Rabu, 16 Februari 2011

Kedah tak ada apa-apa kaa..??

Alahai PENANG dah bagi habuan takan kat Kedah tak dengaq apa-apa kot....

Harakahdaily   
GEORGETOWN, 15 Feb: Kesemua 1,500 guru Kafa akan diberikan RM100 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pulau Pinang bertemakan "Wasatiyyah (Kesederhanaan) Tonggak Kecemerlangan Ummah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bayaran RM100 one-off itu akan melibatkan perbelanjaan RM150,000 dan akan dicadangkan olehnya kepada mesyuarat Exco Khamis ini.

Pada tahun lepas, katanya kerajaan negeri telah memberikan RM100 one-off kepada guru-guru Kafa sempena perayaan Awal Muharaam.

Tambahnya, buat kali pertama juga dalam tahun 2010, semua guru Kafa telah diberikan RM250 duit raya menyambut Hari Raya Puasa.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah.

"Kejayaan ini diakui bukan sahaja oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 yang memuji lebihan Bajet paling besar sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009 tetapi juga oleh badan anti-rasuah antarabangsa terunggul Transparency International," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Tiada ulasan: