengannya lagi menikus dengan helah mereka.dari MalaysiaKini:
 'Komplot' 3 Tan Sri batal dakwat kekal
Pembatalan  dakwat kekal menjelang pilihanraya umum lalu hasil "komplot"  tiga  badan utama negara untuk "menggagalkan usaha memastikan pilihanraya   tidak dicemari penipuan", dakwa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil   (Bersih).  Dalam laporan polisnya, jurucakap gabungan  itu Faisal  Mustaffa mendakwa usaha terancang itu melibatkan pengerusi  Suruhanjaya  Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, peguam  negara Tan  Sri Abdul Gani Patail dan ketua polis negara Tan Sri Musa  Hassan.    |  | 
"Saya   meminta agar pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia untuk membuat   penyiasatan ke atas pengerusi SPR, perdana menteri, peguam negara dan   ketua polis negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia," kata   Faisal.  Aduan polis itu dibuat di ibu pejabat polis  daerah Dang Wangi,  Kuala Lumpur pagi tadi susulan kenyataan beberapa  tokoh ini sejak  minggu lalu.  Sabtu lepas, Abdul  Rashid mendedahkan, kabinet memutuskan  pada hari pembubaran parlimen  pada 13 Februari, untuk menolak  penggunaan dakwat kekal di jari pengundi  dalam pilihanraya umum 8 Mac. 
Datuk  Seri Abdullah  Ahmad Badawi, mengulas kenyataan SPR, bagaimanapun  menafikan kabinet  mengarahkan suruhanjaya itu berbuat demikian.  Tahun   lalu, SPR bersetuju melaksanakan langkah tersebut dalam pilihanraya  umum  ke-12 tetapi kemudian membatalkannya empat hari menjelang hari   pengundian atas alasan keselamatan.
 Abdul Gani dan Musa turut  hadir di sidang media SPR sewaktu mengumumkan pembatalan tersebut, pada 4  Mac lalu.  Kira-kira  RM2.9 juta dibelanjakan untuk membeli 48,000  botol dakwat tidak mudah  padam dari India tetapi penggunaannya  dibatalkan kerana bimbang wujud  unsur sabotaj seperti yang telah  dikesan oleh polis.   Menteri  keselamatan dalam negeri Datuk Seri Syed  Hamid Albar  bagaimanapun  memberitahu Dewan Rakyat minggu lepas bahawa  SPR membatalkan cadangan  dakwat kekal berdasarkan "bukti khabar angin".
  |  | 
Bercakap   di satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  Abdul  Rashid juga mendedahkan bahawa kabinet telah terpengaruh dengan   maklumat polis bahawa wujud parti-parti politik yang membeli sendiri   dakwat-dakwat kekal dari luar negara.  "Saya  dimaklumkan bahawa PAS di  pantai timur membeli dakwat dari Thailand. 
Kemudian Umno  mendapat tahu (mengenainya) dan Umno juga membeli dakwat  tersebut.   "(Maklumat) ini diberikan kepada saya  secara hitam putih oleh polis dan  laporan yang sama diberikan kepada  kabinet dan mereka (menteri)  percaya ia memang benar-benar wujud," kata  Abdul Rashid.  Turut hadir  di balai polis, pengarah eksekutif Institut Integriti Pilihanraya  Kebangsaan (NIEI) Amin Iskandar.  Bersih dan NIEI dalam kenyataan  bersama turut menyebut penglibatan perdana menteri dalam kontroversi  ini.  Menurut  mereka, ketua polis mendakwa terdapat laporan polis  dibuat di Kelantan,  Kedah, Perlis di antara 16 hingga 21 Februari lalu.   
Namun,  tambah mereka, jawapan bertulis yang dikemukakan oleh  Syed Hamid ketika  menjawab soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh  Kuan mengesahkan  "sebenarnya tiada sebarang bukti berkenaan  penyeludupan dakwat kekal  dari negara jiran."  Membacakan kenyataan  bersama itu, Faisal (foto atas, kanan) berkata, percanggahan dakwaan keempat-empat pihak ini menunjukkan bahawa "Abdul Rashid berada di bawah telunjuk ahli kabinet".
Sepatutnya  SPR membentangkan pindaan kepada Parlimen bagi membolehkan  pelaksanaannya mengikut undang-undang, tambahnya.  "SPR  hanya merujuk  kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan  kelulusan berikutan  penggunaan dakwat kekal tanpa ada pindaan (akta)  kepada Parlimen,"  tambahnya.
 |  | 
Bersih   dan NIEI juga mendesak pengerusi SPR meletakkan jawatan serta-merta   berdasarkan sikapnya yang didakwa "tidak profesional".  Amin  (foto, kiri sekali) pula  berkata, alasan untuk membatalkan penggunaan dakwat  "tidak masuk akal"  kerana prosedur pembelian dakwat itu amat ketat.  "Dakwat  ini bukan  boleh dibeli di kedai alat tulis. Kena ada surat, kena ada  suruhanjaya.  Bukan boleh senang-senang pergi beli," katanya.  Mengulas  tentang  dakwaan terdapat pembelian dakwat ini dari negara jiran, Amin  berkata:  "Thailand sendiri mengimport dakwat kekal dari India." 
Menurut  pemantau pilihanraya itu lagi, India adalah pengeksport utama dakwat  kekal untuk pilihanraya di rantau ini.  "Dakwat  (kekal) yang  dikemukakan kepada pihak (majlis) mufti itu sendiri adalah  dari India,"  katanya, yang turut memantau pilihanraya umum di Nepal  baru-baru ini.   Dalam aduan polisnya, Bersih melampirkan 12 keratan akhbar berhubung  kontroversi ini, termasuk laporan Bernama, The Star dan Malaysiakini.        
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan