Khamis, 4 Oktober 2012

Ha Ha Ha Kabinet Bayangan la pulak... layan...

Ha Ha Ha dok tanya Pakatan Rakyat kabinet bayangan tapi depa tak layan last kutip kat blog papagomo bawak masuk mai... Tapi aku tak kesah walaupun senarai nie bukan mai dari PAKATAN RAKYAT kita boleh lihat sendiri tokoh-tokoh yang diberikan tu....ini bermakna PR tidak ketandusan pemimpin...mereka sendiri pun nampak jadi ketokohan itu ada dalam PIMPINAN PAKATAN RAKYAT jadi skrg apa mau susah belambak dok beratoq nak bagi khidmat terbaik kepada rakyat yg rakyat dok susah hati buat apa kita buat perubahan laa

Takan masih nak kekalkan barisan dari BN nak harap HISHAMUDIN baru nie kantoi bab ISA sampai habih 4juta duit rakyat kena bayaq kat pesalah ISA.. nak harap AHMAD MASLAN dah jatuh kedebuk dah harga saham FELDA.. nak harap SHAFIE AFDAL dok kalut isu berkepit dengan PELAKON.. nak harap MENTERI KEWANGAN, MENTERI WANITA MERANGKAP PM ajak masuk dewan hujah bab BELANJAWAN pun tak berani bukan lagi ajak BERDEBAT...

Sudah-sudahlaaa tuuu...pakat bungkus kain baju laa...

Blog dedah Kabinet bayangan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.

Tiada ulasan: