Selasa, 9 April 2013

Kerajaan BN bagi RM5.1juta kepada Sekolah Jenis Cina tapi SEKOLAH AGAMA RAKYAT dianaktirikan...

oleh AnakKedah007

Bagus sungguh Kerajaan Pusat aka BN...nak tunjuk baik dan ambik hati masyarakat cina lihatlah banyak mana telah disumbangkan kepada Sek jenis Keb Cina.. Jika banyak nie juga diberikan kepada SEKOLAH AGAMA RAKYAT & SEKOLAH JENIS KEB TAMIL di Kedah ini alangkah indahnya...!!!


Peruntukkan RM5.1 juta kepada 98 SJKC di Kedah

7 April 2013

ALOR SETAR - Sebanyak 98 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Kedah menerima peruntukan berjumlah RM5.1 juta daripada kerajaan pusat menerusi Program Sentuhan Kasih.

Bantuan menerusi program yang melibatkan sekolah rendah dan menengah itu disalur melalui Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan peruntukan ini, jelaslah hampir keseluruhan janji yang dibuat kerajaan pusat telahpun ditepati," kata penasihat Program Sentuhan Kasih Datuk Azmi Din pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan itu hari ini.

Pengerusinya, Datuk Chong Chim Tiong berkata beliau sangat berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana tidak pernah lupa memberi peruntukan kepada sekolah Cina di negeri ini.

"Peruntukan ini adalah yang terbesar pernah diterima sekolah Cina di negeri ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Malaysia akan terus berada di bawah Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti. - Bernama

Tiada ulasan: