Selasa, 28 Ogos 2012

Aduhai Zamil... jenis nak boh api bagi kat hang..!!!

oleh AnakKedah007

Amboi jenih nak boh api memang kerja hang Zamil nooo.. nak buat camna dah waktu nie dia nak kena penyakit..sakit maut dan ajal nie kita bukan boleh tau.. 

itu semua kerja Allah.. jadi kita redho dan terimalah...yang hang dok pandai-pandai ajaq orang tu pasai apa.. 

selepas nie bila dia lega dari penyakit yg Allah bagi tu insya'alah dia akan berkhidmat semula laa.. saja nak boh api...

PAS Kedah wajar ketengah tokoh baru ganti Azizan pada PRU-13

SUNGAI PETANI, 27 Ogos — Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

"Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

"Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon Pas Kedah pada PRU-13," kata Zamil kepada Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

"Saya yakin rakyat seperti juga saya mahu melihat tokoh baru bertanding pada PRU kali ini kerana mereka pasti mampu menjayakan misi baru yang diinginkan majoriti pengundi muda.

"Azizan diakui pemimpin yang baik tetapi kesihatan beliau mengganggu tugasnya selaku ketua eksekutif negeri untuk memimpin Kedah. Saya doakan kesihatan beliau pulih," kata Zamil. — Bernama

Tiada ulasan: