Khamis, 28 April 2011

Sudah-Sudah Laa tuuu SETPOL.... Bagi kat orang lain laa pulak...

http://3.bp.blogspot.com/_OqpXFfOX7CU/SLa8ECNagWI/AAAAAAAACLQ/8dYU2b5H1Lc/s1600/bruce-lee-kareem-flying-kick-dragon.jpg

Sehari dua ni hampa tak dengar ka Sanusi Setpol dok berkokok sakan? Dalam Sinar Harian ada, dalam blog pun banyak yang siarkan siri kokokan dia tu. Pada dasarnya memang bagus la bila setpol dah buat kerja yang menjadi amanah dia sebagai setpol.

Kini setpol yang mandom dah berubah jadi setpol yang aktif dan efisien, tahniah dan selamat maju jaya buat setpol. Teruskan usaha anda jangan sampai orang kata bila dah dekat pemilihan baru nak tunjuk buat kerja.

Tapi inilah hakikat sebenarnya, memang nampak sangat cara setpol berkokok tu nak berkempen suruh orang pilih dia lagi tahun ni. Kalau hampa perasan, sebelum ni setpol dalam tulisan dalam blog atau kenyataan dia kat Sinar Harian hanya berbangga dengan status dia sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah. Tapi sehari dua ni, status tu terus dikekalkan dan ditambah pulak dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah.

Apa makna semua kokokan ni? Bagi aku tak lain tak bukan dia nak berkempen la tu, maklum la pemilihan pemuda negeri dah nak sampai, 1 Mei nanti bersempena dengan cuti hari pekerja.

Memang tak lambat dah, kena berkempen kuat la kalau nak pertahankan jawatan nombor dua dan nak kekal sebagai pemegang remote control pemuda PAS Kedah.

Dalam banyak2 siri kempen tu yang paling tak tertahan geli hati ialah dalam Sinar Harian kelmarin, si setpol yang juga calon timbalan ketua pemuda ni berkokok tentang fiqh dan amanah kepimpinan. Sedap sungguh dia berkokok tapi dalam waktu yang sama dia jugak tak sedaq kaki dan badan dia penuh bergelumang dengan taik.

Mai sama-sama kita renungkan sejenak dan pikir sat apakah selayaknya setpol ni bercakap semua yang lunak-lunak tu untuk menarik undi perwakilan pemuda nanti..

1. Layak ka dia sebagai seorang yang mempunyai 'libasan kaki kanan yang padu dan pernah berjasa di wisma darul aman baru-baru ni' bercakap tentang fiqh dan tarbiah?

2. Layak ka dia sebagai seorang yang terkenal jenis tikam belakang kawan dan pernah disabitkan dalam konspirasi menyingkirkan penasihat ekonomi MB yang juga bekas bos dia sebelum bergelar setpol dulu berbicara tentang amanah perjuangan?

3. Layak ka dia sebagai seorang yang pernah terbabit mencerca dan menghina tentera merah parti (unit amal) yg berbahas tentang pentadbiran negeri pada muktamar lalu nak berkarya dan berpuisi tentang adab2 islam?

4. Layak ka dia sebagai seorang yang dikatakan memiliki kompatmen balak yang dikongsi dengan seorang yang lain (orang sik ramai tau sebab tu depa tolak dia sebagai TYDP) nak bertazkirah tentang amanah kepimpinan?

5. Layak ka dia sebagai seorang yang tidak amanah dalam menjalankan tugasnya sebagai jurunilai sebelum masuk bertanding di Dun Belantik (orang sik selalu dok bercakap benda ni) berkuliah tentang tarbiyah dan sahsiah?

Tu baru senarai lima kriteria ada banyak lagi, cukup la kot. Kalau hampa nak tau lebih lanjut pi tanya orang SIK, tak kira la yang dok menongkoi di sik ka atau yang dah berhijrah keluar dari sik pun tau cerita setpol ni.. Kalau hampa tau semua cerita dia tentu hampa pun geli hati macam aku jugak bila baca SInar Harian kelmarin.

Hang jangan ingat kami tak tau semua tuuu...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

La ni baru hampa tau setpol tu sapa. Aku dah kenal lama dah.......